Catatan Hidup Seorang Aku

Monday, June 28, 2004

Sekeping Hati

Kalbu
Sukar diterjemahkan
Antara manisnya susu dan
pahitnya hempedu
Biar berlalu
Terbang berterbangan

Kekadang
rasa yg datang
menyelirat jiwa dan raga
tp hanya padaMu aku serahkan
tawakkalku hanya untukMu jua
posted by Mirip at 4:27 PM 0 comments

Kerja kerja Kerja

Macamana nak improve kalau malas?
Macamana nak improve kalau tak nampak salah sendiri, suka menyalahkan org lain.

Alam pekerjaan.
Apa yg kau faham?
Ada org kerja ala kadar.
Ada org kerja bagai nak rak.
Ada org kerja sbb mengejar pangkat dan kedudukan
Ada org kerja kerana kepuasan.

Alam ini mengajar aku banyak perkara. Tak nak komen banyak2.
Dan aku menjadi seorang yg tak mudah putus asa, akan ku buat apa saje selagi kes aku belum selesai..


posted by Mirip at 2:10 PM 0 comments

Saturday, June 26, 2004

Nak ke tak nak?

nak ke tak nak?
tak nak ke nak?

kalau nak tahu lebih lanjut, belilah "Nak ke Tak Nak?" tulisan HM Tuah Iskandar.
Harga RM 10.00. Aku dah beli tp belum baca.belum sempat.
-free promotion.
posted by Mirip at 10:19 AM 0 comments

Kezaliman antara tanda hampir kiamat-Bharian

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Tidak ada satu negeri pun yang tidak kami binasakan sebelum hari kiamat, atau kami azab negeri itu dengan azab yang sangat. Yang demikian sudah termaktub di dalam ketentuan Kami.” (Surah Bani Israel, Ayat 58).

Sesungguhnya, satu daripada rukun iman yang wajib diyakini dan dipercayai oleh setiap manusia yang mengaku dirinya beragama Islam ialah percaya kepada hari akhirat iaitu kiamat, yang bererti hari pembalasan ke atas segala perbuatan mereka ketika berada di dunia.

Hari Kiamat pasti akan terjadi. Bilakah masanya akan tiba? Jawapannya hanya Allah yang mengetahui.

Namun, manusia dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai Hari Kiamat melalui al-Quran, hadis dan pendapat ulama, yang hanya menerangkan tanda-tanda kiamat.

Dengan adanya tanda-tanda Hari Kiamat yang dinyatakan melalui al-Quran, hadis dan pendapat ulama, maka dapatlah kita mengambil pengajaran untuk hidup dengan lebih berhati-hati dan bersiap sedia bagi menghadapinya kelak.

Justeru, ayat di atas menjelaskan mengenai gambaran sebelum tiba hari kiamat. Ketika itu keseluruhan negeri berada dalam keadaan yang tidak aman, porak-peranda dan huru hara akan berlaku di mana-mana saja.

Manusia berkelakuan semakin kurang ajar, penderitaan, kelaparan, pembunuhan, ketakutan dan kezaliman terjadi di mana-mana tidak mengira negara dan kekuasaan.

Ayat di atas dijelaskan lagi melalui sabda Rasulullah yang bermaksud: “Bahawa sebaik-baik harta kaum Muslimin ialah kambing yang dipelihara oleh penggembalanya di puncak bukit dan di tempat air hujan tergenang.” (Hadis riwayat Bukhari).

Hadis ini bermaksud kaum Muslimin pada akhir zaman terpaksa melarikan diri dan memelihara ternakan di puncak bukit lantaran hendak mengelakkan diri atau hendak memelihara agama dan dirinya daripada fitnah yang banyak.

Hadis itu juga menggambarkan masyarakat dewasa itu sudah rosak binasa.

Kejahatan sudah bermaharajalela dan kaum Muslimin yang hendak menjaga kesopanan dan kesucian dirinya terpaksa mengasingkan diri daripada orang ramai yang hidup dalam keadaan serba pincang.

Huru hara berlaku di mana-mana saja hingga tidak ada satu tempat pun lagi yang boleh dijadikan perlindungan dan tiada sesiapa dapat menjadi pelarian daripada kebinasaan itu.

Pada masa sama, orang yang berilmu pula semakin ramai yang mati. Orang alim yang meninggal dunia kini sudah tiada pengganti lagi.

