Catatan Hidup Seorang Aku

Thursday, August 11, 2005

2005 (I)

sama2 ambil iktibar-
FWD MSG
*********

TAHUN GEMPAR 2005
TAHUN 2005 YANG GEMPAR

Petikan KITAB bertajuk “ HURU HARA AKHIR ZAMAN – Penjelasan Terakhir untuk Umat Islam” karangan Amin Muhammad Jamaludin Universiti Al-Azhar Kairo.
BAB TANDA-TANDA DI BULAN RAMADHAN

Ketika manusia dalam kekelamkabutan akibat berbagai konflik akibat kematian Khalifah Raja Saudi, di mana malapetaka mulai menyala, manusia akan dikejutkan dengan peristiwa-peristiwa langit yang menakjubkan pada bulan Ramadhan. Saya menyebutkan tanpa urutan. Tetapi apa yang akan dilihat dan dialami secara berturut-turut dengan cepatnya. Ketika itu tidak terjadi Ramadhan kecuali manusia dalam keadaan menanti-nanti terjadinya berbagai perkara besar dan peristiwa dahsyat. Adapun peristiwa tersebut ialah:

1. Bulan mengalami gerhana dalam bulan Ramadhan.
2. Muncul bintang berekor yang mendekati bumi dan membawa bencana alam.
3. Terdengar suara dahsyat yang menakutkan. Semua orang akan mendengarnya. Diiringi
bencana besar dari langit yang menimpa manusia. Ini terjadi pada pertengahan Ramadhan pada malam Jumaat. ( Kalau ikut kalendar 20 Oktober 2005 ).
4. Matahari akan gerhana pada bulan Ramadhan.
Nampaknya dua peristiwa terakhir di atas akan berlaku dalam satu hari, atau peristiwa pertama iaitu suara yang dahsyat akan terjadi di malam hari sedangkan gerhana matahari akan terjadi di siang hari. Saya tidak tahu manakah di antara keduanya yang terjadi lebih dahulu.
( muka surat 119)

Merujuk kepada peristiwa di atas sesuailah ianya dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ja'afar Sadiq :
" Kehadiran Imam Mahadi dikalangan umat manusia dibuktikan dgn berlakunya gerhana bulan & matahari dalam satu bulan yg suci, yg tidak pernah terjadi sebelumnya sejak kelahiran Nabi Muhammad s.a.w"

(Ikmal Al-Din m.s 361)

Maka saya telah membuat rujukan pada laman web NASA akan jangkaan gerhana yang tersebut. Berikut adalah sebahagian dari maklumat yang diperolehi dari laman web tersebut.

Annular Solar Eclipse of 2005 October 03
Fred Espenak, NASA's GSFC
On Monday, October 03, an annular1 eclipse of the Sun will be visible from within a narrow corridor which traverses the Iberian Peninsula and stretches across the African continent. A partial eclipse will be seen within the much broader path of the Moon's penumbral shadow, which includes Europe, western Asia, the Middle East, India and most of Africa.

Saya tukarkan tarikh 2005 Oktober 03 kepada kalendar Hijrah
Gregorian-Hijri Dates Converter
You entered: 3 / 10 / 2005
The conversion result is: Monday 29 Sha`baan 1426 A.H. *
*There is a small probability of one day error. To learn more about the Hijri calender read the following introduction.

Begitu juga dengan kejadian gerhana bulan di Bulan Ramadhan 2005. Tercatit di laman web bahawa Gerhana bulan akan jatuh pada:

This is the 43rd eclipse of Saros series 134. The series began with the first of ten partial eclipses on 1248 Jun 22. The first eight central eclipses were total, which were then followed by sixteen hybrid events. The first purely annular eclipse occurred on 1861 Jul 08. After the last of thirty annular eclipses (on 2384 May 21), the series will produce seven more partial eclipses before ending on 2510 Aug 06. Complete details for Saros 134 may be found at Saros 134
2005 Oct 17: Partial Lunar Eclipse

The last event of the year is a rather shallow partial eclipse of the Moon. The penumbral phase begins at 09:51 UT, but most observers will not be able to visually detect the shadow until about 10:30 UT A timetable for the major phases of the eclipse is as follows:
Saya tukarkan tarikh 2005 Oct 17 kepada calendar Hijrah yang bersamaan dengan:
Gregorian-Hijri Dates Converter
You entered: 17 / 10 / 2005
The conversion result is: Monday 13 RamaDHaan 1426 A.H. *
*There is a small probability of one day error.


