Catatan Hidup Seorang Aku
Monday, October 30, 2006
Antara 2 darjat
A dan B kawan sejak tadika. Sekarang A dan B sudah berusia 24 tahun. Hampir 20 tahun persahabatan mereka.
A anak orang biasa. Sederhana. Bukan golongan hartawan , bangsawan. Tak de wan-wan lah.. keturunan je ada nama wan-wan skit…
B anak orang berada. Ibu bapa dari kelas atasan . Guru di kampung sudah dianggap kelas atasan tinggal di pantai timur.
A dan B masih menjalin persahabatan. Walau jarak memisahkan mereka kerana masing2 sudah bekerja di negeri berlainan tetapi hubungan akrab masih terjalin.
Disuatu pagi yg hening.
Ibu A dengan menunggang motor sambil membawa anak bongsunya dengan niat menziarahi Ibu B yang akan berangkat ke Mekah keesokan paginya. Dah lama ibu A mahu melawat ibu B , tapi dek kesibukan harian, last minute ziarah ibu B.
Jam baru 7 pagi. (awalkan :) )
Ibu A dan adik bongsu A sudah sampai di rumah banglo B. Sebelum ini bukan tak pernah Ibu A datang situ, menolong apa yg patut sekiranya keluarga B ada meraikan apa2 majlis keramaian.
Ibu B tiada dirumah. Kata nendanya, ke kubur. Ibu A dan anak bongsunya sabar menanti.
Tidak lama kemudian, kawan Ibu B datang. Berpasangan suami isteri. Kawan Karib ibu B. sama2 berjawatan guru. Guru-guru itu juga menunggu ibu B.
Lama menunggu, akhirnya ibu B sampai.
Ibu B memanggil kawan karibnya tadi masuk kebiliknya.
Sedang ibu A masih menunggu. Anak bongsunya juga sudah tidur kelelahan menunggu.
Entah apa yg dibuat oleh ibu B dan kawannya tidaklah pula diketahui.
Kesian melihat ibu A yg lama menunggu, dan si kecil yg terlena tidur, nenda B menjenguk ke bilik. Seolah berbisik kepada ibu B.
Sebentar kemudian barulah ibu B keluar. Dan barulah bersalaman dengan ibu A.
Sedar dirinya siapa, ibu A terus mengejutkan anak bongsunya dan meminta izin utk pulang setelah bersalaman. Dan bertanya “Bila cikgu akan bertolak ke Mekah?”. “esok” jawab ibu B.
Hati seorang ibu. Walaupun jauh disudut hati terasa diperlakukan sebegitu, namun utk menjaga persahabatan antara A dan B, sedikit pun rahsia ini tidak diceritakan kepada A. Risau hubungan yang terjalin baik antara A dan B akan kusut. Dipesan kepada si kecil supaya jangan diceritakan kepada si A.
Dunia hari ini. Dunia materialisme. Siapa kaya dia dipandang mulia, Siapa miskin mungkin dia dipandang hina. Aku tahu tak elok utk aku berburuk sangka pada orang. Tapi bila mendengar cerita dari ibu A, automatic rasa hormat aku pada ibu B sudah hilang. Dulu aku cukup menghormatinya. Tapi kini tidak lagi. Aku memang sedar sebenarnya mmg kami ini tidak layak, tidak separas dengan keluarga dia. Aku tak kisah pun sbnrnya, tak pernah kami minta apa2 dari dia..Aiman tak kisah..
Sebenarnya rahsia ini dan ada rahsia lagi terbongkar bila aku sbg kakak memarahi A sbg adik yg terlalu obses dengan B. Dari itu terbongkar rahsia ini dari mulut ibu A. Ibu A= mak aku sendiri. Rasa mahu je aku bongkarkan rahsia ni dan rahsia lain pada A sendiri. Tapi memikirkan akibatnya, (A dan B mungkin akan putus sahabat sedangkan B tidak bersalah), aku pendamkan dahulu.. Gunung berapi tak meletup lagi..tunggu dululah.. mungkin masanya tak sesuai..
