Catatan Hidup Seorang Aku
Tuesday, February 24, 2009
17 (part 2)
Tak perlulah ungkapan kata "tumpang bersedih dikeluarkan," kalau ia sedikit pun tidak ada keihklasan di dalamnya. Tidak lah perlu pura-pura menunjukkan wajah bersalah kalau yang benarnya tidak ada sekelumit pun rasa bersalah itu hadir di sanubarimu.
Apalah ertinya kesedihan, apapun juga kata- kata tidak dapat menyamai apa yang sekeping hati merasakan. Apalah ertinya kedukaan pada orang yang tidak pernah mengalami penderitaan pun dalam hidupnya. Maka itu ungkapan kata " berat mata memandang, berat lagi bahu memikul" itu memang benar belaka.
Batu yang dihempap pada bahunya ini kadangkala ingin rasanya dia buangkan ke sungai. Lalu dia campakkan batu besar itu, dan campakkan juga dirinya ke dasar sungai itu. agar segala bebanan hidupnya dapat terlerai, dan dia pun sudah tidak lagi perlu hidup dalam dunia yang semakin kejam ini!
Kalau diikutkan hati mudanya, memang mahu sahaja dia tamatkan sahaja riwayat hidupnya yang penuh dengan kepedihan ini. Ya, orang mungkin sahaja melihat dia gembira, melihat dia itu dan ini, tapi apakah mereka tahu perang apakah yang ada dalam batinnya?
Tidak! Tidak akan ada sesiapa yang tahu apa juga penderitaan hidupnya. Apakah anak-anaknya yang berbaris itu, apakah abang kakaknya, atau apalah lagi ibunya? Tidak sama sekali dia akan lontarkan dan luahkan segala kekusutan ini pada orang lain. Adalah lebih afdal bagi diri seorang dia untuk menanggung sendiri. Apakah dengan melibatkan orang lain itu akan segera menyelesaikan segala permasalahan dirinya?
Air sungai yang mengalir perlahan, tidak pernah melupakan tabii sifat alamnya.Tenang dan mendamaikan. Dari riak air yang menggetar perlahan, tidak siapapun tahu apakah harta karun yang ada di dasarnya, atau apakah pula kedalaman dasarnya.
Dia ingin sekali tahu. Biarlah kalau orang tidak mahu tahu kedalaman sungai itu pun , tapi dia mahu tahu. Dia mahu meredah sungai yang tidak pernah berhenti mengalir itu, tidak kira dalamnya di paras lutut, paras pinggang, paras hidungnya, atau paras mata kebil-kebilnya. Atau juga dia yang berada di bawah paras air itu.
Dia mahu buangkan semua apa yang ada pada bahunya, pada kepalanya dan pada badannya.
Dia tidak mahu lagi menanggung batu-batu besar itu, mahu melepaskan sungguh-sungguh.
Tapi bagaimanakah caranya?
"Wahai fikiran, kau berikanlah aku ilham, jawapan keluar pada semua ini wahai fikiran," dia mengarahkan akal fikirnya turut bekerja, jangan sampai hanya tahu ada di atas kepala tapi tidak mampu berbuat apa pun untuk membantu keserabutan tuannya.
"Kau mahu tahu?" tanya fikiran.
"Iya."
"Kau terjun sahaja dalam sungai itu. Habis cerita dan batu atas bahu kau terlepas.Kan senang!" Senanggggg.. senanggggg.. senangggggg... berdengung dengung kalimat itu mengisi suasana petang.
"Betulkah?"
"Ya betullah.. kenapa kau tidak percaya? Kalau kau tidak laksanakan,mana kepercayaan itu akan datang? Kau buatlah dahulu, kemudian baru kau percaya."
Diam. Dia angguk-angguk kepala. Senyum. Kaki kiri melangkah ke depan.
"Coppp. copppp.. Apa kau buat itu Chah?" suara mendayu menyapa telinganya. Dia berpaling ke kanan. Tidak ada sesiapa di situ. Hanya pohon-pohon nyior melambai-lambaikan pelepahnya. Hanya ada batu-batu kecil coklat muda dan tua berbaris menemani gigi sungai." Aneh, takkan pohon itu yang bercakap denganku?Takkan pula batu-batu yang bagaikan mempamerkan senyuman anggun itu yang menegurku?"
