Catatan Hidup Seorang Aku
Thursday, November 13, 2008
9(part2)
Setelah merasa kehadiran seseorang di sisinya, Shamsul membuka matanya perlahan-lahan.Imej dua manusia berdiri di sebelahnya. Pandangannya masih kabur akibat masih mamai setelah melelapkan matanya, yang berjaya menghilangkan kedukaannya buat seketika.
Dua imej itu makin jelas. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Ya sepasang.
"Ohhh Abang Arman," dia menguatkan diri menegur.
Arman, lelaki 30-an yang dipanggil Abang Arman oleh Shamsul mengangguk kepala. Terukir sedikit senyuman di bibirnya.
"Kak Liiii," ekor matanya memanjat pula pada wanita di sebelahnya, namum kemudian secara automatis disambung "opss..". Argh dia tersilap, dia sudah melakukan opss silap, dan bukan Ops Sikap, yang selalu dilaksanakan oleh PDRM tiap kali musim perayaan tiba itu.
Wanita itu memandang dia sekilas dan lalu terus memandang keluar jendela. Fikirnya tentu sahaja, wanita ini tidak ingin pun datang ke sini, perasaan yang terpamer pada raut muka wanita itu jelas kelihatan.
"Sihat?" Arman memulakan persoalan, walaupun soalan itu tentu sahaja tidak sesuai diutarakan buat penghuni di sini. Tapi saat-saat seperti ini,kadangkala soalan itu lah juga yang dilontarkan orang untuk memulakan perbualan.
Shamsul angguk.
Siapa wanita muda ini? Aku sangkakan Kak Lily tadi, rupanya orang lain. Patutlah warna kulit wajahnya sekali imbas tadi kulihat berbeza. Apakah itu teman baru Bang Arman? Apakah itu teman sepejabatnya? Atau mungkinkah, itu isteri barunya?
"Bang Arman pergi dulu, ada kerja yang harus diselesaikan," Arman minta diri selepas seketika melihat perkembangan Shamsul.
Tidak banyak perbualan yang berlaku antara Arman dan Shamsul. Lebih kurang 10 minit kemudian, Arman dan wanita itu beredar pergi meninggalkan dia kembali.
Pemergian Arman dan wanita itu diiringi dengan pandangan tajam Shamsul. Dia melihat dari jauh sehinggalah kelibat dua orang itu keluar dari pintu besar tempatnya berada ini.Banyaknya persoalan berlegar dalam fikirannya, menambahkan lagi beban fikir yang sedia ada dalam mindanya.
Siapa wanita misteri itu? Mesra benar mereka berdua. Takkanlah sahabat biasa semesra itu. Kalau teman sekerja, tentu sahaja mereka tidak datang berdua. Tentu sahaja datang segerombolan dengan teman-teman lain. Sekali fikir lagi, tidak logik pula kalau teman sekerja, kerana perwatakan wanita itu jelas sekali umurnya masih muda. Masih di awal 20-an. Jelas mereka bukan sebaya.
Fikiran lelakinya cepat menangkap yang wanita di sebelah Arman tadi bukan setakat teman biasa Arman lagi.Hanya ada dua kemungkinan. Pertama, samada kekasih hati Arman atau yang lebih baik dari itu, adalah isteri Arman.
Tapi, kalau isteri, di mana Kak Lily sekarang? Apakah Kak Lily masih isteri Bang Arman? Atau tidak? Atau bagaimana? Atau sekarang sebenarnya Kak Lily sudahpun bermadu. Arghh dia tidak tahu , tapi dia ingin sekali ingin tahu.
Shamsul tiada jawapannya. Yang ada jawapannya, hanya pada Arman, Kak Lily dan wanita muda itu.
Mengimbas imej wanita muda itu, kotak ingatannya melayang. Apa yang ada pada wanita itu ya?
