Catatan Hidup Seorang Aku

Tuesday, June 30, 2009

A Tribute to Michael Jackson/Mikaeel.

Alfatihah to him.Mikaeel OR MICHAEL JACKSON.

1. Sangat sedih di atas kematian Raja POP ini. Yang paling menyedihkan, tiada satu ayat pun dalam artikel2 di Barat, yang menyatakan walau sebaris, Michael telah memeluk Islam last November 2008 or February 2009. (I am not sure the exact date but i still remember the month those issues bombed out).

2. Setelah membuat sedikit analisis dari tarikh lahir arwah, no wonder orang mengatakan dia pelik dan weird. Root Number dia 7. Sebenarnya dia tak pelik tapi orang yang tak mengenali dia akan mengatakan begitu. Padanya, adalah dunianya dan kehidupannya sendiri, his own world.

3. Meneliti kisah hidup beliau, tidak hairan mengapa beliau sukakan kanak-kanak. DI balik kemasyhuran yang dia dapatkan, sebenarnya banyak pengorbanan yang dia telah lepaskan. Berumur 4 tahun,memulakan karier sebagai penyanyi dalam The Jackson 5. Di saat kanak-kanak lain masih bermain pondok-pondok, dia telah melangkau ke alam dewasa. Ya memang ketika itu dia tidak merasakan pun dia kehilangan zaman itu. Memang dia sukakan nyanyian dan tarian. Jadi tidak ada masalah . Namun lumrah hidup, setelah kemasyhuran dikecapi, kita lebih merasakan kekosongan pada apa yang kita tidak ada atau tinggalkan. Aku jadi faham mengapa dia tetiba menjadikan budak-budak sebagai temannya. Ya, memang agak aneh bagi kebanyakan orang yang hidup normal. Yang punya masa kanak-kanak. Tapi bagi beliu yang tidak punya masa itu satu waktu dahulu, ketika inilah dia mahu menebus semula masa yang hilang.

4. Lumrah juga dalam manusia, dalam setiap kebaikan akan ada kejahatan. Akan ada pula yang akan mengambil kesempatan. Kaya dengan sekelip mata .

5. Di akhir hidupnya, mungkin dia telah berserabut, hidup dalam bebanan hutang yang banyak, dengan segala kesakitan. Namun di sebalik semua kisah negatif ini, sebenarnya terselit hikmah dalam dirinya. Ada juga rasa keinsafan pada pergantungan beragama. Dan akhirnya beliau memilih Islam. (Barat tidak akan menulis perihal ini memandangkan impak besar yang akan ditinggalkan oleh MJ buat peminat-peminatnya di seluruh duni).

6. Bagiku, walaupun aku sedih di atas pemergiannya. Aku merasakan ini adalah yang terbaik. Supaya dia tidak terus menderita menanggung kesakitannya yang pelbagai. Mungkin juga tekanan perasaannya apabila melihat wajah yang langsung tiada rupa ketika zaman kecil. Mudah-mudahan juga dia ditempatkan di kalangan orang beriman. Dosa-dosa lama terhapus. Dan dia menjadi orang baru dengan bertukarnya kepercayaan agamanya. Juga peminat-peminatnya mencari apa itu Islam. Agama baru Mikaeel.
posted by Mirip at 10:16 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home