Catatan Hidup Seorang Aku
Wednesday, November 05, 2008
11(Part 1)
Lain padang lain belalang. Lain orang lain pandangannya.Ops betul tak perumpamaan ini.Entahlah, Mak Jah pun bukan arif benar hal-hal peribahasa ni. Dia tak pandai sangat, tapi rasa-rasanya itulah perumpamaan yang tepat pada situasi sekarang ini.
Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Walaupun pada zaman moden ini rambut bukan lagi hanya berwarna hitam, malahan pink, blonde, hijau, kuning kakaktua pun ada.Samalah perasaan pun. Ada orang memandang sesuatu tidak membuatkannya sedih pun, tapi ada pula orang lain yang memandang itu dengan perasaan sedih. Tapi itu tidak pula bermakna dia orang yang terlalu sensitif kerana barangkali apa yang disedihkan orang tidak pula berjaya membuat dirinya sedih.
Contoh jelas adalah mudah.Ada orang menangis teresak-esak kerana terpaksa keluar dari pertandingan yang diceburi. Bukan sahaja peserta tersingkir yang menangis tak cukup air mata, tapi peserta lain yang masih tinggal juga. Sedangkan mungkin sahaja di dalam hati akan terbit kata-kata "aahhh mujur bukan aku yang terkeluar." Lalu sebenarnya air mata itu untuk siapa sebenarnya? Atau mungkin juga kerana perpisahan yang seketika itu mungkin sahaja akan menjadi perpisahan selama-lamanya. Tidak akan berjumpa kembali?
Dan air mata pun berjangkitan pula kepada orang lain. Dengan penonton-penontonnya baik yang ada di dalam dewan atau pula yang khusyuk mahsyuk di depan kaca tv. Tangisan pilu sungguh-sungguh hati. Kasihan air mata itu, keluar juga engkau ya dari pelupuk mata. Berjurai-juraianlah air mata keluar. Kesedihan pun tidak tertanggung lagi. Penyesalan merantai hati dan seribu persoalan yang terbit kenapa dan mengapa harus orang ini yang tersingkir.
Sedangkan di sudut lain, ada pula orang lain yang ketawa berdekah-dekah sampai keluar air mata. Air matanya juga keluar, tapi bukan pula air mata kesedihan atau kekecewaan. Tapi air mata kelucuan. Mereka pula lucu melihat adegan air mata di kaca television.
Kedua-duanya ada air mata yang keluar. Tapi ternyata air mata yang keluar itu adalah akibat dari tindakan refleks pada perasaan yang berbeza walaupun situasinya sama.
Air mata. Satu benda ajaib yang hadirnya secara tiba-tiba. Bukan boleh dirancang-rancang. Namun seringkali air mata itu adalah kembar kepada perasaan.Tidak ada air mata tanpa perasaan. Ada air mata kesedihan dan ada pula air mata kegembiraan. Kerana itu, kalau seorang pelakon itu hanya menangis hanya kerana meletakkan eye mo di hujung matanya, dan tiada jiwa di situ, penonton akan cepat mengesan yang dia hanya pura-pura menangis. Tangisannya itu palsu sama sekali. Berbeza kalau seseorang pelakon berbakat itu menangis sesungguh hati, dengan matanya yang merah, dengan hidungnya yang merah, (jangan pula sampai air hidung itu sampai meleleh), hatinya terkenangkan peristiwa duka dalam hidupnya, ternyata lakonannya terasa hebat dan hidup sekali bukan? Dari segi matematiknya AIR MATA + PERASAAN = PANDANGANNYA.
Perasaan itu tentu sahaja tidak sama antara satu sama lain. Kalau mereka sedih, tidak kira atas sebab apa sekalipun, belum tentu orang lain yang memandang itu turut merasa sedih. Kalau semua orang bersifat sama, tentu sahaja peperangan apapun tidak akan terjadi. Perang dunia pertama tidak meletus, perang dunia kedua tidak terjadi, perang dingin kuwait-iraq tidak berlaku, perang Vietnam, perang di Afghanistan, perang Teluk di Iraq atau mana-mana perang sekalipun tidak akan pernah berlaku. Kerana perang itu terjadi kerana perselisihan pendapat, dan adanya perselisihan itu kerana adanya jurang pemikiran dan perasaan.
Tentu sahaja dunia ini akan jadi indah kalau semua makhluk bernama manusia ini berfikiran sama. Inginkan ketenangan,inginkan kebebasan, inginkan perdamaian,inginkan semua yang baik-baik. Malangnya selagimana namanya manusia, fikiran sama sekali tidak akan semuanya sama. Atau kalau terjadi juga persamaan itu, mungkin juga dunia pula akan hilang seri dan keindahannya?
Mak Jah sudah jauh menerawang. Dan akal fikirnya sendiri sudah jauh menjelajah mengembara keluar dari rumah papan separuh batu itu. Lamunan jauhnya itu akhirnya terhenti bila pandangan matanya kembali jatuh pada sekujur badan yang berselimut biru hitam di depannya. Jadi benarlah kini yang perasaan,anggapan, atau tindakan itu sama sekali berbeza dari seseorang dari yang lain walaupun keadaan yang berlaku itu tetap satu benda yang sama.
"Chik.."
Mak Jah menyedut nafas dalam-dalam. Hendak diluah mati emak, hendak menelan mati ayah. Tekaknya terasa berat sekali untuk menutur, tapi dia gagahkan juga.
Keadaan akan memang tetap begitu. Namun apakah dia harus membiarkan keadaan tetap juga sama tidak berganjak? Walau jarum jam ,hari dan bulan terus merangkak?

posted by Mirip at 10:39 AM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home