Catatan Hidup Seorang Aku

Monday, November 26, 2007

sambungan

sahabat aku reply balik
"masalah skang ni dia tu lelaki
tp yg dia tujukan tu wife dia...
tak sembahyang tapi tak ngumpat
hehehe...
sbb kami jarang2 jumpa wife dia solat..
maklumlah wife dia tu cun melecunnnn.."

Jawapan aku
"seorang wanita apabila meninggal, kalau dia masuk neraka dia akan tarik suami, adik beradik lelaki, bapa dan anak lelaki dia sebab tak memperbetulkan dia"

p/s: Adakah hanya kerana cun tu boleh dibawa ke mati? Adakah kerana cun tu dapat melepaskan kita dari tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi Allah. Bagaimana seandainya suatu hari nanti yang cun-cun tu dah ditarik balik dalam sekelip mata.Yang cun bertukar menjadi hodoh. Kalaulah cun yang disandarkan dalam hidup ini, tunggulah hanya berapa tahun sahaja cun tu berkekalan. Sampai umur 50,60 atau 70 tahun?.
Oklah teknologi sekarang umur 60 pun masih cun melecun macam umur 30, tapi kalau umur panjang sampai 100? Cun lagi ke? Tak dapat tidak, kulit yang dulu tegang akhirnya kendur juga. Kemana perginya cantik yang dulu. Suami yang dulu sayang bagai nak rak, dah terduduk di depan wanita lain yang jauh lebih muda, baya cucu kita barangkali.

Aku tidaklah anti orang cun.Jauh sekali.Ramai lagi di luar sana yang cun melecun tapi tidaklah mengambil mudah anugerah yang Allah berikan kepadanya.Namun, apabila sedar kes-kes sebegini ada dalam masyarakat sekeliling, terasa terpanggil untuk memberi sedikit komentar.Walaupun sedar aku ini bukan siapa-siapa.
posted by Mirip at 5:01 PM 0 comments

sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan

Sahabatku bertanya.
Ada orang cakap macam ni.
"lebih baik org yg tak sembahyang tak mengumpat
daripada org yg sembahyang tp mengumpat
"
Aku ingat ari ni kalau dia bersungut lagi
aku nak sound jer...
leh tak?

Jawapan aku.
Sound aje kalau dia dah keterlaluan…
Sembur macam ni je,
Tapi cik kak,
“Solat tu tiang agama- benda pertama yang dihisab.
Kalau dah benda pertama pun tak lepas, rasa2nya lulus ujian tak kalau buat ‘baik’ yang lain pun?"
posted by Mirip at 4:53 PM 0 comments

Thursday, November 22, 2007

Orang yang saya sayang



Pertama kali letakkan gambar sendiri di sini.
Orang-orang yang saya sayang. Hanya ada 2 famili kecil dalam gambar ni.
Tok dan TokWan saya yang saya sayang banget.
Emak dan Ayah saya.
Adik-adik dan anak-anak.
Semualah.

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran Surah Al-Isra’ ayat 23 - 24 bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia. Dan agar kamu berbuat baik terhadap kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripadanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu, janganlah sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya perkataan ‘Ah!’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku sejak aku kecil lagi.”
posted by Mirip at 11:02 AM 0 comments

Wednesday, November 21, 2007

biar la labu

You Are An ISTJ

The Duty Fulfiller

You are responsible, reliable, and hardworking - you get the job done.
You prefer productive hobbies, like woodworking or knittings.
Quiet and serious, you are well prepared for whatever life hands you.
Conservative and down-to-earth, you hardly ever do anything crazy.

In love, you are loyal and honest. If you commit yourself to someone, then you're fully committed.
For you, love is something that happens naturally. And you don't need romantic gestures to feel loved.

At work, you remember details well and are happy to take on any responsibility.
You would make a great business executive, accountant, or lawyer.

