Catatan Hidup Seorang Aku

Friday, September 28, 2007

Daging Rusa

To those yang nak merasa daging rusa ternakan, do contact me,

price: RM22/kg.
posted by Mirip at 3:30 PM 0 comments

Wednesday, September 26, 2007

Kawan lama

Telefon berdering. Tidak sempat menjawab Hello, pemanggil sudah bersuara
"Assalamualaikum," suara kasar di hujung talian.
diam- mataku masih menala ke arah skrin.Problem baru dihantar oleh pengguna, belum pernah aku jumpa lagi kes ini.Kepala berputar mencari penyelesaian.
"Assalamualaikum," suara di sana memanggil lagi.
"err, Waalaikumussalam" aku menjawab. Ya Allah, apalah aku ni ya, orang bagi salam tu.

"Ni Hazrul, ingat lagi?Mohamad Hazrul"
"Hazrul?Hazrul..."
"Dol la..." suara di sana ketawa.
"Ohh Dol..." igatan melayang kepada teman sekursus suatu waktu dulu.
"Hah, sebut Dol baru ingat, sebut Hazrul tak ingat, " dia menyergah sambil ketawa
"Ya, ya, ingat, ingat...."
"Aku nak tanya kau ni?"
"Hah.. tanya la ,. pasal apa?"
"Kalau aku nak report kerosakan di hala ke bahagian aku boleh tak?"
"Ohh beres, tapi kau kena minta proper la, field mana kau nak."
"Field, itulah masalahnya aku pun tak masuk lagi sistem tu?"
"Kau dah ada ID ke belum?"
"Tak ada, kau nak bagi ke?"
"ID tu kalau kau request aku boleh create"
"Takpe, tak pe aku tengok yang kawan aku ni je dulu..."
"Lepas tu kau mentioned mana-mana field yang kau nak, nanti request kat aku, ...."
....perbualan seterusnya berkisar pada kerja. bla bla bla..
"eh kau kenal ke aku?"
"rasa cam kenal, nama tu aku ingat la, ko pakai spec kan?"
"aa'h pakai"
"ha betullah tu, kalu dulu ko kecik-kecik je, tak tahu la sekarang kot dah berisi ke, kalau aku ni memang dah berubag sangat la"
"emm camtu gak la.."
"Ofis kau kat mana ni?"
"Kelana Jaya"
"Lah KLJ, dulu?
"Bangsar"
"Ehh nape dari Bangsar ke KLJ?Kena halau ye?"
"Emmm entahlah biasalah orang kecil ikut aje..."
"Iyalah, ikut aje lah...Kalau macam tu, bolehlah kalau aku ke sana, ajak kau minum-minum"
"Dah kahwin?"
"Dah.."
"Tak tahu pun..."
"La kan dah lama berzaman dah..."
"Dah berapa orang ?"
"Lima" selamba aku menjawab. Tawa perlu di tahan.
"Hah , lima? mak ooii express nya? tiap-tiap tahun ke?"
heheheh bla bla bla
"tak de la, dua je"
"tu la, kalau lima terkejut aku. Tak terkejar aku, aku baru seorang.Tak tahulah sempat kejar ke tak"
"heheh sepasang"
"laki perempuan"
"perempuan lelaki"
"Oklah tu sepasang"

Tengahari ini aku senyum sampai ke telinga. 6 tahun berlalu. Hari ini berjumpa. Ops bukan , bertanya khabar melalui suara. Hazrul rakan sekelas, sama-sama berkursus, training selama sebulan sebelum memulakan tugasan. Sebelum masing-masing lost contact selepas sudah ada tanggungjawab masing-masing. Dia antara beberapa orang yang bekerja dahulu , baru dihantar ke kursus tu, manakala selebihnya kami ramai yang baru grad- fresh lagi, belum tahu apa itu dunia kerjaya. Sebagai orang yang lebih senior dalam kumpulan kami, semua orang kenal siapa Hazrul. Dengan sofatnya yang kelakar, siapa saja mudah mendengar celotehnya. Paling tak dilupa, dia kuat makan durian... Habis durian pak cik staff di bedal dia je masa pak cik tu bawa durian dari kebun dia.. Bukan sekali dua.. Banyak kali.Aku pun kaki durian jugak.Dia yang tolong bukakan durian-durian. Dari situ aku jadi kenal dia.

Itulah kenangan.Cepat masa berlalu meninggalkan kita semua.

