Catatan Hidup Seorang Aku
Friday, June 13, 2008
Pok Teh ii
Kadang-kadang ketika aku dan adik bermain lompat-lompat (ikut petak-petak yang kami lukis sendiri di tanah), ada Abang Ramli datang. Abang Ramli adalah pekerja di sebelah kedai ayah. Bila aku besar sedikit dan dapat memahami pertalian keluarga, barulah aku tahu Abang Ramli adalah anak angkat Pok Teh. Rupanya Pok Teh tidak ada anak. Tapi dia ada beberapa orang anak angkat. Abang Ramli ni sebenarnya saudara jauh isteri Pok Teh. Walaupun Abang Ramli tinggal di rumahnya sendiri, selang tidak jauh beberapa buah rumah dari rumah Pok Teh, tapi banyak masa Abang Ramli dihabiskan di rumah Pok Teh. Ketika itu, umur Abang Ramli dalam belasan tahun. Aku suka bermain dengan Abang Ramli kerana dia amat suka melayan kami, budak-budak kecil ini. Selalunya dia berikan kami gula-gula, kebiasaannya kami akan makan cepat-cepat supaya emak tidak nampak, kerana pantang nombor 3 emak adalah makan gula-gula dalam kuantiti yang banyak sekaligus. Bagi emak, kalau kami teringin juga makan gula-gula harus makan sebiji sehari sahaja. Cuma ada satu gula-gula yang emak benarkan kalau hendak makan banyak mana sekalipun. Bentuknya bulat.Ada warna koko, pink, dan putih. Rupanya seolah panadol tapi saiznya besar sedikit.Emak kata, kalau nak makan gula-gula banyak, ha gula-gula ni tak apa. Dan akhirnya aku tahu nama gula-gula yang dijual di kedai dengan harga sepuluh sen 2 biji itu namanya Coklat Susu. Walaupun rasanya tidak sama dengan rasa coklat-coklat lain, kurang manis, dan rasanya macam minum susu sahaja, kami selalunya beli coklat itu sahaja kalau teringin nak makan coklat. Anak patuh yang tidak pernah mengingkari arahan emaknya, dan tidak mahu kena bakar api neraka. Itulah yang aku dan adik balas balik kalau ada kawan-kawan kami yang mengejek kerana kami asyik makan coklat yang sama sahaja. Kalau dengan kawan-kawan, aku dan adik boleh menepis dan berlagak hero tidak hairan dengan gula-gula mereka, malangnya godaan gula-gula warna warni yang Abang Ramli bawa selalu menyebabkan kami terlupa larangan emak yang menghadkan kami makan gula-gula dalam terlebih sukatan.
Bila aku sudah besar sedikit lagi, akhirnya aku tahu kenapa ayah dan Pok Teh bersahabat baik. Mereka mempunyai pekerjaan yang sama dan minat yang sama! Di rumah Pok Teh ada banyak buku-buku. Teratur dalam rak di dinding. Dan Pok Teh suka berkawan dengan ayah kerana nasib ayah dan Pok Teh yang akhirnya melibatkan diri dalam bidang-bidang pembaikan. Kalau dalam bahasa saintifiknya – menhanical engineering tapi dalam bahasa kampung kami mekanik. Bezanya Pok Teh lebih kepada pembaikan kereta dan jentera-jentera besar manakala ayah lebih kepada yang kecil-kecil sedikit iaitu motosikal dan motor. Itu dari segi pekerjaan sehari-hari untuk menampung kehidupan kami, dari segi hobi pula kedua-duanya suka membaca. Di perkampungan nelayan (aku tidak pasti untuk memanggil apa perkampungan di situ, tapi aku anggap kebanyakkan orang di situ adalah nelayan kerana keadaan geografinya yang di pesisir pantai), Pok Teh selalu merasa terpinggir. Satu kerana dia seorang yang warna kulitnya lain. Kedua kerana budaya hidupnya lain. Ketiga kerana hidupnya yang bertukar 360 darjah. Ketiga-tiga perkara yang aku sebutkan tadi ada persamaannya dengan ayah. Ops kecuali yang pertama kerana ayah tetaplah orang Melayu walau di mana pun ayah berada. Ayah orang dari luar yang menetap di situ, bahasanya sedikit sebanyak berbeza dengan orang tempatan. Tidak banyak, tapi sedikit perbezaannya tetaplah ada. Dan hidup ayah yang juga bertukar.