"Akulah yang bercakap denganmu."
"Siapa?"
"Abaikan saja siapa daku.Apakah kau sudah fikir semasak-masaknya tindakanmu itu?"
"Tindakan apa?"
"Aishah, jangan membohongi dirimu sendiri, kau mahu terjun dalam sungai ini? Kau mahu dimakan buaya-buaya bergigi tajam itu? Kau mahu buangkan batu dalam kepala jemala kau tu ya?"
"Tidak.. siapa kata begitu... aku.. aku kan masih di sini, aku masih bercakap denganmu, cepat siapa dirimu. Janganlah main sembunyi tom-tom bak denganku di sini. Aku tidak ada masa untuk itu semua tahu!" Dia membentak, menunjukkan sisi tegas dirinya yang selama ini tenggelam.
"Aishah, kau boleh tipu diriku, tapi kau tidak boleh menipu dirimu sendiri kan? Walau mulutmu katakan tidak, tapi kakimu sudah mendekat ke tebing sungai"
Diam. Tunduk. Air mata sudah menakung di jurai mata.
"Aishah, Aishah........ apakah sudah pendek akal fikirmu? Apakah hanya setakat itu yang kau boleh fikirkan? Apakah kalau kau terjun di dalam sungai ini, segala masalahmu hilang? Ya kalaupun batu besar ats kepalamu sudah tercampak entah ke mana, apa kau fikir kau akan selamat. Selamatlah atas dunia ini kalau kau sudah meninggalkan dunia yang kau benci ini, tapi kalau ditakdirkan kau tidak mati? Tapi buaya-buaya itu yang gigit kau, dan ratah badan kau?Bukan dia ngap semua tau, tapi sebahagian tangan kau je. Cukupla bagi dia hilang lapar. Kau jadi cacat,apakah kau ada insurans ke?Apakah kau nanti tidak akan menyusahkan orang?"
"Kau.... kau hantu, kenapa kau suka sangat kacau hidup aku?"
"Arghh , Chah, sampainya hatimu... Kau panggil aku hantu? Mana boleh aku tinggalkan dirimu. Dirimu adalah diriku. Ceritamu ceritaku. Ada kamu ada aku.hihihihi..."
"Kau tidak pernah serius. Aku sedang memarahimu ni, sempat lagi kau ketawakan aku ya," Aishah melepaskan keluhan bengangnya pada sang suara.
"Aishah.. Aishah...apakah aku belum cukup serius? Kalau aku tidak serius, mungkin aku pun setuju apa yang temanku, "si F" itu tadi katakan. Aku tahu kau lebih sukakan dia daripadaku kan? Kau memang bias, dan kau memang selalu lebihkan dia..,"nada suara itu berubah menjadi sayu, ketara perubahan dari ketawa menggema tadi kepada kesayuan. Aishah dapat merasai keikhlasan yang terlahir dari suara itu. Dia tahu dia bersikap zalim pada temannya itu. Dia tidak bersifat adil. Dia lebih mengutamakan teman "F" nya. Kasihan "si H", kadangkala tidak ada ruang untuk "si H". Mujur jugalah "si H" tidak pernah berganjak dari perjuangannya walau sering ditolak mentah-mentah oleh seorang bernama Aishah ini.
"H, aku tahu kau baik hati, kau sabar melayan karenahku, kau tegar di sisiku. Tapi apa katamu susah semuanya. Aku tahu apa yang kau katakan semuanya benar, tapi selalunya cadangan F memang mudah untuk aku ikuti," luah Aishah. Masih ingin mempertahankan dirinya sendiri. Normal bagi seorang berjiwa manusia.
"Memang susah, tapi bukankah kau sudah biasa susah? Apa kau masih takut untuk menghadapi kesusahan sedangkan itulah yang kau alami seharian pun!" H berhujjah, saat-saat genting seperti ini, dia pun tidak mahu kalah. Kekalahannya menegakkan hujjah dalam sessi pendakwaan dan pembelaan ini samalah halnya seperti dia gagal berhujjah untuk membela seorang yang tidak bersalah di mahkamah dari dijatuhi hukuman bunuh.Sudah jatuh ke tahap wajib baginya menegakkan keadilan, membetulkan kembali apa yang sudah selama ini telah menjadi bengkok. Ya, memang susah tapi itulah perjuangannya, sebagaimana Aishah berjuang melawan dirinya sendiri.
