Catatan Hidup Seorang Aku
Monday, August 21, 2006
recall balik pengajaran hari ni
Gubra menang. ada orang kata kerana jurinya adalah orang-orang luar. Aku tak tengok GUBRA sendiri, tapi membaca apa komen orang sudah membuat aku rasa tak perlulah aku habiskan duit aku dgn melihat cerita yg memang mencemar budaya ni.Betul, tak boleh percaya hanya dengan mendengar satu belah pihak sahaja tp kalau kes ni, dengan babak2 yang diperincikan, jalan cerita, adegan...(maaf aku bukan kaki filem tp aku nak tulis jugak disini sbg recall balik apa ustaz kata waktu lunch tadi)
quote from my ustaz-ayat lebih kurang sama makna
"oleh kerana mereka tahu medium filem lah-khalayak ramai menonton, mudah bagi mereka mempengaruhi /menyebarkan dakyah/fahaman/kepercayaan etc etc,dibuatnya cerita-cerita begini. Mungkin Allah nak tunjuk, baru menang beberapa saat, dah ada kontroversi.Sampaikan menteri sendiri masuk campur. dan barulah ada nampak Dr Rais komen macam-macam.termasuk Akademi Fantasia.." aku tak boleh tulis apa Dr Rais cakap semalam dalam TV sbb ustaz suruh cari sendiri(aku tak tgk).- Ada sebab musababnya.Sbb Sy Amani, mungkin menteri sendiri sudah memperkatakan sesuatu yg sebelum ini tak diperkatakan..
Sebenarnya aku tak layak utk mengomel benda2 gini. tapi sbg orang Melayu, aku rasa memang patut ..memang munasabah kalau orang ada rasa tak puas hati. aku bukan marah kau speaking english whatsoever lah... but part mcm wahh nampak lekehnya kalau aku cakap melayu ...
aarg lupakan pasal gubra yg gabra...
point kedua ustaz.kemajuan sains terkini. ada kereta guna minyak dan air.. wah. dulu air dan minyak mmg tak boleh bercampur, tapi nampaknya kini dah boleh bercampur.
Org tua dulu kata "kalau minyak dan air boleh bercampur maknanya kiamatlah"teknologi.molekul H2 diasingkan dan boleh dijadikan bahan api
Begitu juga satu masa nanti kemungkinan molekul2 H2 tu sendiri boleh diasingkan...dah tak guna minyak..yups bekalan minyak/arangbatu pun suatu masa nanti akan habis.
tapi hidrogen juga berbahayaha. bom hidrogen lebih bahaya dari bom petrol. kemungkinan juga H2 ni yg akan menjadi penyebab kepada kiamat...
aku ni tak pandai nak tulis balik apa yg aku dgr,mungkin aku sekadar faham utk diri aku sendiri..tp sbb kalau tulis, tahan lama dan mungkin pahalanya akan terus mengalir utk aku walaupun aku dah tak ada, aku tulislah jugak...
kalau relate dgn ilmu yg aku belajar skit2 dulu,syllabus sekolah, kalau dari pembacaan astronomi, ilmu alam ini, memang betul hidrogen ni.apa yg ustaz cakap masa akan datang tu betul. bukan ke planet2 kita ni juga terdiri dari gas2 hidrogen asalnya..(maafkan aku kalau aku silap).
Friday, August 18, 2006
MARIA
Suatuhari di sebuah perhentian bas, ketika itu salji turun dengan lebat sekali. Sementara dalam kekalutan penduduk kota mengerumuni perhentian bas untuk menuju ke destinasi masing- masing, kelihatan seorang pemuda yang sebelum ini pernah aku melihatnya turut sama menunggu bas di perhentian bas tersebut.
Aku merasa hairan melihat pemuda itu, dia amat berlainan sekali. Cara dia berdiri mengunggu bas, jelas di wajahnya terbayang seolah-olah dia sedang memikirkan sesuatu.Mengapa ya? Perwatakannyaseperti seorang pemuda dari benua Afrika.
Dia kelihatan sedih. Mungkin sedang memikirkan masalah kebuluranyang dialami oleh keluarganya. Aku merasa ragu-ragu.kiranya aku mempelawa naik keretaku, adakah dia sudi atau sebaliknya?
Selepas berfikir panjang aku menghampiri dan memberhentikan kereta hampir dengannya lantas bertanya adakah dia boleh bercakap dalam bahasa Jerman.
“Boleh sikit-sikit”
“Silalah naik,saya akan hantar awak”
Dia merenung ke mukaku lantas menjawab sambil menudingkan jarinya kearah dua orang gadis yang juga turut sama menunggu bas disitu.
