Catatan Hidup Seorang Aku
Wednesday, November 05, 2008
13 (Part 1)
Mak Jah memandang sayu pada Shamsul. Sham, korban apakah ini? Apakah kau kini sedang menjadi korban pada kesilapan orang lain puluhan tahun dahulu? Air mata Mak Jah bergenang mengingatkan Shamsul yang dulunya anak yang baik kini terpaksa menempuh hidup sebegini. Sebenarnya langsung dia tidak menyangka ini semua bakal terjadi. Kalau kisah Ismail dahulu adalah korban, ianya adalah korban pada niat yang baik. Pengorbanan Ismail dan ayahnya Ibrahim itu adalah satu pengorbanan tanda keikhlasan hati mereka kepada perintah Allah. Namun di depan matanya ini adalah Shamsul yang menjadi korban pada situasi dan keadaan yang tidak menggembirakan. Korban pada episod luka kisah masyarakat marhaen.
"Sham nak pergi hospital?" Mak Jah bertanya seolah ingin mendapatkan keizinan dari empunya diri.
Shamsul angguk. Memberikan tanda persetujuan. Tidak terkeluar apa-apa suara dari mulutnya.
Sedang Mak Jah berbincang bincang dengan Chik, ada suara halus memanggilnya. "Ma...ma...mi."
Mak Jah mampir mendekat pada Shamsul ingin mendengar butir bicara anak malang itu.
"Bila nak... pergi?Sham .. Sham tak tahan dah ni," tersekat-sekat Shamsul mengeluarkan patah-patah kata. Tentu sahaja habis segala daya kekuatannya dia kerahkan semata-mata untuk mengeluarkan kata-kata itu.
"Aa'h sekarang kita pergi," Mak Jah pantas menjawab.
"Chik tak ada kenderaan, sebab tu Chik tak tahu nak buat macamana," terkeluar juga perkataan dari mulut Chik.
Mak Jah geleng-gelengkan kepalanya. Hairan dia. Zaza di rumah depan itu kelihatan seperti ada kereta, Lina di rumah sana pun ada kereta. Rupanya inikah 'alasan' yang menjadi penghalang? Namun dia tangguhkan dahulu segala persoalan dalam benak kepalanya. Tidak ada guna andainya dia juga menyoal itu dan ini kepada Chik.
"Kita pergi dengan kereta Jah. Kecil pun kecillah." Tegas bercampur geram nada suara Mak Jah. Tegas kerana dia tidak mahu benda-benda ini diambil mudah lagi oleh penghuni di sini. Geram kerana 'benda' sekecil itu dijadikan alasan. Alasan yang tidak masuk akal bagi Mak Jah. Memang benar Chik itu tiada kenderaan, bahkan dia sendiri tentu sahaja tidak pandai memandu kenderaan, tapi bukankah kereta anak-anaknya juga menjadi keretanya? Atau apakah anak-anaknya sendiri tidak membenarkan ibu dan abangnya itu menaiki kereta mereka? Atau apa sebenarnya yang terjadi? Yang nyata mereka memang tidak kisahkan pada apa pun yang berlaku di rumah itu. Kalau tidak, masakan boleh dibiarkan Shamsul itu seperti mayat hidup di situ?
Chik mengarahkan anak-anak lelakinya yang lain , kedua-duanya adik kepada Shamsul mengangkat dan mengusung Shamsul ke kereta kecil Mak Jah.
Shamsul diletakkan di belakang kereta kecil itu. Tangannya ditongkat kepada penyandar kepala tempat duduk depan bersebelahan pemandu.Terlalu lemah keadaan badannya, sehinggakan kalaulah ada orang yang menjentik badannya saat itu, tentu sahaja dia akan jatuh tergolek. Badannya yang hanya dibaluti kulit nipis, tanpa wajah asal,memang akan menakutkan sesiapa yang melihat.
Chik membalut badan Shamsul dengan selimut tebal. Shamsul kesejukan. Terketar-ketar dia terkena angin di luar. Pak Sen memecut kenderaan laju ditemani Mak Jah, dan Chik membawa Shamsul, seorang korban kehidupan ke tempat yang sepatutnya.
-THE END-

posted by Mirip at 2:28 PM
0 Comments:
Post a Comment
<< Home