Perzinaan, perjudian dan pembunuhan terus menjadi-jadi dan berlaku di mana-mana saja tanpa mengira waktu atau rasa malu. Perbuatan itu seolah-olah menjadi suatu perkara biasa saja dalam sesebuah masayarakat.

Dalam hal ini Rasulullah ada bersabda bahawa pada akhir zaman, sebaik-baik orang di dunia adalah sama dengan sejahat-jahat anak yang jahat.

Hadis di atas tadi adalah satu kata-kata sindiran. Sesungguhnya dunia ini semakin lama semakin kacau kerana lahir ramai sekali pemfitnah dan pendendam. Sebagai akibat daripada sifat itu, maka banyak berlakunya pergaduhan, perpecahan dan peperangan.

Orang senang akan menjadi semakin sakit hati melihat kesenangan orang lain dan jika dilihat pada mata mereka keadaan orang yang susah, mereka tidak akan membantu, sebaliknya menghina pula.

Ramai orang cuma nampak kesalahan orang lain, sedangkan kesalahan diri sendiri cuba disembunyikan.

Apa yang dibuatnya adalah baik tetapi semua kerja yang dilakukan orang lain pula dikritik dan dipersendakan kerana baginya, hanya dia yang tahu segala-galanya.

Kesimpulannya, masyarakat hari ini berajakan hawa nafsu dan syaitan. Kepincangan hidup berlaku di mana-mana saja dan sewajarnya semua ini diambil pengajaran supaya hidup kita di dunia yang bersifat sementara ini tidak merugikan.

Oleh itu, persiapkanlah diri dengan melakukan perkara yang disuruh Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Kembalilah kepada ajaran al-Quran dan hadis.

Sesungguhnya Hari Kiamat akan tiba dan ia tidak dapat diragukan lagi.
posted by Mirip at 10:12 AM 0 comments

Thursday, June 24, 2004

Trainee

Mulai 1 June, aku ada practical trainee di bawah jagaan unit aku.Tp hari itu aku tiada di ofis. kerja luar.kemudian aku ke negeri di bawah bayu. Sekembalinya aku ke ofis, barulah ku tahu perkembangan terkini itu.
Ada 2 pelajar sbnrnya,satu lelaki satu perempuan. yg lelaki di bawah jagaan unit aku. yg perempuan pada mulanya tidak diletakkan di dalam unit kami tp akhirnya kerana pengurusnya tak sempat aka tiada masa mahu "mengontrol" trainee, di berinya pelajar perempuan itu ke unit kami.

kau tahu, yg peliknya..aku rasa teramat lah peliknya. aku bukan bios, aku tahu kalau trainee ada perasaan rendah diri, takut bergaul ngan pekerja2..tp kalau hendak dibandingkan, antara 2 pelajar tersebut, pelajar lelaki it lebih rajin. lebih rajin menanya jika dia ada apa2 yg perlu yg boleh dia bantu.

tp kau tahu pelajar perempuan ini? sekarang sudah akhir bulan jun, sudahlah tidak bercakap langsung ngan org sekeliling, kalau org senyum pun dia buat derkkk je.
Kau boleh tak duduk saje2, dtg pagi balik petang, tp hari-hari ko chatting saje. Bukan sehari dua tp dah hampir sebulan..!!

Dia pinjam PC Kak Z,buat masa ini kak Z dipinjamkan ke bahagian lain. Boleh kau buat selamba pinjam PC org tak tegur tak tanya apa2 tuan PC bila tuan PC datang menjenguk tempatnya. kalau aku jadi Kak Z, membara jugak hati aku, aku tahu walaupun pc tu kepunyaan syarikat sbnrnya tp at least tunjukkanlah kesopanan kita sbg "meminjam" barang org lain.

