Catatan Hidup Seorang Aku
Thursday, May 10, 2007
dunia oh dunia
macamana ye
kalau orang tu kerja dia banyak borak
banyak aktiviti luar selain kerja
tapi dia suka sangat mengomel
aku juga tak faham
biasanya orang-orang yang menonjol
adalah orang-orang yang ..
tanpa ....
banyaknya aku tak faham dalam dunia ni
aku hanya insan kerdil
tiada sesiapa mengerti
dan mungkin tiada siapa juga tahu kewujudanku...
selagi boleh sabar
banyakkanlah bersabar.
tapi tak mengapalah
aku akan meninggalkan sekejap tanah melayu ni
buat sementara waktu
untuk mencari ketenangan
dan kebahagiaanku sendiri
Lupakanlah semua juak-juak
dan orang-orang di sini
yang pelik lagi memelikkan
Apakah hanya disini yang begini
atau semua tempat pun begini?
kalaulah semua tempat pun begini
adakah aku tiada tempat di dunia ini pun sebenarnya?
Monday, May 07, 2007
pulang ke Rahmatullah
***Alfatihah untuk arwah.Kami satu group masa kat TMNET.Meja arwah depan meja aku semasa di Brickfields.Blog aku ni pun template asalnya Arwah kak su yang tolong pilihkan warna.Warna kuning pilihannya.
2 minggu lepas aku berhubung kembali dengannya,dengan takdirnya arwah jadi user aku dengan pertukarannya ke Johor. Masa Arwah Kak Su telefon aku, kami sempat sembang lama juga pasal anak, pasal arwah pregnant, pasal kerja semasa,Arwah baru nak belajar benda-benda baru sebab tukar unit.Aku masih terngiang-ngiang perbualan kami tempohari. Alih-alih arwah dah meninggalkan dunia yang sementara ni...
Hanya bacaan Quran yang dapat kukirimkan buat arwah Kak Su disana.Semoga ditempatkan di kalangan orang beriman.
**Sudi apa kiranya kawan-kawan diluar sana menyedekahkan AlFatihah untuk Arwah Kak Susanna Jafri Tay.
Thursday, May 03, 2007
cuti-cuti Malaysia
Tok dah tak sihat.Umur dah menjangkau 70 an..kalau dah duduk tok dah susah nak bangun. Sedih sangat aku tengok tok.
Tokwan dalam usia 83 tahun, masih sihat,pi kebun lagi..tapi dah slow naik motor,tok wan kata dia nak motor 20km/j je sekarang. Hari tu ada budak muda nak langgar tok wan dah masa pi Changloon.Kesian tok dengan tok wan.
Teh pulak makin lama, muka makin sama pulak dengan Ayah. Adik ayah la katakan.
Ngah macam tu jugak le, rambut dah putih. Tapi nampak kegembiraan di wajahnya bila dia bercerita. Maklum anak-anak dah lepas, dah kerja semua dah. tinggal Si bongsu Razif je..haii budak tu aku pun tak cam muka dia, dulu masa kecik, kami selalu
tinggalkan dia sbb dia kecik sangat. lepas tu bila dia besar sikit,dia dah ada geng lain. Dia tak join pula geng kami yang sebaya ni..pastuh tiap kali aku dan famili balik, tak pernah jumpa dia sebab dia menyorok, tak tau mana pi...heheh..dah 22 tahun dah umur dia..Rasa masih terbayang-bayang masa dia kecik dulu.
Cu laki ngan cu perempuan pun sama.Cu tukang gelak je kalau ada apa-apa. dan dialah yang selalu usik anak-anak buah.
Semua pak sedara ngan mak sedara aku tu semua ada 3 orang anak.Ayah je lebih 2.Semua perempuan.Yang lain ada sorang laki atau sorang perempuan.Sepupu belah ayah memang sikit je,tapi sebab 3 orang anak tok dapat anak tahun sama, jadi kami ada 3 sepupu
perempuan sebaya,Pastu muda setahun, muda dua tahun.Adik-adik geng ngan adik-adik je...heheh tu masa kecik..kalau tulis memang panjang lah.Paling ingat aku ngan sepupu buat majalah, nama ANGSAR, tulisla karangan la apa la, lukisan dalam tu, pi
jual kat kawan-kawan Yen.Sapa nak baca kena beli 50 sen. Yang kelakar tu ada gak orang nak beli. Kami apa lagi suka sangat la dapat duit sendiri. Adik aku dan geng dia pun nak buat jugak.Nama majalah dia ITIS. Sebab kami ambik dari Angsa diorang pulak ambik dari Itik. Tapi sebab geng dia budak-budak kecik, aku tak tau la ada orang beli ke tak majalah dia..hehhehe(5-6 helai kertas lukisan kami stapler kat tengah, tulis dan lukis macam-macam, tulah majalah kami).
Itu dulu, sekarang masing-masing dah kerja dah berkeluarga,tapi yang best tu kebetulan la plak pasangan masing-masing boleh ngan la plak.. itu yang tak rasa canggung..Sabtu petang 3.00 pm kami bertolak dari rumah.Sampai Rawang makan sebab semua tak makan dari pagi lagi.4.30 pm masuk highway.Berhenti kat Tapah untul solat Asar.Masa ni, abang nampak macam Bang Mat dari belakang. tapi dia takut salah orang,
dia cakap kat aku, bila aku dapat tahu, aku nak call Kak not, tapi alamak nombor kak not pulak tak de dalam handset, dulu ada ni mesti masa handphone hilang dulu ...ala sampai last kami decide bertolak ajelah dengan anggapan kalau betul mungkin Abang
mat sorang atau dia ada kursus kat KL. Sampai rumah tok puluk 10.30 malam. Bila cerita kat Cu, abang nampak macam Abang Mat, cu cakap betullah tu depa pi kenduri kawan dia kat KL.
