Catatan Hidup Seorang Aku
Wednesday, September 29, 2004
Nak buat macammana, dia sorang je tahu marah
Aku tak tahannnnnn..Ingat aku ni apa..sedangkan benda yg dia mintak tu bukannya susah. i mean tak perlu dia nak tanya aku pun. boleh cari sendiri depan mata. nape benda sekecil itupun perlu tanya aku. aku tak marah kalau caranya tak garang, tp aku panas skrg sbb suaranya marah aku.
lantas utk menunjukkan kpdnya yg benda yg dia minta tu amatlah simple nya, aku printscreen kan semua step2 yg perlu dia ikuti dan aku hantarkan ke emailnya secepat mungkin.
Bukan aku tak boleh kena marah.Sebelum ni pun mmg kerja aku kena berhadapan dgn user.karenah user yg macama2. ada yg baik, ada yg ok, ada yg kelakar, ada yg GARANG. tp kali ni ntah kenapa aku terasa bengang. Mungkin kerana pepagi lagi sudah tidak bersikap sopan sesama rakan sekerja. mungkin dia ada masalah, tetapi takkan kerana itu tidak bersikap sebaiknya pd org lain.
Dan satu lagi yg aku geram, takkanlah nak tekan button yg tu pun tak boleh.??? muskil aku....kang kalau aku kata user ni terlampau la nak kena ajar kang, kata aku nih dasyat la plak. tp aku ni manusia jugak...manusia...........ada jugak geramnya kalau dibuat gini.
tp nak buat macamana kan..
sabarje lah.. sbb dia je yg tahu marah.. aku ni tak tahu marah....:(((