Aku? aku memang sudah berpatah arang dgn dia. Bukan aku sengaja mencari musuh, tp aku pantang kalau aku senyum org buat derk, aku panggil org buat derk. satu hari, aku baru pulang dari KK, kerana jiranku adalah Kak Z, kupanggil Kak Z, (yg sebenarnya pelajar perempuan ini)berulangkali. kau tahu dia sedikit pun tidak berpaling..bukan sekali aku panggil tp banyak kali..itu yg aku muskilkan.
Tp ku biarkan saje manalah tahu "Kak Z" ni terlalu sibuk sampaikan tak mendengae org memanggil namanya. Tengahri ku panggil lagi Kak Z, sudah kebiasaan kalau sudah berjiran di ofis itu, tentulah ada tegur sapa. Sekali lagi tak berbalas sapaan aku. Kali ini aku pergi menjenguk muka "Kak Z" sendiri. Ohhh rupanya org lain . Aku tanya siapa dia...Dlm hati berkata" Kalaupun kau bukan Kak Z, tp kalau kau duduk tmpt org tu, kau balas la sapaan org at least mcm ni kalau kau bodoh sgt : yerr,,saya bukan Kak Z, saya pinjam je PC dia" ...susah sgt ke????

Bos aku ada minta kami monitor dia,kawan aku ditugaskan membri satu kerja kepadanya,tp at last kawan aku mengadu kepada aku . Begini
"Akak, saya bengang gila tadi, saya dah ajar2 sumer last2 sekali bila dah habis, bila saya tanya faham?? dia kata saya tak faham satu benda pun yg di ajar"
Habis tu? kalau kau dari tadi tak faham kau tanya la, ni kau nak tunjuk apa sbnrnya, kalau kau nak tunjuk kau ni keras, ada lagi org keras lebih dr batu dr kau..aku nak tergelak bila kawan aku tu mengadu mcm tu...iskkkkk ..

Bos aku sudah berpesan, ajar tp jgn ajar semua, ajar bila dia tanya, sbb kita nak tgk initiatif dia sbg seorang pelajar yg dtg ke sini mahu mencari pengalaman.

Dlm dunia, kau tak boleh hidup seorg diri kau sahaja kan .Dlm islam itu pun hidup bermasyarakat itu perlu. Aku faham kalau kau tak mahu campur tepi kain dalam org lalin tp tolong jgn jadi kera sumbang, Kalaupun tak nak menyusahkan diri org lain, tp sebenarnya dgn sikap kau yg begitu adalah lebih meyusahkan org lain lagi.

Aku? kalau aku lah, aku tak akan mengajar dia kalau di atidak dtg bertanya kpd aku. Bukan aku egoistik, bombastik etc etc,, tp kalau dia sendiri yg mahu hidup sendirian, org lain pun tidak bisa ingin mendampingimu.
Aku tidak rugi apa2 tak boleh mengajar dia, baik aku mengajar org yg memerlukan khidmatku.Tp dia , dia yg akan rugi kerana di akhir practical traineenya, apa yg mahu dia reportkan kpd pensyarahnya ya!!!..

Manusia, manusia itu ada yg terlalu pelik perangainya kalau tiada ilmu di dada, bukan setakat ilmu di universiti, aku tahu dia mungkin pandai kerana mungkin dia seorang shj budak kampungnya yg boleh menjejak menara gading di sini , di UM, univ tersohor di kota metropolitan ini, tp dr segi ilmu sosial, ilmu budi, ilmu sopan santun... mungkin dia perlu belajar lagi...

aku tak dapat nak bayangkan kalau dia diterima bekerja di mana2 organisasi, bagaimana agaknya mutu kerjanya? sosialnya dgn rakan sekerja? aku rasa kalau aku boss, aku tidak akan ambil dia bekerja, kalau aku ambil, tempoh percubaan adalah penentu, kalau kau tiada initiatif, kau OUT..kekekkkekeke

Chatting la sampai kau puas.

Utk pelajar lelaki seorang lagi( ye aku tahu dia juga selalu ke forum2 membaca sesuatu) tp at least yer at least aku ada nampak dia ada juga surf site2 teknologi yg berkaitan bidang kerja kami...

lelaki : forum
perempuan : chatting

apa nak jadi dgn pelajar u keluaran malaysia skrg!!

apapun utk pelajar lain yg tekun belajar, berhempas pulas, utk segulung ijazah- good luck

posted by Mirip at 11:07 AM 0 comments

Monday, June 14, 2004

Peliknya manusia

ada seorang hamba Allah.kau boleh baca petikan kata2nya dlm Berita Minggu yang lepas.Kata2 boleh melambangkan pemikiran seseorang dan tahap ilmu yg dia ada,. Aku bukan mahu mengutuk atau mengondem pemikiran dia tapi apa yg aku nak tuliskan disini ialah sikap manusia,yg bila dikenang2 lucu pulak bg aku. kalau pun tidak bg org lain.