How you see yourself: Decisive, stable, and dependable

When other people don't get you, they see you as: Boring, conservative, and egotistical
What's Your Personality Type?


hahahha- till then, i know why some people said i have 2 personalities, actually they got me wrong....
hhahaha- some said i am a rocker, while at the same time ustazah..how this will be in one? aiyaarkkk... no lah... they just know me in surface, so they can't understand me well.. heheh sorry lah... actually i'm not that serious, i just be me... what makes me smiling is, some said i am a serious type,very quiet while at the same time, other people said i have sense of spontaneous humor..

ohh one more, that's why i can't describe what and when the LOVE is? i don't know the answer.. there is no answer actually :).. just as simple as life is going on...

now i know why long-long time ago,they said i am a sombong girl,garang girl.. ye ke..?hahah nevermind...i don't take it seriously pun, just smiling...
now, i know the answer after taking this test.... hohohoho...
posted by Mirip at 10:05 AM 0 comments

Monday, November 19, 2007

Pengorbanan seorang wanita

Suami saya ada 3 orang sahabat kamceng sejak dari zaman U lagi.Alhamdulillah perhubungan itu kekal sehingga kini.Hubungan tambah erat apabila secara kebetulannya isteri-isteri ni sebaya.Syukurlah,tidak terasa canggung sebab keempat-empatnya boleh masuk geng.

Aku menulis ni dalam keadaan hiba kerana salah seorang dari kami,telah dimasukkan ke dalam ICU pagi Ahad lalu.Akibat usus bocor selepas pembedahan pertama tempohari berikutan pembedahan pembuangan Cyst.Banyak yang kami bualkan ketika kami sama-sama berbuka puasa Ramadhan lalu.Masih terngiang-ngiang lagi kata-katanya. Kami sama-sama memberi semangat dan mendorongnya atas satu peristiwa yang akan beliau lakukan nanti selepas raya.

Doakanlah sahabatku ini cepat sembuh,kembali sihat. Tidak mengapalah kalau tidak dapat buat apa yang telah dirancangkan selama ini pun. Yang pentingnya dia kembali sihat.Doktor memberitahu suaminya, sekarang ini bergantung kepada semangatnya untuk hidup. Sama-samalah kita berdoa semoga sahabatku ini kembali sembuh. Aku tidak dapat buat apa-apapun melainkan hanya panjatan doa kepada Allah semoga semuanya dipermudahkan olehNya.InsyaAllah aku akan ziarah lagi.Minta kalian di luar sana juga mendoakan yang sama buat sahabatku, Annaz Elaina.
posted by Mirip at 8:01 AM 0 comments

Friday, November 16, 2007

Adik Aleeya




NUR ALEEYA QISTINA, anak kepada pasangan En Fauzi & Kasmawati Mat Isa telah
dilahirkan pada 12 September 2006 dalam keadaan tanpa tempurung kepala dan
bayi sekecil juga berhadapan dgn pelbagai masalah kesihatan yg lain.

Bantuan dari segi kewangan bagi menampung kos rawatan semasa dan penjagaan rapi
amatlah diperlukan dari pelbagai pihak. Marilah kita sama2 sebarkan emel dan bagi
sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan amatlah dihargai dan dialukan-alukan :-

CIMB BANK BERHAD- 06080070828525 DIATAS NAMA - KASMAWATI MAT ISA (IBU ADIK QISTINA)

EN FAUZI (AYAH ADIK QISTINA) boleh dihubungi
di nombor ini : 0142985210 / 0126069897.

-Semoga usahaku yang sedikit ini dapat membantu Adik Aleeya Qistina
posted by Mirip at 4:48 PM 0 comments

Thursday, November 15, 2007

(iii)

Usai solat maghrib di surau kecil di Stesen bas Bandar Melaka ini, aku terus menunggu bas yang akan membawaku pulang ke Bandar Kota Bharu.Nurul dan Khadijah sudah pun pulang malam tadi.Mereka pulang dengan bas Mutiara. Aku orang terakhir yang meninggalkan rumah kami siang hari tadi. Tiket aku ke Kota Bharu sudah kehabisan pula semalam, kalau tidak, aku berpeluang balik bersama-sama mereka.Tapi apakan daya selalunya begitulah, tiket Ke Kota Bharu sering sahaja kehabisan kalau lambat dibeli. Berlainan sedikit dengan tiket ke Kuala Terengganu. Sudah tiada rezekiku, itu yang pasti.

