Catatan Hidup Seorang Aku
Monday, August 10, 2009
RV 2
Aku merasasakan dunia ini sangat tidak adil. Tapi apalah dayaku, insan kerdil ini untuk melakukan apa apa. Aku sendiri tidak dapat membantu, apakah pula ertinya aku ini ada dan melihat semua ini.
Kemiskinan yang tidak terbayangkan, kejahatan yang bermaharajalela, dan seribu satu peristiwa yang kulihat ini benar-benar mematikan jiwaku sendiri. Aku bagaikan mahu menghembuskan nafas terakhir sahaja kerana tidak lagi mampu menampung bebanan yang tertanggung pada perasaanku sendiri.
Perasaanku memberat dan kesedihan juga menguasai diriku. Airmata memang tidak kelihatan, hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja ia mengalir. Di ketika tiada orang lain yang ada, dan ketika aku bersendirian, temanku hanya airmata. Di dalam keriuhan, tidak ada sesiapa yang dapat membacanya. Aku tahu itu kerana aku pernah mendengar seseorang yang aku sayang mengungkapkan kata-kata itu tanpa menyedari aku mendengarnya.
"Tentu ada sesuatu yang membuatkan matanya bergenang. Mak tak pernah nampak dia menangis sebelum ini," kata-kata yang membuatkan aku tersenyum sendiri.
Mak, bukannya aku tidak mahu menangis, tapi tangisan itu tersimpan. Tidak akan keluar kalau ada insan lain yang ada di sekelilingku. Aku malu kalau kelihatan menangis. Kerana kalau manusia lain tahu, tentulah aku tidak dapat menyorokkan kembali mukaku ini kerana kuatnya aku ini menangis pada sesuatu yang orang lain tidak akan faham.
Pokok, kalau kau tahu titisan hujan yang menyiram daun dan batangmu selama ini adalah titisan air mataku, tentu kau tidak mahu hidup kerana masinnya air mataku.
Mujurlah kau tidak pernah tahu. Itu adalah lebih baik buatmu. Supaya kau tetap tumbuh segar, mewangikan alam, mengindahkan pandangan mata manusia lain yang melihat.
Langit, kalau kau tahu kaulah sahabat setiaku, tentu kau akan melompat gaya sorak pasukan remaja sekolah Wannabe. Mujurlah kau tidak tahu, kalau tidak, habis sahaja dunia ini dengan gegaran dan getaran yang engkau hantarkan melalui angin tiupan Katrinamu. Tapi kalau engkau tahu, mungkin juga lebih baik bagiku, supaya aku juga dapat terbang bersama angin dan tiupan itu lalu hilang entah kemana?
Mungkinkah menjadi kapas dan berterbangan di udara itu adalah lebih baik bagiku?Alangkah indahnya kalau benar begitu?Sungguh perumpamaan kapas dan diriku terlalu jauh bezanya. Kapas yang putih dan ringan sedang aku berat dan hitam dan berat pula dengan segala macam yang entah apa-apa. Ah, aku kan tetap juga manusia? Yang menginginkan sesuatu yang di luar jangkaan.Merasakan menjadi kapas itu indah. Sedangkan kalau sang kapas sendiri, tentu pula mahu menjadi seperti awan. Manusia tetap manusia. Aku mahu lari, tapi kalaupun aku lari beribu batu dan kakiku sendiri tidak berdaya untuk berlari lagi, tetap juga tidak akan memadamkan segalanya. Sehingga kalau betul waktunya yang telah Allah tetapkan, walaupun aku lari dan bersembunyi di balik peti besi sekalipun, waktu dan ketika itu, aku tidak akan berjaya melarikan diriku lagi.Tidak diawalkan tidak pula dilambatkan!
Thursday, August 06, 2009
labu
Rumah berjaya di beli. Lokasi sangat sesuai. Harganya murah. Fasiliti dan sekolah cukup. Sangat suka berada di situ namun malang menimpa kerana emosi terganggu kerana terlalu penat berulang alik. Kos tol dan minyak lagi.
2005- jumpa lokasi yang sesuai.Agak berdekatan dengan tempat kerja. Suasana berbukit, dan agak nyaman. Walaupun sempit berbanding harganya. Ada pertimbangan lain dikira. Rezeki Allah nak bagi, ada orang yang mungkin terdesak untuk menjual. Lalu aku dapat harga yang jauh lebih murah dari harga sebenar. Syukur Alhamdulillah.
Dalam hidup, ada banyak pilihan.Masing masing pilihan ada pro n kontranya. Hidup juga tidak selalunya indah. Ada pahitnya untuk mengimbangi pada manisnya madu.
Dan kalau kepahitan hidup dapat aku rasakan, ideaku akan mencurah-curah datang.
Rupa-rupanya aku ini ada tabiat. Kalau mahu ada idea, hatiku perlu merasa sedih. Ohhhh sungguh aku merasa pelik dengan diriku sendiri. Aku tidak mahu menjadi penyedih, tapi kenapa kerapkali aku merasa bersalah dan tersalah?
Aku mahu hidup ceria dan happy go lucky tapi rupanya hehehehhe itu bukanlah karakter diriku. Tak mengapalah asalkan aku tetap bahagia sudahlah.
Sesungguhnya aku mahu hidup di ladang Prairie.
Ya aku tahu kenapa aku sangat sedih dan bengang.
1. sayur kailan dan bayamku di jadikan tempat buangan najis si kucing-kucing yang tak tahu siapa punya. Aku sedih. Hari tu pegagaku jadi port najis kucing-kucing itu. Aku tidak tahu apa lagi perlu aku buat. Sesungguhnya tanahku yang sekangkang kera itu sangat menarik perhatian kucing-kucing untuk membuang najisnya yang sangat wangiiiiii itu. Lalu aku minta doa pada Allah. Alla sahaja yang akan dapat membantu aku memberitahu dan memberi idea kepada kucing-kucing itu jangan lah berak di atas sayur-sayuranku. Pagi tadi, aku lihat ada najis baru di tempat sayur saladku. Ohhhh mujurlah ruangan itu tak naik pun lagi salad itu. Walaupun sedih sekurang-kurangnya Allah mendengar permintaanku Kucing itu tidak membuang hajatnya di atas bekas kailan dan bayamku. Petang nanti jawabnya aku kena buang tanah untuk salad aku, dan kena cari idea lain.
Ada lagi benda yang sedih dan aku rasa bersalah sangat.
Huhuhuhuhu