Catatan Hidup Seorang Aku
Monday, May 07, 2007
pulang ke Rahmatullah
SUSANNA BT JAFRI TAY, KP 740610-05-5564, 33 tahun, Eksekutif Sales Johor telah meninggal dunia pada jam 5.00 pagi tadi @ 3 Mei 2007 di Hospital Serdang Selangor, akibat kemalangan jalanraya Utara Selatan (Bukit Mahkota - Bangi) pada jam 2.30 pagi tadi. Kemalangan ini turut meragut nyawa suami tersayangnya yang merupakan seorang warga negara Singapura. Arwah Susanna sebelum ini pernah bertugas di TM Net. Jenazah arwah akan dibawa kerumah ibunya di alamat No. 205, Jalan Aman, Taman Dato Shah Bandar, 70400, Ampangan, Seremban Negeri Sembilan.
***Alfatihah untuk arwah.Kami satu group masa kat TMNET.Meja arwah depan meja aku semasa di Brickfields.Blog aku ni pun template asalnya Arwah kak su yang tolong pilihkan warna.Warna kuning pilihannya.
2 minggu lepas aku berhubung kembali dengannya,dengan takdirnya arwah jadi user aku dengan pertukarannya ke Johor. Masa Arwah Kak Su telefon aku, kami sempat sembang lama juga pasal anak, pasal arwah pregnant, pasal kerja semasa,Arwah baru nak belajar benda-benda baru sebab tukar unit.Aku masih terngiang-ngiang perbualan kami tempohari. Alih-alih arwah dah meninggalkan dunia yang sementara ni...
Hanya bacaan Quran yang dapat kukirimkan buat arwah Kak Su disana.Semoga ditempatkan di kalangan orang beriman.
**Sudi apa kiranya kawan-kawan diluar sana menyedekahkan AlFatihah untuk Arwah Kak Susanna Jafri Tay.

posted by Mirip at 10:57 AM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home