Oleh yang demikian jelaslah hadis di atas akan terbukti kebenarannya pada bulan Ramadhan pada tahun 2005 ( tercatit pada calendar akan jatuh pada 5 hb Oktober 2005)
Terdapat seperti perselisihan 1 atau 2 hari dari tarikh yang dijangka oleh NASA. Perselisihan ini diterima sebagai kebarangkalian. Yang pastinya disahkan oleh NASA bahawa kejadian gerhana yang bakal berlaku pada tahun 2005 ialah seperti berikut:


Tarikh Miladiah Tarikh Hijrah Gerhana

3.10.2005 29 SHAABAN 1426/ Matahari
1 RAMADHAN 1426

17.10.2005 13 RAMADHAN 1426/ Bulan
14 RAMADHAN 1426


Nu’aim bin Hammad telah meriwayatkan dengan sanad dari Katsir bin Murrah, ia berkata:

Pertanda kejadian-kejadian besar di bulan Ramadhan adalah suatu tanda di langit, sesudahnya terjadi perselisihan antara manusia, maka jika engkau menjumpainya, maka perbanyaklah persediaan makanan semahumu.

Dan dengan sanad dari Khalid bin Mi’dan:

Barangsiapa yang telah menjumpai hal itu, hendaklah menyiapkan makanan satu tahun untuk keluarganya.


Saudara kaum muslimin, segala yang tertulis di atas hanya Allah jua Yang Maha Mengetahui akan kejadiannya. Namun sewajarnyalah ianya menjadi skrip panduan peristiwa tahun 2005 yang patut diperhatikan dengan teliti. Jadi tidaklah kita hairan jika peristiwa tersebut benar-benar terjadi. Kemudian jika iannya terjadi, dengan selesa kita boleh mempersiapkan mental dan material menghadapi situasi cemas tersebut.

Antara persediaan yang perlu kita buat ialah:

1. Menghafal 10 ayat pertama dan 10 ayat akhir surah
Al_kahfi untuk menghindari diri dari fitnah Dajjal.

2. Membaca doa perlindungan fitnah Dajjal selepas
tahyat akhir dalam sembahyang sebelum salam.

3. Menyiapkan bekalan makanan, bahan api, gas
untuk setahun apabila ada terjadi sesuatu
dipertengahan Ramadhan 2005.

4. Sampaikan peringatan ini kepada sahabat handai
agar bersedia menghadapi situasi di atas.

5. Tambahkan taqwa dan amal menjelang saat yang
rumit dan genting itu.

Sekian. Wassalam.

TARIKH HARI PERISTIWA
10. 2.2005 = Awal Muharram – Khamis
21. 4.2005 – Khamis - Maulud Nabi
5. 9. 2005 = 1 syaaban- Isnin
5. 10. 2005 = 1 Ramadhan- Rabu- Puasa Ramadhan- gerhana Matahari?
17.10.2005 = 12 Ramadhan- Isnin- gerhana bulan?Bunyi suara amat kuat?
3. 11.2005 = 1 syawal- Khamis- Hari Raya Puasa
3.12.2005 = 1 Zualkaedah- Sabtu
2.1.2006 = 1 Zulhijjah 2006-
11.1.2006- Hari Raya haji-Pertumpahan darah di Jamrah?


PERISTIWA YANG PERLU KITA DIPERHATIKAN

1. Kematian Raja Fadh
2. Suara kuat dalam bulan Ramadhan
3. Gerhana matahari di bulan Ramadhan
4. Gerhana bulan di bulan Ramadhan
5. Komet atau sebagainya ( letupan super volcano?)
yang membawa kebinasaan di USA
6. Huru hara dalam bulan Syawal ( peperangan)
7. Peperangan dalam bulan Zulkaedah
8. Pada bulan Haji ada pertumpahan darah di Jamrah


PERSIAPAN MATERIAL

Dan dengan sanad dari Khalid bin Mi’dan:

Barangsiapa yang telah menjumpai hal itu, hendaklah menyiapkan makanan satu tahun untuk keluarganya.


1. Beras
2. Gula
3. Susu
4. Garam
5. Lada
6. Gandum
7. Bawang
8. Gas memasak
9. Minyak tanah
10. Minyak masak
11. Minyak petrol
12. benih-benih sayur
13. Baja
14. Mancis
15. Sabun basuh
16. sabun mandi
17. Basikal/Motor + sparepart
18. Ubat-ubatan
19. Dan lain-lain yang difikirkan perlu.

