Catatan Hidup Seorang Aku

Monday, July 02, 2007

Hobiku yang satu ini memang tidak mendatangkan hasil.Ya betul, penghasilan dari segi material kalau hendakkan lagi spesifik.:) Tetapi aku kira aku mendapat penghasilan yang lebih dari itu.

Aku memang suka bercerita, menulis tentang kisah-kisah, tetapi tak dapat aku coretkan kesemuanya di sini.Mungkin kerana tidak mahu ada yang terluka sekiranya terkena pada batang hidung sendiri.Aku sekadar menulis untuk melepaskan tension aku semata di sini.Kerana itulah postingku akan ada apabila aku tension dengan orang dan kejadian-kejadian di sekelilingku.

Sebaliknya, walaupun hobiku yang satu ini menyebabkan duitku mengalir keluar dari poketku yang tak seberapa nak tebal ini, tetapi sekurang-kurangnya aku mendapat banyak pengalaman.Berjumpa dengan orang-orang di luar bidang tugas kerja harianku yang kadangkala terlalu amat letih.Letih melayan karenah orang yang bermacam ragam dan letih juga mengadap mesin-mesin dan huruf-huruf ciptaan manusia sendiri ini.

Sebenarnya hobi aku ini menyebabkan aku berpeluang bertemu dengan orang-orang yang aku sendiri tidak sangka akan bertemu. Walaupun ada sesetengahnya hanya bertemu di alam maya, tetapi aku tidak lepas dari mengikuti perkembangan mereka dari masa ke semasa. Ada temanku yang lumpuh, asalnya dia seorang yang sempurna. Membaca coretan hatinya betul-betul membuatkan air mataku tumpah. Apatah lagi posting terkininya tentang kematian anak saudaranya.

Namun,kerana kekangan tugas, aku terpaksa menghadkan dulu semua-semua ini buat sementara waktu. Kepalaku tengah berserabut dengan urat wayar entah dari mana pagi ini. Mungkin kerana hari ini awal bulan dan aku terpaksa susun dan susun report-report, analisis semuanya dan lagi dan lagi. Itulah siapa suruh aku ambil bidang ini dulu ya? emmmm, Sudahlah jangan difikirkan lagi. Itukan sudah takdirnya. Sudah ditakdirkan aku berada di sini. Mungkin ini yang terbaik untukku buat masa ini.

Ok, sampai jumpa lagi ya huruf-huruf dan ayat-ayat di depan mataku ini. Aku harus menumpukan lagi pada tugas utamaku.Lagi dua atau tiga hari lagi harapnya kepalaku yang pusing ini akan kembali stabil....:)

Salam
-Dari bumi KelanaJaya menanti kejayaan-
posted by Mirip at 10:42 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home