Catatan Hidup Seorang Aku
Tuesday, November 04, 2008
10
Memang Shamsul itu bukan anak kandungnya, dan memang dia tidak ada kena mengena dengan Shamsul. Tapi itu bukan bermakna dia tidak harus berbuat apa-apa. Bukan namanya kehidupan kalau hidup itu semata-mata untuk melihat tanpa mengambil apa jua tindakan. Mak Jah menghela nafas berat. Dipandangnya wajah tua Pak Sen. Pak Sen juga sepertinya tidak ada ayat untuk diperkatakan. Ayat apa pun akan tersekat kalau berada dalam situasi sebegini.
"Chik, kenapa jadi macam ni?" perlahan Mak Jah bertanya pada Chik. Simpatinya luruh satu persatu mengenangkan nasib malang temannya ini. Sungguh satu persatu musibah dia alami.
Chik diam tidak terkata. Raut wajahnya tidak dapat ditafsir apa-apa. Kosong. Tidak ada jiwa di wajah itu. Mungkin saja jasad yang hidup itu sudah lama kematian jiwanya.
Mak Jah memandang rumah tua itu. Bentuknya, persekitarannya tidak banyak yang berubah. Masih sama.Seolah-olah rumah tua itu tidak terikut-ikut dengan perubahan zaman yang telah berlaku di luar sana. Atau juga jam dan detik waktu tidak berganjak dari rumah itu? Sehinggakan semuanya masih sama, tidak ada sebarang perubahan walaupun sekelumit?
Yang berubah hanyalah orang-orangnya. Jiran-jiran di situ semuanya tidak dikenali Mak Jah. Deretan rumah kayu sebuah-sebuah itu sudah bertukar penghuninya. Di tepi rumah tua itu, Zaza, suami dan anak-anaknya menetap, menggantikan jiran lamanya yang sudah silih saling berganti. Di depan sana, rumah anak perempuan Chik yang seorang lagi, juga sudah pun berumahtangga dan mempunyai hidup sendiri.
Di depan rumah Chik itu, sudah lama bertukar penghuni. Kalau dahulu, sepasang suami isteri yang pangkatnya emak kepada Chik dan Mak Jah, kini Chik dan Mak Jah pula yang berpangkat emak kepada anak-anak muda yang dahulunya masih lagi anak kecil. How time flies. Tanpa disedari, generasi lama sudahpun kembali kepada yang Hak, dan yang ada kini di bumi adalah generasi-generasi baru yang akan mengambil alih tanggungjawab generasi terdahulu.
Mak Jah memandang rumah di depan kediaman Chik. Rumah itu sendiri menyimpan seribu kisah. Sudah beberapa kali Mak Jah hadir pada majlis kematian di rumah itu. Dengan generasi lama yang sudah tidak ada,juga kematian penghuninya di awal usia, penghuni sekarang rumah itu sudah langsung tidak dikenali oleh Mak Jah, padahal dahulu, ketika di zaman kanak-kanaknya,bukan tidak pernah dia masuk dan makan minum di rumah itu.
Mak Jah pun sudah tidak berapa mengenali anak-anak Chik yang berderet-deret dahulu. Anak-anak kecil yang ketika dia tinggalkan tempat ini satu waktu dahulu memang kini kesemuanya sudah besar-besar panjang. Bukan setakat besar panjang, malahan sudah beranak pinak. Dan anak-anak kepada anak-anak kecil itu dahululah yang keluar masuk ke dalam rumah Chik ini, waktu ini.
"Itu tiga orang anak El,dua orang tu dengan mak dulu, yang si adik ni dengan mak sekarang, dua orang lagi tu anak Zaza,....." Chik memperkenalkan kanak-kanak yang berlonggok di depan kaca tv itu satu demi satu. Senarai nama berterusan, Mak Jah hanya melihat walaupun dia sendiri sudah tidak dapat mengenalpasti mana satukah wajah anak-anak yang disebut oleh Chik tadi.Matanya memang ke situ tapi akal fikirnya ke tempat lain.
Akal fikir Mak Jah masih tidak dapat mencerna keadaan suasana di rumah ini. Yang tersimpan di hatinya adalah kesedihan.

posted by Mirip at 10:03 AM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home