Catatan Hidup Seorang Aku

Monday, May 30, 2005

Bahaya Kartun Pokemon

Lihat sahaja gambar-gambar diatas (nanti ada masa akan diupload), tentunya ramai yang kenal dengan watak kartun tersebut. Tidak lain dan tidak bukan, gambar-gambar diatas merupakan sebahagian daripada watak kartun pokemon. Sedarkah kita akan maksud Pokemon dan maksud nama-nama watak kartun di dalam cerita tersebut? Baru-baru ini, pihak Darul Nu'man telah menerima E-mail dari salah seorang yang bertanya tentang kemusykilan kartun Pokemon. Berikut adalah kandungan E-mail tersebut.
---
Assalamualaikum...........
Ada satu perkara yang ana ingin kongsi bersama. ana tak pasti samada maklumat ni dah sampai ke pegetahuan ikhwah semua. Semasa menghadiri kelas Dr Bahjat di salah sebuah masjid di Mafraq, ana diberikan satu kertas yang menjelaskan tentang bahaya POKEMON. Antara kandungan kertas itu ialah beberapa makna binatang-binatang yang ada dalam cerita kartun tersebut. Perkataan-perkataan itu adalah dalam bahasa siryani (lughah siryaniiyah).

contohnya:
POKEMON - saya yahudi
CHARMANDER - ALLAH itu lemah... (SUBHANALLAH!)
PIKACHU - jadilah seorang yahudi..

Terdapat beberapa lagi nama binatang dalam cerita pokemon yang membawa makna yang kufur dan jahat. Bagi ana, kalau sekadar cerita kartun pokemon ini dicipta oleh yahudi, itu boleh diterima. sebab tak semestinya kita menolak semua yang dicipta oleh orang kafir. tapi kali ini terbukti bahawa yahudi ada niat yang amat buruk tersembunyi di sebalik nama pokemon. Maka ana menyeru semua ikhwah supaya menyebarkan maklumat ini dan bermula dengan diri sendiri dengan memulaukan kartun ini.

Thanks and Best Regards,
B.Regards
Agus Port Operation.
posted by Mirip at 12:33 PM 0 comments

Thursday, May 12, 2005

Hot Issue this week

Minggu ni kecoh pasal isu yg satu ni.. mana2 paper pun report pasal this guy, dari seorang org biasa, dia bertukar jadi mcm artis plak.. hheheh.. tp sbg manusia biasa, aku mmg kesian kan dia .. menjadi mangsa pd keadaan & ker*j*n. may b jugak mangsa LAW ciptaan manusia...

Paper UTUSAN hari ni pun penuh dgn cerita remaja ni sahaja..salah satunya, klik sini

Ini pula FWD msg yg aku dpt.
+++++

NEGARA MAJU ANAK BANGSA MISKIN: KES AHMAD HAFIZAL DAN PLKN

-ROSLAN SMS

Rakyat masih tertunggu-tunggu pendakwaan terhadap 18 perasuah profil tinggi yang kononnya mahu didakwa oleh kerajaan pimpinan ****. Namun kesaat ini tak seorang pun yang diseret ke mahkamah. Tiba-tiba seorang anak remaja 19 tahun dihadapkan di mahkamah majistret di Perlis kerana didakwa gagal menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).Ahmad Hafizal didenda RM600 atau 14 hari penjara kerana kesalahan tersebut!Yang sedihnya remaja dari Kampung Titi Serong Kuala Perlis ini telah memilih untuk menjalani hukuman penjara atas alasan tidak mampu membayar denda tersebut.Ya tidak mampu! Menurut keterangan beliau keluarganya miskin, beliau tinggal dengan ibunya seorang pembantu tadika yang bekerja mencuci pinggan mangkuk (yang ditinggalkan suami) dengan 2 orang adik yang masih bersekolah. Ibunya memperolehi pendapatan RM150 sebulan manakala beliau sendiri mend! apat RM30 sehari bekerja mengambil upah mengerjakan sawah padi.Banyak perkara yang keliru dan bercelaru di sini. Pokoknya mengapa si miskin yang serba kekurangan dan daif ini perlu diseret ke mahkamah atas kesalahan yang sangat remeh dan tidak masuk akal.Mengapa beliau harus menyertai PLKN kiranya menyertai program tersebut bermakna keluarganya kekurangan RM30 sehari untuk hidup?!Dimanakah Jabatan Kebajikan, Baitul Mal, kerajaan negeri yang kononnya terkenal dengan Tradisi Membela Rakyat itu? Tegang-tegang urat leher pemimpin kita mengisytiharkan kononnya nak menjadikan Malaysia setaraf dengan Negara dunia pertama, rupa-rupanya anak bangsanya sendiri merempat, kais pagi makan pagi.Hari ini **** merayakan ulangtahunnya ke 59. **** kononnya ditubuhkan untuk membela agama, bangsa dan Negara tetapi di Perlis yang **** berkubu sejak merdeka masih ada anak bangsa yang hidup melarat, tidak mendapat pembelaan, dahlah susah dipenjarakan pula.Saya kira banyak pihak bersalah disini termasuklah majistret yang langsung tidak mengambil kira kesempitan hidup remaja ini, pihak ker***n yang ghairah mendakwa dan banyak pihak lagi. Dan saya juga hairan mengapa seorang sahaja remaja dihadapkan ke mahkamah semalam. Takkanlah tiada yang melakukan kesalahan yang sama di negeri-negeri lain? Mengapa tidak dilakukan pendakwaan serentak seluruh Negara? Mengapa pendakwaan berpilih-pilih?Apakah kerana anak ini anak orang miskin, tidak mampu mengambil peguam, tidak berpelajaran maka diperagakan simalang ini semata-mata untuk kerajaan menunjukkan kepada orang ramai bahawa ia serius dalam menangani isu mereka yang tidak menghadiri latihan PLKN?
roslan_s@yahoo.com

