Catatan Hidup Seorang Aku
Wednesday, October 08, 2008
kuala lumpur.
Kuala Lumpur senyumanmu
di pagi ini sungguh bererti
kerana cinta bersemi lagi
setelah kemarau panjang
Di lebuhraya di papan tanda
tergambar wajahmu
dengan kalimat cinta untuk kita
semoga kekal selamanya
Bilaku bisikan puisi cinta **
dan tugu peringatan negara
bagai tersenyum dalam diam bergembira
memberi sokongan cinta
agar bersinar sentiasa
Berpegangan tangan kita berdua
menyusun jalan
di tengah kota di
lagu kisah cinta lama
Terima kasih kuucapkan kepadamu
Kuala Lumpur kerana kau telah kutemukan
kerana kau telah temukan cinta kami berdua.
--*--
Bersilih ganti lagu-lagu berkumandang dari sejenis alat berbentuk hemisfera di kepalanya. Kagum juga dia dengan bakat yang ada pada sang pencipta lagu dan lirik yang boleh menghasilkan hasil karya yang mampu segar malar walau dalam tempoh hampir 40 tahun. Satu pencapaian yang membanggakan.
Lalu bagi dia yang pemurung, penyedih hati, pemenung, panjang angan-angan yang tak tahu sampai atau tidak, entahkan jatuh menghempap gedebuk di tanah hitam itu.Yang panjang fikirnya sehingga mungkin uban-uban itu berebut-rebut mahu keluar di kepalanya. Yang rasanya kalau bebola mata itu boleh keluar dari soket mata,ingin sahaja ia keluar melompat lompat tidak mahu lagi berada di kedudukan garis lintang dan garis bujurnya akibat tertekan kerana sering melihat sesuatu yang menyakitkan. Atau juga dipaksa juga lihat oleh empunya diri.
Tapi mata itu hanya satu ilusi. Kadang orang melihat objek yang sama tapi kenapa penilaiannya tidak pun serupa. Jadi benarlah yang mata itu hanya satu alat kurniaan Allah supaya melihat kehidupan. Dan mata pun kalau tanpa cahaya, jadilah ia sekadar mata kosong, atau seperti juga mata kucing atau mata burung hantu. yang melihat sekadar melihat. Tapi apa sebenarnya yang dilihat itu?
Betulkah skrin kaca yang kulihat ini benar-benar bentuknya empat segi, benar-benar berwarna hitam? Atau hanya aku yang melihat skrin 12 inci ini dilapisi warna hitam sedangkan yang sebenarnya berwarna putih? Atau merah atau ungu. Wallahualam.
Selama ini bagi orang sepertinya yang putus harapan,baginya lagu hanyalah sekadar lagu. Lagu hanya sekadar untuk pendengaran telinga. Masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan. Seperti juga apa yang berlaku pada penglihatan matanya selama ini. Berlaku kerana ianya sudah mahu berlaku. Tidak ada apa-apa pun, atau tidak akan ada sesiapa yang akan ambil tahu banyaknya persoalan kenapa dalam benak otaknya.
Tapi rupanya lagu kalau dinyanyikan sepenuh jiwa, rupa-rupanya mampu pula meresap jauh dan dalam dalam lubuk hati seorang dia. Agaknya kerana itulah dia tidak suka sekali mendengar lagu yang mendayu-dayu merintih. Dia bosan dengan semua itu.
Tapi hairan pula kerana dia boleh pula terasa sedih sekali apabila mendengar dendangan arwah Sudirman atau P. Ramlee.
Lalu dia teringat pada kumpulan Butterfingers yang dia sendiri tidak tahu apa patah perkataan yang diucapkan oleh mamat-mamat itu. Meminjamkan telinganya pada lagu-lagu mereka menyebabkan dia jadi faham rupanya manusia itu berbeza-beza. Jadi kalau temannya amat meminati kumpulan itu, dia sudah boleh memahaminya. Walaupun dia tahu ada orang lain yang mengatakan temannya itu gila iseng.

posted by Mirip at 12:58 PM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home