Wallahualam
posted by Mirip at 11:58 AM 0 comments

PERINGATAN UNTUK KAUM MUSLIMIN (II)

FWD MSG
*********
786

PERINGATAN UNTUK KAUM MUSLIMIN

IMAM MAHADI AKAN MUNCUL.
DAJJAL TERLALU HAMPIR
NABI ISA AKAN TURUN

Assalamualaikum wbt

Saudaraku kaum muslimin.

Beberapa bulan lepas saya telah menulis artikel peringatan bertajuk TAHUN GEMPAR 2005. Berbagai maklum balas yang saya terima dari pembaca. Yang paling banyak ialah ungkapan “ Betul ke? ”.Sinis dan tidak percaya. Khusus untuk mereka, suka saya membawa jawapan Saidina Ali r.a ketika menjawab tempelak seorang Yahudi. Yahudi itu berkata “ Wahai Ali, adakah kamu pasti akan masuk syurga dengan sembahyang (dll amalan Islam)?” Jawab Saidina Ali r.a mahfumnya “ Andai kata syurga dan neraka itu tiada maka saya dan kamu tidak rugi apa-apa..tetapi kalau benar wujud syurga dan neraka…insyaAllah saya berjaya dan kamu akan celaka”

Demikianlah peristiwa-peristiwa yang saya garapkan dalam artikel yang lepas dengan merujuk kepada beberapa kitab dan pandangan mereka yang jujur dan warak. Konsep jawapan saya juga sama. Jawapan saya “ Jika semua itu tidak berlaku..Alhamdulillah tetapi andai kata satu demi satu peristiwa-peristiwa tersebut terjadi, adakah kita mampu menghadapi tanpa persediaan?”

Dalam artikel tersebut saya telah menulis beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya tentang kematian Raja Saudi. Innalillahi wainna ilaihiraaji’un. Pada hari Isnin, 31 Julai 2005 pada pukul 10 pagi Raja Fadh telah kembali ke Rahmatullah.

Dalam hadis koleksi saya mengenai Imam Mahadi a.s., tercatit bahawa apabila wafatnya Raja Arab akan berlaku perang saudara dan kekacauan akibat perebutan kuasa sesama mereka. Oleh yang demikian saya meminta saudara dan saudari sama-sama mengikuti dengan teliti perkembngan politik Arab Saudi . Sama-sama kita perhatikan dalam masa terdekat ini adakah terdapat bibit-bibit persengketaan yang dikatakan akan berlaku itu. Jika benar berlaku ternyata era Imam Mahadi akan bermula sebagaimana yang dijangka.


Muhammad Hasanain Haikal menulis dalam bukunya Al-Maqalat Al-Yabaniah bahawa adanya mereka-mereka yang menunggu untuk menggantikan Raja Fadh. Dari kalangan saudara kandung Raja Fadh( As-Sudairiyyin), iaitu Amir Sultan ( Panglima perang dan Menteri Pertahanan) dan Amir Salman. Manakala pengganti Raja Fadh, Amir Abdullah Ibnu Badawiyyah adalah hanya saudara tiri Raja Fadh.Raja Amir Abdullah juga merupakan panglima Pasukan Pengawal Nasional. ( Gambar 1 )
Gambar 1
Image hosted by Photobucket.com

Tulisan ini digarap pada bulan Ogos 2005. Bulan Ramadhan tahun ini akan bermula pada awal bulan Oktober 2005 iaitu 4 atau 5 Oktober 2005. Gerhana bulan dijangka akan berlaku di awal Ramadhan. Dan pada pertengahan Ramadhan akan berlaku pula gerhana matahari. Pada malam Jumaat pertengahan Ramadhan akan kedengaranlah suara dahsyat yang menakutkan. Jadi, ada dua peristiwa. Satu siang iaitu gerhana matahari dan satu malam iaitu suara yang manusia tidak pernah mendengar sebelum ini.

Pada bulan Syawal berikutnya bersamaan awal November 2005, akan mula berlaku Ma’ma’ah ( huru hara) yang berupa kecamuk peperangan antara negara-negara. Pada bulan Zulkaedah bersamaan bulan Disember 2005 akan terjadi perselisihan antarabangsa. Pada tahun 2006, musim haji akan dilakukan 2 kali. Bulan Zulhijjah pertama bersamaan dengan bulan Januari 2006. Akan terjadi peristiwa pembunuhan sehingga darah mengalir di Jumratul Aqabah pada hari Idhul Adha di Mina. Haji pada kali ini tidak lagi berlaku dalam suasana aman. Selepas peristiwa ini era Imam Mahadi akan bermula pada awal Muharram 1427 hijrah bersamaan Februari 2006.

