Catatan Hidup Seorang Aku
Friday, May 29, 2009
Harakiri, Kamikaze, Rocking Roll-- Life and Death
Chin Peng rupa-rupanya bukan warganegara Malaysia. Sebaliknya dia adalah warganegara British. Aku rasa kalau CP tahu pun, dia geleng kepala tak tahu nak senyum atau tidak. Sebab dia sendiri pun baru tahu yang dia bukan warganegara Malaysia.
Kenyataan itu dilaporkan dari Prof Emeritus Khoo Khay Kim.
Yang menjadi lawak pada aku adalah kerana ayat ini. "CP dilahirkan di Setiawan pada 1929. Ketika itu Setiawan adalah tanah jajahan British. Jadi CP pun sebenarnya warganegara British."
Ok jadi logik matematiknya adalah:-
Semua warga Tanah Melayu yang lahir pada tahun 1929 di Setiawan adalah bukan rakyat Malaysia, tapi sebenarnya rakyat British! Jadi anak cucu yang lahir dari keturunan mereka pun sebenarnya bukan rakyat Malaysia.
Ayoyoyooo... har har haruuunnn....
Ketika bersekolah menengah, membaca buku teks sejarah, aku sering merasa satu kelompong kosong. Aku tidak tahu kenapa.Rupa-rupanya semakin dewasa, semakin aku belajar mengenali diri sendiri aku tahu kenapa aku sering merasa hairan dalam hidup ini. Rupa-rupanya otakku yang dikuasai oleh otak logik, sering menjadikan hidupku dalam kehairanan. Kerana dalam hidup ini, terlalu banyak benda yang tidak logik berlaku sedangkan otakku selalu melihat peristiwa harus ada logik.
Kalau membaca kronologi peristiwa, aku sering merasakan kenapa apabila peristiwa A terus ke C, itu tidak logik. Sedangkan peristiwa B mungkin tidak diketahui orang, diceritakan orang. Atau ditenggelamkan orang. AKu sering juga membuat andaian begini dan begini agaknya peristiwa B itu. Kekadang semakin dewasa, instinct dalam diri semakin kuat. BUkanlah kerana aku telah dikurniakan 6th sense yang kuat, namun aku rasakan pengalaman banyak mengajar dalam hidup.
Oleh kerana aku merasakan ada kelompong kosong dalam buku teks sekolah, walaupun selepas sekolah, dan aku pun sudah tidak ada kena mengena dengan sejarah lagi, namun aku sedar yang diriku cenderung untuk membaca buku-buku sejarah di luar lingkungan buku teks. Memoir kisah-kisah orang terkenal, untuk mengetahui cerita sebenar yang tidak tertulis di paparan umum.
Even i am not a musyi lovey dovey Siti Nurhaliza or Intan Sarafina type, and Rocking Roll is always my lovely song, (eh ada kaitan ke dengan cerita ni), tapi bila membaca memoir sejarah, mataku sering basah.
Yang paling aku tidak faham adalah apabila satu kelompok menentang British. Tetapi apabila kemerdekaan tercapai, mereka pula diperangi. Hairan dan ajaib sekali hidup ini. BUkankah mereka yang sepatutnya diangkat menjadi wira negara. Dari kecil, aku sering merasa kasihan kepada Tok Janggut, Mat Kilau, Jose Rizal, banyak lagi aku tak ingat nama, yang dari Sarawak itu, yang gambarnya dalam buku teks sejarah itu hanya pakai cawat sahaja.
Dalam perjuangan, aku merasakan Malaysia tidak akan mencapai kemerdekaan dari British kalau tidak ada penentangan.Tidak logik British mahu melepaskan tanah jajahan yang telah banyak mereka kutip dan ambil hasilnya ini kalau mereka merasakan rakyat sukakan mereka. Dan kalau namanya penentangan, harus pula secara radikal. KErana apa? Kerana kalau hanya bercakap mulut dan lembut dan halus, tidak akan mendapat kemenangan.Malah akan diinjak-injak dan ditipu dan diketawakan pula oleh mereka di belakang.Tapi tentunya ini harus berlaku selepas kita sudah habis bertoleransi.
