Catatan Hidup Seorang Aku
Monday, November 03, 2008
8i(part 1)
Kayuhan basikal dilajukan sekuat mungkin. Deru angin melibas-libas pipi, kuat dan tidak lagi menunjukkan kemesraan belaian sepoi-sepoi bahasa. Perasaan ketika itu laksana M.Kumaresan ketika dalam perlumbaan dalam kategori perlumbaan jalanraya.Tudung kecil di kepala dianggap topi kecil bujur kaledar berlubang-lubang.
Burung-burung sudah pun pulang ke sarang masing-masing,merehatkan diri selepas lelah mencari rezeki sehari suntuk buat anak-anak. Ayam itik pun sudah bersantaian di istana masing-masing. Langit biru sudah bertukar menjadi jingga, biasan sang suria yang sudah masuk ke tempat pembaringan. Cuaca yang tadi cerah perlahan-lahan bertukar wajah menjadi suram.
Dalam transisi pertukaran antara siang dan malam, dalam kehilangan sang mentari mahu diganti dengan sang purnama, dua lembaga itu masih kalut-kalut menolak pedal basikal masing-masing. Selaju mungkin.Lagi sepuluh minit azan maghrib akan berkumandang memecah suasana mengajak manusia seluruh alam menyembah Tuhan yang Satu. Di mana syaitan-syaitan bergembira kerana waktu kerjanya sudah bermula dan tentu lebih giat lagi bertebaran.
"Tulah, Abang Sham ni, mandi lama sangat!" Anak kecil itu sudah mula membebel kepada temannya yang kayuhannya lebih laju dan kini berada di depannya.
"Nak salahkan orang la tu ya, tadi siapa yang nak cari ikan la apa la," laung Shamsul sambil menoleh ke belakang.
"Mesti mak marah ni," Hany sudah kecut perut. Dia sudah banyak melanggar peraturan di rumahnya.Hari ini dia telah melanggar peraturan sekaligus. Pertama: keluar dari kawasan rumahnya, kedua:keluar tanpa keizinan ibunya, ketiga: perjelajahannya kali ini terlalu jauh, berkilo-kilometer , (mujur saja bukan kilometrico) dari rumahnya, keempat: bermain air dan mandi manda sendirian tanpa pengawasan orang tua!
Jantungnya sudah kecut berut. Ditambah dengan jari jemarinya yang sudah pun kecut kerana kesejukan bermain air. Ditambah pula dengan kayuhan laju, menjadikan seluruh badannya kesejukan seperti berada dalam bilik berhawa dingin dengan suhu yang membeku. Sebeku otaknya yang tidak tahu penjelasan apa yang harus diberitahu pada ibunya melainkan fakta yang benar.
"Cepatlah kayuh tu, masa-masa macam ni pun sempat lagi nak membebel.Laju lagi.."jerit lagi Abang Sham yang sudah jauh meninggalkan dia.
*****
Dari jauh Shamsul dan Hany sudah melihat kelibat Mak Jah yang mundar mandir di belakang rumah itu. Dari balik pohon pucuk daun kayu,di belakang bilik kecil untuk mesyuarat belia-belia pemuda 4B, terjongol dua wajah mengintai.Hanya wajah yang kelihatan, dan tidak badannya yang dikecilkan sebaik mungkin.
"Hany, mesti Mami marah tu." Shamsul memandang Hany.Dia memanggil Mak Jah dengan panggilan Mami. Sejak kecil lagi.Dia tidak tahu kenapa. Tapi semua orang pun memanggil Mak Jah itu dengan panggilan itu walaupun Mak Jah itu tidak langsung berdarah anak mami.
"Tulah, macamana ni Abang Sham. Teruk Hany kena nanti."
Dua wajah itu masih di situ. Mengharapkan Mak Jah berhenti mundar mandir di luar pintu. Mengharapkan Mak Jah akan masuk dan mereka akan menerobos masuk ke dalam. Terus mandi dan buat-buat biasa, seperti tidak melakukan kesalahan.Tapi masa tetap berjalan.Azan lagi dua minit akan berkumandang. Tapi Mak Jah masih juga tidak masuk-masuk.
"Takkan nak tunggu kat sini je Abang Sham? Makin lambat nanti. Makin kena marah..." itulah kalau sudah melakukan kesilapan, tidak dapat tidak, hati pasti merasa ketakutan. Itu belum lagi berhadapan di padang Mahsyar. Tidak dapat dibayangkan ketakutan yang akan dihadapi ketika seluruh dosa pahala ditimbang seadil-adilnya.
"Jomlah.. nyamuk dah kat sini. Kita pergi ajelah," Shamsul menyuarakan.
