Catatan Hidup Seorang Aku

Thursday, July 12, 2007

tumpahnya kuah ke nasi

Memang betul kata bidalan. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bapa borek anak rintik. Kalau ayah dan ibu melibatkan diri dalam bidang seni, anak pun akan adalah darah seni mengalir dalam dirinya. Kalau ayah seorang doktor, anak pun akan ada juga yang menjejak kaki menjadi doktor tanpa dipaksa.

Aku bukan seorang yang suka bersukan sangat sebenarnya.Aku lebih rela jadi penonton di bawah pohon-pohon rendang memerhatikan orang lain bermain.Kadang-kadang aku jadi tukang sorak kumpulan aku je.Kadang-kadang aku tukang tengok sahaja.

Dalam banyak-banyak sukan/permainan di sekolah. Aku hanya main satu permainan sahaja.Kau nak tahu? Aku hanya main hoki je.Aku hanya hadir latihan hoki je.Bola jaring, bola baling aku tak main.Kalaupun aku main setakat cukup korum je.Sekadar sebab aku disuruh jadi pemain Center. Pemain untuk mulakan baling bola je, lepas tu aku terus kantoi.Tak pandai... heheheh...

Aku main hoki pun saje suka-suka sahaja.Tetapi sebab aku rasa aku boleh dan suka pukul bola tu sekuat hati aku.walaupun kadangkala terbabas juga bola kecil tu tak menepati sasaran.

Tapi itulah,kalau dah kakaknya main hoki, adik-adiknya pula main hoki. Hairan juga aku.Famili aku bukan kaki sukan. Ayah lagi la, dia tak minat langsung pula sebarang permainan ni.Cuma bapa saudara aku je dulu-dulu wakil negeri pantai timur sukan lumba basikal.Tapi dia lain sebab hidupnya hanya basikal sahaja.Tapi itu dulu.

Hari tu, masa aku balik, ada banyak pula piala kat rumah.Rupanya adik aku yang nombor 3 dok main hoki sana sini. OKlah kan sebab budak tu sorang memang suka sukan nampak.Tak macam kakak dia ni.heheheh

Tadi aku telefon mak.Rupanya adik aku nombor empat pun main hoki juga?Haiiii,setahu aku adik aku yang ni tak suka sukan macam aku juga, tapi kenapa pula boleh main hoki jadi player utama?Sampaikan sanggup tak nak ikut mak dan ayah aku datang KL?Pujuk ayah supaya bertolak lepas dia habis main,permainan terakhir yang akan menentukan sekolah dia menang ke kalah? Tapi tak dapatlah pulah ayah ikut pujukan adik aku ni memandangkan ayah kena bertolak pagi.

Agaknya lagi dua tiga tahun, aku akan dapat tahu adik bongsuku pula yang berjinak-jinak dengan hoki.Tapi aku rasa adik kecilku ini akan jadi usahawanita berjaya suatu hari nanti.Bakatnya sudah ada.Tinggal untuk diasah sahaja lagi.InsyaAllah.
Paling kelakar jambu depan rumah yang tak masak lagi dibawa kesekolah dan dijual dengan nilai dua puluh sen sebiji.Itu pun ada orang beli.

"Nape adik jual jambu kat kawan-kawan?" Aku saje nak usik dia.
"Saje je," dia sipu-sipu malu. Iyelah aku kakak sulung yang beza 20 tahun dengannya.Lagak mak soal anak pula. :)
"Ada pulak ye kawan-kawan adik nak beli," aku pancing nak tahu jawapan darinya.
"Adik tanya je.Diorang nak beli.Adik juallah." tulus sahaja adik kecilku ini menjawab.
"Tapi buah jamou tu putik lagi,kan kelat tu" aku korek lagi.
"Mula-mula adik makan, lepas tu diorang pun nak juga.Adik cakap dua puluh sen.Diorang beli," akhirnya itu rupanya yang dia buat ye.

hai budak-budak. Kang kalau tahu dek mak bebudak tu kang yang adik aku jual jambu tak sempat masak , takut kena marah je...heheh...hari tu pulak aku dapat tahu dia potong-potong mangga muda, jual dalam plastik dua puluh sen jugak... insyaAllah bakal usahawan nanti si kecik aku ni.

Sesekali aku tersenyum pula.Benarlah menjadi yang sulung ini perintis kepada segala-galanya. Yah aku bangga menjadi anak sulung walaupun menjadi anak sulung ini hidupnya tidaklah seindah menjadi anak bongsu.Tapi tetap ada yang manisnya.
posted by Mirip at 11:55 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home