Argghh kalau nak diceritakan perangai orang, aku dah letih.. dulu ada mamat polis bangang..nih kalu aku ingat aku tak akan maafkan dia..Ada ke patut.. dia ni kawan ayah aku. Ayah aku orang berniaga. Berniaga kecil-kecilan biasalah.. bukan businessman yg pakai mercedes..kekekek…polis bangang ni selalu datang kedai ayah.. mula2 ok..lepas tu mulalah buat hutang… cehh.. banyak plak tuh… ayah kan bisnes , mestilah nak balik duit ayah nak buat rolling bisnes.. lepas tu polis bangang ni buat liat nak bayar…Ok ayah sabar lagi… bila dah lama, dan ayah perlukan duit tu, tentulah ayah pergi cari dia ..
Masa tu ayah naik motor sbb dekat je kan..Sebaik je dia bukak pintu quarters polis dia, (berek polis dia), terus dihamunnya ayah aku…(aku kalau ingat balik rasa berair plak mata aku orang buat ayah mcm ni)…
Ayah sbb terkejut sgt kawan dia jadi mereng, gila terus la beredar, hasrat dihati nak kutip hutang ditangguhnya… sampai dekat motor, rupanya insiden tak habis lagi… terus mamat polis bangang ni sekat ayah aku. Dan check motor ayah. Masa tu motor ayah tak de road tax kot., ke lesen mati tah.. aku pun tak ingat.. masa tu jugak le ayah kena (kawan2 polis lain tak leh tolong sbb dalam balai kan.sah2 lah ayah salah dari segi undang2 jlnraya)…so ayah pun kena masuk court sbb naik motor tak de road tax ( or lesen?).. dan ayah jugak kena bayar denda la sbb salah kan. Melanggar undang2 jalan raya…
kes ni dekat 20 tahun dulu jugak..masa aku sekolah rendah kot… mak kata , semua orang dah tahu perangai Mamat polis gila tuh.. Mak aku kata, skrg dengar citer dia sakit.. hhahahah padan muka…(tanduk aku dah keluar)..tulah buat lagi penaya kat orang .. org yg kena aniaya ni doa dia makbul ..tak de perantara…
Aku kalau ingat mahu je aku nak gi tgk muka dia, nak je aku seret2 dia ke court plak.. ewahhhh,,, dia yg hutang ngan ayah aku tak nak bayar.. dia plak yg marah ayah, mentang2 dia ada kuasa ..eleh setakat polis cabuk, prebet tu aku tak heran langsung lah kalau perangai mcm tuh…(not condemn all police prebet,only certain yg lebih sudu dari kuah)… piiirahh aku marah nih… aku tak akan maafkan dia… Mungkin kalau ayah dah maafkan dia, tp aku rasa aku tak nak maafkan dia.. biarlah dia rasa..Ayah suruh aku maafkan tapi…oohh tidakkkkkk… Mungkin masa tu dia rasa dia polis kan, kuasa kat tangan dia, dia yg berhak memalukan ayah aku, “ooo siapa kau nak kutip hutang dari aku, aku ni polis, kau tu siapa?” (ini dialog aku bayangkan dia cakap macam tu la masa buat naya kat ayah aku tu)…
Kepada mamat pak cik polis tak sedar diri tu.. nih aku nak cakap – aku sbg anak kepada org yg ko buat naya dulu. Aku tak akan maafkan ko..walaupun ko skrg dah tua, dah sakit…(tanduk tinggi lagi nihh)..skrg ko dah tua ko dah sakit mana perginya power ko tuh…ataupun tinggi sangat ke gaji ko tu sampai ko nak buat naya kat ayah aku ?kot ye pun gaji ko tu tinggi mana perginya budi bahasa ko sbg penghutang... ayah aku ni pemiutang.. si pemberi hutang..maknanya tangan ayah aku yg kat atas kan..tgn ko kat bawah..ada hadis kata tangan yg diatas tu lebih baik dari tangan yg dibawah... so skrg ko pklah sendiri..OK..
chow.. aku kalu layan marah aku ni kang berasap plak kepala otak aku ni..
dah tak yah pk pasal dia.. azan dah masuk..jom solat dulu..