Catatan Hidup Seorang Aku

Thursday, November 20, 2008

lembah2

Bila dikenang-kenang semula, rupanya banyak benda yang sebenarnya terjadi tu tanpa dirancang. Dan kadang-kadang pula kita ingatkan begini, tapi bagi orang lain pula melihatnya dari sisi lain.

Pertentangan yang terjadi.

Persekitaran dan orang-orang sekeliling rupanya banyak memainkan peranan dalam kita meniti hidup. Itu kesimpulan yang aku dapatkan.

Zaman akhir belasan tahun dan awal dua puluhan, rasanya itu zaman-zaman yang mencabar sebenarnya. Kalaupun tidak bagi orang lain, tapi cukup kalau aku katakan untuk diriku sendiri.

Manakan tidak, hati sebenarnya tidak mahu berada di situ. tapi fizikal tetap juga terpaksa di situ. Mahu diundur ke belakang, tidak tahu caranya dan banyak pula masalahnya. Dan mahu terus menuju ke hadapan, terasa gelap masa hadapan.

Hidup seperti terkontang kanting. Mungkin juga kerana fikiran yang belum matang.

Jadi hidup dalam keadaan seperti itu menjadikan aku hilang. Hilang dalam keramaian dan hilang dalam diri sendiri. Tidak tahu. Menjadi pesimis. Menjadi entah yang apa-apa.

Perlakuan juga kadangkala memang menjadi pelik. Pelik bagi diriku sendiri.

Jadi bila diingat kembali, memang itu semua kenangan yang melucukan. Ketika itu memang kenangan yang boleh dikira pahit atau masam, tapi bila diingat sekarang ini, menjadi manis pula walaupun tahap kepahitan dan kemasaman itu tetap juga membekas.

Kesilapan juga banyak dilakukan. Kerana sudut pandang yang berbeza inilah puncanya.
Bila diingat-ingat, memang agaknya aku yang bersalah kerana sudut pandang dan perasaan aku ketika itu lain.

Yang sering terjadi ialah, fikiranku tidak menghala sepertimana mukaku dihalakan.
Memang rupanya aku ini jahat dan tidak sepatutnya aku macam tu.
Memang aku kelihatan sombong tapi kerana mataku tidak jelas.Sungguh kasihan sebenarnya.Memang aku tidak perasan pada orang lain,kerana aku sendiri kacau mahu lari.Nak lari, tapi ada pintu besar dan halangan tinggi.Mahu tidak mahu, tetap sahaja di situ walaupun gembira sudah lari. Dan akhirnya melekat di situ tanpa ada jalan keluar. Hanya ada satu jawapan. Pasrah sahaja dengan jalur hidup.

Jiwa kacau. Hahahha.. kelakar tapi itulah zaman dulu-dulu. Gila gila remaja.

Jadi, kuakui juga kata-kata kawan-kawan yang mengatakan aku ini "budak tanpa perasaan"."Takkan itu pun kau tak faham?" Mereka tidak nampak aku ini gembira atau sedih. Mereka tidak nampak apa-apa reaksi diriku kerana memang aku tidak menunjukkan sebarang reaksi pada apapun.Sebenarnya kawan, aku faham, tapi aku tidak mahu faham, atau kerana terlalu banyak persoalan atau kerana memang aku ini straight person, jadi aku tidak faham kalau pun orang lain sudah faham bahasa atau perlakuan kiasan.

Hanany senyum sumbing sendirian mengingatkan zaman-zaman lalu yang dia tinggalkan. Bergegar-gegar pesawat yang dia naiki melanggar awan-awan putih bergulungan.
posted by Mirip at 12:39 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home