Percayalah era Imam Mahadi dan Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum Yahudi amat yakin pemimpin Agung mereka iaitu Al-Moshaikh ( Dajjal) akan muncul mengetuai mereka. Kaum Kristian pula amat yakin bahawa Al-Masih ( Nabi Isa a.s) akan muncul memimpin mereka. Manakala kita, kaum muslimin yakin bahawa Al-Mahadi, Al-Moshaikh( Dajal) dan Al-Masih a.s akan muncul. Menarik bukan?

Sesungguhnya Yahudi sedang kecut perut yang teramat-amat. Mereka membina tembok-tembok di Israel. Menanam pokok Ghardaqah dengan banyaknya. Malah telah menempah pedang Titanium dengan banyaknya. Hari mereka akan disembelih di bumi Israel makin hampir. Mereka menempatkan tentera proksi di bumi Afghanistan dan Iraq untuk menghadang tentera dari Timur. Tetapi ramai umat Islam sedang lalai dan hampir tidak ambil peduli pada era yang ditentukan olehNya tetapi telah dikhabarkan oleh RasulNya 1426 tahun lampau.

Ketahuilah era Islam menakluki dunia semakin hampir. Benarlah sabda Rasulullah saw bahawa akan sampai satu masa tidak akan ada satu pintu yang tidak akan dimasuki Islam. Panjang umur kita semua akan menyaksikan seorang pemimpin Agung bergelar Imam Mahadi akan memerintah dunia sambil memegang panji-panji Islam.


Tadahkan tangan dan berdoalah untuk pemimpin Agung kita Khalifah Al-Mahdi dan para pejuangnya. Di segenap ceruk dunia kini, sedang bersiap-siap 40 wali kutub, 313 orang Al-Badri dan 360 orang An-Najd. Mereka akan diikuti oleh 100,000 pejuang kaum muslimin yang akan berjuang seperti singa di waktu siang dan berdiri malam beribadat kepada Allah. Mereka-mereka yang terpilih itu kini berada di mana-mana. Setiap mereka akan mendapat alamat dari Allah. Apabila seruan tiba ( sedikit masa lagi) mereka akan menyahut seruan datang berbai’at/ berjanji setia dengan Imam Mahadi dan bersedia mencagarkan nyawa untuk agama. Mereka akan berduyun-duyun tampil mempertaruhkan jiwa raga untuk berjuang di sisi Imam Mahadi menegakkan kalimah Allah di muka bumi.

Tetapi sebelum bendera Islam berkibar diseluruh pelosok alam, beberapa peristiwa yang besar akan berlaku terlebih dahulu dan merubah senario kehidupan di luar kebiasaan dan jangkaan. Tiada lagi teknologi maklumat, Teknologi bio dan teknologi nano. Bursa saham di seluruh dunia akan merudum dan berakhir.

Saya pernah diberitahu oleh seorang ulamak yang warak bahawa Imam Mahadi akan berdoa kepada Allah agar minyak dilenyapkan dari muka bumi. Katanya waktu itu manusia akan berkenderaan hidup bukan berkenderaan mati. Bayangkan dunia tanpa minyak. Peperangan di era Mahadi hanya akan berlaku di waktu siang dan bersenjatakan panah, pedang dan tombak.

Mustahil? Allah Maha Berkuasa untuk melakukan sesuatu. Mengapakah Kaum Yahudi menempah pedang-pedang titanium? Adakah mereka lebih mengetahui dari kita? Memang mereka lebih mengetahui, peka, yakin dan sedang bersedia bersungguh-sungguh untuk menghadapi saat-saat genting pemusnahan bani Yahudi secara total dari muka bumi. Yahudi memang suka melawan takdir.

Mengenai Imam Mahadi. Tanpa prejudis saya menulis. Janganlah saudara terkejut bahawa pemimpin Agung yang bakal memerintah dunia itu akan datang dari dunia sebelah sini. Beliau akan muncul dari kalangan Bani Jawi. Bukan Bani Arab dan bukan Bani Israel.