dia kata,"xxx seksi kerana xxx berbangga dengan anugerah Tuhan. Nanti apabila pemberian itu ditarik balik oleh-Nya, misalnya kita dah tua, dah tak guna nak seksi lagi. Nanti kalau kita tetap seksi, tetap vogue, orang akan kata xxx perempuan tua yang tak sedar diri.
“Justeru, semasa diri tengah muda, tengah tak ada tanggung jawab yang besar, bolehlah seksi. Walau bagai­manapun, janganlah kita mempersoalkan isu agama dan hukum hakam kerana itu isu sensitif kalau xxx perdebatkan. Yang penting, open minded,”

Berbangga dgn anugerah Tuhan! Kerana itulah kau jaja kesana kemari.Apa ertinya kau berbangga.Apa yang kau ada belum tentu akan pudar bila kau dah tua. kalau Allah dah nak tarik, belum tua pun dah tak ada...Kalau kau nak baca kata2 penuh dia, kau carilah sendiri.mungkin tulisan aku kali ini agak kasar.Maafkan aku.

dia,dia mungkin tak dapat hidayah sahaja lagi.
kita, sama2lah kita dijauhi dari segala yg dilarang.
Dan kita juga, sama2lah berdoa agar tidak hilang Nur yg Tuhan sinarkan pada hidup kita seharian,.Mereka-sama2lah kita berdoa juga agar diberi petunjuk dan hidayah.

p/s: aku bukan berniat mahu mengondem sesiapa di ruangan ini, hanya mahu tuliskan satu kisah pelik dlm mayarakat. Itu saje.


posted by Mirip at 1:39 PM 0 comments

Peristiwa besar seperti 9/11 diramal 19 Jun -Bharian

Peristiwa besar seperti 9/11 diramal 19 Jun
Oleh Wan Hazmir Bakar


KETIKA kemuncak Perang Dingin, Amerika Syarikat dan Soviet Union berentap mencuri rahsia pertahanan satu sama lain dengan pelbagai kaedah moden dan tradisional. Amerika yang lebih maju dalam bidang elektronik, banyak bergantung kepada risikan isyarat atau ‘signal intelligence’ (signint). Soviet pula lebih memanfaatkan kaedah tradisional risikan manusia atau ‘human intelligence’ (humint) selepas berjaya menempatkan ejen perisik (mole) dalam beberapa jabatan penting Amerika, termasuk Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Walaupun kaedah ‘signint’ dengan menggunakan satelit dan alat elektronik bagi mencuri rakam gambar pangkalan rahsia atau memintas komunikasi rahsia musuh ternyata mempunyai kelebihan, misi ‘humint’ masih diperlukan, khususnya bagi mendapatkan maklumat dalaman daripada pegawai kerajaan atau tentera diperlukan. Namun kedua-dua kaedah pengumpulan maklumat risikan itu memerlukan organisasi yang terancang, ejen terlatih dan perbelanjaan yang tinggi.

Keadaan ini membuatkan Soviet memajukan lagi kaedah ‘humint’ peringkat rendah yang tidak memerlukan peralatan canggih atau ejen perisik terlatih. Seorang pegawai perisik kanan KGB, agensi perisikan Soviet pada masa itu, berkata kaedah risikan paling mudah dan berkesan serta boleh dilakukan orang awam ialah dengan memantau media negara sasaran.

Beliau berkata, banyak maklumat risikan boleh dikumpul daripada hanya memantau siaran dan penerbitan media. Laporan media Amerika ketika itu yang disifatkan sebagai paling bebas di dunia, menyentuh segala perkara yang berlaku di negara mereka, termasuk di Rumah Putih dan Pentagon. Apa yang diperlukan ialah ketajaman fikiran untuk menilai sesuatu laporan dan mengambil maklumat yang dikandungnya.

Jika apa yang dinyatakan pegawai perisik KGB itu masih boleh diguna pakai pada zaman ini ketika mana segala bentuk maklumat boleh diperoleh dengan mudah dan pantas menerusi internet, satu kejadian besar yang jauh lebih buruk daripada Peristiwa 11 September 2001 (9/11), akan menggegarkan dunia tidak lama lagi, iaitu seawal-awalnya pada 19 Jun ini.