"Takutlah..."
"Takut pun takutlah. Dah tu nyamuk makin banyak ni.Tak tahan dah ni," Shamsul menegaskan suaranya.
"Hany.. Hany..." tergagap-gagap ingin meneruskan kata-kata."Waktu maghrib tak sampai kat rumah lagi..." dia sambung membebel, atau merungut atau menyesali tindakannya sendiri, tidaklah dapat dipastikan.
"Tak apa. Hany kat belakang.Biar Abang Sham kat depan," ya begitulah lagaknya seorang lelaki. Menjadi pelindung kepada seorang perempuan. Dan begitulah juga lagaknya Shamsul pada Hany.Dia sudah dan sedang menjadi BIG BROTHER kepada Hany yang sedang ketakutan melanggar peraturan.
Basikal dinaiki perlahan-lahan. Hany di belakang memandang tanah. Tidak berani dia memandang ke hadapan. Shamsul di hadapannya juga mengayuh perlahan.Hati mereka berdebar kencang.
Basikal disandar pada dinding rumah, melintasi tempat duduk Mak Jah yangberada di pangkin kayu. Hany menjeling dengan ekor matanya.Ehhh, tak ada suara pun.Baik aku buat biasa aje.Cepat masuk, mandi, sembahyang maghrib, mengaji Quran.
"Haiii, baru balik? Kenapa tak tunggu esok pagi je baru balik?"
Hah? Mahu luruh jantung Hany mendengarnya. Walaupun nada suara Mak Jah tidak tinggi tapi Hany cukup tahu ibunya sedang menahan kemarahan. Dia tercegat tanpa suara di situ. Tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Rancangannya untuk masuk dan mandi jadi hilang lupus begitu sahaja.
Berlainan dengan Shamsul. Dia masih kelihatan tenang menyusun basikal.Mohon lalu di depan Mak Jah dan berdiri bersebelahan dengan Hany.
"Hany pergi mana ni? Bawa Abang Sham? Pukul berapa dah ni?" Bertalu Mak Jah bertanya.
Bukan Hany yang bawa, Abang Sham tu yang bawa,mahu je dia menjawab begitu, tapi tekaknya seperti berpasir, nanti ibunya menyangka dia sengaja buat-buat cerita.
"Terlewat mak, tak sangka dah nak maghrib. Tak pakai jam tadi." Masakan dia tahu pukul berapa kerana jam tangannya, dia tinggalkan dalam beg sandangnya takut basah dan rosak ketika dia bermain air tadi.
Diam.
"Sham pergi mana?" Mak Jah bertukar nada, menyoal Shamsul pula apabila tidak puas hati dengan penjelasan Hany.
"Tak tahu nama tempat tu. Tapi kat sana," tangannya menunjuk ke arah sana.
"Kat sana mana?"Mak Jah menyoalsiasat.
"Jalan arah ke maktab.." jawapan yang benar, walaupun tidak tepat lokasi bendang sawah itu berada.
Mak Jah memandang Hany "jauhnya... "
Mata Hany terkebil-kebil. Memang salahnya pun.Tapi dia pun teringin nak ke sana, sebelum ni memang dia tak berani sebab tak ada orang yang lebih besar darinya, tapi hari ini ada Abang Sham, yang tua darinya. Huhuhu, hanya hatinya sahaja yang berkata-kata, kerana mulutnya telah terkunci rapat.
"Mami, bukan Hany yang ajak. Sham yang ajak dia pergi sana. Tadi ingat nak patah balik, tapi sebab ada air.." Opss Shamsul terlepas cakap lagi. Hany tepuk dahi, parah ni. Matanya mencerlung pada Shamsul tanda tidak puas hati Shamsul terbabas cakap.
"Hany," Mak Jah meminta penjelasan.
"Hany.. Hany..." tergagap-gagap dia.
"Mami, kami minta maaf, lain kali Sham tak ajak Hany ke sana lagi.Jangan marah dia. Sham yang salah," Shamsul ambil tangan Mak Jah, bersalam dan cium tangan Mak Jah. Perlahan Mak Jah menggosok rambut Shamsul.
Selesai Shamsul bersalaman dengan Mak Jah, dia kerlingkan mata pada Hany. Isyarat supaya Hany pun sama mengikut jejak langkahnya. Ya, seorang abang harus menunjukkan teladan yang baik kepada adiknya.
"Allahuakbar, Allahuakbar."
Azan Maghrib berkumandang memecah kesunyian.
"Dah masuk, mandi, sembahyang," Mak Jah mengarah dengan kepala digeleng-gelengkan.

posted by Mirip at 4:35 PM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home