“Adakah awak juga akan mempelawa mereka berdua?”
Aku terpaksa menumpangkan kedua-dua orang gadis itu,tapi hanya seorang sahaja yang sudi lalu duduk disebelahku.pemuda Afrika tadi duduk di belakang.
“Boleh saya tahu, mengapa awak mempelawa saya naik kereta awak?adakah kita saling mengenali satu sama lain atau pernah berjumpa sebelum ini?”
“Sebenarnya, saya sering melihat awak menunggu bas diperhentian bas itu.memang saya seorang yang suka mengambil berat hal ehwal masyarakat,lebih-lebih lagi orang dari benua Afrika.Kalau awak nak tahu Afrika adalah tempat yang paling saya simpati”
“Ya eloklah tu,tapi mengapa awak memilih saya?boleh saya tahu tempat mana di Afrika yang menjadi pilihan simpati awak tu?”
“Saya amat simpati di tempat mangsa yang mengalami kebuluran dan juga tempat manusia yang memakan daging manusia”
Pemuda itu kelihatan murung.
“Setahu saya tidak terdapat di Afrika tempat yang cik maksudkan itu,malah ia hanya semata-mata satu pembohongan daripada penjajah. Sebenarnya saya dari Negara Mesir, kami tidak pernah pun memakan daging manusia sebaliknya kami pernah menyaksikan mereka memakan daging-daging kami. Inilah kalau boleh ianya dikatakan dosa kami…”
“Pelik juga ya, awak petah bercakap bahasa Jerman. Mengapa awak mempelajari bahasa ini?”
“Sebenarnya keadaan yang memaksa saya”
“Siapa nama awak?”
“Abdul Wahab”
“Nama saya Maria. Saya berketurunan Perancis. Ya saya teringat sesuatu. Mengapa awak mempelajari bahasa kami sedangkan kami sedikitpun tidak mengambil berat tentang bahasa awak?”
“Sebenarnya awak sengaja meletakkan jari awak di tempat luka kami. Kamu bangsa penjajaj. Semenjak kamu menjajaj Negara-negara umat Islam, menyebabkan kami umat Islam berkeadaan sebagaimana sekrang ini. Kamu sentiasa berusaha sedaya upaya agar kami mengamalkan cara hidup kamu”
“Oh kalau begitu awak ingin beritahu saya yang umat Islam itu bodohlah.Kenapa mereka dijajah?”
Soalan aku tadi telah mengena sasarannya sehingga menyebabkan pemuda tadi tunduk berfikir sejenak. Kelihatan manik-manik jernih mula memenuhi kedua-dua kelopak matanya.
“Ya, sebenarnya kamu telah menjadikan mereka bodoh dengan cara menjajah hati dan jiwa mereka.”
“Kalau begitu mengapa kamu sebagai orang yang beragama Islam datang membanjiri Negara-negara kami?”
Pemuda tadi menjawab dengan nada kesal
“Cik adakah awak mempelawa saya naik kereta awak hanya semata-mata untuk mengajukan soalan seperti ini? Kalau begitu silakanlah. Nikmatilah segala persoalan yang akan ditujukan kepada saya,secara lumrahnya seorang ibu yang anaknya dibaham beruang akan sentiasa mengerumuni persekitaran sarang beruang tersebut. Sebenarnya kami telah kehilangan sebahagian besar daripada benda benda yang amat berharga samada moral mahupunmaterial sewaktu dibawah penjajahan barat khususnya pihak Inggeris. Semuanya kamu rampas daripada kami sehingga jadilah kami sekrang pengikut kamu. Cuba awak renungkan, sewaktu saya menunggu bas dalam keadaan cuaca =bersalji, awak duduk dengan penuh selesa memandu kereta mewah, Kalau awak nak tahu, salah satu daripada empat tayar kereta awak tu adalah kepunyaan saya dan yang dua lagi kepunyaan dua orang adik saya. Kamu ambil daripada kami kemudian kamu reka dalam bentuk yang berbagai-bagai. Sekarang kamu bermegah-megah dengan rekaan itu dihadapan kami. Saya harap awak jangan salah faham, bukan awak yg saya maksudkan Cik Mary”
“Nama saya Maria bukan Mary tapi tak apalah kalau awak senang menyebutnya dalam bahasa Inggeris”
“Maafkan saya, saya tak perasan tadi.”
Gadis yang duduk disebelahku hanya diam membisu. Sebentar kemudian dia menoleh kearah pemuda Mesir tadi lantas bertanya
“adakah awak ingin beritahu yang kami in isatu bangsa yang mencabuli hak-hak orang lain?”
