Catatan Hidup Seorang Aku
Friday, June 13, 2008
Pok Teh
Orang kata(bukan aku yang kata), paras aku ada iras wajah ayah. Aku sendiri tak dapat memastikan. Untuk memastikan kesahihan ini, harus orang lain yang melihatnya. Membandingkan dan memberi hasil analisnya. Aku sebagai pemilik wajah tidak berhak kata apa-apa. Tapi bagi aku, memang sedikit sebanyak aku merasakan aku ini anak ayah.:)
Emak selalu juga kata perangai aku menyerupai ayah.Sekali fikir mungkin tidak, tapi dua kali fikir mungkin ya juga.Boleh mengadap buku berjam-jam. Aku rasa ini perangai yang aku 'duplicate' dari ayah.
Bercerita pasal ayah, aku teringat seseorang. Dulu, masa aku masih kecil, masih sekolah rendah.Ayah ada seorang kawan. Aku tidak tahu nama sebenarnya. Aku dan adik hanya memanggilnya Pok Teh. "Kenapa panggil Pok Teh, mak?" ."Sebab dia orang putih," emak menjawab selamba. Dengan jawapan emak, aku tidak lagi bertanya apa-apa soalan berkaitan nama sebenar kawan ayah yang kugelar Pok Teh hingga hari ini.
Sebagai kawan ayah, ayah, emak aku dan adik kerap juga menghabiskan hari Jumaat kami di rumahnya. Hari Jumaat satu-satunya hari ayah tutup kedai, hanya ada satu makna hari Jumaat itu pada kami waktu itu.Hari Jumaat sama dengan hari jalan-jalan.Horayy...
Pok Teh ini orangnya lebih tua sedikit dari ayah. Dalam 5-6 tahun agaknya. Aku tidak berapa pasti akan hal ini. Namun yang aku pasti, ayah dan Pok Teh memang kamceng. Orangnya bersaiz Mat Salleh biasa, berkulit putih merah, berambut perang, badan standard saiz orang sana itu. Cakapnya melayu. Tapi masih kuat pelat Mat Sallehnya.
Biasanya lepas solat Jumaat ayah akan bawa kami ke rumahnya. Dalam 30 minit perjalanan aku kira dalam kelajuan biasa ayah membawa kereta 80 km/j.Rumah Pok Teh di pesisir pantai. Bila aku besar sedikit nanti, barulah aku tahu kenapa Pok Teh orang baik yang amat berlainan sekali dengan kami ini menetap di sini. Tapi ketika itu, aku hanya tahu aku suka ke sana kerana aku dapat mandi laut!
Bila mandi, aku dan adik akan mandi sungguh-sungguh. Emak hanya mengawasi kami di gigi pantai. Biasanya ayah dan Pok Teh akan berbual-bual, entah apa yang dibualkannya, aku tidak pernah ambil tahu. Kerana sudah menjadi pantang larang emak, budak-budak kecil tidak boleh mendengar orang tua berbual. Biasanya kami mandi di kawasan depan rumah Pok Teh sahaja. Tikar di hampar, ada sedikit air, buah-buahan (rumah Pok Teh ada begitu banyak buah-buahan), dan biasanya emak yang akan membawa makanan untuk dimakan bersama. Kebiasaannya makanan yang senang dibawa. Menunya agak sama juga, kalau tidak nasi goreng pasti meehun goreng. Seingat aku hanya dua menu ini sahaja yang kami makan kalau kami makan di bawah teduhan pokok ketapang besar depan rumah Pok Teh. Diajar oleh emak, agar tidak pernah memilih makanan, kami waktu itu sering tidak kisah walau menu yang emak bawa selalu sama. Yang kami tahu, lepas aje kami mandi, samada nasi goreng atau meehun goreng itu pasti tidak pernah cukup dibelasah oleh kami yang tengah lapar membuak-buak.
Kadang-kadang aku mandi sampai ayah sudah panggil-panggil supaya naik ke atas. Selalu juga apabila aku sudah naik 'syekh' mandi, muka aku akan jadi berminyak-minyak dan dah jadi hitam legam.Hhahahaha."Ha, eloklah tu, nampak gigi aje," dia selalu mengusik aku dengan ayat yang akan menyebabkan muncung mulut aku ajan jadi panjang 14 inci kalau ketika dia datang ke rumah kami dan muka aku dah tak macam anak dara sunti yang lain.
Lepas mandi, dan makan-makan selalunya juga emak, ayah dan Pok Teh akan berehat-rehat di dalam rumah Pok Teh. Aku dan adik selalunya tidak masuk. Kami lebih suka bermain-main sendiri di luar. Kami berasa boring kalau masuk ke dalam rumah, kerana menjadi pantang no 2 emak aku adalah, 'bermain-main di dalam rumah orang.' Jadi daripada kami hanya duduk diam tidak berkutik di atas kerusi, lebih baik kami tidak masuk dan permainan di luar lebih menyeronokkan.
Dulu aku selalu pelik kenapa rumah sebesar Pok Teh tidak ada orang lain selain dia setiap kali kami datang.Cuma sesekali ada sekejap ada dan sekejap tidak ada seorang perempuan lain.Secara automatiknya fikiran kecil aku menangkap wanita itu adalah isteri Pok Teh.Di sisi lain sebenarnya itulah sebabnya aku suka ke rumah Pok Teh kerana tidak ada orang selain kami!Sungguh individualistiknya fikiran kami, aku dan adik tentunya.

posted by Mirip at 10:10 AM
2 Comments:
ngape kalo baca posting ko, slalunya tak lengkap? slalu ada soalan, tapi takde jawapan. penat aku nak baca.
Jawapannya,
Setiap jawapan ada soalan.
Tapi bukan semua persoalan ada jawapannya.
btw, aku just tulis spontan,tak perasan plak selalu tulisan aku tak lengkap...kekekke...takpelah bagi ko suspens skit afza. :)
Post a Comment
<< Home