Tapi persamaan itu tentunya menjurus kepada satu lagi faktor utama. Pok Teh merasa selesa bercakap dengan ayah kerana mereka bercakap dalam satu bahasa yang sama. Hidup di kampung begitu, Pok Teh merasa sukar untuk dia terus berkomunikasi dengan bahasa lidahnya yang asal dengan orang lain. Manakala ayah pula berasa selesa bercakap dengan Pok Teh kerana boleh memperbaiki bahasa yang sekian lama dia tinggalkan. Bersekolah di sekolah Inggeris menyebabkan ayah lancar dan fasih bertutur bahasa Inggeris itu walaupun malang sekali anak-anaknya tidak pula sefasih ayah!. Aku tahu kadang-kadang Ayah selalu merasa rendah diri, kadang-kadang juga Ayah merasa orang mengata dirinya “Alah, sekadar orang macam dia, tapi eksyen sahaja lebih membaca suratkhabar berbahasa Inggeris,” tapi selalunya kami hanya ketawa sahaja kalau ayah berkata begitu kerana kami tahu Ayah sejak dulu-dulu memang membaca semua surat khabar. Ketika zaman ayah muda-muda dahulu semua surat-khabar dibaca olehnya, tapi kini memandangkan Ayah hanya membeli satu suratkhabar sehari, Ayah hanya membaca New Straits Time Press. Aku tahu Ayah bukan berlagak, tapi kerana sudah kebiasaan dirinya begitu. Aku selalu juga membalas kata-kata Ayah yang tadi dengan balasan “Alah, tak pelah orang nak kata apapun Ayah,”. Selalunya bila usia menginjak dewasa ini, kalau diingatkan nasib Ayah, aku selalu merasa sedih. Terasa kadang-kadang nasib tidak berhati baik pada Ayah. Tapi selalu juga akan ada lintasan lain yang berkata “Usah dipersalahkan takdir, kerana pasti ada hikmahnya.” Walaupun aku tahu nasib seseorang amatlah kompleks, kerana kita tidak mengetahui nasib masing-masing, selalunya aku juga akan berkata, kita janganlah mendahului nasib. Bila mengingati Ayah, aku selalu ingatkan diri supaya menjadi lebih kuat dan tabah mengharungi kehidupan. Oleh kerana aku tidak mahu aku juga menurut jejak nasib Ayah, sekurang-kurangnya aku harus jadikan apa-apa juga yang berlaku di belakang hari itu adalah sejarah. Dan ya sejarah memang boleh berulang. Tapi sekurang-kurangnya aku masih ada peluang untuk memperbaiki sejarah kea rah yang lebih baik.:)
Kembali pada cerita Pok Teh. Selalunya apabila kami mahu pulang ke rumah, Pok Teh akan meminjamkan beberapa bukunya pada Ayah. Selalu juga Pok Teh menyuruh aku membacanya. Oh aku memanglah suka membaca buku-buku yang banyak itu, namun malangnya bagi budak seperti aku, aku tidak faham sama sekali apa yang ditulis di dalamnya. Sungguh sadis hidupku waktu itu. Di saat kanak-kanak lain di kota mungkin sudah membaca buku-buku cerita sedemikian, aku masih juga tetap dengan siri Nancy Drews, Hardy Boys dan Enid’s Blyton yang tentunya edisi terjemahan rupa-rupanya.
Bila mengenang Pok Teh, aku pun selalu jadi sedih. Seperti Ayah, aku merasa nasibnya tidak juga lebih baik dari Ayah. Ya, sebab itu aku katakan tadi, persamaan itulah yang membuatkan Ayah dan Pok Teh serasi sekali. Bila malam menjelang, dan jarum jam menunjukkan ke angka sepuluh, seperti biasa Ayah akan selalu bercerita kepada aku dan adik. Suatu malam akhirnya aku tahu yang satu waktu dulu, semasa aku masih tidak wujud pun lagi dalam dunia ini, masih di alam roh akan kisah hidup Pok Teh. Kisah yang menyebabkan sesiapa pun yang dekat dengannya akan merasa kita ini bukanlah siapa-siapa pun. Hanyalah insan kerdil yang segala sesuatu yang terjadi pastilah di bawah kekuasaan yang satu jua. Allah SWT.

posted by Mirip at 11:47 AM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home