Catatan Hidup Seorang Aku
Monday, November 10, 2008
6(part2)
Dia bukakan matanya.Matanya sedikit silau dipancar samar-samar lampu. Dia pandang sekeliling."Kenapa pula ada lampu? Bukankah tadi aku di tempat lain? Bukan di sini?"Shamsul menggosok-gosok matanya.Matanya basah, mukanya basah malahan badannya juga basah dengan peluh.
Kepalanya dipusing ke kiri dan kanan.Yang ada, orang-orang berselimut putih di atas katil besi bercat putih berdindingkan cat putih juga. Itu pun tidak penuh semuanya. Ada juga katil yang kosong.Suasana sunyi sepi.
Dia mengurut-ngurut dadanya. Mengalihkan telapak tangannya pada bahagian kiri dadanya. Terasa jelas degupan jantungnya yang berdegup kencang.
"Rupanya aku masih hidup,". Dia meraup mukanya memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi.
Fahamlah dia tadi yang rupanya dia bermimpi. Samada dia bermimpi atau mendapat petunjuk, atau Allah ingin memberitahunya sesuatu, dia tidak mahu peduli lagi pada istilah-istilah itu. Yang penting, dia tahu kesalahannya,dan dia tidak mahu masuk ke dalam lembah yang dilihatnya tadi.
Dia sentuh lehernya. Masih terasa seram sejuk pada pangkal lehernya tadi. Pengalaman tadi benar-benar membuatnya insaf. Apa yang berlaku tadi padanya bukan lagi mimpi, tapi satu perjalanan dirinya.
Perlahan-lahan, dia turun dari katilnya. Kalau tadi dia sihat dan boleh berjalan seperti biasa, kali ini, dia seperti dia yang asal, kembali tidak berdaya.
Dia ambil kayu yang dia sandarkan di dinding di kepala katilnya. Memegang kuat-kuat. Kayu sebagai kakinya yang ketiga. Shamsul tersenyum sendirian, "umurku baru mencecah tiga puluh tahun, tapi aku sudah bertongkat, tidak ubah seperti datuk berumur lapan puluh tahun." Sengaja dia menghiburkan hatinya sendiri.
Shamsul menuju ke hujung bilik di sana. Bilik kecil yang disediakan khas untuk penghuni-penghuni di situ membersihkan diri. Shamsul berdiri tegak di situ selepas masuk ke dalam.
Dia melihat dua singki sederhana besar di depannya. Di depan singki itu ada cermin besar. Dia tidak ingin memandang cermin itu.
Kepala paip diputar perlahan-lahan. Air merembes keluar."Aarrhhh sejuknya," terketar-ketar dia meratakan air itu ke telapak tangannya, ke mukanya,ke dua-dua sikunya, ke rambutnya, dan akhirnya menadah air ke dalam cawan kecil di situ dan membasuh kedua-dua kakinya.Shamsul mengambil wudhuk yang sudah lama tidak dia lakukan!
******
"Memang aku mengharapkan kematian cepat datang padaku, supaya aku tidak lagi hidup terus menerus dalam keadaan begini. Memang aku tidak mahu hidup dalam cemuhan masyarakat lagi, memang aku tidak ingin hidup pun lagi. Hidup memang tiada keindahan padaku.Aku sudah cukup menderita. Tidak tertanggung derita batinku Ya Allah.
Tapi ampunkanlah semua dosa-dosaku. Hanya kepadaMu tempat aku bermohon, dan hanya kepadaMu tempat aku berserah. Ampunkanlah dosa-dosaku pada permintaan supaya aku cepat menghembuskan nafasku sendiri. Aku tidak tahu apakah solatku ini diterima ataupun tidak, tapi kupohon, Engkau terimalah taubatku. Diriku memang kotor pada segala dosa-dosa yang aku lakukan selama ini.Aku gagal Ya Allah.Tapi aku bersyukur kerana Engkau masih menyayangiku. Engkau berikan aku kesempatan melihat dosa-dosaku sendiri.
Shamsul menadah tangan ke langit. Dia panjatkan doa sesungguh hatinya. Dia serahkan segala-galanya pada Tuhan sekalian alam itu. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia sembahyang di waktu sebegitu. Dalam samar-samar lampu, dia memandang jam di dinding. Kelihatannya waktu itu pukul tiga pagi.
Air mata yang menjadi teman setianya merembes tiada hentinya. Dia solat di sisi katil besinya sendiri. Dia tidak tahu samada solatnya diterima ataupun tidak, tapi dia tetap juga solat walaupun dalam keadaan duduk begitu. Dia pernah melihat seorang temannya di situ yang bersolat sedemikian. Dia hanya mengikut walaupun tidak pernah diajar sesiapa.
"Kalaupun orang tidak mendengar jeritan batinku, tapi aku percaya, Engkau masih ada mendengarkan segala kesedihanku," Shamsul berdoa sungguh-sungguh disaksikan gelap malam di luar.

posted by Mirip at 2:43 PM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home