Kak Lily itu wanita yang paling baik dia pernah kenal. Tidak pernah melawan cakap suaminya. Tidak pernah meninggikan suara pada suaminya, yang dia tahu hanya mengikut sahaja kata-kata apapun suaminya itu. Beruntung Arman mendapatkan isteri setaat itu. Tapi mungkin sahaja bagi Arman, isterinya yang dahulu menjadi pendokong setia di belakangnya itu sudah tidak membawa apa-apa makna lagi. Arman pun sudah berjaya dalam dunia perniagaannya. Tentu ramai gadis-gadis atau wanita-wanita lain yang berebut-rebut menawan hatinya. Yang mengejar cintanya juga ramai. Mungkin juga Arman sudah tidak memandang pada kebaikan budi Kak Lily lagi.
Entahlah. Dia juga lelaki. Dia tahu kalau ciri-ciri lelaki seperti Arman itu memang menjadi pujaan ramai wanita. Berjaya, kacak, tinggi, handsome,muda lagi dan yang penting KAYA. Bukan kaya sedikit, tapi kaya yang melimpah ruah. Kaya yang mempunyai tanah berbidang-bidang, mempunyai rumah sewa yang hanya untuk dikutip duit sahaja setiap bulan, yang mempunyai beberapa biji kereta, dan yang penting ada BMW dan MPV. Siapa yang tidak inginkan lelaki sekaya dan sekacak itu?
Dari segi personaliti, sekali imbas dia sudah tahu bezanya antara wanita muda yang dia tidak tahu nama itu dengan Kak Lily adalah cukup jelas sekali. Umpama seperti langit dan bumi. Dia akan senaraikan perbezaan-perbezaan ketara itu.
1. Seorang kulitnya agak gelap, berperawakan seperti Madhuri Dixit Bollywoo VS dan seorang lagi kulitnya putih melepak, berperawakan seperti Cecilia Cheung Hong Kong Wood.
2. Seorangnya tidak ada barang kemas di tangannya VS yang seorang lagi jelas kelihatan emas berlian berkerdipan menyinari malam.
3. Seorang berbaju kurung ke mana sahaja dia pergi VS yang seorang lagi fuh, up to date, dan bajunya itu menampakkan susuk tubuhnya yang jelas berlekuk-lekuk di sana sini.Ketara itulah yang mahu ditunjukkannya. Dan ketara lagi, itulah yang mungkin membuatkan Bang Arman jatuh padanya.
4. Seorangnya berwajah polos VS seorang lagi bak bintang di karpet merah, penuh warna warni seceria pelangi.
Tidak ketinggalan, seorangnya sudah dimakan usia dan seorang lagi baru mengenal dunia.
Shamsul menggelengkan kepala. Bukannya dia iri hati pada Abang Arman, namun dia merasakan seolah-olah Kak Lily itu hampir dengannya. Dia merasakan Kak Lily itu dekat sangat dengannya. Dan dia merasakan Kak Lily itu seperti ibunya pula.Masakan tidak.
Dia tidak mahu mendoakan, tapi dia dapat merasakan yang Kak Lily seolah-olahnya akan mengalami nasib sama seperti ibunya? Dia tidak mahu memikirkan hal itu kerana dia kenal Kak Lily sejak dia masih remaja dan dia tidak mahu nasib sama menimpa Kak Lily. Dan yang lebih penting dia tidak mahu, Azman dan Aznah, anak-anak Kak Lily menjadi sepertinya.
Ada pancaran kebahagiaan di mata wanita muda itu, tapi kenapa dia melihat wajah Bang Arman seperti ada sedikit kedukaan? Seperti menanggung beban yang berat? Kenapa masih begitu? Sedangkan tentu sahaja mendapatkan kekasih atau wanita muda (dia tidak pasti) itu akan membuatkan hati lelaki seperti Arman bahagia dan mekar seperti mawar kembang pagi? Kenapa kembang bunga harum malam tidak terpancar sepenuhnya pada wajah Arman? Apakah yang terjadi? Apakah sebenarnya Arman juga menanggung beban hidup yang dia cari sendiri?
Sekali lagi Shamsul tiada jawapan pasti.

posted by Mirip at 9:55 AM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home