“Sudahlah cik, tak usahlah kita bincangkan perkara ini kerana ianya akan mengundang perasaan gelisah di hati saya”
“Oh begitu ..Nama saya Monica.Saya memang berminat untuk mengetahui beberapa perkara dibumi Mesir, contohnya pyramid. Adakah ia sebagaimana yang kit abaca dalam b uku. Sudah adakah orang yang mengkajinya dan bagaiman ia dibina?”
Pemuda tadi menjawab
“Ya, tapi saya suka menambah tentang proses pembinaannya”
“Apa dia?”
“Orang Barat ketika bercakap mengenai pyramid secara langsung menuduh Firaid menggunakan hamba hamba serta orang orang tawanan bagi proses pembinaannya. Kerana cara itu sahajalah Firaun mencipta katamadunan. Tapi hakikatnya bukan begitu”
“Eh memang peliklah awak ni. Asyik cari peluang untuk menuduh Barat sedangkan awak berada disini”
“cik agama Islam tidak pernah melarang penganutnya untuk pergi ke Negara musuh dan mengambil faedah daripadanya. Sebaliknya apa yang dilarang oleh ajaran Islam ialah menjadi hamba kepada musuh. Perkara yang kedua ini kami lontarkan jauh dari sudut hati-hati kami. Manakala perkara pertama ialah kami perlu mencuba untuk mengambil manfaat bagi perkara yang menjadi kepelrluan kepada kami serta wajar dititikberatkan seolah-olaj ianya merupakan suatu kewajipan ke atas kami orang-orang Islam”
Kerana terlalu asyik berbual-bual, tanpa disedari kami sudahpun hampir sampai ke destinasi. Aku rasa ingin sahaja menukar tajuk perbualan tadi kerana setiap kali pemuda Mesir itu meneruskan percakapannya aku merasakan diriku ini seperti lipas-lipas yang menjijikkan.Namun apa yang menarikperhatianku mengenai pemuda ini ialah keperibadiannya. Dia amat berlainan berbanding dengan sebilangan pemuda di tempat kami, Tanpa aku sedari terlontar pertanyaan dari bibirku.
“Awak sudah berkahwin?”
“Belum, saya baru sahaja bertunang”
“Dimana tunang awak?”
“Dia sekarang berada di Mesir”
“Pernah dia keluar bersama lelaki lain semasa ketiadaan awak?”
“Cik, apa yang cik cakapkan ni? Kami bukannya seperti masyarakat Barat.Kami tidak akan membenarkan isteri-isteri atau tunang tunang kami keluar rumah berfoya-foya dengan lelaki lain. Lagi pula perbuatan sedemikian dikira terkeluar dari sisi agama kami. Hanya orang yang tidak patuh pada agama sahaja yang berbuat demikian.” Jawabnya dengan penuh yakin.
“Bagaimana pula dengan kaum lelaki. Adakah kaum perempuan muslimah sahaja yang dilarang daripada berbuat demikian.Tidakkah kaum lelaki juga sepatutnya dilarang sebagaimana kaum perempuan?”
“Ya, kaum lelaki juga pun wajib begitu. Akidah kami sama sahaja antara lelaki dan perempuan.contohnya seorang muslim diharamkan melihat perempuan yang halal berkahwin dengannya begitu juga halnya dengan perempuan Muslimah. Dan lagi, hukuman bagi penzina adalah sama di antara lelaki dan perempuan Tapi yang mendukacitakan penjajah Inggeris sekarang telah menipu muda mudi Islam Mesir. Alhamdulillah untung kerana tuning saya tidak tergolong bersama mereka yang tertipu. Sekurang-kurangnya dia tidak mengkhianati agamanya ataupun mengkhianati saya”
Ya tuhan, tak pernah aku temui lelaki yang terlalu mempercayai tunangnya. Sungguh indah bahasa pertuturannya dan alangkah menariknya cara dia menceritakan perihal tunangnya. Oh alangkah bertuahnya aku kalau kau juga seperti pemuda Mesir ini Henz. Tapi Henz seorang pemuda yang bertamadun.
***
development my boy
1.ustaz dah boleh jalan laju-laju
2.gigi 4 atas, 2 bawah, coming soon gigi bawah belah kanan
3.aduiii suka gigit- tahle cukup atau tidak umi genapkan 2 years kalau ini macam...
Thursday, August 10, 2006
bayangkan!!!
juga gambar2 ini... credit & detai -- Faisal Tehrani
Wednesday, August 09, 2006
vii
Wahai gadis Inggeris,Perancis atau Jerman kamu...