Pemantauan terhadap media Amerika, termasuk laman web berita bebas yang turut mempraktikkan kaedah risikan KGB itu, menunjukkan pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan yang dijadikan alasan untuk menyerang negara Islam, sedang merancang peristiwa lebih besar untuk menghalalkan tindakan mereka selepas ini.

Pihak yang dimaksudkan itu bukan al-Qaeda yang dipimpin Osama bin Laden atau kumpulan pejuang Islam lain, tetapi pakatan rahsia membabitkan kumpulan neo-konservatif yang menguasai Rumah Putih serta kumpulan Zionis dan Mossad yang mahu memperluaskan negara haram Israel serta cengkamannya terhadap dunia.

Kenyataan ini mungkin sukar diterima sebilangan masyarakat umum yang terpedaya dengan kenyataan, atau lebih tepat lagi, penipuan rasmi Washington kepada dunia berhubung serangan terhadap Pentagon dan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York. Bukankah pembohongan Amerika mengenai alasannya menyerang Iraq sudah terbongkar?

Sebenarnya, jika kaedah KGB itu digunakan bagi menilai peristiwa 9/11, rancangan dan perancangnya sudah boleh dikesan beberapa bulan sebelum kejadian itu. Seorang ejen wilayah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pernah melaporkan pergerakan luar biasa rakyat Israel di Amerika, tetapi beliau diarah menghentikan siasatan.

Begitu juga dengan aktiviti sekumpulan ejen Mossad yang menyamar sebagai pelajar Israel dan cuba menceroboh beberapa Bangunan Persekutuan. Walaupun mereka tertangkap dan perkara itu dilaporkan media Amerika, mereka dibebaskan dan dihantar pulang ke Israel walaupun siasatan mendapati mereka bukan pelajar seperti yang didakwa.

Pada hari kejadian, lima askar veteran Israel yang mendakwa sebagai pekerja syarikat pengangkutan ditahan selepas bersorak dan menari gembira di atas trak sewa mereka apabila menyaksikan serangan terhadap menara berkembar itu di satu kawasan strategik di seberang sungai di New Jersey yang menghadap WTC. Mereka kemudian dibebaskan begitu saja selepas disoal siasat FBI beberapa minggu.

Malah, media arus perdana Amerika, NBC dan ABC masing-masing melaporkan saksi melihat pesawat kecil melanggar menara pertama WTC, Menara Utara dan Pentagon sebelum kedua-dua rangkaian televisyen itu tiba-tiba mengubah laporan dengan memetik saksi lain yang mendakwa kapal terbang berkenaan adalah pesawat penumpang.

Beberapa hari selepas serangan itu, tujuh rakyat Arab Saudi iaitu di antara 19 pengganas yang dinamakan Amerika sebagai bertanggungjawab melancarkan serangan itu didapati masih hidup di negara mereka. Malah, ketujuh-tujuh mereka diwawancara beberapa media antarabangsa termasuk Daily Telegraph.

Tahun lalu, kajian oleh beberapa penganalisis bebas terhadap rakaman video serangan kedua terhadap WTC mendapati pesawat Boeing 767 yang melanggar Menara Selatan dipasang sejenis ‘pod’, dipercayai alat kawal jauh yang dibangunkan Tentera Udara Amerika (USAF) sejak beberapa tahun lalu, sekali gus menjawab persoalan mengapa pesawat itu hampir-hampir tidak mengenai sasaran.

Baru-baru ini, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) tempat meletak kenderaan di luar bangunan Pentagon menunjukkan hanya pesawat kecil seperti F-16 yang melanggar pusat pertahanan Amerika itu, bukannya pesawat Boeing 757 American Airlines. Bukti terbaru itu menjawab persoalan mengapa tiada serpihan bangkai pesawat serta mayat penumpang bertaburan di laman Pentagon.

Bukti mengenai pembohongan 9/11 yang dipaparkan tadi adalah berdasarkan laporan media Amerika sendiri, termasuk media arus perdana yang tiba-tiba saja mengubah laporan mereka untuk disesuaikan dengan kenyataan rasmi Wa-shington atau melupakan langsung persoalan yang dibangkitkan.

