Catatan Hidup Seorang Aku
Friday, July 27, 2007
JENTIK SIKIT
JENTIK HATI.....
`Bengkok`nya Perempuan...
"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."
"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"
"Staf aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."
"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."
"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."
"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu."
"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?"
"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."
"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."
"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia."
"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!"
"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."
"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."
"Apa maksud sebenar Hadis tu?"
"Orang perempun yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan". Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu."
"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"
"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan."
"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat."
"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar."
"Hmm, betul tu Naim."
"Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."
"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar."
"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini..."
*********
Hati Tempat Jatuh Pandangan Tuhan ..
Di zaman Nabi Musa a.s. ada seorang hamba Allah yang kerjanya mencuri.
Sudah 40 tahun dia mencuri. Suatu hari, dia terlihat Nabi Musa a.s.
sedang berjalan. Terlintas
di hatinya untuk berjalan bersama Nabi Musa a.s.
Katanya' " Kalau aku dapat berjalan bersama Nabi Musa, mudah-mudahan ada
juga berkatnya untuk
aku."
Tetapi setelah difikirkannya semula, dia tidak jadi melangsungkan
niatnya itu. Dia berkata,
"Aku ini pencuri. Manalah layak pencuri macam aku ini berjalan bersama
seorang nabi." Sejurus
kemudian, dia terlihat pula seorang abid berlari-lari anak mengejar Nabi
Musa a.s. dari
belakang.
Si abid ini telah beribadah secara istiqamah selama 40 tahun dan
dikenali orang. Si pencuri
itu berkata di dalam hatinya, "Baik aku berjalan bersama di abid ini.
Moga-moga ada juga
baiknya untuk aku."
Lantas si pencuri menghampiri si abid dan meminta kebenaran untuk
berjalan bersamanya. Apabila
ternampak sahaja si pencuri, si abid terkejut dan terus merasa takut.
Dia berkata di dalam
hatinya, "Celaka aku! Kalau si pencuri ini berjalan bersama aku,
takut-takut nanti rosak
segala kebaikan dan amalanku."
Si abid terus berlari laju supaya si pencuri tidak dapat ikut. Si
pencuri tadi terus mengikut
si abid kerana hendak berjalan bersamanya. Akhirnya kedua-dua mereka
sampai serentak kepada
Nabi Musa a.s.
Nabi Musa a.s. terus berpaling dan bersabda kepada mereka berdua, " Aku
baru sahaja mendapat
wahyu dari Allah Taala supaya memberitahu kamu berdua bahawa segala
amalan kamu telah
dimansuhkan oleh Allah." Maka terkejutlah si abid dan si pencuri tadi.
Berbahagialah si
pencuri kerana segala dosanya mencuri selama 40 tahun telah diampunkan
oleh Allah. Celaka dan
dukacitalah si abid kerana segala amalan dan ibadahnya selama 40 tahun
telah ditolak dan tidak
diterima oleh Allah.
Rupa-rupanya si pencuri itu, walaupun kerjanya mencuri, dia tidak suka
akan perbuatannya itu.
Dia miskin dan tanggungannya banyak. Masyarakat ketika itu sudah rosak
dan orang kaya enggan
membantu fakir miskin. Dia mencuri kerana terpaksa. Oleh itu, setiap
kali dia mencuri, dia
amat merasa bersalah dan berdosa. Jiwanya terseksa dan menderita. Selama
40 tahun dia
menanggung rasa berdosa itu dan selama itu juga jiwanya parah menanggung
derita. Selama 40
tahun hatinya merintih meminta belas kasihan, keampunan dan mengharapkan
kasih sayang Tuhan.
Si abid pula, amat yakin ibadahnya mampu menyelamatkannya. Dia yakin
ibadahnya akan dapat
membeli Syurga. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah
baik. Setiap kali dia
beribadah, dia rasa dirinya bertambah mulia. Selama 40 tahun si abid ini
mendidik hatinya
supaya merasa lebih baik dan lebih mulia setiap kali dia membuat ibadah.
Hingga dia rasa tidak
layak bergaul, inikan pula berjalan bersama orang yang hina dan berdosa.
Dia rasa dia hanya
layak berjalan bersama para Nabi.
Maha Suci Allah yang mengetahui segala isi hati manusia. Yang tidak
melihat akan amalan-amalan
lahir tetapi apa yang ada di dalam hati. Yang menilai hamba-Nya mengikut
apa yang termampu
oleh hamba-Nya dan tidak lebih dari itu. Yang menguji manusia dengan
kesusahan dan nikmat
untuk mengetahui siapa di kalangan hamba-hamba-Nya yang benar-benar
berjiwa hamba dan merasa
bahawa Allah itu Tuhannya.

posted by Mirip at 12:49 PM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home