Bani Jawi? Mungkin sebahagian dari kita termangu-mangu dan tertanya-tanya mengenai bani jawi. Pernah dengar ungkapan “ masuk jawi” dan tulisan jawi?. Apa maksud Jawi tersebut. Bani Jawi asal usulnya dari keturunan Nabi Ibrahim a.s. Semasa keluar berdakwah meninggalkan Siti Hajar dan Ismail a.s yang masih kecil, Nabi Ibrahim sampai ke Kampuchea dan berkahwin di sana. Keturunan baginda berkembang biak di Nusantara dan bergelar Bani Jawi. Tidak hairanlah militeri Israel telah lama bertapak di Singapura sebagai penasihat. Apa yang mereka cari? Kaum Yahudi telah mengetahui siapa Rasulullah dan di mana baginda dilahirkan. Demikian juga, Yahudi telah mengetahui siapa dia Imam Mahadi, di mana dia dilahirkan. Mereka sedang kelam kabut mencari Imam Mahadi kerana mereka tahu inilah orang yang akan menjadi khalifah dan memimpin kaum muslimin menyembelih mereka nanti. Tetapi mampukah Yahudi mengalahkan perancangan Allah swt?

Sesungguhnya dari Bani Arab ada pemimpin agung, Rasulullah saw yang tercinta, dari Bani Israel muncul Musa a.s dan di akhir zaman muncul Mahadi a.s. Al-Muntazar dari kalangan Bani Jawi. Imam Mahadi a.s. adalah orang Jawi. Ada darah Rasulullah saw sebelah saidina Hassan r.a.dalam dirinya. Imam Mahadi telah wujud dan akan memimpin dunia ini dengan akhlak Allah yang mulia. Adil dan saksama. Di mana beliau berada? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Imam Mahadi bukan manusia luar biasa. Beliau adalah manusia biasa tetapi beliau adalah insan pilihan Allah. Sampai masanya beliau akan ditarbiyah oleh Allah hanya dalam satu malam sahaja. Bacalah kisah Jalut dan Talut yang tercatit dalam Al~Quran. Pemimpin bani ‘. Tiba-tiba sahaja dia dilantik menjadi pemimpin.Ini cerita dalam Al~Quran. Manakala Rasulullah saw pula hanyalah seorang anak yatim. Di saat dipilih sebagai Rasulullah, baginda pernah diperlekehkan oleh kaumnya. Ada yang tidak percaya. Ada yang menolak bulat-bulat. Imam Mahadi juga akan mengalami nasib yang sama. Ianya sunnatullah.

Imam Mahadi bukan seorang insan bersinar-sinar bercahaya turun dari langit. Bukan juga seorang yang mempunyai kekuatan ghaib dan sakti. Beliau memiliki nusrah Allah swt. Peperangan demi peperangan akan dilalui olehnya untuk mengembalikan sinar agama di bumi ini. Kemenangan demi kemenangan akan dicapai oleh Imam Mahadi bersama tenteranya dengan izin Allah.

Imam Mahadi tidak mencari harta dan kedudukan. Malah beliau akan membahagi-bahagikan harta sewenang-wenangnya. Yang beliau mahukan agar setiap manusia di muka bumi ini kembali memuji Allah dan mengagungkan hanya Allah. Beliau menyambung kerja Nubuwwah. Menyeru manusia kepada Allah. Beliau adalah Amirul mukminin dan Khalifah yang kita tunggu-tunggu.

Imam Mahadi akan dibantu oleh pejuang-pejuang yang cintakan hanya Allah dan Rasul saw. Mereka sanggup mati kerana agama yang suci seperti para sahabat. Niat mereka juga seperti Imam Mahadi. Pengikut Mahadi a.s bukanlah pecinta dunia. Mereka tidak mencari pangkat dan harta, Mereka membantu Imam Mahadi menyebarkan kalimah Allah di segenap pelosok bumi dengan diri dan harta mereka.

Lawatilah laman web zionis – “ Temple institute”. Di sana kita akan lihat betapa gigihnya kaum Yahudi mahu membina biara suci untuk menyambut kedatangan Al-Mosaikh mereka yang dinanti-nati sekian lama sebagaimana yang tercatat dalam kitab mereka.