Kembali kepada persoalan mengenai serangan terbaru yang dijangka akan berlaku pada musim panas ini, beberapa media Amerika baru-baru ini melaporkan kejadian yang mencurigakan. Pertama, komunikasi radio tentera Amerika pada 26 Januari lalu yang dipintas pihak tertentu dan kemudian dihebahkan di internet ada merujuk kepada penghitungan hari atau ‘countdown’ satu peristiwa yang tidak dinyatakan yang akan berlaku pada 19 atau 20 Jun ini.

Beberapa minggu lalu, Washington mengerah sembilan daripada 13 armada lautnya beroperasi di seluruh dunia, satu kerahan besar yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Pada masa sama, peningkatan aktiviti badan risikan asing, terutama Mossad, turut dikesan di Amerika.

Bulan lalu, empat rakyat Israel dipercayai ejen Mossad, ditahan dalam dua kejadian berasingan hanya selang seminggu ketika memandu trak sewa di luar dua pangkalan tentera serta kemudahan nuklear Amerika. Mereka mendakwa sebagai pekerja syarikat pengangkutan milik pengusaha Yahudi walaupun tidak mempunyai permit kerja dan memiliki pasport yang sudah tamat tempoh.

Kes pertama berlaku berhampiran kemudahan nuklear Tentera Laut Amerika di Mars Hill, Carolina Utara, iaitu menurut seorang sherif tempatan sebagai ‘satu-satunya pembekal bahan api kepada kapal selam Amerika’. Walaupun trak sewa dua rakyat Israel itu didapati kosong, laporan media menyatakan anjing tentera mengesan bau bahan letupan plastik dan TNT.

Dalam kes kedua, dua lagi rakyat Israel terbabit ditahan ketika cuba melepasi kawalan keselamatan untuk memasuki Pangkalan Kapal Selam Tentera Laut Kings Bay yang menjadi pelabuhan kepada 10 daripada 18 kapal selam nuklear Amerika berhampiran Sea Island, iaitu tempat penganjuran Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan (G-8) bermula kelmarin.

Seperti dalam kes membabitkan kepentingan Israel sebelum ini, semua rakyat Yahudi itu dibebaskan selepas disoal siasat dan kenyataan rasmi FBI sekadar menyebut hasil siasatan tidak menemui sebarang keraguan atau ancaman terhadap keselamatan Amerika.

Terbaru, Setiausaha Pertahanan Amerika, Donald Rumsfeld, ketika berucap di atas kapal pengangkut helikopter, USS Essex di Pangkalan Tentera Laut Changi, Singapura, berkata beliau berharap tentera Amerika akan memburu pengganas di Asia Tenggara tidak lama lagi kerana kononnya kestabilan negara Islam berfahaman sederhana di seluruh dunia kini terancam.

Apakah anggota neo-konservatif itu yang kini didesak banyak pihak di Amerika supaya meletakkan jawatan atau dipecat itu sekadar bercakap kosong? Ribuan jiwa rakyat Iraq dan Afghanistan yang melayang angkara Setiausaha Pertahanan Amerika itu tentunya menjawab ‘Tidak’ jika mereka boleh bersuara.

Persoalannya, mengapa kejadian terbaru itu perlu dicipta? Dari sudut politik, ia bagi mengembalikan sokongan rakyat Amerika terhadap Pentadbiran George Bush, terutama bagi menghadapi pilihan raya Presiden November depan. Populariti Bush kini semakin merosot akibat beberapa perkembangan terbaru yang memalukan Rumah Putih sejak beberapa bulan lalu.

Kebangkitan rakyat Iraq pada April lalu menentang pencerobohan yang diketuai Amerika menghapuskan mitos bahawa bala tentera Amerika tidak boleh ditumpaskan. Sebulan kemudian, pendedahan mengenai kekejaman tentera Amerika dan Britain terhadap tahanan Iraq, khususnya di penjara Abu Ghraib, menghilangkan kredibiliti kedua-dua negara berkenaan sehingga melemahkan pakatan penceroboh.

Satu demi satu kerajaan negara pakatan mengumumkan penarikan tentera masing-masing dari Iraq berikutan desakan atau tindakan rakyat menukar kerajaan seperti yang berlaku di Sepanyol dan terbaru di India. Malah, ketiga-tiga pemimpin gila perang itu, Bush, Tony Blair dan Ariel Sharon, menghadapi krisis politik dalaman yang mungkin menyebabkan mereka kehilangan kuasa kerana dasar ganas mereka.

