Catatan Hidup Seorang Aku
Friday, June 27, 2008
Business pertamaku
Zaman kecil , saat yang paling kutunggu-tunggu saban waktu cuti sekolah, adalah kalau pulang ke kampung Ayah nun jauh di utara. Perjalanannya dari rumah yang kami tinggal ini jauhnya setengah hari. Seingatku, kalau kami sekeluarga bertolak awal dinihari, atau kadang-kadang usai solat Subuh, petangnya dalam pukul lima atau enam, barulah aku sampai ke rumah Tok. Jalannya pula melalui gunung ganang yang curam dan bengkang bengkok pula. Melalui lebuhraya timur barat itu kadangkala perjalanannya agak bahaya. Kalau dalam kereta FORD milik ayah itu, selalu kalau aku dan adik berpusing ke belakang, akan ada jalanraya membelah bumi yang hurufnya seperti S itu. Bengkak bengkok. Adik ku yang selalunya agak manja dan badannya selalu tidak sihat itu sering sahaja muntah-muntah sepanjang perjalanan. Kadang-kadang aku kasihan melihat dia. Kalau aku gembira dengan perjalanan yang jauh, menikmati alam ciptaan Tuhan yang sungguh indah ini, dia pula selalu sugul kalau tahu akan berjalan jarak jauh. Bukan kerana dia tidak suka bertemu sepupu-sepupu kami itu, tapi kerana dia akan menghabiskan berplastik-plastik dengan muntahan segala isi perutnya. Melihatkan adik selalu tidak bermaya dalam mana-mana perjalanan, sejak itu juga Emak akan membelikan sejenis ubat kecil berwarna kuning yang boleh didapati dari mana-mana klinik. Hingga kini pun aku tidak tahu nama ubat kecil yang tidak pernah putus dalam beg tangan adikku (walau kini dia sudah dewasa panjang itu). Tapi ubat itu begitu mujarab. Sebaik menelan ubat kecil itu , yang dibahagi dua dengan Emak, Adik yang selalu muram dalam kereta, akan jadi ceria seperti aku juga. Hilang sudah segala lahar berapi yang menggelegak dalam perut kecilnya itu. Tapi satu tragedi pula bagiku kalau dia sudah ceria begitu, atau sudah tidak mahu tidur seperti kebiasaannya. Dia akan selalu bergaduh denganku!. Kalau tidak bergaduh mulut, aku dan dia akan berebut-rebutkan sesuatu. Apa-apa barangan pun. Baik bekal makanan seperti biskut- biskut, atau bantal atau apa saja.
“Mak, tengok Kak ni,” selalunya itu sahajalah modalnya kalau tidak puas hati padaku.
“Kakkkkk,” suara Emak mendehem. Perlahan tapi dalam.
Dengan suara Emak itu, aku bagai putera raja yang kelu melihat puteri cantik bergaun kembang, bermahkota di kepala, jadi patuh, dan akan perlahan-lahan akan memberikan segala apapun yang Adik mahukan.
Dia sudah menang.
Aku kalah dalam pertarungan sengit ini.
Sob, sob….
Aku mahu menangis, tapi ketika memandang yang Adik terlalu gembira dengan kemenangan ini, aku secara tiba-tiba juga tidak jadi menangis. Secara spontannya, aku pun tumpang gembira sekali dengan kegembiraan yang Adik aku dapati dari kekalahan aku itu. Dan kemudian serentak, kami akan berbaik-baik semula.
Menyanyi-nyayi lagu Arwah Sudirman, tidak putus-putus, “Ho ho hoooo balik kampung, hatii girangggg,” berulang-ulang, sambil goyang-goyang kepala. Ketawa bersama sebelum kembali berebutan, atau bergaduh semula pada benda yang sama. Dan kemudian kembali lagi episod sama berulang, dan aku pun beralah lagi. Ya, moralnya, menjadi anak sulung itu, anda harus selalu beralah pada adik anda. Kerana dia masih hingusan!
Tapi sebenarnya di sisi lain, menjadi anak sulung itu, di sebalik segala-gala bebanannya, ada satu kuasa yang siapa pun anak sulung dalam dunia ini menghargainya. Apa itu?
Kuasa!
Ya, kuasa veto yang diperolehi. Hehehehe… Gila kuasa kah anak sulung ini?