Tina sudah pun meninggalkan rumah pagi-pagi lagi. Dia menuju ke Hentian Pudu di Kuala Lumpur dahulu. Barulah selepas itu bertolak ke Kuala Kangsar. Jadi pagi tadi, aku hanya tinggal sahaja berseorangan di rumah. Mengemas-ngemas barang-barang yang patut.Membersihkan longkang belakang rumah.Time tak ada orang di belakang rumahku ini lebih senang untuk aku buat apa-apa. Tanpa ada gangguan mental diusik-usik. Aku tak mahu di kata tunjuk rajin pula. Lebih baik di kata malas daripada tunjuk baik dengan mamat-mamat tu.Maklumlah, jiran belakang rumah aku ni boleh tahan juga kepoh mulut mereka ni.Aku senyum sumbing sahaja kalau teringatkan mereka ni. Selebihnya aku hanya menonton tv di ruang tamu. Tapi itulah,selalunya menonton tv dalam keadaan seorang-orang begitu, mata mulalah nak terpejam-pejam. Walaupun tiket bas aku pukul sembilan malam, tapi selepas asar lagi aku sudah cepat-cepat bersiap. Makin cepat kaki keluar dari rumah ini makin bagus pula. Iyalah takut juga kan kalau malam nanti baru aku keluar ke Bandar Melaka. Kalau siang-siang hari begini tidak lah takut sangat.

Jalan paling senang, aku hanya menaiki teksi. Sampai sahaja di Bandar Melaka ini, aku boleh terus lepak di stesen ini sementara menunggu bas datang. Dan disinilah aku tetap masih menunggu bas Budaya yang akan membawa aku pulang ke rumah. Emm rindunya aku pada adik kecilku. Ateh, bagaimana ya kamu sekarang. Mesti sudah tembam adikku yang seorang ini.

Komik majalah Ujang di tangan aku tatap dan belek puas-puas. Sudah habis di baca cerita demi cerita dalam tu. Kartun demi kartun.Tersengih-sengih juga bibirku ini sorang-sorang diri.Tadi aku ingin sekali membeli majalah Wanita di kedai depan sana, tapi sayang pula duit aku yang tinggal ini. Orang macam aku ni beginilah, kena berjimat-cermat sedikit. Keinginan yang bukan keperluan tak perlu diikutkan sangat.

Aku mengimbas jam di pergelangan tangan.Sudah pukul lapan malam. Jam hadiah pemberian nenek yang aku panggil Tok. Sebenarnya Tok ni pangkat moyang kepada aku, nenek kepada emak aku, tetapi kerana dia yang membesarkan emak, jadinya emak memanggil tok sebagai Emak dan bukan nenek.Sekarang Tok sudah tidak ada. Namun, jam jenama Rado pemberiannya sebagai hadiah atas keputusan peperiksaan UPSRku dulu masih aku pakai hingga kini. Sudah enam tahun jam ini melekat di pergelangan tangan kiriku.Sayang sungguh. Aku ada banyak juga jam tangan lain.Hobiku yang satu ini suka sangat beli jam tangan.Rasanya kalau jam lain yang hilang, aku tidaklah kisah sangat, tapi kalau jam ini yang hilang, mau aku jadi susah hati sehinggalah aku dapat kembali jam kesayangan aku ini. Iyalah, jam ni harganya enam puluh ringgit masa Tok belikan, satu nilai yang aku rasa amat mahal bagiku.Kini Tok dah tiada di alam ini tapi aku tahu arwah sentiasa di hatiku.Sementalahan lagi, bila aku lihat pada jam ini, aku memang akan selalu teringat pada arwah Tok. Semoga arwah Tok akan sentiasa dicucuri rahmat darinya.

Bas Budaya menuju destinasi lain sudah penuh di depanku ini.Ada yang ke Kuala Terengganu, dan ada pula yang ke Kuantan.Kota Bharu pun ada juga.Aku meninjau-ninjau kalau-kalau bas bernombor 18A yang akan aku naiki sudah sampai. Nampaknya belum lagi ni. Nampaknya terpaksalah aku tunggu lagi. Disebelahku ada mamat specky dari tadi lagi tak berganjak. Ada tin Seven Up di sisinya. Ada kulit-kulit kacang dalam bungkusan plastik di tepinya. Sebenarnya dari tadi lagi dia menjeling ke arah komik yang aku baca ni.

