Catatan Hidup Seorang Aku
Thursday, March 17, 2011
Ya semua itu ada, dan ketam itu pun sudah ada di depan mata anda. Tapi kenapa anda masih tetap tidak boleh makan?
Teng teng dan kata kunci pada segala permasalahan dan kekangan rasa mahu makan itu adalah kerana anda baru beberapa hari mengeluarkan dari kantung rahim anda zuriat penyambung warisan anda.
Sangat pedih kan?
Dan sangat rasa terseksa kan?
Dan rasa terseksa itu sedikit sahaja lagi untuk menyamai tingkat penderitaan anda mahu melahirkan bayi kecil comel itu kan? [Ah, ingin sahaja anda katakan yang aku melebih-lebihkan dalam penceritaan bukan?..Katakan sahaja, tidak mengapa].
Ya itulah yang aku rasakan. Tidak dapat mengeluarkan dan ia tersarang dalam lubuk kepala amat menyeksakan ibarat tidak dapat makan ketam masak merah ketika anda sedang berpantang!
Sangat sadis menjadi seorang wanita. [tapi itulah saat yang paling membahagiakan, melihat anda di balik wajah bayi comel mungil dengan senyuman dan lesung pipit di kedua-dua belah pipi yang datangnya entah dari mana]
Dan aku mahu sekali meluahkan apa yang tersarang. Namun masa seringkali mencemburuiku. Selalu dengkikan pada apa yang ingin aku lakukan,dan sekarang masa itu mengejarku lagi!