Tidak, cuma kadangkala di sebalik kebertanggungjawaban yang selalu diberi oleh Emak dan Ayahku, tentunya kuasa yang sedikit itu akan menjadi imbangan pada segala apa perkara yang tidak aku sukai menjadi anak sulung ini. Memang, selalunya aku perlu beralah pada hal-hal tertentu pada adik-adikku (ketika itu aku hanya ada dia seorang sebagai adikku), tapi dalam hal-hal yang lain, Emak dan Ayahku, jua adik-adik akan selalu mendapatkan pandangan atau kata putus dariku. Sebenarnya kuasa yang sedikit itu, bukanlah aku seorang yang mengalami perasaan ini, tapi kurasa semua orang yang dilahirkan sulung dalam keluarga pun mengalaminya. Jadi kalau hendak dikira semula, bukanlah hebat sangat pun aku ini selain dari menjadi pembuli pada adik-adikku. :)
Ayah bukan selalu berpeluang balik menjenguk orang tuanya di tanah kelahirannya itu. Kadang-kadang mungkin hanya setahun sekali atau dua tahun sekali atau kadang-kadang kalau ada rezeki lebih, setahun dua kali. Tidak tentu bila aku akan pulang ke kampung Ayah. Kadang-kadang yang menyedihkan apabila Ayah tidak berpeluang pulang bertahun-tahun. Apabila pulang ke kampung Ayah, memang aku akan teramat suka kerana akan banyak aktiviti-aktiviti yang jarang dapat aku lakukan ketika berada di rumah sendiri.
Perjalanan yang jauh dan meletihkan akan hilang serta merta ketika sampai di rumah Tok. Mataku tidak akan lelap lagi kalau kehijauan jelapang padi itu menjadi hidangan mataku. Sepanjang-panjang perjalanan, sejak kulihat tanah hijau saujana mata memandang itu, aku akan hanya membiarkan sahaja Adikku menyanyikan lagu tema kami itu tadi sendirian. Sudah tidak ada suara lemak merduku lagi mengisi ruang kereta kami itu kerana aku sudah sendirian menikmati pemandangan yang amat indah itu. Sungguh aku menyedari yang sifatku yang satu itu, iaitu menyukai perjalanan yang panjang dan menikmati keindahan alam itu semuanya berpunca dari pengalaman-pengalaman masa kecilku yang berjalan jauh. Atau sifat ini juga diwarisi dari Ayahku yang kuat merantau. Keindahan melihat burung-burung hitam kadang-kadang berlarian apabila orang-orangan yang berdiri di tengah petak-petak sawah itu bergoyang di tiup angin. Satu azam halus menusup dan melekat di hatiku, yang suatu hari nanti, saat aku memiliki wang sendiri, aku akan menjelajahi sebanyak mungkin tanah orang. Melihat kebudayaan atau cara hidup orang lain memang kurasakan dapat membasuh hatiku dalam mengenali orang lain. Dalam usia masih di sekolah rendah itulah, azamku sudah tertanam dalam.
Kadangkala kami semua, sepupu sepapat sebaya ini akan berkumpul dan bermain bersama-sama. Namun kadangkali kami juga berpuak-puak. Budaya Assabiyah itu menular kalau aku, Linda dan Yen dengan aktiviti kami. Manakala Bang Chik berdua-duaan dengan Hadi tidak tahu ke mana menghilang. Dan Adikku dan Adik Milah sibuk dengan mainannya sendiri. Razif tidak tahu kemana kerana selalunya dialah yang tidak termasuk dalam kelompok kami kerana jurang usia yang terlalu jauh. Sama halnya juga dengan Kak Not, yang waktu itu sudah besar menjadi anak dara dan aku sendiri pun sudah jarang-jarang bertemu dengannya. Dia sudah terlalu ‘dewasa’ untuk bersama-sama dengan kami.
“Yen, apa kita nak buat hari ni?” satu hari setelah kebosanan melanda, aku ingin sekali memecah perasaan bosan yang datang menyerang urat sarafku itu. Kebiasaan yang terjadi, aku lebih banyak menghabiskan masaku bersama-sama dengan Yen memandangkan rumahnya yang bersebelahan sahaja dengan rumah Tok.
“Entah,” dia menjawab acuh tidak acuh padaku. Tangannya sibuk menyapu-nyapu sampah di lantai rumahnya. Walaupun ketika itu kami masih bersekolah di sekolah rendah, tapi rutin hidup Yen sedikit berbeza denganku.Dia sudah ada jadual tugas seharian yang harus dia laksanakan setiap hari.
