Catatan Hidup Seorang Aku

Wednesday, April 11, 2007

alkisah

continue--
Lepas aku tulis post bengang aku tadi, aku terus ke kaunter TMPOINT kat bawah ni je untuk unsubsribe service yang aku baru minta minggu lepas. Kakak Celcom baik hati yang jaga kaunter tu pun tanya aku sbb apa.

Aku : Sebab tadi saya baru je dapat call dari Celcom, akak boleh checkkan tak service number ni ada berapa balance dia
Kakak Celcom: RM400
Aku : Tapi setahu saya kalau nak bayar boleh je ansur-ansur kan sbb ni line adik saya.Kenapa orang yang call saya tu cakap kena bayar sebelum Friday?Dan cara dia cakap memang kurang ajar.
Kakak Celcom: A'h boleh. Ada ambil number dia? Betul dia cakap dia dari Celcom?
Aku : Saya tak ambil nama dia, number dia pun ni je (sambil tunjuk henset aku pada kakak yang baik hati tu-hanya keluar kod 4 digit pada skrin)
Kakak Celcom: Tak pe, mari kita detect.

Menggunakan technology terkini dan melalui sistem, kami dapat detect company mana yang buat panggilan keatas henset aku ni. Rupanya dia debt collector.Bukan setakat company, malah dapat detect siapa yang baru call aku menggunakan customer code aku. Akhirnya kakak Celcom ni dapat cakap dengan minah mangkuk hayun ni

Kakak : cik ada buat panggilan pada customer Celcom ni ke? Nama dia .....
Kakak : cik cakap buat panggilan dari Celcom ?(agaknya minah kerek tu cakap ye)
Kakak: Sebenarnya tak boleh lah cik cakap cik dari celcom sebab telah mencemarkan nama company kami. Customer marah dan nak unsubscribe service dia dengan pihak kami.
(tak tau la apa minah kerek ni cakap)
Kakak: Dia ada terlebih bayar tapi untuk service lain. Yang ni nanti adik dia bayar. Privilege. Lagipun dia pun staff juga.

kakak Celcom: Sebenarnya kami banyak dapat aduan dari menara ni . Macam ni juga, sedangkan kami kata pihak kami tak de lah sampai macam tu.Tak delah bagi tempoh sampai bila sampai bila.

Aku : Ooh bukan saya sorang lah yang terkena.Bukan apa saya memanglah terkejut kalau staff Celcom yang cakap macam tu.
Kakak: tak...
Aku : Saya bukan nak cari gaduh tapi tak puas hati cara dia je. Sebab saya pun customer service, bukan macam tu deal ngan orang. Yang kes dah bayar tapi bil kata baki ni, kena pergi branch sendiri la ek?
Kakak: Aaa'h sebab kami tak dapat check dari sini. Nanti dapat rebate.

dan aku pun tak jadi lah nak unsubsribe service aku lagi satu

Disini aku nak beritahu, kalau ada sesiapa dari seseorang yang kutip payment mengaku dari celcom dan agak kurang ajar, jangan ragu-ragu beritahu pada Celcom branch @ TmPoint sendiri. Sebab depa ni dapat komisyen kalau payment beres. jadi untuk dapatkan komisen, diorang akan tekan customer supaya bayar semua siap dengan tarikh akhirnya sekali. macam kes aku, hari ni Rabu dan tak masuk akal sekali company tu suruh bayar semua sekali sebelum Jumaat. Siap ada ayat"Kalau tak bayar by Friday" tapi tak sempat habis sbb aku tahu tu ayat ugutan..Tu yang aku naik angin tadi tu. Sebab aku tak leh terima cara dia tu la,call rabu, suruh bayar jumaat. Dan alasan dalih dia dah banyak kali telefon tapi tak dapat. Mak cik mmglah tak dapat kalau kau telefon guna line yang dah kena bar. kalau kau telefon guna hP aku ni, sentiasa on kecuali malam, tu pun sbb habis bateri dan tgh recharge.

Syarikat malang yang punya staff kurang ajar tu beralamat di Taman Sri Rampai. Nak aku displaykan nama dia? Tak payah lah. Nanti tak leh cari makan pulak company tu. Dah lah ada staff yang tak ada ciri-ciri customer oriented. :( Kalau nak juga, msg aku.Nanti aku beritahu..
posted by Mirip at 4:55 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home