Catatan Hidup Seorang Aku
Tuesday, October 07, 2008
M sedih
1. Selepas 7 tahun memegang duit sendiri, hari ini hari pertama aku membeli CD kegemaranku. Kompilasi 40 lagu Alleycats dan SALEEM trilogik cinta yang nilainya hampir mencapai tiga angka.Satu perbelanjaan yang besar yang tidak aku keluarkan sebelum ini semata-mata untuk halwa telinga. Teringat 11 tahun lepas aku mengeluarkan duit sendiri membeli kaset pertamaku, kompilasi Saleem.
2. Kedatangan Syawal baru-baru ini, aku mengetahui 2 kisah yang tragis pada orang yang aku kenal di zaman kecilku. Sedih dan pilu sekali rupanya hidup mereka. Patutlah fikiranku selalu teringatkan mereka. Kerana itulah Islam menganjurkan menziarah orang sakit kerana aku dapat melihat cahaya kegembiraan yang terpancar dari mata dia. Sebaik diberitahu oleh ibuku, tetiba mataku berair ketika orang lain sedang ligat mahu berbuka puasa. Ada yang ketawa padaku.(Kesian mereka tidak tahu kisah sebenar)
3. Kegembiraan pulang ke kampung halaman Ayah, walaupun gembira tapi aku melihatnya menjadi satu kesedihan juga. Tentu mereka hairan kenapa aku tidak seperti mereka.
Aku tidak tahu kenapa aku menjadi seorang yang penyedih begini. Walaupun aku tidak pernah menangis di saat orang lain menangis. Terbaliknya aku berair mata di saat orang lain ketawa.

posted by Mirip at 2:37 PM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home