Catatan Hidup Seorang Aku

Tuesday, March 31, 2009

hadiah buat diriku

Yes, rezeki yang tetap murah bagi diriku di zaman kemelesetan ini, aku telah hadiahkan diriku sendiri 2 pokok. Satu pohon mawar berbunga oren 3 kuntum mekar dan 3 kuntum masih kuncup. Dan sepohon pokok hiasan yang aku tak tahu namanya. Jumlah duitku terbang hari ini tanpa dirancang RM25. Oklah kerana aku berjaya menahan rasa ingin membeli barang-barang yang akan mengeluarkan duit dari poketku menderu-deru di tapak pameran itu.Mujur juga pandangan mataku tidak berjumpa dengan barang-barang yangmenarik minatku selain pokok bunga itu. Selamatlah fulusku. Hahahha dari seorang rakan, aku tahu satu gerai yang menjual dalam tempoh 3-4 hari di situ mendapat pulangan RM4000. Banyak rupanya duit orang-orang yang bekerja di bawah naungan XX ini.Tak mengapa kerana itulah gunanya duit untuk menjadi pusingan ekonomi. Duit yang keluar dari poket pekerja-pekerja XX ini masuk juga ke dalam tangan penjual-penjual terbabit. Yang aku pasti walaupun seharian berdiri, bercakap, berurusan jual beli, malam ini akan tidur dengan perasaan penuh membunga dan senyum yang lebar hingga ke pipi.

Mudah-mudahan juga pokok-pokokku ini akan selamat dan terjaga di bawah jagaan aku pula. Walaupun aku selalu lupa untuk menyiram kamu,tapi aku harapkan hujan-hujan akan tetap membasahi kamu. Azam baru tahun ini, aku akan laburkan sedikit duitku untuk menanam semula pokok-pokok kerana aku merasakan aku sudah kekurangan Oksigen berada di bumi KL ini.

Aku dah beli sepasang kasut baru untuk aku terbang tidak lama lagi. InsyaAllah.
posted by Mirip at 1:47 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home