Saya menyeru kepada diri saya dan kaum muslimin agar membuat persiapan. Jangan berlengah lagi. Masanya bukan dekat. Tetapi teramat dekat. Kita tidak perlu membina Mesjid khas seperti kaum Yahudi. Imarahkanlah mesjid ditempat masing-masing. Ajak-mengajaklah denga penuh hikmah dan kasih sayang sesama kita. Hidupkan rumah-rumah Allah dengan amalan-amalan. Tingkatkan amalan persendirian dan ajaklah kaum keluarga meningkatkan amalan sebelum ujian-ujian besar melanda gelombang demi gelombang.

Akhir sekali saya mengingatkan diri saya dan kaum muslimin agar jangan bertangguh-tangguh lagi mengamalkan tunjukajar Rasulullah saw sejak 1426 tahun yang lampau. Rasulullah saw mengajar doa tersebut kepada umatnya untuk mengelak dari fitnah Dajjal. Rasulullah saw mengajar doa tersebut kepada para sahabat begitu teliti seperti mengajar ayat Al~Quran pada 1426 tahun yang lampau. Masa yang masih jauh dari era Dajal. Tetapi para sahabat telah mengamalkannya. Sedangkan kita berada di ambang era fitnah Dajjal, Masihkah kita ambil sifat tidak endah? Mungkin ada yang tahu tetapi mengambil sikap sambil lewa dan menangguh-nangguh. Sedihnya sebahagian besar umat ini langsung tidak tahu doa ini. Apalagi mengamalkannya.

Fitnah Dajal adalah besar dan serius. Ini bukan masalah hidup atau mati. Tetapi mereka yang terpengaruh dengan sihir Dajal akan jadi kafir, Na’uzubillah. Sabda Rasulullah saw mahfumnya, sejak zaman Nabi Adam, tidak ada Nabi yang tidak mengingatkan umat mereka tentang fitnah Dajal. Sedarlah dan sedarkanlah seluruh kaum muslimin tentang peristiwa paling dahsyat yang bakal berlaku sedikit masa nanti. Salin dan sebarkan doa yang saya lampirkan ini.

Image hosted by Photobucket.com

Saya memohon ampun kepada Allah dan meminta maaf kepada kaum muslimin jika ada salah dan silap dalam penulisan ringkas ini. Saya hanya memberi peringatan.

Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya.

Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal.

Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang.

Abu Basyir Ad-Daiki Al~Jawi

Image hosted by Photobucket.com
posted by Mirip at 10:05 AM 0 comments

Wednesday, August 03, 2005

tazkirah

PUNCA BADAN MENJADI LETIH
fwd msg
+++++
Assalamualaikum wbt. Satu diantara perkara yang sering di tanya kepada saya oleh masyarakat dari masa kesemasa ialah mengapa badan mereka sering menjadi letih walaupun mereka merasakan tidur mereka mencukupi.Ini satu soalan yang menarik dan kita sebenarnya perlu memiliki maklumat yang betul agar kesihatan dan akhirnya cara hidup kita menjadi suatu yang paling baik untuk diri kita. Sebenarnya ramai di kalangan kita yang bangun awal setiap hari untuk pergi bekerja. Tetapi pada hujung minggu ataupun pada hari cuti kita tidur berlebihan daripada biasa. Segelintir daripada kita akan tidur hingga ke tengahari dengan alasan untuk memperolehi kerehatan sepenuhnya yang tidak di perolehi pada hari-hari bekerja.
Sebenarnya tindakkan ini adalah satu tindakkan yang salah.

Mengikut Timothy Rogers, Pengarah Pusat Kajian Masalah Tidur dari Hospital Henry Ford di Detroit, beliau berkata cara tidur sedemikian rupa mengganggu pusingan Biologi ataupun Biological Clock. Pusingan biologi dalam badan kita ini sebenarnya mempengaruhi kesihatan dan kerehatan kita. Lantas andaikata cara tidur kita seperti yang saya sebutkan tadi iaitu pada hari-hari bekerja kita bangun awal secara rutin tetapi di hujung minggu atau cuti umum kita tidak lagi mengikut jadual itu, kita bangun tidur lewat sebagai contohnya.
Maka cara tidur begitu merosakkan jam biologi yang terdapat dalam badan kita. Natijah atau hasilnya ialah badan kita menjadi letih walaupun tidur kita mencukupi.

Sebenarnya apa yang berlaku dalam diri kita. Yang berlaku ialah jika kita bangun tidur tidak mengikut rutin biasa, pengeluaran hormon yang bernama Cortisol terganggu. Hormon cortisol ini ialah hormon kecergasan. Bila kita bangun dari tidur kemudian bergerak dan kita aktifkan diri kita, kita sebenarnya di pengaruhi oleh hormon cortisol. Hormon ini di keluarkan oleh badan pada waktu-waktu tertentu sebagai contoh andaikata kita bangun tidur pada pukul 6 pagi, maka hormon ini akan dikeluarkan oleh badan lebih kurang pada pukul 3 pagi sebagai persiapan untuk kita bangun dan aktif.

