Catatan Hidup Seorang Aku

Tuesday, March 21, 2006

Lagi Bersamamu

Semalam bersamamu.Ada kawan-kawan umi kata rancangan tu over tapi umi tetap suka nak tengok.Tengok kesusahan orang lain.Keperitan hidup orang lain.Yang paling umi sedih kisah seorang ibu kat Sarawak ke Sabah yang begitu tabah.Tak tau la umi nak describe.Tapi mmg kuat semangat betul kakak tu.Jambatan sempit dilalui,mendukung plak anak lelaki 7 tahun yang tak berdaya.Berat tu.Kalau ada orang kata takkanlah dia lalu jalan-jalan tu ke hospital..tapi bagi umi , umi percaya memang itu kehidupan kakak tu.(umi tak ingat nama dia).Kalau dia berlakon semata-mata utk rancangan tu je,tak mungkin dia boleh berlakon melalui jambatan sempit tu dengan realnya..Jadi umi nak cakap dekat ya, daripada ya buang duit sms benda2 tak berfaedah yang ada sekarang ni,umi rasa better duit tu ya sms kat tabung ni.taip TABUNG2 @TABUNG5 @ TABUNG 10 and send to 33533

Umi rasa jiwa umi dekat dengan kisah-kisah macam ni.Kalaulah boleh diberi pilihan, umi nak je buat kerja-kerja yang melibatkan umi dengan masyarakat.tapi sudah ditentukan yang buat masa ni,umi tak boleh macam tu.Umi kena buat kerja umi ni yang mengadap jelah komputer 8 jam sehari..(ok apa dari berjemur tengah panas ..heheh)

****ya,bila besar nanti umi nak ya tahu yang kita hidup ni sementara je.Bukan selama-lamanya kita hidup.Macam juga tak selama-lamanya kita disatu-satu kedudukan.Contoh,kalau tetiba ya sedih dgn sesuatu benda, ya kena sabar ek.Sbb lepas kesedihan tu tentu akan ada sinar dihujungnya.Itu harapan umi pada anak-anak umi ni.Hidup ni kan roda.ya kena ingat tu..NI ada satu kisah umi nak cerita.

Tadi dalam kereta nak datang kerja , umi dengar selangor FM.Radio favourite umi la tu.Biasalah umi suka dgr celoteh Abang Nal kita.Segmen "semanis-manis buah". Yang ada seorang wanita kat ofis Pak Cik ni.Pak cik ni dah nak pencen lagi 2 tahun.Pak cik ni cakap dekat Abang Nal, yang dia berbulu sangat dgn perempuan ni(Umi bagi dia nama 'A').Nak kata 'A' ni pegawai tinggi sgt tu tidak la tp sbb org dah panggil dia puan-puan-puan jadi dia pun rasa yag dia tu hebat sgtlah.kalah bos nombor satu ofis pak cik tu .Pakcik tu kata lagi,kalau kat ofis,kalau Puan A nak marah ke ,dia main marah je tak kira dah..macamlah orang lain tu tak de lubang telinga,tak ada perasaan..lepas tu semua nak disediakan.Pak cik tu kata lagi kalau nak ambil kertas tu pun cik minah A nak suruh orang sediakan.kadang-kadang memandangkan pakcik tu dah nak pencen, dia kadang-kadang melawan la jugak.bukan lawan apa.mempertahankan kebenaran.Cuma pak cik ni kata, kesian.dia kesian kalaulah puan A ni diberi sedikit kuasa lagi,macamana keadaan orang-orang bawahan dia..

-umi senyum je dgr celoteh Abang Nal.Sebab benda-benda macam ni dah lama umi jumpa.baru 5 tahun kerja.Belum lagi macam pakcik tu yang dah nak pencen lagi 2 tahun.lagi banyak asam garam dia.Cuma tulah umi nak pesan kat Ya,kalaulah ya suatu hari nanti jadi somebody ke, ada sedikit kuasa yang dipinjamkan sementara..ya kena ingat,budi bahasa tu penting.Umi tak nak kalau ya jadi orang besar, tapi orang besar yang tak ada perasaan.Umi panggil orang-orang macam puan A ni orang yang sakit,dia sakit jiwa sebenarnya.Dia ada masalah.dan masalah dia tu dia terbawa-bawa kealam pekerjaan.

Umi minta doa jauhkanlah umi,anak-anak umi,adik-adik umi dari jadi macam puan A.mintak dijauhkan.Amin.
posted by Mirip at 9:35 AM

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home