Catatan Hidup Seorang Aku
Friday, February 05, 2010
jauhkan dari sifat bakhil
Manusia akhir zaman akan penuh dengan sifat bakhil.
Ustaz memberikan contoh2 realiti.
Aku menangis sebab contoh2 itu benar2 terjadi.
Yang paling menyentuh hati apabila ustaz cerita
"Kalau makcik2 tua yang jual kerepek 3 bungkus RM10 datang dekat meja kita, kita kata kita tak de duit, sedangkan kita tengah makan sedap-sedap. Pandanglah skit mak cik tu. Kalau tak ada RM10 dalam poket, hulurlah seringgit dua. Kalau bukan sebab kesusahan dan kemiskinan hidup, makcik tu tak jual dan tak jaja dari satu meja ke satu meja"
Banyak lagi contoh lain.
Aku menangis sbb aku mengerti erti kesusahan. Dan aku mengerti kalau bukan kerana kesusahan, tidak akan ada yang akan menjaja muka begitu. Hidup memang perit dan hidup juga tidaklah seindah pelangi bagi semua orang.
Tidak ada yang mudah dalam hidup.
Dan tidak ada juga jalan pintas dalam menuju kejayaan.
Semuanya memerlukan pengorbanan.
Aku insan biasa. Yang ada hanya sekeping hati.Bila diingatkan, memang benar kata-kata ustaz, kita tidak punya apa-apapun.
Ya, aku ada rumah2. Tapi rumah2 itu pun bukan milik aku sbb hutang loan tak habis lagi.Kuda-kuda tunggganganku, walaupun ada yang habis loan, ada yang dah, tetap bukan total milikku, anytime boleh accident, jatuh harga etc etc.
Anak-anak: satu hari nanti kita akan berpisah, samada umi yang pergi dahulu meninggalkan kalian, atau kalian yang akan meninggalkan umi.
Suami: Sama juga, satu hari nanti akan berpisah, samada berpisah hidup atau berpisah mati.
Mak Ayah, adik-adik: Semuanya sementara.
Apatah pula erti kehilangan itu selalu dekat denganku. 11 January meninggalkan satu lagi titik dalam hidupku apabila aku kehilangan seseorang yang dekat denganku. Bapa saudara kesayanganku telah pergi selama-lamanya. Tanpa dijangka dan dengan umur yang 6 tahun lebih muda dari ayah. Semoga roh Teh sentiasa dicucuri rahmat Allah.
Kematian dan kesedihan.
Kesukaran dan kesedihan.
Petikan ustaz
"Apabila meninggalnya orang yang pemurah dari dunia ini, semua makhluk akan mendoakannya"