Catatan Hidup Seorang Aku

Tuesday, September 12, 2006

cont.MARIA

sambungan kisah MARIA
*****
Impian ini terlintas di benakku setelah mendengar penjelasan darinya tadi. Aku mengimpikan pemuda seperti ini. Dan aku amat mengimpikan agar sikap Henz sepertinya jua.

Sewaktu keretaku meluncur menghala ke jalan lain,jalan yang bakal kami bertiga berpisah, kami masih lagi rancak berbual. Sebelum ini aku memangbencikan orang-orang islam. Tapi pemuda ini amat berlainan. Sikapnya ramah sekali.tutur kata yang keluar dari bibirnya menyayatkan hati dan terkadang mengguris perasaanku. Aku amat tertarik...

Sebelum kami sampai ke destinasi masing-masing, sempat lagi aku lontarkan pertanyaan untuk mengujinya.

“Saya rasa awak penuntut universiti bukan? Pernahkah awak cuba untuk mendampingi gadis-gadis Jerman?”

“Oh ya! Mereka pernah cuba mendampingi saya tapi seorang pemuda yang bermaruah dan patuh pada ajaran agama. Saya sama sekali tidak akan bertolak ansur khususnya dalam hal-hal yang membabitkan kehormatan”

“Apa yang awak cakap ni? Kita sekarang hidup zaman mana? Sekarang ini manusia amat memerlukan teman ”

Dia kelihatan termenung. Beberapa detik kemudian menjawab.

“cuba cik maria renung sejenak. Lebih setengah juta kanak-kanak yang tidak mendapat kasih sayang serta didikan ibu bapa kerana berpunca daripada jenis hubungan muda mudi yang awak katakan tadilah. Saya rasa paling rasional kalau kalian memikirkan nasib malang yang bakal menimpa kanak-kanak hasil daripada hubungan tersebut sebagaimana kalian terfikir untuk memuaskan nafsu kebinatangan kalian itu”

Aku mula terasa bingung mendengar penjelasannya. Bodohkah pemuda in atau.. Ah! Anehnya, masih ada lagikah di kalangan orang-orang Islam yang lemah tapi bersuara lantang dan meyakinkan. Sebelum ini aku rasa cukup simpati bila mendengar ayah bercakap tentang keadaan mereka. Setelah sekain lama berbual, akhirnya kami sampai di pekarangan kuliah tempat dia belajar. Sebelum meninggalkan kami berdua dia mengucapkan terima kasih. Aku membalasnya dengan nada bergurau.

“tak payahlah awak ucapkan terima kasih kerana tayar kereta saya yang pertama ini milik awak dan yang dua lagi milik dua orang adik awak, bererti saya telah menghantar awak dengan kereta awak sendiri. Jadi tak usahlah awak ucapkan terima kasih”

Dia terus meninggalkan kami sambil melemparkan sekuntum senyuman.

Petang itu, sewaktu aku baru sahaja pulang dari kuliah, emak memberitahuku yang ayah sedang sibuk membuat persiapan bagi persidangan tahunan yang akan diadakan dirumahku. Aku memang tidak berpuas hati dengan ayah lantas aku bertanya emak.

“tiap-tiap tahun ayah kata kawan-kawannya berkumpul disini. Apa yang mereka bincangkan dalam perhimpunan tu mak?”ingin benar aku mengetahuinya.

Emak seorang pengikut setia agama kristian mazhab Katholik. Dia terlalu membenci ayah kerana tidak terikat dengan mana-mana agama. Emak menjawab pertanyaanku dengan nada marah.

“Ayah kau dan kawan-kawannya ingin jadikan penduduk bumi sepertinya! Cuba kau tengok. Dia sudahpun hampir-hampir dapat menghapuskan peranan gereja. Kalau ayah kau tahu keadaan kita berdua cuba untuk menghalang usahanya pasti dibunuhnya kita nanti. Usahlah kau bermimpi lagi. Emak bimbang kau juga akan termakan dakyahnya nanti”

“apalah mak ni. Saya kan sudah dewasa dan tahun depan saya akan jadi seorang wartawan, pun begitu mak masih tidak percayakan saya?”

Emak memang begitu. Dia amat bimbang kalau-kalau aku menjadi seorang Atheis seperti ayah atau paling tidaknya berfikir sebagaimana ayah berfikir. Huh, cuba bayangkan betapa susahnya bagi seseorang yang dilahirkan dalam sebuah keluarga, ibu seorang yang berpegang teguh serta taat setia kepada agama manakala ayah pula seorang Atheis. Oh susah betul.

to be continued..
posted by Mirip at 3:28 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home