“Isk, kalau nak baca nape lah tak mahu beli sendiri?” nak aje mulutku ni cakap macam tu, tapi macam ada pasir pulak. Tak terkeluar kata-kata aku ini. Emak selalu berpesan berfikir dahulu sebelum bercakap. Bukan fikir lepas cakap. Sebab tu lah kadang-kadang aku jadi lambat pula bercakap.Aku lebih suka mendengar dahulu apa orang lain cakap. Dan lepas tu kalau ada peluang barulah aku bercakap. Kadang-kadang pula peluang tiada, dan aku selalu terlepas peluang untuk bercakap. Memperkatakan pendirianku. Atas apa-apa topic pun. Itulah sebabnya ya kawan-kawan serumahku ini mengatakan aku ini pendiam. Huh sebenarnya aku tidaklah pendiam, tapi kalau dah kamu semua yang asyik nak bercakap, tak kuasa juga aku nak berebut bercakap.Aku senyum sendirian mengenangkan teman-teman serumah yang tentunya saat ini sedang enak-enak di rumah sendiri. Aku aje lah yang masih di sini, tak juga sampai-sampai di rumah.

Mamat ni memang selamba aje nampak gayanya. Aku pula yang jadi serba salah. Nak baca kat tempat lain, stesen bas ni bukannya besar mana, untuk aku tukar tempat duduk pula. Mesti dikatanya aku ini kedekut tahap dewa. Nak tumpang jeling baca komik pun kedekut.Tapi yang sebenarnya aku ni kan jenis penakut pada lelaki-lelaki tak dikenali.Rasa terpenjara pula.

“Takut ke?” tetiba dia bersuara. Senyum dilemparkan. Topi di kepala di letak ke sisi.Menampakkan rambut kerinting besar-besar dia. Rambut melepasi leher. Baju besar mengalahkan Dr apa tuh, penyanyi yang gelarkan diri sendiri dr tu. Lupa pula namanya.Arghh lagak macam seniman sahaja ya.

Agaknya dia ni ada kuasa psikik boleh baca fikiranku. Atau aku ini bukan pelakon terbaik yang boleh buat muka toya depan orang. Kecuali depan hanya satu orang tu, aku boleh jadi muka toya seratus peratus.

“Tak.” Aku geleng kepala. Takkan nak mengaku.

“Tak mahu saya tumpang baca?” Aik, ini nak jadi peramah ke apa? Ingat pesan mak, jangan mudah percaya pada kata-kata lelaki sangat.Be Careful. Aku memang ingat itu. Tetapi untuk aku bersikap biadap, tentulah tidak manis sekali.Pesanan emak yang meminta aku pandai-pandai jaga diri di tempat orang kejap dalam simpanan akal fikirku. Berbudi apabila perlu.Berjaga-jaga apabila tiba waktunya.

Aku diam. Senyum tapi tak senyum.

Majalah Ujang di tutup. Dihulur kepada lelaki di sebelah. Entah berapa umurnya aku pun tidak tahu. Tapi melihat raut wajahnya, mungkin juga tua sedikit dariku.

“Nah, ambiklah dulu.”

“Tak apa.” Eh tadi masa aku sedang baca, dia yang tumpang semangkuk, kali ni, bila aku offer, dia pula jual mahal.

“Saya saje nak tengok apa yang awak baca sebab dari tadi saya tengok awak tak hirau kat orang lain pun kat stesen bas ni. Lepas tu sengih sorang-sorang pulak.” Baju belang-belang besar yang dipakainya dikibas-kibas. Panas agaknya. Betullah stesen ini memang agak panas.

“Ehh ye ke?Entah.” Aku jadi kaget.

“Mahu balik ke mana?”

“Kota Bharu.” Kenapa aku jawab? Tapi takkan tak jawab. Itu sombong maut pula. Tapi aku tak kenal dia siapa. Biarlah, kalau dia tanya lebih-lebih, jangan jawab lurus sangat, bukannya dia tahu pun.

“Seorang aje? Takut ke?” Di ulang soalan sama.

Aku bukan takut sangat. Tapi aku jadi kaget sebab dia ni dari tadi memerhatikan aku. Aku ni kan bukannya suka diperhatikan. Itu yang menyebabkan aku jadi sebal semacam.Tapi muka dia memang nampak baik. Eh muka aje, hati belum tentu. Hai hati, jangan buruk sangka pada orang tau, hati satu lagi cakap, tapi kalau tak berhati-hati, nanti jatuh hati, mau mati nanti..hehehh

Aku angguk. Lempar senyum. Muka ke depan.