Hari Ahad, dok rumah tok aje..dengar cerita Tok Wan. Macam-macam.
Tengahari Kak not, Abang Mat datang ngan anak-anak. Anak-anak depa pun sebaya gak ngan Kakak ngan adik. Sepupu dah sama baya,2 pupu pun sama baya gak..Depa nak pi Penang. ambik gambar bebudak Isnin teh hantar pi Kuala Perlis, naik bot ke Langkawi..duduk je kat Kuah tunggu yen.Takut nyusahkan dia, naik teksi ke Kedawang,teksi kat Langkawi biasa la, teksi pun guna Nissan Sentra.Yen balik kejap dari sekolah.Tunggu kat rumah dia je sementara dia habis mengajar dan bang Teh balik rumah. Malam bebudak kecik ni tidur pukul 1 lebih..kuat betul lah mata diorang nih... Esok tu kami pi Makam Mahsuri, Beras terbakar ( yang dah tak nampak kesan dah)..Geopark,Telaga Tujuh ,pi sekerat jalan , Bang Teh patah balik sebab ramai sangat orang, Cable Car pun tak jadi naik..tak pe lah next time,Banyak lagi
tempat tak sempat pergi... pastu h sempat beli barang sikit kat Idaman Suri..pukul 6 naik bot, 7.15 sampai Jeti Kuala Perlis,
Pak Teh dah siap tunggu kat sana dah..habis 2 hari kat Langkawi.
Rabu pagi dok rumah tok je, tengahari pi rumah Ngah.
Linda sebab dari kecik lagi dah lasak, sampai sekarang jadi Engineer construction plak tuh.. heh kagum betullah aku ngan dia sorang nih. tuan kecik aje, tapi lasak, naik motor besar rilex je.. Masa aku pi singgah rumah ngah masa dah nak balik KL, dia tengah cari rebung, aku ingat dah tak jumpa dia dah..selepas 6 tahun tak jumpa lepas dia mai kenduri aku dulu.Aku dok balik-balik jarang-jarang dulu, dia tak habis study lagi.nasib baiklah tengahari tu dia ngan kawan dia balik. Bawak rebung, pucuk paku, pucuk putat.mangga muda,...isk memang syok habis aa makan tengahari tu.. aku ngan dia apalagi buat kerabu mangga ngan pucuk paku.. pehh...lepas tu bila siap semua. alamak...banyaknye lauk.. apasal jadi banyak sangat. ..silap la aku tak ambik gambar..padahal kamera bawak...lupa la tuh sebab selera sangat makan..bila dah habis baru teringat rugi tak ambik gambar. Ngah perempuan masak gulai rebung,pucuk paku goreng,kerabu pucuk paku campur mangga,udang goreng, sambal ikan bilis, sayur sawi(yang ni tak ada orang ambik sebab semua bedal yang susah nak dapat, Ngah buat sebelum Linda balik),pucuk putat cicah sambal belacan ... sedapnya ngah masak... aku
berapa kali tambah ni..kalau kat rumah tak makan belacan sebab gatal, tapi kalu dah sedap macam ni mana boleh tinggal, cicah jugak la...
balik rumah tok, siap-siap mandi nak balik KL, ngah ngan Linda mai..dah nak balik semua Cu cakap Hadi ngan Nurul dah siap masak Laksa dah.. alamak tak sedap hati la plak tak singgah...Jom semua pi rumah Hadi....Cu laki bawak kereta..rupanya Ngah
pun pi sama kereta tu, ingat pi ngan Linda.. sampai kat Lampu Isyarat kat Bandar DarulAman tu, terlepas plak...kami ketinggalan... aku pi terus, kalau ada lampu isyarat tgk jugak kiri tapi tak d eplak nampak kereta Cu. terus punya terus dah
sampai Sekolah Abdul Halim,takkan terus lagi, terus patah balik. telefon Tok kat rumah sbb tak de nombor cu.heheh..Linda telefon kata nama tempat hadi ni Tanah Merah ( tapi tak ada plak nampak signboard Tanah Merah)..rupanya Bandar Darul Aman ni
kalau orang tempatan dia panggil Tanah Merah. Nampak ABN (aku dengar linda cakap JPB, patut la tak jumpa JPN, bila dah lalu jalan tu baru nampak ABN.. Ngah dah sakit perut sebab dia kata anak kat kereta sini. Kakak kan nak naik kereta sana ngan Toksu dan Mak su dia,..Singgah rumah Hadi makan lagi.. aduh la banyak betullah plak makanan rumah Hadi ni... n balik KL
6.30 pm dari rumah Hadi, sampai KL pukul 11.30 malam..
habis la dulu catatan perjalanan aku.
Nanti aku nak sambung sebelum lupa kisah-kisah tok wan pula..dan kenapa kampung tok aku dan generasi sebelumnya bahasa percakapannya Siam.. Sawadikappppppp !!!!!!