Video pembunuhan Nick Berg yang tiba-tiba muncul selepas berminggu-minggu Amerika dikecam masyarakat antarabangsa kerana kekejaman terhadap tahanan Iraq pula tidak memberi kesan seperti yang diharapkan. Sehingga kini, penganalisis bebas sudah menyenaraikan 50 dalil membuktikan pembunuhan itu dilakonkan atau dilakukan sendiri CIA bagi menimbulkan rasa benci terhadap pejuang Islam.

Dari aspek ekonomi pula, sistem kewangan New York dan London mula menunjukkan tanda-tanda ketidakstabilan teruk yang boleh menjurus kepada krisis besar. Amerika sebenarnya di ambang kebankrapan apabila defisit perdagangannya kini melebihi AS$500 bilion manakala defisit bajetnya hampir mencapai AS$750 bilion. Faedah sekuriti Kerajaan Amerika juga semakin meningkat sehingga menimbulkan kebimbangan akan ketidakupayaan Amerika menjelaskannya.

Disebabkan kemungkinan kebankrapan itu, penguasa kewangan Anglo-Amerika serta Yahudi bimbang dolar Amerika tidak lagi digunakan sebagai mata wang rizab. Keadaan ini akan menyebabkan banyak negara akan melepaskan pegangan dolar Amerika masing-masing dan beralih kepada mata wang lain yang lebih stabil seperti Euro yang sudah pun semakin mengukuh berbanding dolar Amerika.

Justeru, satu peristiwa besar perlu diadakan bagi membolehkan Amerika terus melancarkan perang terhadap ‘pengganas Islam’ di seluruh dunia, sekali gus meletakkan negara lain di bawah telunjuk Washington serta mengekalkan status quo sistem politik dan ekonomi antarabangsa yang menjadikan polis dunia itu sebagai satu-satunya ‘hyper power’ untuk menjayakan agenda jahat Zionis.

Bukankah Pengarah FBI, Robert Mueller dalam satu sidang akhbar bersama Peguam Negara, John Aschcrof, di Washington baru-baru ini memberi amaran kepada rakyatnya supaya berwaspada kerana al-Qaeda merancang melancarkan serangan besar-besaran ke atas beberapa tempat di Amerika dalam tempoh terdekat? Bersedialah untuk menghadapi hari selepas peristiwa besar itu.
posted by Mirip at 12:28 PM 0 comments

- Rencana dan Pendapat -

Peristiwa besar seperti 9/11 diramal 19 Jun

Dunia sudah semakin hampir ke penghujungnya. Tapi kita? masih leka.
Moga Allah pelihara semua umat Islam seluruh dunia.
TQ
posted by Mirip at 12:25 PM 0 comments

Tuesday, June 08, 2004

Malang tak berbau

1. MInggu lepas henset aku hilang, malam sebelum aku bertolak ke KK

2. Hari ini.Aku pecut kereta 120 km/j dgn harapan aku sampai tepat 8.30 di ofis.Walaupun aku dah rugi masa 15 minit di awal perjalanan. 7.45 -8.15 ,perjalanan dari Bukit Beruntung ke Jalan Duta, aku kira aku akan sempat sampai. Tapi sampai di Bangsar, aku tersilap jalan, lalu terjadilah kejadian lucu, kereta aku menongkah arus. Aku tgk anak panah dia ke kanan, aku kekananlah..apa yg terjadi, kereta di depan aku..rupanya aku menongkah arus..hahhaha nak tergelak pon ada,, dgn susah payahnya. aku pulas stereng kereta keras aku tuh...dan terus jalan....

Tp kau tahu mmg menguji kesabaran aku di pagi2 begitu. Kereta aku kehabisan minyak di Bangsar itu. DI celah-celah rumah besar, aku letakkan kereta aku. Aku menapak ke ofis yang kalau dari jauh sudah nampak tersergam. Aku tahu org pun hairan sbb kereta aku sebijik je yg ada di situ, di tepi jalan..tp biasalah di KL , bukan ada siapa yang ambil peduli...Aku jalan menaiki bukit dgn hati yg tiada perasaan cuma sesekali berpaling kalau-kalau ada teksi di belakang..akhirnya kereta merah itu dtg, dgn drivernya pula tidak tahu di mana itu xxxxx(ofis aku)..