Aku teringat tafsir yang kubaca malam tadi.
"Maka janganlah kamu ikuti orang-orang yang mendustakan (ayat2 Allah).Maka mereka menginginkan supaya kamu bersikap lunak lalu mereka bersikap lunak(secara zahirnya) kepada kamu. AlQalam:8-9
Tidak kira pada zaman mana, ayat ini sangat relevan dengan kehidupan. Dahulu, kini dan selamanya.
Aku menghormati dan menyukai pendirian Rashid Maidin. Yang tidak pulang ke Malaysia dan senang menghabiskan sisa usianya di Selatan Thailand. Mengajar anak2 mengaji Quran, memelihara ayam itik. Meneruskan hidup dalam keadaan 'simple'.
Buat mereka, selalunya dunia memang tidak bersikap adil. Tidak mengapa kerana itulah namanya dunia.
Dari jauh, aku mendoakan agar CP mendapat hidayah Islam dalam dirinya. Moga-moga penderitaannya di dunia (kalaulah dia merasakan begitu), dibalas Allah dengan kebahagiaan akhirat.
++++++++
Quotes of the day-
Kadangkala, sekali berada dalam langkah yang salah (walaupun tidak menyedari), berurutan menjadi satu demi satu yang lain pula. Domino Teori.
Tuesday, May 05, 2009
21(Part2)
Hidup yang panjang, tidak akan selamanya lurus seperti lebuhraya. Ada bengkang bengkoknya, dan ada lubang-lubangnya di jalanan. Perjalanan yang tadinya laju membelah udara, harus sahaja diperlahankan setelah melalui lubang-lubang yang tidak dapatlah pula dipastikan tahap kedalamannya.
Selalunya, hanya orang yang melalui jalan dan lebuhraya itulah yang dapat menilai tahap kedalaman lubang-lubang itu. Orang lain tidak sama sekali. Hanya mendengar perkhabaran dari mulut ke mulut semata. Entahkan benar, entahkan tidak. Entahkan seratus peratus tulen, entahkan ditokok tambah dengan perisa, menjadikan hanya dua puluh peratus yang tulen, selebihnya palsu.
Tapi ada pula yang dapat pula melihat. Kalaupun bukan dia yang jatuh atau hampir jatuh ke dalam lubang jalanraya,kerana dia tidak pun melalui jalan itu, mungkin dengan memanjangkan kepalanya dari laluan yang bertentangan, dia juga dapat melihat tahap kedalaman lubang itu.
Begitulah kehidupan. Hidup yang tidak akan selama-lamanya indah, namun hidup juga tidak harus selama-lamanya berduka. Duka zahir, tampak jelas pada pandangan mata orang yang melihat, tapi duka batin, siapalah yang tahu? Tidak akan ada sesiapa pun yang tahu. Hanya satu, satu yang berkuasa, satu yang merajai setiap kejadian langit dan bumi. Siang dan Malam. Hanya pada Dia sahaja, dia berserah.
Lalu sepahit mana pun keadaan yang akan dia tempuhi pada hari-hari mendatang, tidak lagi menjadi bekas pada dirinya.Tidak lagi dia takuti. Bukan bercakap besar, namun itulah apa yang dia rasai.Cukup sudah kepahitan selama ini yang ditanggung. Tidak tertahan lagi hatinya meneruskan kehidupan dalam keadaan lubang-lubang di jalanraya yang terlalu dalam. Orang lain boleh sahaja mengatakan dia kurang sabar, tidak cerdik, atau segala macam lagi kata nista orang padanya. Dia tidak lagi mahu peduli. Selama ini pun dia tidak menyusahkan hidup orang lain. Orang hanya memang tahu berkata-kata dan memandang-mandang, tapi hasilnya, sama sekali tidak ada? Apakah ada yang membantu, rasanya yang menambah beban dan luka hatinya sahajalah yang ada.