“ Ada apa lagi ya kerja yang belum beres?” Aku yang sudah tahu rutin tugasnya bertanya. Buku komik yang kubaca dari tadi milik Bang Chik aku letakkan di sisi. Walaupun kami sebaya tapi, Yen memanggilku dengan gelar Kak di depan kerana sudah diajar oleh Tok begitu. Memandangkan aku anak sulung, jadi kesemua sepupu sepapatku ini memanggil aku dengan nama gelar itu di depan namaku, walaupun Kak Not yang usianya berbeza lima tahun dariku itu. Begitu jugalah dengan Adikku yang tetaplah dipanggil Kak Na oleh Yen dan yang lain-lain walaupun dari segi usianya Adikku itu masih amat muda. Tidak layak dipanggil ‘kak’ di depan namanya pun. Linda pula dipanggil Kak Linda juga oleh Yen kerana Linda itu pangkatnya kakak pada Yen dan yang lain. Sebaliknya Linda juga memanggil Kak pada Yen kerana Yen itu anak sulung pada Teh. Dan Linda sendiri tentunya memanggil Kak pada kakaknya yang kupanggil Kak Not. Akhirnya dalam kesemua kami, sebenarnya masih-masing memanggil Kak di depan nama masing-masing.Di sana ‘kak’ dan di sini ‘kak’.
“Kak pi mana?” Linda merujuk kepada Yen sebenarnya, tapi yang kelakarnya Cu ingatkan ‘kak’ yang dimaksudkan itu Kak Not. Kekeliruan yang kadangkala wujud kerana panggilan yang sama.
Itulah pelajaran penting yang kudapat dari Tok. Yang ikatan kekeluargaan itu penting sekali. Kami faham yang Tok mahu kami merasakan ikatan sepupu itu seperti hubungannya dengan adik beradik juga. Tok mahu kami saling merasa keterikatan yang kuat antara satu sama lain.
Yen senyum mendengar pertanyaan polosku itu. Mulutnya dijuihkan ke dapur.
Aku menjenguk dapur. Selonggok pinggan berada di dalam besen di tepi bilik air itu.
Aku faham isyarat itu.
“Kak Ni buat,” terus aku menuju ke dapur. Duduk mencangkung di atas bangku kecil itu.
Yen menyertaiku kemudian.
Sebenarnya aku tidak terlalu tahu ke mana Teh Perempuanku waktu itu. Yang kutahu dia tidak ada di rumah, dan tugasan rumah seperti itu ditugaskan kepada Yen untuk membantunya. Yang sebenarnya Teh Perempuanku itu samada keluar bekerja menoreh getah di kebun getahnya, atau dia ke dusun buah-buahnya atau kadangkala dia berada di rumah emaknya, yang berdekatan kampung itu juga kerana menjaga ibunya yang lumpuh.
Emak selalu memuji perlakuan Yen yang ‘jurus’ itu. Suaranya memang agak perlahan. Tidak perlu disuruh-suruh, selalu tahu apa yang harus dia lakukan. Bagi ibuku, aku harus mencontohi sifat adik sepupuku itu. Barangkali juga ibuku pun hairan dengan sikapku. Perwatakan yang ala-ala kelelakian walaupun fizikalku dibalut keperempuanan. Rambutku sahaja yang panjangnya bagai mahu mencecah kaki, tapi masyaAllah perangaiku agak tidak berpadanan dengan fizikalku. Agaknya aku ini sudah mengalami kecelaruan identiti. Tapi yang sebenarnya Linda itu lebih lagi lasaknya dariku. Itu yang selalu aku balas semula walau hanya dalam hatiku, kalau Emak sudah berkata begitu.
**
Barangkali minatku pada tulisan itu telah mencetuskan idea baru buat aku dan Yen. Sedang kami asyik dengan lukisan di depan kami, tiba-tiba.
“Kita buat majalah nak?” Yen mencetus idea bernas.
“Kita tulis-tulis,” aku menyambung.
“Setujuuu,” sambil jari telunjuk ditala ke mulut. Matanya mengerling pada Adikku dan Adik Milah yang sibuk dengan aktiviti warna mereka juga. “Tapi tulis apa?”
“Apa-apa sahaja”
“Kita jual..” aku menambah lagi.