-------
nama watak adalah rekaan
posted by Mirip at 4:08 PM 0 comments

Punishment for raping 4 months old GIRL.

These pictures are extreme, but i feel i have to put it here.
Murdered by prison gang in Brazil for raping 4 months old girl.
D bunuh dlm lokap kerana merogol 4months old baby!!!







4 months girl? He should get this punishment. No doubt.








posted by Mirip at 3:59 PM 3 comments

Monday, September 24, 2007

Doa elak dari dirogol(buat anak juga)

Semoga usahaku yang sedikit ini banyak manfaatnya bagi semua orang.
AMALKANLAH!

1. Doa Mengelakkan Diri Dari Dirogol :


Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.

2. Doa Mengelakkan Anak Dari Dirogol :


Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.

Nota :

posted by Mirip at 1:18 PM 0 comments

Friday, September 21, 2007

Hudud

tertarik dengan komen dalam blog nurin
++
Anonymous said...
Hello,
My prayers are with Nurin. She is in a better place now.

for your info, we malaysians will not let her die in vain.
and I am a non muslim, who wants Hudud law to be applied on the murderer.

++
kalau non muslim pun nakkan hudud, kenapa ada lagi yang muslim tak nak?
posted by Mirip at 11:39 AM 0 comments

Alfatihah to Nurin



AlFatihah to her.

Catatan ini ditulis dengan perasaan yang sedih amat.I have kids. my youngest sis, also 8 years old.

sakit hati-geram-sedih-

Bayangkan penyeksaan yang diterima sehinggakan gigi pun jadi renggang(pakar perubatan inform kalau dalam keadaan yang teramat sakit, akan ada perubahan gigi, rahang-Buletin utama TV3). yup aku percaya sbb penderitaan yang dialami arwah tak dapat dibayangkan.Hanya Allah sahaja yang tahu.

Dari wajah yang cantik mulus, berubah paras. Mungkin rambut yang asalnya panjang pun boleh bertukar jadi kerinting, kerana terlalu sakit, tekanan, hinggakan rambut pun jadi bergelung-gelung. Wallahulam.

Aku doakan penjenayah itu cepat-cepat diberkas.Apapun. itulah sebab adanya akhirat.Kalaupun dalam dunia ni penjenayah kejam tu terlepas, kat akhirat pasti.Tak de nya nak lari-lari lagi.

Kalau diikutkan hati ni, rasanya nak aje sebelum hukum,ikat kat pokok,letak kerengga, kerat tangan penjenayah berhati binatang tu dengan kapak dulu.Tangan tu yang buat benda-benda jahat tu.biar dia meraung.lepas tangan kanan, tangan kiri, lepas tu telinga kanan sebab pekak tak kesian pada raungan budak, lepas tu telinga kiri.lepas tu kaki kiri, sebab sepak terajang arwah ke, lepas tu kaki kanan pulak sebab culik. Dah jadi orang timun, pancung kepala....biar padan muka... biar dia pula jadi orang timun sebab dia zalim guna timun.

Tapi jauh disudut hati, aku masih mengharapkan keputusan DNA tu ada kesilapan.Tersilap di mana-mana.Dengan harapan Nurin masih selamat di luar sana.Mungkin inilah sebenarnya perasaan ibu dan bapa Nurin.

Walau siapapun mayat kanak-kanak itu (kalaulah bukan Nurin),marilah sama-sama kita berdoa agar penjenayah itu cepat diberkas.Makin lama, takut ada lagi mangsa lain.Berkat bulan Ramadhan ini, moga-moga doa kita dimakbulkan Allah.

ini catatan emosional seorang ibu.

Blog Nurin

posted by Mirip at 10:35 AM 0 comments

Thursday, September 20, 2007

Salam Ramadhan


i found this url.
DOA_DOA harian.
Semoga ada manfaatnya.


Kenangan. Alangkah indahnya kalau dapat menjejak lagi.
posted by Mirip at 1:57 PM 0 comments

Wednesday, September 05, 2007

apa-apa je lah

Aku sudah tidak tertolong lagi..huhuhuu...
posted by Mirip at 4:51 PM 0 comments

Tuesday, September 04, 2007

cute biscuits

Biskut berbentuk bayi daripada serbuk almond !
Alamak! Betapa miripnya!
Adakah awak sanggup menggigitnya?

- i will not dare to eating these cute biscuits. Eating these, like i'm eating my little Hudzayfah myself.. huhuhu...












posted by Mirip at 5:26 PM 0 comments