Isu hangat minggu ini...
Wallahuallam
posted by Mirip at 11:02 AM 0 comments

Thursday, May 05, 2005

ambik ko

Ko ingat ko vendor ko boleh tipu aku ye. no way man, lainlah kalo aku ni dok saje dtg ofis, goyang kaki, mmglah ko boleh tipu aku kata mcm tu mcm ni.. tp sbb dah keja aku , aku tahu lah so ko tak leh tipu aku mcm tu je.. hah ambik ko ... skang aku sudah pandai direct dan mempertahankan mana yg benar. kalo ko salah aku tak akan sekali2 senyap je .. walaupun aku akui ko mmglah terer..hahahhah aku tak suka org yg suka menunjuk mcm ko tu...
posted by Mirip at 4:58 PM 0 comments

renungan lagi

" Jangan kedekut untuk bersedekah membaca ayat-ayat suci untuk roh yang menderita"
Nanti dihari kematianmu, bertimbun pahala mencurah dari penghuni dunia yang tidak kita sangka
"

" Ketahuilah.... Sesudah kematianmu, Jasadmu akan disemadikan dikuburan yang gelap gulita, sedangkan Rohmu akan diasingkan pada alam yang lain pula"

Dlm sibuk2 ngan keja2 harian yg tak pernah susut, menerima berita kematian anggota comp tempat aku mencari rezeki.. ditambah dgn kata2 ustaz yg menghantar email, menambah sayu rasa dihati..Bagaimana dgn kita ? bersediakah? aku selalu terbayang suatu hari nanti, nama aku pulak ygterpampang di dlm email. Sudilah doakan utk aku.. Benar, mati itu pasti dan kita tak tau bila...

---
FWDED msg utk renungan bersama..
---
Assalammualaikum...
Maaf mengganggu... saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang
saya dapat,yang membuatkan hati saya amat tersentuh.
Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah kolokium wanita
di tempat saya baru2 ini. ustazah yg menceritakan ini sekarang mengajar di
kisas.

ceritanya begini.
Suatu hari, dia travel, saya kurang ingat ke mana dan dari mana. Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yg mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Si suami seorg guru pen. kanan. beliau tiba di rumah sahabatn ya ini sekitar tgh hari tapi belum zohor. kedua2 suami isteri ini masih disekolah.
W/bagaimanapun beberapa orang dari 8 org anak mereka yg kesemuanya lelaki yg mana yg paling tua dlm tingkatan satu & yg paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. waktu zohor masuk. abang yg tua mengajak semua adik2nya yg baru pulang utk solat berjemaah dgn dia sendiri sbg imam.Sewaktu dlm rakaat kedua, salah seorg adiknya yg berumur lingkungan 8 tahun pulang.

Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yg sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah. dia ikuti ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud, dan selesai imam memberi salam, dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yg tertinggal. subhanallah... adik yg berumur 8 thn ini sudah pandai masbuk... ustazah yg melihat terkejut dan kami yg mendengar mengucap memuji ALLAH.
bayangkan betapa taatnya anak2 yg masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua org tua mereka atau mana2 org dewasa dan tanpa disuruh2.
Cerita tak berakhir di situ. ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu.

Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yg paling awal bangun Kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa.Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak2 kecil semuanya sedang sibuk ambil wudhu'. bayangkan 7 org budak lelaki dgn yg paling tua berumur 13 thn dan yg ke tujuh ntah berapa tahun sibuk menagmbil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. si ayah menunggu anak2nya di tikar sembahyang dgn sabar sambil berzikir. mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah).Sewaktu hendak mula solat, si ibu meletakkan anak bongsu nya yg masih bayi (yg sedang jaga) di sisinya. ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah spjg mereka solat.
Sekali lagi cerita tak berakhir di situ. ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi.

alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata,"anak2... hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa...".dan 8 org anak termasuk si ibu dgn tekun mendengar kuliah subuh yg disampaikan.subhanallah... bila ditanya kpd si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kpd anak2 nya dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sblm mati.

Mereka berharap agar anak2 lelakinya yg 8 org itu dpt membacakan sekurang2nya fatihah utk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu. lagipun anak2 mereka semuanya lelaki... psgn suami isteri ini tak sanggup melihat> anak2 mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri... berapa ramai keluarga Islam hari ini yg dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga... berapa ramai anak2 Islam berumur 8 thn yg pandai solat masbuk... berapa ramai anak2 berumur 13 thn yg pandai engimami solat memimpin adik2 mereka... dan berapa ramai ibubapa yg berjaya
mendidik anak2 mereka sedemikian rupa yg taat melaksanakan perintah ALLAH
tanpa suruhan dan pengawasan mereka yg lebih dewasa...

subhanallah...alhamdulillah... moga apa yg saya sampaikan ini menjadi pedoman dan
i'tibar buat kita semua yg rata2nya masih belum berumahtangga....
"Teruskan Perjuangan dengan IMAN dan UKHUWWAH"

++++
sejuk ibu mengandung... kalau anak soleh mcm ni, rasa nak anak ramai2..bersalin banyak kali pon tak pe..insyaAllah..
posted by Mirip at 3:00 PM 0 comments