"Aku sudah tidak tertahan menanggung ini semua, H. Aku tidak mampu lagi. Aku pun mahu seperti orang lain, aku tidak mahu terusan menderita, uhuk uhukk..." tangisan Aishah berderai, disaksikan langit biru, pohon nyior pun sudah berhenti melambaikan tangannya, seperti faham akan kesedihan hati Aishah. Tidak ada burung-burung berterbangan di ruang udara, mungkin kerana tidak sampai hati burung-burung itu melihat kerakusan dunia yang telah menghukum Aishah, atau adalah lebih baik bagi burung-burung itu sendiri pulang ke sarang masing-masing, menghulurkan rezeki hari itu kepada anak-anak burung mereka sendiri. Tidak berkuasa pula burung-burung itu untuk mengambil tahu perihal hidup seorang Aishah. Anak-anak burung masih kecil, mereka juga mahu hidup, kalau sang burung asyik sibuk merenung dan mengambil tahu perihal seorang Aishah, alamatnya anaknya pula yang kebuluran. "Tak apalah Aishah, kau selesaikanlah sendiri masalah kau. Aku pun ada masalah juga dengan anak-anak aku yang kecil-kecil tu. Sarang aku pun dah rosak semalam kena tembakan dari spesies yang sama macam kau lah juga Aishah. Cuma bezanya badannya kuat, kekar, tak macam kau. Kau yang sekeping itu memang lah akan kalah kalau berlawan dengan spesies yang tembak sarang aku semalam," kata burung dalam dengusan bunyinya yang menciut.
"Sabarlah lagi. Kalau selama ini kau boleh besabar, takkan kerana peristiwa semalam, kau sudah hilang sabarmu?" H menjawab perlahan, ya dia memang menjawab tapi dia juga tidak lupa menyoal kembali tuannya.
"Sabar? Kau memanglah, hanya itulah kata-katamu. Hanya itulah pun jawapanmu. Dulu, kini dan selamanya! Tidak ada yang lain. Yang itu-itu juga. Sebab itulah aku tidak suka berkawan denganmu H," Aishah membentak. Dia melepaskan kemarahannya yang membuak-buak. Ya dia sedang marah, dia marah pada semua. Dia marah pada orang-orang di rumah itu, dia marah pada sungai yang ada buaya, dia marah pada pohon nyior yang tinggi menjulang, tapi tidak membantunya menjulang hidupnya lebih tinggi atau sekurang-kurangnya pindahkan saja dia dari tenpat itu menggunakan batang tingginya dan pelepah panjangnya? Dia marah pada batu-batu yang hanya tahu tersenyum, ingin rasanya dia mengambil batu-batu itu , kecil dan besar dan dia lemparkan pada orang-orang di rumah itu. Ya rumah yang menyaksikan segala-galanya tapi tetap membisu pada dirinya sendiri. Padahal dia tuan kepada dinding, atap bumbung, dan lantai rumah itu.
"Kalau kau lihat orang lain gembira, apakah benar dia gembira? Atau dia pun sama seperti kau? Orang pun lihat kau gembira?" H sudah bertukar menjadi YB Karpal Singh. Bertalu-talu tanpa henti berhujjah.
Tiada jawapan. Suasana hening. Satu markah untuk H. 0 markah untuk seorang Aishah.
"Mereka juga sama seperti kau Aishah. Kalau kau tidak mahu orang lain tahu masalahmu, begitu jugalah mereka. Jatuh ego mereka ke lantai kalau orang tahu apa masalah mereka. Atau mungkin masalah mereka lebih besar dari masalah mu sendiri? Ada kau tahu?"
"Apalah lagi yang lebih besar daripada apa yang aku alami H?" Aishah mengesat air mata dengan hujung lengan bajunya.
"Aku tidak pernah ada apa-apa sejak lahir. Miskin harta, miskin kasih sayang. Ksih ayah entah kemana,harta benda jauh sekali, yang aku ada hanya ini, kesetianku, tapi kini kurasa hidupku punah....."
