Catatan Hidup Seorang Aku
Wednesday, July 28, 2010
luahan perasaan
dengan orang2 macam itu aku tidak mahu lagi berlembut lembutan. ya mereka sendiri yang mahu aku menjadi keras.. dan mulai hari itu aku sudah mulakan dengan arahan.
Ya aku mahu lihat kalau di pihakku yang meminta maklumat adakah mereka akan secepatnya memberikan apa yang aku nak? No excuse anymore. No alasan segala mak nenek konon "ingatkan macam ni...."
Siapa yang salah faham sebenarnya? kalau korang yang salah faham, itu korang punya masalah la kan.. di pihakku kalau korang tak tanya lagi, dan penjelasan sudah diberikan mana aku nak tau korang paham ke tak paham. takkanlah aku nak tanya lagi.. peluang tanya, kita jawab, n bila jawapan diberi, tak ada lagi soalan, assume orang tu dah faham la kan.. alih2 cakap tal faham n yg atasnya plak tembak tak tahu ke hulu ke hilir. Aku heran betulla.
Jangan kalau dipihaknya yang lambat tidak mengapa, tapi kalau dipihak sini yang tidak memenuhi mereka, ditembaknya sesuka hati.
Sudah lama rasanya aku bersabar.
Tapi mulai hari itu, hatiku sudah tercalar.
Kalau atas dasar kerja, aku boleh menerima segalanya dengan hati terbuka. Ya, kalau dah namanya kerja, tentu sahaja percanggahan akan ada, tapi selagi ianya tidak melampau aku akan tetap menerima. Namun hari itu, hatiku telah terluka dengan kata2 itu. Aku memang la tak marah, sbb aku memang susah marah, jadi sedapla korang nak marah2. Tak apa, sbb masa tu memang aku rasa cam aku bleh tahan. Kalau orang marah, dan aku masih senyum, tapi kalau dah sampai satu tahap. ya memang kali ini aku tidak tahan lagi.
Agaknya susah menjadi orang yang susah marah. Sebab kalau orang marah pun aku leh terima dan tak marah balik. Tapi oleh kerana kata-katanya itu, arghhh... kadangkala aku mahu je menjadi seperti Dia yang cepat marah supaya aku boleh bagitau orang yang YA AKU SEDANG MARAH...
Tapi tak mengapalah, kejadian yang menghiris hatiku itu sudah berlalu. Dan akan tetap aku kenang, kerana menjadi lonjakan padaku. Lonjakan padaku untuk start gear yang lebih laju dalam empayar aku sendiri. Lupakanlah orang2 ini. yang perasan bagus. Yang bercakap sesedap rasa.Biarlah dia.. Biarlah dia dengan masalah2 yang tak akan pernah selesai itu. Aku memahami masalah mereka tapi adakah mereka memahami masalahku. No no no... jadi tak apa..
Kalau aku sedang marah hanya ada 2 kemungkinan. Samada aku diam atau meletus. Kalau aku masih mampu tersenyum maknanya aku tidak marah pun. Cakapla apa pun, aku tidak ambil hati. Kalaupun ada kemarahan itu, hanyalah sampai ke buku lali sahaja. Namun kalau aku sudah marah, aku dapat rasakan aliran darahku sampai ke kepala dan panas.ya PANAS. Aku sudah faham kenapa ada peribahasa yang mengatakan darah panas ke kepala. Rupanya memang begitu ya kalau sedang marah. aku memang akan merasakan darah panas itu tetiba datang ke dahiku ops bukan dahi ke tepi dahi yang orang pakai koyok itu, dan pada ketika itu biasanya mulutku memang tak ada insurans. Tapi seingatku, dalam hidup ini, rasanya baru 2 kali darahku mengalir sampai ke kepala. Yang aku ingatla darah panas itu. Mungkin juga banyak kali tapi aku yang tidak ingat hahahha...