“Saya Bob.” Aku tahu. Ewahh tahunya kau Hany. Bukanlah, biasanya kalau ada lelaki macam dia, tak tahu lah kenapa biasanya nama dia akan jadi BOB, tak kisah lah nama sebenar dia Adam ke, Nik Zahim ke, Alex ke. Ada orang cakap kat aku, BOB tu sebenarnya akronim pada Badan Orang Besar. Entahlah aku pun tak tahu sejauh mana kepastiannya.

“Ohh Bob.” Dia tidak hulur tangan seperti kelaziman orang ingin berkenalan. Mujurlah.Dia tahu adab-adab muslim.Bukan orang barat sana yang akan hulur-hulur tangan kalau ingin mulakan perkenalan tak kira siapa.Mungkin dia pun confuse tengok aku. Aku senyum.

“Saya nak ke Kerteh. Naik bas Kuala Terengganu. Bas Budaya juga.” Aih dia dah jadi spy ke sampai tahu aku naik bas Budaya juga. Bob angkat kening. Tahu aku macam soal dia balik dengan kening terangkat.

“Tuuu” tangan dia tunjuk pada tiket kat hujung tangan aku. Kami gelak.Eh kenapa pula aku tak simpan tiket ni dalam poket tadi, kalau jatuh atau hilang, jawabnya tak balik rumah lah aku. Menangis tak berlagulah kat bandar ni.

Ahh sudah dia ni tahu pulak. Tapi jangan terlalu bersangka buruk Hany pada orang lain. Selagi tiada tanda-tanda mencurigakan, bersangka baiklah pada orang.
Mengenali dirinya, aku sempat tahu yang dia pelajar di Kolej Yayasan Melaka. Tahun akhir. Jurusan Pengurusan Perniagaan. Sebentar kemudian, ada bas Budaya baru masuk ke Stesen ini. Ada tulisan besar Kuala Terengganu di depannya. Menyedari itu basnya, Bob minta diri.

Sudah jam lapan setengah malam.Biasanya bas sudah ada kalau waktu-waktu begini. Kebiasaannya kalau aku naik bas express ke mana-mana, waktu setengah jam sebelum bertolak begini, aku sudah siap sedia dalam bas.Lihat-lihat sahaja orang lain naik. Aku suka jadi awal. Tapi kali ni tak nampak pula bayang bas aku. Bas orang lain ada lah pula.Mana pula bas aku ni tak sampai-sampai lagi. Aku ambil keputusan tinggalkan sekejap beg pakaianku di sini, hanya bawa beg sandang dan tinjau sekali lagi bas-bas yang ada. Mungkin aku terlepas pandang tadi masa bas-bas dah bersusun. Atau mungkin juga ketika Bob si mamat rambut kerinting tu tengah asyik bercerita. Kenapa ya aku selalu dipertemukan dengan lelaki yang peramah pula? Yang mula-mula aku jadi tak mahu bercakap jadi tercakap pula?.Aku senyum sendirian mengenangkan perihal tadi.
Ha itu dia , Plat nombor DAD 3883, ada pun kau bas. Puas aku tunggu rupanya bas dah ada.Aku tepuk dahi. Nasib baiklah aku tinjau lagi sekali. Kalau tidak, mesti nanti terkocoh-kocoh pula.

Aku patah balik ke tempat beg pakaianku. Tali beg disangkut ke bahu, beg sandang kecil sudah tersedia. Ketika aku melalui bas besar warna Ungu tu, Bob melambai tangan kearah aku. Senyum lebar sampai ke telinga.Peramah betul orangnya.
Ada beberapa orang lain yang turut beratur untuk menaiki bas yang sama denganku.
Aku mempercepatkan langkah. Aduh, beg aku ni jadi berat. Entah apalah barang yang aku bawa balik kali ini. Sampai beg aku jadi berat begini. Aku beratur. Nampaknya aku yang terkebelakang.

“Hany.” Ada suara memanggilku saat aku menjejak tangga bas paling tinggi.
Aku berpaling. Takkanlah Si Bob.
Hafizy? Apa dia buat di sini?

“Azlan kirim salam.” Dia senyum tapi muka dia yang tetap toya tu macam itu juga.

