Catatan Hidup Seorang Aku
Monday, June 30, 2008
politikus malaya
Kalaulah boleh aku katakan yang menceburkan diri dalam politikus itu satu analogi yang seperti meletakkan hujung pedang ke leher. Jadi jijik pula melihat suasana politik yang terlalu menyimpang dari akarnya. Matlamat menghalalkan cara.
Sedangkan yang sebenar-benarnya politik itu keperluan. Dalam apa-apa masyarakat pun, tanpa ahli politik, tidak terjadi pembentukan satu negara.Jadi bukan politik yang menjadi masalah. Dan bukan politik yang menjadikan sejarah itu kotor.
Yang mengotorkan adalah tangan-tangan yang tidak faham apa itu politik. Mereka mungkin faham yang politik itu hanya satu platform kekuasaan. Kuasa yang boleh membuat apa saja. Sedangkan hakikatnya politik itu bukanlah sehina apa yang aku nampak hari ini. Politik itu juga satu cara hidup, benar kalau digunakan dengan landasan atau platform ke arah kebaikan. Politik itu amat diperlukan untuk membuat satu-satu tindakan ke arah kebaikan. Contohnya menyuruh wanita bertudung itu kadangkala tidak akan tercapai kalau kuasa itu masih bukan dalam genggaman.
Apabila orang meletakkan kepentingan diri sendiri mengatasi segala-galanya, terjadilah apa yang terjadi pada hari ini.
Diulang lagi perkara yang sama sekali lagi walaupun ternyata orang pun sudah muak. Berita itu sudah basi. Tidak tahukah dia yang berita itu sudah basi.
Aku ada terbaca dahulu. Samada dalam perniagaan atau kekuasaan sekalipun, sesuatu organisasi/kumpulan/perniagaan itu tidak akan berkembang melebihi 100 tahun. Akan tiba saat kehancurannya. Kerana apa? Yang mudahnya adalah, orang yang terawal mengusahakan itu, matlamat atau kesakitannya sudah tidak sama dengan yang terkemudian. Orang yang kemudian itu hanya menerima apa yang sudah sedia ada. Jadi mereka tidak akan pernah merasai sendiri keperitan orang-orang awal.
Perjalanan manusia itu amatlah rugi kalaulah tidak diambil iktibar.
Buatlah sedikit penyelidikan, tentu kebenaran akan terserlah.
Tidak takutkah pada saat hari pembalasan. Berapa ramaikah balasannya sudah nampak di dunia nyata ini lagi?
Tidak perlulah aku menyebut nama-nama mereka.
Kerana keaiban itu tidak perlu untuk dibuka kembali.
Masih tidak nampak?
Atau pura-pura tidak nampak?
Bukan kerana lain
kerana mengisi tembolok sendiri.

posted by Mirip at 3:57 PM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home