Catatan Hidup Seorang Aku
Thursday, February 05, 2009
16(Part2)
Apakah yang ada pada sepasang mata? Mata yang berbentuk sfera putih diseliputi salur-salur darah kecil.Ada iris membulat di dalamnya. Boleh membesar dan mengecil mengikut persekitaran alamnya.Iris yang membezakan dari bangsa manakah manusia-manusia itu berdiri di dalam alam dunia yang sederhana kecil ini.
Iris coklat membayangkan yang empunya diri itu besar kemungkinannya dari tanah Asia, dan yang beriris biru dan hijau pula dari tanah Caucasian. Tapi pada zaman yang semakin tua ini, pengenalan bangsa tidak harus lagi berdasarkan iris mata kerana betapa ramai yang wajahnya Asia tetapi bermata merah, biru dan ungu. Bukan hanya sekadar tiga warna itu sahaja, namun fikirkan sahaja apa sahaja yang otak mampu fikirkan, disitulah kelihatannya iris palsu itu. Apalah yang hendak dihairankan, kerana pada zaman moden dan canggih ini, kulit yang berwarna coklat pun boleh dipadankan dengan rambut blonde walaupun tentu sekali hasil eksperimen seni ini jelas tetap juga tidak menghilangkan wajah Asia atau coklat tanah wajah azalinya.
Apa pula gunanya sepasang mata cantik kurniaan Tuhan ini? adakah hanya untuk melihat? Melihat pula adakah sekadar melihat apa juga yang berlaku di sekeliling, atau melihat itu akan menjadikan memori kotak masa lalu itu tepu? Terpulang saja pada pendirian masing-masing. Apa juga yang mereka katakan pada mata, apa pula persepsi mereka pada mata, tidak ada jawapan yang pasti. Kerana setiap orang pada saat ini akan menjadikan alasan "argghh ini mataku, bukan matamu. Suka hati akulah nak tengok apa, dan nak buat apa dengan mata aku ni. Ada aku kisah pasal mata kau?"
Sinis. Ungkapan kata yang keluar dari mulut-mulut sang egois. Yang zahirnya tidak mengakui yang matanya atau hidungnya atau kaki tangannya itu bukan miliknya? Apa jadi kalau matanya sudah hilang fungsi penglihatannya? Walaupun mata itu masih juga tetap di situ, kekal berkedip-kedip 20 kerdipan/saat, namun apalah gunanya mata kalau fungsi yang satu itu tidak dapat lagi dinikmati. Bukankah semua pinjaman yang diberi itu boleh sahaja ditarik sekelip mata oleh sang pemberi?
Memang mata itu gunanya untuk melihat. Melihat pusingan hidup dan gerakan-gerakan kinestetik di sepanjang jalan kehidupan sebelum terhenti jarum jamnya. MATA-KEHIDUPAN-MASA, tiga kombinasi yang saling berkait. Perkaitan yang berungkai-rungkai, tidak ada yang di depan, akan tidak ada juga yang di belakang.Kalaupun tidak bagi orang lain, cukup bagi Aishah, dia merasakan seperti itu. Biar sahaja dia tidak memiliki segulung atau bergulung ijazah dalam dan luar negara, cukuplah tiga kombinasi yang Allah berikan padanya untuk dia memahami dengan jelas jalur-jalur kehidupan.
Dia tidak perlu menjadi Albert Einstein yang mempopularkan formula E=MC2, atau dia juga tidak perlu menjadi Pythagoras, bapa Matematik yang mencipta teori Pythagoras, bapa Numerologi moden mencipta nombor meletakkan satu had kepada sesuatu, yang berkaitan dengan alam sekeliling.Yang semua kehidupan adalah nombor.Yang kelakuan manusia rupanya juga berbentuk nombor.
Dia juga tidak perlu menjadi siapa-siapa. Cukup sekadar menjadi seorang Aishah, dia sudah boleh memahami apakah teori-teori yang mereka katakan itu benar atau tidak. Dia sendiri tidak mengenali atau untuk menyebut nama mereka-mereka yang namanya tercetak dalam sejarah itupun dia tidak tahu, teori yang mereka ciptakan itupun apalah lagi, namun memang takdir dalam kehidupan mengajarnya lebih dari teori-teori itu semua. Yang dia lalui sekarang adalah praktikumnya, dan bukan lagi teori kehidupan.

posted by Mirip at 12:30 PM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home