Catatan Hidup Seorang Aku

Friday, April 20, 2007

dunia hari ini

Menurut Noor Shida, disebabkan apa yang dihadapinya selepas memulangkan Yin, beliau kini sudah serik untuk membantu orang.
“Saya tak mahu lagi bawa pulang mana-mana budak kalau saya jumpa, saya sangat takut perkara sama berulang,” katanya.Details here.



-Diheret ke balai polis bagai orang salah sedangkan kita tak buat salah adalah satu perkara yang amat menakutkan apatah lagi kalau kita bukan rakyat tempatan.

Aku tidak tahu.Apa dah jadi dgn dunia ni. Kalau prihatin, jadi macam ni pula.

Sebelum suratkhabar hari ni kata pasangan Myanmar tu dibebaskan, aku ada dapat satu FWD emel pasal ni...sekali fikir logik juga kenapa tangan kaki Yin tu berkudis. Yelah sebelum ni tinggal dalam suasana lain, tapi bila dikelilingi dan main-main pula pasir, main besi-besi buruk, tangan kaki yang sebelum ni lembut pun boleh jadi kasar kematu.Sebelum tu ingin aku tegaskan aku tidak menyokong mana-mana kegiatan eksploitasi kanak-kanak/orang cacat jadi pengemis.



Bila aku hantar pada kawan-kawan terdekat pasal emel tu, ada sesetengah mereka yang tak percaya apa emel tu cakap.(betul tak boleh percaya semua fwd email, cuma kadangkala ia memberikan 'other perception' pada satu-satu kes/peristiwa. )Pointnya- "takkanlah tak tahu terpampang poster semua....".Tapi tak kisah, itu pandangan masing-masing.



Hari ni bila pasangan Myanmar tu dibebaskan, aku bersyukur. Sekurang-kurangnya niat baik mereka kalaupun tidak mendapat pengiktirafan di dunia ni sekalipun. Allahlah yang lebih mengetahui.



Quote from Utusan

“Saya menjual pelekat ayat-ayat suci al-Quran dan buku agama. Saya tak tahu siapa lihat saya bawa Yin mengemis,” katanya.



-Mungkin kerana dengki/iri hati orang lain yang akan mendapat habuan RM15000 yang ditawarkan, terus disebarkan berita melihat Yin mengemis walaupun mata sendiri tidak pasti. Semalam suratkhabar melaporkan, beliau di panggil untuk kawad cam. Ataupun mungkin juga dia prihatin ingin membantu.Wallahuallam niat sebenarnya.Allah jugalah yang mengetahui.Details here.



posted by Mirip at 8:41 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home