Catatan Hidup Seorang Aku

Wednesday, August 08, 2007

Ayat-Ayat Cinta

Akhirnya aku sudah menghabiskan buku baruku Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman AlShirazzy. Sungguhlah benar buku ini berjaya menggenangi mataku. Walau tidak luruh (ya aku seorang yang sukar menangis), tapi ada air mata di birai mata apabila membaca bab-bab tertentu.

Habiburrahman berjaya mengolah, menulis ,menceritakan (mungkin apa yang tertulis adalah campuran kisah-kisah kehidupannya sendiri plus rekaan), namun aku terasa Fahri itu wujud. Walau memang agak sukar kini berjumpa dengan lelaki sebaik Fahri, dengan adanya bingkisan Ayat-Ayat Cinta ini sekurang-kurangnya masih ada lagi watak seideal Fahri.Yang mungkin akan menjadi teladan, ataupun idola bagi anak-anak muda remaja mengikuti langkahnya.(tidak kurang yang sudah dewasa ini)

Aku dapat membayangkan dalam keadaan cuaca empat puluh satu darjah Celcius, kehangatan yang membakar ubun-ubun kepala.Mungkin juga kerana latar kisah ini berdasarkan nama tempat sebenar, watak seolah-olah berjalan dan hidup.

Walaupun ada juga terbit dalam hatiku, mungkin penulis terpengaruh atau pernah membaca buku MARIA karya karya Aminah(ohh aku terlupa ejaan nama penuh penulis MARIA kerana sebutan dan nama Turki) yang diharamkan penjualan buku ini di Malaysia. Kerana adanya watak MARIA-pelakon pembantu utama(kalau difilemkan).MARIA yang kedua-duanya akhirnya memeluk Islam.Arggh tidak kisahlah, itu mungkin sahaja sumber inspirasinya ketika mencipta watak Maria. Tak mengapa, nanti aku tanyakan pada sang penulis berkenaan hal ini.

Pengorbanan Aisha seorang isteri pula mungkin diinspirasikan dari Saidatina Khadijah r.anha. Dan Noura bersumberkan Zulaikha.Pengorbanan Aisha saat membenarkan Fahri berkahwin dengan Maria demi beberapa nyawa.Sungguhlah aku seolah-olah menjadi Aisha la pulak.(walaupun aku tak mungkin menjadi sepertinya yang cantik kacukan Turki dan Jerman, aku pula Melayu tulen, dia solehah, berpurdah, manakala aku wanita biasa-biasa, dan Aisha anak usahawan kaya raya, aku ini jauhlah dari itu semua).

Aku jadi sayang sungguh pada bukuku yang satu ini.Terasa-rasa terbayang-bayang pula alangkah damainya hatiku kiranya buah hatiku, 'ustazku' @ anakku nanti bakal menjadi Fahri.hehehe Angan-angan yang insyaAllah menjadi kenyataan dengan izinNya. Sungguh selepas aku membaca kisah ini, aku akan merelakan andai suatu hari nanti, aku akan benar-benar berpisah dengan anakku untuk menggapai ilmu di bumi Mesir atau juga mana-mana Tanah Anbiya'.. Tapi jangan pula dia menerima nasib seperti Fahri yang diseksa.. Aku betul-betul merasakan sakitnya disebat..Arrghh jauh sungguh lamunanku. Tapi biarlah.. moga-moga dia salah seorang dari sekalian banyak generasi kini yang berhempas pulas di tanah orang mencari ilmu. Aku redha walau sebelum ini aku hanya mampu dan ingin dia belajar di tanahairku ini sahaja..(terlalu mementingkan diri sungguh aku ini)

Ehh apa pula yang aku tuliskan ini? Jauh sungguh impianku.Tak tahu akan tercapai atau tidak.
tapi memetik kata-kata Fahri.
"Andainya ada tujuan, pastinya akan berjaya juga walau jalannya berliku
berbanding jika tiada tujuan,tentulah tidak berjaya walau jalannya mudah"
(quote kata-kata Fahri tidak tersusun).

Kepada anda yang membaca coretan ini.
Luangkanlah masa membaca buku ini.Novel islami yang ku kira penuh dengan ayat-ayat cinta!

ops ada juga sedikit-sedikit kesalahan terutamanya ejaan,nama Aisha tertukar dengan nama Noura(sekali tertukar), dan sedikit-sedikit bahasa Indonesia, yang boleh diperbaiki lagi untuk cetakan yang seterusnya.

4 1/2 bintang
posted by Mirip at 4:38 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home