"Tentu lubang itu tidak akan selama-lamanya berlubang, tentu nanti pihak berkenaan akan menurapnya kembali," satu waktu dulu, sering juga dia mendengar kata-kata ini keluar dari suara kecilnya di malam hari.
"Tapi sampai bila? Tidak sampai berjalan 500 meter, ada lubang lagi di hadapan, kalau begini sampai bilakah aku mahu sampai ke tujuan?" dia menjawab. Sekarang, dia sudah pandai menjawab. Sudah pandai berhujjah segala. Tidak lagi dia yang dulu, yang pelembut hati, yang sering mengalah, mengiakan pun tidak, menidakkan pun tidak. Yang dia tahu, hanya mengikut. Apa katanya, itulah yang dia ikuti. Ketaatan tidak berbelah bahagi. Ketelusan suci seorang bernama isteri. Isteri pada Ahmanuddin dan ibu kepada anak-anak yang berderet ditaburi benih Ahmanuddin sendiri.
Tapi kini, bukankah dia pun sudah menjadi orang lain. Ya, dulu memang dia seorang Aishah, tapi kini tidak lagi. Dia sendiri sudah menukarkan dirinya kepada Vishah. Akhirnya V for Vandetta.Terserlah apa yang tersembunyi. Nekad pada keputusannya. Tiada lagi Aishah yang lama, Aishah yang lama sudahpun berkubur tanpa nesan. V yang lama-lama kelamaan bertukar pula menjadi Jay.
Ajaib!
Itulah hati seorang perempuan.
Kalau selama ini cintanya hanya satu, tapi cinta itu jugalah yang membawa pada kesakitan di hatinya. Kalau dia yakin yang cintanya tidak berbelah bahagi hanya buatnya seorang, sebolehnya dirinya sendiri yang ingin dikorbankan buat kebahagiaan sang suami.
Namun, andainya dia tahu yang kasihnya sudah dibahagi dua, atau tiga, atau empat atau sepuluh sekalipun, mudah benar hatinya bertukar arah. Mana pula perginya cinta suci yang dahulu? Yang tinggal hanyalah kesedihan hati, membawa pula pada kebencian. Lalu harapan untuk memutuskan.
Apakah sejelik itu kasih seorang isteri? Apakah hanya kerana itu, hatinya mudah goyah dan goncang? Tidak... yang terjadi adalah kerana akarnya masih berdasarkan rasa cintanya. Cinta yang akhirnya tidak dapat dipisahkan pula dari rasa cemburu hatinya. Cemburunya membawa pula pada jauh hatinya. Semakin lama,semakin jauh.
Kalau dahulu, cinta terakam kukuh, kini sudah longgar.Sudahlah longgar kerana diselit hati lain, tapi kerana 'jauh hati' yang makin mendalam. Sekali terjatuh ke dalam lurah itu, tidak akan dapat bangun dan naik lagi. Yang tinggal, hanya sisa hati.
Vishah sudah nekad dengan keputusannya! Apa juga yang berlaku di kemudian hari, tidak mahu difikirkan lagi. Falsafah hidupnya sudah pun bertukar seiring namanya yang sudah bertukar.(Cukup sekadar dia yang tahu namanya dan dirinya yang sudah bertukar, tidak perlu pada pertukaran identitinya di dalam kad pengenalannya).
Hujan yang turun di senja ini
Dinginnya mengingatku pada dirimu
Titisan air yang membawa
Seribu pengalaman nan indah
Seribu kehampaan nan duka
Aku mengharapkan keharuman
Segarnya melati putih yang kusiram
Tetapi apa yang kudapat
Sekeping hatiku yang luka
Sekeping hatiku yang luka
Ku langkahkan kaki keluar dari sengsara
Tak tertahan pilu pilu pilu hatiku
Menanggung derita
ooooo emmm emmmm
Ku bercermin melihat diriku
Semangat kupulih meresap di kalbu
Satu kepastian aku dapat
Mengusir bayangan wajahmu
Yang kerap menghantui daku
-THE END-