Catatan Hidup Seorang Aku
Monday, February 04, 2008
Balasungkawa
Ali Bukhari Amir
Fri | Feb 01, 08 | 5:47:32 am MYT
Hidup wartawan mendatangkan kesukaan dalam hidup. Saya tergolong dalam kalangan yang bertuah kerana dapat menemu bual dua agamawan ketika mereka masih hidup. Mereka adalah bekas Mufti Selangor Dato' Ishak Baharom dan arwah Ustaz Wan Soghir yang banyak menulis mengenai ulamak-ulamak Nusantara. Seterusnya, Ishak Baharom pegang erat amanat, pesan gurunya.
Ya, kematian itu pasti dan manusia mati meninggalkan namanya.
Alfatihah
Alfatihah buat teman yang telah pergi.Arwah Ahmad Zafran atau lebih mesra dikenali dengan nama pena panaharjuna.Semoga ibunya tabah menghadapi dugaan ini.
Menginjak usia 29 tahun kini, terasa kematian begitu dekat sekali.
Awal tahun ini sahaja aku dikejutkan dengan beberapa kematian teman.
Yang paling mengejutkan adalah pemergian teman sepejabat baru-baru ini.Walaupun bukan dalam unit yang sama, tapi masih dalam seksyen besar yang sama.
Sudah menjadi kebiasaan sekiranya ada teman satu syarikat yang pergi dulu dari kami, akan ada email pemberitahuan dari ustaz kami melalui email.
Ketika membaca email yang dikirimkan oleh ustaz tersebut, aku tidak merasa apa-apa lagi. Namun sebaik aku melihat gambar yang disertakan, aku jadi kaget sungguh. Baru sekejap tadi aku bersua dengan beliau.Memandangkan ramai juga staff di sini yang masih tidak kuketahui nama mereka, walaupun aku cam wajah masing-masing, aku tidak perasan tuan empunya nama di dalam email tersebut. Ya Allah, aku sungguh-sungguh tidak menyangka pertemuan pagi tadi adalah pertemuan terakhir antara aku dan dia. Aku baru tiba ke pejabat dan ingin punch kad manakala arwah berjalan menghala keluar. Aku sempat senyum kepadanya. Rupanya pemergiannya pagi itu keluar dari pintu pejabat adalah untuk ke klinik.Akhirnya kami diberitahu pemergiannya ketika menunggu rawatan di klinik tersebut.
Sejurus melihat gambar arwah dalam email, aku jadi tergamam seketika. Diluahkan pada jiran sebelah, akak ofismate juga terkejut. Sampai hari ini aku masih teringat kata-kata Kak Ani "Hidup ni macam sedetik je. Hari ni kat dunia, mungkin sekejap lagi dah menuju ke alam satu lagi."
Hari itu aku jadi tidak keruan sangat.Terbayang-bayang wajah arwah di depan mataku.Alfatihah.
Begitu juga dengan kematian salah seorang saudaraku. Terasa masih segar pertemuan terakhir antara aku dan dia apabila arwah sekeluarga menziarahi nendaku yang uzur. Rupanya yang pergi dulu adalah Kak Mah. Usianya masih agak muda. Anak-anak yang ditinggalkan masih kecil-kecil lagi. Aku mengenali Kak Mah memang sejak dari zaman kanak-kanak lagi memandangkan arwah mendirikan rumahtangga dengan sepupu ayah. Yang menjadikan keluarga kami rapat kerana setiap kali arwah pulang ke Terengganu, beliau dan keluarganya tidak pernah lupa untuk menziarahi kami di sana. Cuma sejak kebelakangan ini, beliau sekeluarga sudah menetap di Kedah, kami pula yang akan meziarahi mereka jika berpeluang pulang ke sana.
Kali terakhir bertemu arwah, emak ada bertanya berkenaan susuk tubuhnya yang agak kurus dengan ketara. Namun arwah seperti biasa hanya tersenyum lebar sambil menidakkan ada mempunyai apa-apa penyakit. Alfatihah untuk Kak Mah.InsyaAllah anak-anak yang ditinggalkan bakal menjadi anak soleh dan solehah.
Alfatihah buat semua yang telah pergi mendahului kita.
Giliran kita entah bila.
Alfatihah, Semoga tok/sahabat/saudara/teman taulan yang telah pergi aman di sana. AMIN.AMINNN...