Sekarang..sekarang aku mahu setelkan kereta aku, kereta aku yg sebenarnya meninggalkan kenangan pahit utk aku..bukan kerana hari ini sahaja,tapi hari-hari silam(hari ini, ini hanya ujian kecil utk aku, aku masih boleh rilex sambil berjalan menghirup udara segar bangsar), ...masa ini jugalah aku teringatkan kancilku. Walaupun hanya sang kancil, tp dia ada banyak kenangan manis. Kenangan itu tidak boleh di tukar ganti.Tetapi tidak dgn kereta baruku ini. Walaupun dia baru, walaupun dia besar sedikit dari sang kancilku, walaupun dia keretaku, tp sebenarnya , aku tidak sayangkan dia sebagaimana aku sayangkan sang kancilku. sang kancil yg walaupun hanya kecil,comel, bukan pula atas namaku, tp itulah spt aku katakan tadi, banyak kenangan manis. :) aku mahu ingat semua kenangan sang kancilku tp bukan kereta baru ku.pelikkan? kalau org lain sudah tentu yg baru tetap menjadi pujaan hati mereka,tp tidak bg aku...

Tp utk beli yang baru, bukan itu maksudnya..biarlah..pakai saje mana yg ada..itupun sudah syukur..aku ada juga kereta utk bawa aku ke mana2.

Terima kasih pada kawan-kawan ku yg menolong aku sekejap tadi. Budi kalaian hanya Allah sahaja yg membalasnya...Terima Kasih hDaun Keladi
posted by Mirip at 9:18 AM 0 comments

Monday, June 07, 2004

Kita Merancang Tuhan Menentukan

Minggu lepas, aku plan lain. Yang jadinya lain. Itulah kita manusia kerdil lagi lemah. aku plan nak belanja keluarga aku yg datang sempenan cuti sekolah. makan-makan. makanlah sepuas-puas hati..ye aku rancang itu dan aku tak sabar nak buat kejutan itu.
Tapi Allah maha berkuasa. Aku ditugaskan ke negeri di Bawah Bayu. Negeri yang aku tak pernah pergi. Dan aku ditugaskan pergi sorang2.Apa kau rasa? Aku rasa seronok + takut.ehehhe.
Lastly kata sepakat diambil. Aku akan pergi dgn 2 org S yg aku sayang.oklah macam tu. bekerja sambil bercuti. Released tension.
Jadi pergilah aku ke Sabah, ke sana. Meninggalkan plan yg aku rancang selama ini. Yerp aku sedar ini yg dinamakan takdir. Aku tak dapat jumpa keluarga aku. Mereka tunda percutian mereka ke rumah aku. Tetapi aku aalami percutian yg lebih seronok. menjengah ke tempat yg entah bila pula engkau akan pergi. Mungkin bulan 7 atau 8 ini, kalau ada rezeki, keluarga aku yg akan datang semula ke sini. Jumpa kami di sini. Masa masih panjang. Usah dirisau kan apa-apa.Itupun kalau masih ada nyawa di badan.

Walau aku ke sana atas urusan kerja, tapi aku sebenarnya suka dgn percutian aku kali ini. Mungkin kerana sifat aku yg mmg sudah sejak azali suka travel. Aku gembira melihat anakku gembira walaupun mungkin dia tidak akan recall apa2 dari percutian kami ini bila dia menjelang dewasa.Aku suka melancong. Itu yg pasti.

Cumanya kau tahu sajelah bila melancong, poket pun kering. duit yg keluar bagai Air saje lagaknya..hehehhe tapi aku tak kisah. sementara boleh berjalan boleh melancong ini, pergi saje..aku tak anggap bawa anak kecilku sbg menyusahkan ku walaupun ada ketikanya dia meragam. Anak kecil..kekadang menguji kesabaran.Itulah di anakku pengarang jantungku.

banyak yg aku nak tulis di sini. kau anak cucuku boleh baca nanti. tp nenek tiada masa banyak utk itu. Nanti bila nenek kelapangan, nenek akan tulis lagi ya Cu..:))

Ingat Gayana, Ingat Manukan, Ingat Kota Kinabalu,...Nanti aku pergi lagi bahhh...
posted by Mirip at 2:10 PM 0 comments