Aku terkejut. Jantung aku berdebar. Kenapa jadi berdebar tiap kali nama dia disebut? Dia ada di sini jugakah? Dia nampak ke aku berbual dengan Bob tadi? Tapi aku tak buat apa-apa yang salah. Hanya basa-basi, sekadar perkenalan biasa orang yang menghulur sebuah salam persahabatan.

“Waalaikumussalam.” Aku senyum sahaja. Apa lagi yang boleh aku buat kalau jantung tengah berdegup kencang begini?

Hafizy masih berdiri di situ.

“Dia nak minta maaf juga yang dulu-dulu tu.” Hafizy menyambung bicara.
“Tak apa, tak ada apa.”Aku membalas. Lagi ayat klise, aku rasa. Azlan di sini juga? Aku ingin menyambung tanya tapi tidak terkeluar.

“Awak pun balik malam ni?” Ayat lain yang nak tanya, ayat lain yang keluar.

“Aa’h malam ni juga. Bas lain.Tuu” Jarinya ditunjuk ke arah hujung sana.Destinasi sama tapi nombor yang lain. Itu lah bas ke Kelantan ni selalunya banyak ya, tetapi sering sahaja kehabisan tiket kalau beli di akhir-akhir waktu.Ramai betul warga pantai timur ni di bumi orang.

“Baik-baik naik bas.” Hafizy menyambung. Dia senyum sambil seluk poket seluar. Gaya biasa teman sekelasku ini yang aku sudah arif benar. T-shirt longgar membalut tubuhnya yang kurus kering. Amboi Hanany, kalau mengata orang, sedap ya , kau pun apa kurangnya, kering juga.

“Terima Kasih,” ringkas aku menjawab. Hafizy beredar.Berlalu pergi. Aku berjalan lambat-lambat ke tempat duduk. Mencari tempat duduk. Lapan belas A. Ohh di sana.Dihujung sana.Agak sedikit terkebalakang. Mujurlah, masih jauh dari tandas.Aku meletakkan beg di atas pangkin yang sudah disediakan.Duduk. Mujur masih tiada orang di sini. Bolehlah aku duduk di tepi tingkap. Tempat kegemaranku. Boleh meninjau-ninjau orang yang lalu lalang. Memerhati gelagat manusia yang bermacam ragam.Aku duduk diam-diam di situ, tapi hati di dalam jadi tak henti berdegup.Ohh hati cukuplah berdebar. Kenapa Si Azlan kirim salam pada aku? Kenapa dia kirim salam melalui Hafizy pula. Di mana dia?Aku tidak tahu menafsir.Selama ini aku memang bukan pakar menafsir apa ada dalam kepala orang. Apakah itu salam persahabatan yang dia mahu hulurkan? Kalau salam persahabatan yang dia mahukan, kenapa pula tidak berterus terang sahaja padaku. Kan senang jadi macam Bob. Aku pun boleh aje senang hati sambut salam perkenalan yang dihulurkan.Tentunya dalam batas-batas tertentu. Ini tidak, main sembunyi-sembunyi begini. Nak kata nak kawan, macam tak kawan. Nak kata tak kawan, macam berkawan sebab semua gerak geri aku dia tahu lah pula. Sampaikan aku sakit demam pun dia tahu. Prihatinnya mengalahkan teman serumah aku pula. Mengalahkan Adun Bukit Rambai pula.Azlan, Azlan pernahkah kau tahu apa yang tersembunyi dalam hatiku?Tak, dia tak akan pernah tahu. Forever and ever.
posted by Mirip at 11:02 AM 0 comments

Tuesday, November 13, 2007

REJECT

Dalam dunia pekerjaan, ketegasan memang perlu. Benar, setiap perkara itu ada prosedur yang telah ditetapkan, namun kadangkala bagi benda-benda yang kecil, kita kadangkala perlu bertoleransi untuk memudahkan semua pihak. Tapi jangan pula toleransi itu disalah tafsir kan dan diambil mudah!.

