Catatan Hidup Seorang Aku

Tuesday, March 14, 2006

apa erti bulat?

hidup ini umpama roda.BULAT.Semalam kau terlalu berani,terlalu kejam,tiada sekelumit simpati.kerana apa?kerana kuasa ditanganmu,tahkta ditanganmu,wanita apatah lagi.Tiada rasa belas ehsan menyembelih manusia2 yang kau anggap tidak perlu wujud dibumi ini.Kau tersengih riang tatkata melihat juraian air mata anak kecil melihat ibu dan bapa disembelih..kau mengilai melihat anak2 gadis diperkosa seenaknya, kau ketawa terbahak-bahak melihat sang isteri dan sang ibu meraung melihat suami dan anak-anak dibunuh kejam...Kau yang bernama MILOSEVIC...

Hari ini apa jadi? kau begitu takut.Hati besarmu menjadi sekecil-kecil kuman.malah lebih kecil lagi.hatimu yg dulu besar dek keangkuhan terlalu takut, lalu mengecut.Manusia..apalah yang ada lagi tika hati sudah tiada.?lalu daripada engkau menanggung malu, menanggung sakit jiwa ditahan seumur hidupmu dalam dunia kecilmu, kau cabut nyawa kau sendiri. Bukan orang lain. tp tangan kau sendiri..kematian mengejut, meninggalkan misteri.. (lapor dada akhbar, tapi tidak pada aku)lalu jadilah engkau suatu rentetan sejarah.Sejarah perang.Sejarah pembunuhan etnik.Kau yang digelar penyembelih balkan.Benar kata orang, harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama. Kau tinggalkan nama MILOSEVIC dalam lipatan sejarah peradaban ini dengan suatu iktibar.."Hidup ini roda.Pasti kau akan dapat balasannya walau apa kau lakukan.Itu hukum karma".

Kau kenal ARIEL SHARON? Dia juga begitu. Mungkin sekarang sedang menghadapi ,melihat perjalanan yang akan ditempuhi dalam tidur komanya.Aku rasa dia belum mati lagi.Aku tak ikuti perkembangan dia.Maafkan aku kiranya dia sudah dimakan ulat tanah tapi aku tidak tahu..

* Kau yang berlagak sombong di kala itu..
**Bacalah buku karya WANITA,TAKHTA dan KUASA karya SH ALATTAS. agar kau lebih memahami realiti dunia.Aku baca buku ni ketika masih awal remaja.tp kesannya, aku ingat sampai sekarang..
posted by Mirip at 10:35 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home