Catatan Hidup Seorang Aku

Friday, July 03, 2009

Alhamdulillah- Mikaeel Johnson will bury as muslim.

Tiada kata untuk diucapkan. Doaku, dan harapan jutaan muslim lain untuk melihat/mendengar pengumuman ini akhirnya termakbul.

Ya, Mikaeel Johnson-MICHAEL JOHNSON, meninggalkan impak besar, baik semasa arwah masih hidup, apatah pula meninggal dunia.

Intinct diriku.
1. Peminatnya seluruh dunia mungkin akan mencari apa itu Islam.

2. Dari kecil rupanya dia meminati binatang. Ada pet. Neverland Ranch pun ada zoo. Kata orang tua-tua, orang yang sukakan binatang, sukakan juga kanak-kanak. Orang yang sukakan kanak-kanak rezekinya murah.

3. Melihat gambar-gambar arwah bersama anak-anak (di luar dari publisiti), dia gembira bersama anak-anaknya. Dan kawan-kawan anak-anaknya kelihatan selesa bersamanya.

4. Karier seseorang boleh jatuh hanya kerana fitnah. Kerana itulah dalam islam,fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh. Fizikal Mikaeel belum lagi meninggal sebelum 25 June 2009, namun emosinya mungkin sahaja telah mati tahun 1993 lagi. Tekanan difitnah (aku rasakan, bagi orang berjaya sepertinya, terlalu ramai pula musuh-musuh dan orang yang ingin mengambil kesempatan terhadapnya), meninggalkan fobia mendalam dalam diri setiap insan normal.

5. Cinta sejatinya mungkin hanya pada Lisa-Marie. Dalam kemasyhurannya,sebaliknya dia merasa sendiri. Namun dia merasakan Lisa mempunyai chemistry dengannya.

6. Debbie Rowe pernah mengatakan- "we never slept together". Ada kemungkinan ketiga-tiga anak-anaknya itu bukan anak kandung MJ. Namun kelihatan jelas, MJ menganggap mereka kesemuanya anak-anaknya sendiri. Dia memang inginkan anak sendiri, namun apakan daya, Lisa Marie tidak dapat memberinya anak seperti diinginkan.

7. Lisa tidak memahami diri MJ sepenuhnya. (Baca:Tidak ada orang yang memahami diri orang lain sepenuhnya)

8. 20% estet kepada charity children. 40% for his mother, 40% for all his childrens. Semoga pahalanya terus mengalir buatnya sentiasa.

9. MJ tidak membenarkan anak-anaknya melihat cermin dalam keadaan yang lama. Ya, dia sudah mengalami, dia tidak mahu anak-anaknya mengulangi kesilapan lamanya.Di zaman kemasyhurannya, akibat terlalu melihat kekurangan pada wajahnya, sehingga di akhir hidupnya sudah tidak ada wajah asli beliau. Timbul penyesalan di akhir hayatnya. Pembedahan demi pembedahan yang meninggalkan kesakitan sepanjang masa buatnya : Moral- Islam tidak membenarkan perubahan pada anggota wajah kecuali sebab-sebab terntentu. Kali pertama mungkin cantik, perbetulkan apa yang salah. Tapi kecantikan itu akan menjadikan manusia obsessed, dan akan buat lagi dan lagi dan lagi. Akhirnya sudah tidak ada kecantikan yang tinggal, yang ada hanyalah kesakitan dan mungkin pula kehodohan.

10. Saat-saat akhir hidupnya, dengan masalah yang bertimpa-timpa, syukurlah arwah antara yang mendapat hidayah. Produsernya Warnsby (dan Yusuf Islam/Cat Steven juga kalau tidak silap aku) sebagai orang perantaranya. Dia menemui jawapan pada keserabutan fikirannya. Moral :- Islam adalah jawapan pada persoalan hidup.

Aku gembira dengan kesudahan ini. Memang aku sedih kerana dia sudah meninggalkan alam ini, namun aku gembira pada kesudahan hidupnya.

Imanku sendiri senipis kulit bawang. Namun aku harapkan, yang terbaik untuk semua.
posted by Mirip at 8:45 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home