Catatan Hidup Seorang Aku
Thursday, May 29, 2008
Rambutku dan rambutmu,warna yang berbeza!
Kekadang, dalam menggerakkan bibir atas dan bawah, orang memang tidak akan pernah merasakan yang kata-kata mereka itu amat menghiris. Akukah yang terlalu sensitif atau memang itu juga yang dirasakan oleh orang lain yang mendengar?Yang amat kuhairankan itu, dalam lepas mulutnya itu, rupanya dia juga amat sensitif andai ada perkataan dilemparkan orang padanya. Tersenyum sendiri juga aku apabila mengetahui sifatnya yang itu. Kerana sudah lumrah, andainya kita tidak mahu sesuatu itu dilakukan kepada kita, semestinya kita tidak sesekali melakukan kepada insan lain. Tapi temanku yang satu ini rupanya tidak begitu.Aneh sekali sifatnya ya.
Biarkanlah dia.Dalam sekadar sebaris senyum dan balasan selamba menepis, aku sebenarnya lebih memahami dirinya.Seorang teman berlainan jantina yang menambahkan lagi rencah perjalanan kehidupan seorang aku. :)
Tuesday, May 27, 2008
Adat hidup
Hari ini dalam sejarah.Rumahku di perbukitan itu sudah banjir.Pulang dari kerja,singgah di klinik untuk mencuci luka (sudah boleh menahan diri dari kesakitan dicuci dengan air garam),terkejut melihat rumah sudah basah lencun.Karpet-karpet sudah bertimbun di dapur.Limpahan air hujan yang terlalu kuat menyebabkan rumahku sudah banjir.
Hari ini 27 May,
Small accident yang menyebabkan keretaku kemek di bahagian pemandu.Nasib baik kereta di belakang tidak apa-apa cuma ada sedikit kesan calar.Pulang nanti harus berjumpa dengan jiranku itu berterus terang aku telah terlanggar keretanya dan bayaran.Keretaku yang kemek sudak tidak sempurna lagi.Apapun,perjalanan terpaksa diteruskan dengan kereta kemek.Cermin sudah tidak boleh diturunkan sempurna, dan ketika di tol, aku terpaksa membuka pintu.Kesilapan kerana melalui lane TnG.Akhirnya pintuku tidak dapat ditutup dengan rapat.Teruskan sahajalah perjalanan.
Dugaan.Sedih memang sedih. Tapi apa nak buat.Benda dah nak jadi.
Adat hidup. Ada senang dan ada susahnya.
Thursday, May 22, 2008
bad experience
19 May Monday- tak tahan sakit, jumpa dr.Decide to make operation.Doktor Samsudin.Apakan daya keadaan darurat.Sudah tidak tertanggung sakit ku tanggung selama 4 hari bertahan tanpa mahu ke klinik.4 jarum dicucuk untuk bius. Kelihatan pisau kecil ditala ke kulit.Tidak terlalu kelihatan proses seterusnya kerana aku dalam posisi baring.
20 May- First time dressing with female doctor.Tanpa bius.Menitik juga air mata dari jurai mata.Mulut juga berbunyi,menahan sakit.
"Habis lembut dah ni buat.Ada yang korek-korek 'ganas'.." ujar doktor yang baik hati itu sambil tangannya memutar-mutarkan jemarinya membentuk bulatan.Aku faham maksudnya yang merujuk pada mungkin sesetengah doktor yang melakukan proses 'dressing' luka pada pesakit dengan cara sedikit 'kasar'.
"Kena datang tiap-tiap hari ke?" soal sang pesakit yang kalau boleh tidak mahu menjejak ke sini lagi.
"Ya, sampai sembuh," jawabnya sambil menulis di dalam rekod perubatanku.
"Hari ni je paling sakit.Sebab tak guna bius.Hari lain kurang skit sebab luka makin ok.InsyaAllah",tutur doktor perempuan yang mungkin muda sedikit dari ibuku.
21- dressing by nurse
22- dressing by nurse.
funny incident
nurse :dressing
male dr: dressing?
nurse+me: senyap, nurse ingat aku nak jawab,aku ingat nurse nak jawab.
doc: dressing? mata dia melilau ke baju aku. agaknya ingatkan nak consult dari dia cara dressing kot.heheheh...
Me: bila sembuh ni nurse?Minggu depan kena datang lagi?
Nurse: tiap2 hari.Minggu depan pun rasanya.
Me: Adoii... hehehe harap2 ni yang terakhir la :)
23-dressing again by nurse.Boleh menahan sakit tanpa suara hari ini.Doc yang operate hari tu 'monitor' lubang luka.
"Kejap nurse, nak ambil gambar lubang.Mak nak tengok," ujarku.
"Mak nak tengok juga?" Nurse menyoal sambil tangan mengambil alatannya.
"A'aah"
Doktor Sam yang pangkatnya seperti ayahku itu datang.Meninjau. "Ok ok ambil gambar dulu.Nak buat saman apa ke," ujarnya berseloroh sempat membuat aku tersenyum.
Klik.Gambar di ambil menggunakan telefon bimbitku.
"Eh lubang dah besar.Hari tu tak besar macam ni,"sambil meninjau kesan luka.
"Aah," sambung nurse sambil terus membuang kain dari lubang luka.Kain lain dicelup ke dalam cecair ubat dan kembali mencuci lukaku.
"19,20,21,22,23...", sambil membilang hari.Mata melihat rekod perubatan."5 hari dah.Lama juga ni."
Lubang besar itu masih ada.To be continued..