Setiapkali kau laungkan kebebasan dunia bagaikan tercekik!!!
Bergegar bagaikan mesin
Nyawa-nyawa ingin jadikan manusia mulia
Sayangnya dosa jadi penghalang
Wahai manusia..
Arab atau Turki kalian
penderhaka atau yang bergelumang
dengan noda dan dosa
Ingatlah Allah sahaja yang berhak kalian sembah
hancurkanlah semua berhala
Kenalilah Islam pelajari dan ketahuilah ia
Kalian tidak akan dapat lari dari Allah
Kepadanya kesudahan kalian
Lihatlah kebatilan disekelilingmu
Inikah yang dinamakan kehidupan insani?
Jika itulah kehidupan insani
Dimana agaknya alam yang dikatakan
bercorak kehidupan kebinatangan?
Emine Uzqan Syenlikoglu
Istanbul
1 September 1992
MARIA
Ini sumbanganku pada dunia melalui mata pena dan apa semampuku.
Buku ini adalah sukar didapati di pasaran kerana sebab2 tertentu.
Dalam masa2 terluang, akan kusalin utk tatapan bersama.
Tidak lupa sekalung penghargaan buat penulis- Aminah Uzqan Syenlikoglu & Penterjemah Mohd Rofizi Dollah.
-Kepada Azian-pemilik buku ini, sekiranya terjumpa blog ini –harap dapat contact/comment
***
Coretan Penulis – Pn Aminah Uzqan Syenlikoglu
Pembaca yang budiman. Ingin saya coretkan beberapa noktah penting berkenaan dengan novel ini.Ianya berkisar tentang sebuah kisah benar yang telah berlaku dinegara Jerman sekitar tahun 30-an berkaitan dengan seorang gadis bernama Mary (Maria).
Kisah ini saya dengari sendiri dan amat menarik sehingga mengheret saya kepada mengkaji tentang kesahihan cerita tersebut,khususnya mengenai perkara yang berkaitan dgn ideologi.Justeru itu, memaksa saya meneliti secara lebih terperinci, khususnya bagi membuktikan kesahihan cirri-ciri yang berkaitan dgn ideology Atiesisme, begitu juga dalil-dalil yang terdapat dalam novel ini sama ada nas dari AlQuran, kitab injil atau akhbar-akhbar dicedok atau dipetik berdasarkan kepada sumber asli.
Ramai yabg merasa hairan kenapa saya sentiasa menitikberatkan persoalan cinta dalam karya-karya saya. Sebenarnya persoalan cinta bukan suatu perkara baru, malah ianya sering diperkatakan semenjak beribu-ribu kurun dahulu. Buktinya dalam AlQuran Allah Taala menceritakan kisah cinta Zulaikha, isteri pembesar mesir telah jatuh cinta kepada Saidina Yusof a.s. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah mendalam cinta hatinya (terhadap Yusof)”
Secara realitinya boleh dikatakan 90% daripada kalangan manusia terjebak dalam kancah percintaan.Jadi amat munasabahlah kalau kita menitikberatkan persoalan ini.
Dalam menangani persoalan ini juga kita berkewajipan menerangkan kepada muda mudi yang beragama Islam mengenai agama Islam yang sebenarnya, khususnya konsep menyintai Allah. Bagaimanakah perspektif agama Islam mengenai cinta agar mereka tidak tergelincir dari cinta yang telah digariskan oleh agama Islam seperti menyintai mereka yang tidak beriman kepada Allah. Sememangnya tidak dapat dinafikan banyak berlaku dewasa ini, dengan kata lain, adalah menjadi kewajipan kepada kita untuk mengambil berat perasaan, hati seseorang serta pemikiran mereka. Sekarang jelas terbukti bahawa Islam itu indah. Ia mengambil berat segala aspek kehidupan manusia hatta keinginan tabi’e manusia pun diawasinya.
Harapan saya kepada pembaca semua agar membaca hasil karya yang berbentuk aliran pemikiran yang dipaparkan dalam bentuk kisah novel. Sekiranya novel ini (yang akan diterjemahkan juga dalam bahasa Jerman) menepati selera pembaca semua, saya dengan berbesar hati menyeru sidang pembaca agar dapat memberikan komentar yang sewajarnya. Moga-moga novel ini dapat dibaca dan difahami oleh setiap lapisan masyarakat.
Semoga Allah mencucuri limpah rahmatNya ke atas sidang pembaca semua, justeru mereka yang dirahmati Allah akan dijauhi azab nerakaNya dihari pembalasan kelak. Amiin...
Emine Syenlikoglu
Istanbul
1 September 1992