"Kau selalu melihat dari satu sisi Aishah. Apakah yang Abdul Rahman Auf ada ketika akhir hayatnya? Sama juga sepertimu kan? Apakah kau rasa derita Muhammad ketika kecil itu sama sepertimu? Dia bahkan lebih hebat lagi deritanya darimu. Apakala kau masih punya ibu untuk mengadu, dia tidak ada ibu dan ayah. Apakah ada seorang ibu itu tidak cukup bagimu? Ya tidak cukup kalau kau bandingkan dengan orang yang ada ibu dan ayah. Tapi sudah tentu lebih dari cukup kalau kau lihat pula pada si yatim piatu. Chah, tak perlu kau lihat orang lain, cukup kalau kau hanya lihat nabi kita, Muhammad S.A.W. Ku katakan begitu kerana kesedihan dirimu itu tidak seberapa Aishah. Aku tidak minta kau percaya, tapi kau fikirkanlah sendiri."
"Aku tidak mahu berfikir lagi. Aku penat. Dan lagi kalau makin kufikirkan, aku makin berserabut otak fikirku," balas Aishah.
"Ya, akan menjadi keserabutanlah fikiran engkau kalau kau fikir hanya sekadar fikir. Kalau sekadar itu yang kau fikirkan, tidak akan kemana dirimu Aishah. Terjunlah ke sungai itu. Lepaslah segala bebanmu. Tapi ingat, kau pasti tidak terlepas dari beban yang satu lagi. Itu aku boleh jamin." Ya, hujjah H kali ini seperti pula YB Zulkifli Noordin dalam kes Aishah Bokhari dahulu. Kali ini yang dilawan hujjah oleh YB Zulkifli bukan lagi Aishah Bokhari, tapi hanya seorang Aishah yang terpinggir dari kehidupan.
Mata Aishah terkebil-kebil, tanda menanyakan persoalan.
"Sudah pasti kau akan masuk menjadi ahli neraka. Hanya kerana satu kesalahan pendek akal kau tu. Kau sudah putus asa dengan rahmat Allah. Tidak berbaloi dengan kesedihan yang kau tanggung selama ini." H menggulungkan hujjahnya. Dia memberikan pukulan bola tanggung pada Aishah. Pukulan yang tidak dapat dibalas semula oleh Aishah. Lalu pada penghakiman petang itu, H yakin benar yang dia akan menang. Lalu dia tinggalkan ruang itu, dia tahu adalah lebih adil baginya untuk dia tinggalkan Aishah seorang diri kerana dia sudah pasti benar hati seorang Aishah. Bukankah dia juga yang bernama Hati itu?
"H... H...." Aishah memanggil. Tapi tiada lagi suara bergema. Molekul udara sudah sepi kembali. Tiba-tiba ada pula burung yang tersesat di udara berterbangan, ada pula lambaian pohon nyior yang tadi terhenti, air sungai tetap juga mengalir tenang. Semuanya sudah kembali ke asal sepertimana dia mula-mula datang tadi. Air matanya juga sudah mengering sendiri disambut oleh desiran angin lalu.
Aishah bangun berdiri. Dia merenung langit biru. Dia mendepangkan kedua tangannya, lagaknya seperti Kate Winslet dalam cereka Titanic. Oh bukan, bukan dia yang meniru Kate Winslet, tapi Kate Winsletlah yang meniru dia.
Dia mendapat kekuatan kembali. Setelah kekuatannya hilang semalam. Setelah dia kehilangan jiwa setelah jantungnya gugur melihat kejadian semalam. Setelah matanya bagaikan tersembul kerana tidak mahu percaya apa yang dilihatnya. Kalau selama ini matanya tertipu, tapi tidak peristiwa semalam.Semalam adalah realiti dan selama ini yang dilihat hanyalah ilusinya semata.
Sabar... itulah. Hanya itu satu kalimat ubat buat dirinya. Kadangkala dia juga tahu kekuatannya tidak sekuat mana untuk menempuh segala cubaan besar di atas junjung kepalanya itu. Dia pun tidak cukup penuh iman di dada untuk terus tabah menghadapi peritnya sebuah pelajaran yang bernama kehidupan. Tapi dia tahu itulah namanya sebuah kehidupan. Hidup itu akan penuh dengan warna warni permasalahan. Kalaupun yang sebenarnya hidupnya hanya ada sedikit warna, itupun rupanya warna kelabu. Yang lain, rasanya hanya hitam kelam.

posted by Mirip at 8:50 PM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home