Hari ini, setelah aku menunggu sejak seminggu yang lepas tapi masih tiada maklumbalas sewajarnya dari pihak berkenaan, aku telah menekan button radio 'reject' pada request yang disediakan dalam sistem. Memang setiap request ada button 'accept' dan 'reject'. Mana-mana request yang tidak lengkap perlu direject, namun untuk memudahkan semua orang, kebiasaannya mana-mana yang perlu direject pada awalnya, terpaksa followup pula secara manual. Biasalah tu, bukan semua orang faham dan kita try memahami orang - apa orang kata put ourselves in their shoes.. Ok berbalik kepada kes tadi, sebaik sahaja aku tekan button 'reject' akan ada automatic email yang hantar kepada pihak berkenaan bahawasanya aku telah 'reject' permohonan tersebut beserta butiran-butiran kenapa 'reject'.

Kring kringggg
A: Hello, saya A, saya dah baca email tadi....
B: Ya..
A: Kenapa reject?
B: Permohonan tidak lengkap. Saya sudah followup tapi masih tiada maklum balas
A: Ooh ya, saya baru tahu, sebelum ini saya bercuti, dan benda tu pun dapat kat orang lain.
B: Saya terpaksa reject, sebab kalau tak reject, sampai bila pun tak ada feedback
A:Boleh kita buka master copy, colour hitam dah ada
B: Saya tahu..yang color hitam dah ada, kita tengok yang bawah ya.. macam no 12, 13 ...... perlulah ada reccomendation yang sesuai. Option yang seharusnya ada..
A: ooook, kalau gitu, saya tengok dulu la ya
B: yup
A:Saya kena request balik ke?
B:Ya, sebab saya dah reject.
A: Orait..
B:OK..

Bukanlah aku ini mahu bersikap ...'yeaa kuasa kat tangan aku, aku boleh reject sesuka hati' tapi kalau dah seminggu masih tiada maklumbalas, dan job itu pula menyesakkan list to do aku tanpa ada apa-apa improvement, tindakan aku tadi sudah tepat. Barulah cepat pula feedback yang aku terima. Kan semua orang jadi senang.

Banyak lagi kisah-kisah sadis sepanjang aku kerja ni. Kes kat atas ni tak de la sadis mana pun , cumanya aku aje yang gatal tangan nak tulis kat sini. Banyak lagi tapi tak leh la nak tulis. Simpan saje dalam hati. hehehe..
-luahan hati pekerja kuli macam aku ni
posted by Mirip at 3:29 PM 0 comments

Thursday, November 01, 2007

Points to share

Catatan ini ditulis untuk ingatan bersama.
Ayat-ayat yang ditulis mungkin tidak mengikut susunan perkataan yang betul dan bercampur aduk tatabahasanya,
+++++++++++++++

Tulisan ini adalah untuk recall apa ustaz Anzaruddin Ahmad ajar tadi.
Semoga mendapat manfaat bersama.

Apa kesannya Ramadhan pada kita?

Point 1.Untuk check Quality Ibadah Ramadhan
-Puasa
-Solat Terawih
-Solat Qiamullail.

Keterangan :
-Orang berpuasa siang hari tidak semestinya Solat Terawih,
-Orang yang Solat Terawih tak semestinya Solat Qiamullail
-InsyaAllah orang yang Solat Qiamullail, akan solat terawih dan berpuasa di siang hari.

Maknanya, ibadah tu dah filter dari nombor 1 ke nombor 2 dan seterusnya, barangsiapa yang melakukan ketiga-tiganya, itulah yang terbaik.

Untuk check lagi, Apa perubahan pada diri kita selepas Ramadhan?
- Boleh continue apa yang dibuat sepanjang Ramadhan?
- Puasa sunat Syawal 6 hari?
- Baca Quran?
- Qiamullail?
- Sekiranya dapat berterusan melakukannya, insyaAllah appraisal Ramadhan kita tinggi.

Point 2:Puasa Sunat Syawal.
“Sesiapa yang berpuasa penuh bulan Ramadhan, dan Syawal 6 hari, seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.”
Kenapa 6 hari?

Setiap satu ibadah digandakan 10 pahala.
Puasa Ramadhan =30 hari, 30 X 10= 300
+ puasa Sunat Syawal , 6 X 10 = 60

300+60= 360.
Hari setahun= 364 atau 365 ,
Kurang 4 atau 5 hari lagi (untuk cukupkan 365)tu adalah BONUS. (p/s: Kalau bonus dunia semua orang nakkan, kejar juga bonus akhirat- siapa tak nak insentif angkat tangan?)