Serentak dengan itu, aku dan Yen seolah-olah sedang membuat pakatan rahsia. Kami membongkok , dan mendraf,menulis yang aku pun tidak tahu apa yang kami tulis itu. Di ruangan tertentu kami lukiskan gambar seperti kartun sedang berbual. Kertas lukisan itu kami lipat dua membentuk lipatan seperti majalah.Akhirnya membentuk empat atau enam helai mukasurat. Ada karangan-karangan, di muka depannya diselit kata-kata yang kami ambil dari mana-mana buku yang kami rasakan sesuai. Terasa seperti kami ini seperti team majalah yang sedang menyiapkan majalah sebelum dateline terakhir. Kami bentukkan layout seperti majalah-majalah yang kami selalu lihat. Dan akhirnya.
“Nak letak nama apa?”
Masing-masing sudah kering idea.
Akhirnya mata kami terpandang angsa Tok di belakang rumah Tok.
Serentak kami tahu.
“ANGSA”
“Angsa, angsa, ANGSAR la, tambah R sikit, tak ada la nampak macam angsa,”
Akhirnya makalah kecil itu yang kami namakan ANGSAR siap.
Tapi jangan lupa pada satu lagi team editorial yang letaknya hanya bersebelahan kami. Adikku dan Adik Milah pun sudah menghidu aktiviti kami, dan seperti biasa, mereka juga tidak puas hati kalau tidak melakukan hal yang sama. Dan kerana kami menamakan majalah kami ANGSAR bersempena dengan nama Angsa, tidak semena-mena mereka menerbitkan pula makalah ITIS, bersempena nama Itik. Sungguh duplicate. Dan sungguh aktiviti plagiat yang sudah terang lagi bersuluh!.
Akhirnya kami menentukan harganya adalah lima puluh sen waktu itu.
“Siapa yang nak beli?” aku akhirnya menyedari yang kami telah melakukan pekerjaan tanpa penyelidikan. Pelajaran perdagangan hari ini ialah sebelum menghasilkan sesuatu produk, kaji pasaran dahulu.
“Jangan risau,” seperti biasa, Yen seperti selalu yang bertindak seperti air selalu sahaja ada idea penyelesaian.
“Kawan-kawan Yen kan ada,” Yen telah mengira-ngira dengan jarinya berapa ramaikah kawan-kawan yang berpotensi untuk membeli makalah kami itu.
Zaman itu, manalah ada lagi mesin fotostat di kampung-kampung seperti sekarang. Dan kami bagai kelam kelibut membuat beberapa salinan sepertimana bilangan kawan-kawan Yen tadi.
Oh ya, jangan dilupakan team editorial satu lagi yang sering memasang telinga dan akan meniru apa sahaja cadangan dari kumpulan kami.Kalau kami meletakkan harga lima puluh sen, kami tahu mereka telah meletakkan harga makalah ITIS mereka sebanyak dua puluh sen. Kalau kami kelam kabut menyalin semula salinan daripada master copy, mereka pun begitulah juga.
Setelah semuanya siap, aku dan Yen menunggang basikal. Sudah tentu aku meminjam basikal BMX Hadi, dan Yen basikal merahnya yang lebih feminin itu. Seperti dirancang, kami pergi dari satu rumah ke satu rumah kawan-kawan satu persekolahan dengan Yen supaya mereka membeli makalah keluaran jabatan kami. Aku sudah tidak ingat berapa ramai pelanggan kami yang sebenar tapi yang kami ingat, makalah itu habis dari simpanan kami berdua. Semua kawan-kawan Yen itu tidak ku kenal, tapi apabila sahaja kami ke sana, aku bercakap seolah-olah aku ini pun kawan mereka. Sungguh aneh, kenapa aku boleh pula bercakap dengan mereka kerana aku ini memang terkenal dengan tidak banyak bercakap kalau di rumah. Itulah, kita pun sebenarnya tidak tahu , semua terjadi begitu-begitu sahaja.
Balik semula ke rumah, kami menghitung semula wang hasil jualan kami yang aku sendiri sudah lupa jumlah salinannya. Tidak lah banyak , kerana kami pun hanya membuat empat atau lima salinan sahaja. Jadi jumlah kutipan perniagaan kami waktu itu antara dua ringgit atau RM2.50.
Kami tidak perasan pula berapakah pendapatan yang diperolehi oleh team editorial satu lagi itu. Entahkan laku ataupun tidak kami pun tidak ambil peduli sangat. Egoistiknya kami sampaikan langsung terlupa pada mereka. Mungkin pasaran mereka, kawan-kawan Adik Milah yang baru tadika itu!
Itulah urusniaga pertamaku melibatkan wang.

posted by Mirip at 9:44 AM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home