Lantas badan kita akan terus mengeluarkan hormon kecergasan ini pada pukul
3 pagi andaikata di setiap pagi kita bangun tidur pada pukul 6 pagi.
Jika rutin ini kita hormati insyaallah kita akan cergas dan tidak akan letih.
Sebaliknya andaikata kita tidak bangun tidur pada pukul 6 pagi sedangkan hormon kita menjangkakan kita akan bangun tidur pukul 6 pagi dan ia telah keluarkan hormon pada pukul 3 pagi. Tiba-tiba kita tidak mengikut rutin itu. Pada suatu ketika kita bangun tidur pada pukul 10 pagi, akan berlaku gangguan pada badan kita. ketika itulah kita keletihan.
Sebenarnya latihan yang kita ambil daripada Ramadhan cukup indah dan cantik . kita bangun tidur pada waktu sahur. Ini sebenarnya latihan islam.Latihan yang sepatutnya kita sambung di luar musim Ramadhan. Selama lebih kurang sebulan kita bangun tidur di waktu sahur, katakanlah lebih kurang pukul 5 pagi. Waktu sahur ini satu waktu yang barakah. Waktu yang di penuhi rahmat.

Sebab dalam Al-Quran, lebih khusus dalam Surah Al-Imran. Allah swt memuji satu golongan manusia. Allah berkata bahawa golongan manusia seperti ini dikasihi aku kata Allah. Satu diantara ciri yang ada pada mereka ialah Wal mus taqfirin nabil azhar, Mereka bangun tidur diwaktu sahur.

Kalimat Al-Quran, Azhar ertinya waktu sahur. Mereka bangun tidur diwaktu sahur dan meminta ampun kepada Allah diwaktu itu. Lantas andaikata kita bangun tidur setiap hari pada waktu sahur lebih kurang pukul 5 atau 5.30 pagi dan ini berterusan setiap hari, tidak hanya di musim Ramadhan. Kita mengambil kesempatan bangun di waktu sahur untuk beristiqhfar kepada Allah, meminta ampun, berdoa, bermunajat dan mungkin juga kita bersolat tahajjud, bersolat hajat bermohon kepada Allah meminta segalah kebaikkan atau hasanah di dunia ataupun di akhirat. Masyaallah kita insan yang special disisi Allah dan di dunia sebab dengan cara demikian hormon cortisol kita akan di keluarkan oleh badan secara rutin tanpa terganggu dan natijah daripada itu jadilah kita insan yang cergas, sihat, tidak hanya sihat fizikal juga sihat spiritual.

Sayangnya latihan Ramadhan yang telah kita hayati sebelum ini kita rosakkan di musim Syawal. Ramai yang tidak lagi bangun tidur awal di waktu sahur bila kita masukki Syawal. Ada setengahnya subuh pun tidak sembahyang, tetapi di musim Ramadhan dia alhamdulillah melaksanakan solat subuh sebab dia bangun awal. Di sebelah malamnya dia bersolat Tarawih. Masuk Syawal memang tidak ada tarawih, namun kita wajib melaksanakan solat yang lima.
Solat yang lima itupun tidak dia lakukannya. Solat subuh pun dia tidak melakukannya. Ketika itu dia mendapat 2 kerugian. Kerugian pertama ialah ruhnya tidak lagi bercahaya. Kedua dia tidak lagi menjadi insan yang sihat sebab waktu tidurnya sudah berubah. Ketika itu pengeluaran hormon kecergasannya terganggu. Dia rugi spiritual dan jasadiah.
Justeru tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan, marilah kita hayati ajaran islam yang telah kita laksanakan sebelum ini. Jangan jadi golongan yang sekejap buat baik, sekejap buat jahat. Sekejap bangun awal di waktu sahur sekejap melupakan sahur. Sekejap melaksanakan solat secara berlebihan pada suatu ketika yang lain langsung tidak bersolat. Itulah formula kepada kerugian dan kehancuran. Semoga insyaallah kita menjadi insan yang berdisiplin dan kita juga insyaallah menjadi insan yang mengambil iktibar daripada ibadah yang di tuntut oleh agama islam kita yang suci lagi murni insyaallah.

Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT.

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

" Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga.Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua" "anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa " dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan."
Surah Al-Baqarah : 237
Untuk renungan dan amalan bersama .

Doa Ikan Nun
============
"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN
posted by Mirip at 3:18 PM 0 comments

warkah utk Ya

Ya, Umi kan sedih ni ari ni. Sedih sbb yg sama la mcm umi dok selalu sedih tu. Selagi umi kat sini mcm ni la umi. Sedih je manjang.. ehehhe ..sian kat umi kan.

Umi kekadang tak kisah umi kena buat keja org lain. Sbb umi tak suka jugak kalau umi tak de keja. Dok diam je. Tp kan bila jadi cenggini umi sedih la.. sbbnya kalau ada problem je ke, sesedap rasa je ckp kat umi mcm tu. Abis tu selama ni kalau tak de masalah, diam je dia..kalau 10 hari tak de masalah, 1 hari ada masalah, kecohnya bukan main lagi. Abis tu yg 10 hari tu tak nak plak diambik kira?

Kalo nak dipikir2, mmg umi sedih gila la ni. Tp sbb umi pk ala kat mana2 pun agaknya sama je.. org mmg suka mengarah dan menyalahkan org lain.

Semalam, umi dah pun laser sorang user umi yg suka sgt membebel. Sebelum ni suka sgt dia membebel. Orang lain tak de la plak membebel mcm dia nih. Dah setahun lebih umi deal ngan dia. Sampaikan dah mmg cam suara dia even dia tak kenalkan diri sendiri.
Sbb semalam dia suka2 hati dia je ckp lepas, umi pun dah geram sgt. Lepas tu je umi tunggu ada tak dia hantar dokumen yg dia mintak umi tambahkan dlm dbase tu kan. Tunggu punya tunggu, tak hantar2 jugak, umi pun tulis la ayat pedas skit kat dia…sbb dia suka hati je ckp kalau hantar kat umi, bila nak siap. Dah tu, tak hantar, mana nak siap kan?

Org mcm ni kan Ya, selagi tak bertemu buku ngan ruas, mmg sedap la dia.. ha semalam umi dah pesan cakap jgn main lepas je ye.. tgk la lain kali, dia membebel lagi ke tak? Bebelan dia tu kan sakit telinga umi ni Ya tau.. org lain pun ada problem gak tp tak de la membebel panjang mcm dia.. kalau makin lama umi letak tepon tu kat telinga umi mmg lama2 bleh jadi sakit telinga umi, panas jadi telinga umi ni. Jadi solution dia, umi pegang je gagang tepon tu tp letak jauh dr telinga.. hahahhaha bebellah dia sorang2…
Kalau umi ckp pun benda2 tu di luar kawalan umi pun, dia bukan nak berhenti membebel…

Tp tu lah umi ni tak suka sbrnnya ckp mcm tu ngan org. umi rasa bersalah. Semalam umi dok teringat2 plak kelaseran umi ni.. tp tulah umi pk, biarlah.. sbb dah setahun lebih umi bleh sabar ngan dia. Semalam mmg tak sabar dah le.. lantak dia la nak menyampah kat umi pun. Yg oenting umi nak sedarkan dia.. dan lagi satu kalau dia ada problem, org lain pun ada prob jugak…

Mcm ni lah Ya keja ngan org. Ya nanti, better jgn keja mcm umi ni la. (tp kalo tak keja ngan org, nak keja ngan robot?).. bukan mcm tu maksud umi. Nanti may b Ya boleh ceburi bidang lain. Tak payah lah ceburi bidang umi ngan abah ni lagi. Cukup2 la kami je ceburi bidang ni…

Oklah Ya, babai.. nanti umi sambung lagi bila umi rasa bengang sgt2 ye…
posted by Mirip at 12:31 PM 0 comments

Tuesday, August 02, 2005

Belajarlah untuk berkata "Cukup"

dr rakan
=====
Worth a reading...

Assalamualaikum warahmatullah...
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya. Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang2 yang beramal soleh...

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?
Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.
Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan?

Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari.

Ini benar2 terkesan dalam hati saya.
Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.
Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan...

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam...

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...
Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup.....
Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kebodohan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,
Wassalamualaikum warahmatullah

-Abu Naqibah- Komen & kritikan membina dialu-alukan. Email saya di

With best regards,
Zulkarnain
posted by Mirip at 5:32 PM 0 comments