Puasa sunat Syawal.
Ustaz: Buatlah Smart Ibadah.
A : Bagaimana tu?
Ustaz: Puasa sunat especially pada hari Isnin dan Khamis (buat sekali dapat dua)

Cth:
Puasa rabu di bulan Syawal = 1 pahala
Puasa Khamis di bulan Syawal= pahala berganda
Puasa ‘hari putih’ (tengah bulan) Syawal = 13, 14, 15 Syawal= pahala berganda lagi

13 Syawal 1428= sunat Khamis + Sunat Syawal + Sunat ‘hari putih’.

Tugas hamba adalah minta dan tugas Allah adalah memakbulkan.
Berdoalah pada hujung setiap solat.
Soalan: Bila waktu afdhal doa? Immediately after solat?
Jawapan: Ulama tidak bersepakat.

-Ulama Syafie (imam Nawawi) --> afdhal doa selepas solat
-Ulama hadis (ibnu Taimiyyah etc) --> dalam solat sebelum salam (Arabic language only).

Point 3: Buatlah benda yang betul pada waktu yang betul.
Contoh kisah:
Ada orang berpeluang ke Raudhah tapi hanya baca Quran, betul, baca Quran tu bagus tapi berdoa di situ adalah digalakkan/dituntut.
Kisah benar: Ada seorang hamba Allah berdiri di Raudhah (masjid Nabawi). Ustaz bertanya
“Buat apa di situ?”
“Sedang menunggu kawan”
“Sementara berdiri di situ, saudara buat apa?”
“Tidak buat apa-apa, hanya menunggu. Nak solat tidak boleh, orang penuh kiri kanan depan belakang,”
“Sebenarnya walaupun sambil menunggu boleh berdoa, kerana berdoa adalah dituntut ketika berada di Raudhah. Doa ni boleh sahaja dilakukan ketika duduk, berdiri atau baring sekalipun. Mintalah apa sahaja kepada Allah, asalkan benda yang elok dan tidak memutuskan silaturrahim.”

Itulah peri pentingnya melakukan ibadah dengan betul. Dalam ibadah juga, Nabi Muhammad SAW menunjukkan cara-cara yang betul.
Contoh masa kini:
Open House:
Majlis yang baik, sebab jamu orang makan. Selain jemput rakan-rakan, jemputlah juga fakir miskin, jangan lah asing-asingkan pula ini untuk majlis A, ini untuk majlis B.
Doa orang yang susah ni POWER, dia appreciate betul-betul. Contohnya, orang tengah lapar kan, bila kita jamu makan, sukanya orang tu tapi kalau orang tu dah hadir 4-5 rumah terbuka, datang teguk air je lah.. Appreciate tu kurang..ni contoh aje..

Satu lagi, ramai orang buat open house tapi tak ramai orang yang jamu orang berbuka puasa. Ini lebih baik. Cth: passkan kurma pada jiran-jiran, masjid etc.

Point 4: Puasa Hari Jumaat
Seorang tabiin (Muhammad …(maaf tak sempat dengar betul2) bertanya sahabat (Saad bin Jabir)

Soalan:Adakah Nabi pernah melarang puasa hari Jumaat?
Jawapan dari hadis : Betul (riwayat Imam Muslim)
Sambungan hadis daripada Abu Hurairah
“Aku pernah mendengar Nabi sebut ‘ jangan seseorang di antara kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan dia berpuasa sehari sebelum Jumaat ataupun sehari selepasnya”
= Khamis +JUMAAT @ JUMAAT+ Sabtu.

Point 5: Sekalikan puasa
Soalan: Bolehkah Qada’ puasa sekali dengan puasa sunat?

Ustaz:
Sunat Syawal dahulu (berdasarkan Aishah r.a yang puasa sunat dahulu)
Barulah puasa Qada’, jangan combine.

WAJIB + Sunat (jangan combine)
Sunat + Sunat ( boleh combine)

“Kalau begitu banyaklah kena buat?”
“Tidak ada benda yang senang diperolehi. Lebih banyak kita berusaha lebih banyaklah dapat. Analogi: Bukan senang nak dapat jawatan sekarang kan? Bukan senang nak beli kereta rumah etc. Siapa berusaha lebih, dia dapat lebih.”

Me: Apakah kita yakin kita berpeluang berpuasa Ramadhan tahun depan?
posted by Mirip at 2:59 PM 0 comments