Catatan Hidup Seorang Aku
Tuesday, June 30, 2009
A Tribute to Michael Jackson/Mikaeel.
1. Sangat sedih di atas kematian Raja POP ini. Yang paling menyedihkan, tiada satu ayat pun dalam artikel2 di Barat, yang menyatakan walau sebaris, Michael telah memeluk Islam last November 2008 or February 2009. (I am not sure the exact date but i still remember the month those issues bombed out).
2. Setelah membuat sedikit analisis dari tarikh lahir arwah, no wonder orang mengatakan dia pelik dan weird. Root Number dia 7. Sebenarnya dia tak pelik tapi orang yang tak mengenali dia akan mengatakan begitu. Padanya, adalah dunianya dan kehidupannya sendiri, his own world.
3. Meneliti kisah hidup beliau, tidak hairan mengapa beliau sukakan kanak-kanak. DI balik kemasyhuran yang dia dapatkan, sebenarnya banyak pengorbanan yang dia telah lepaskan. Berumur 4 tahun,memulakan karier sebagai penyanyi dalam The Jackson 5. Di saat kanak-kanak lain masih bermain pondok-pondok, dia telah melangkau ke alam dewasa. Ya memang ketika itu dia tidak merasakan pun dia kehilangan zaman itu. Memang dia sukakan nyanyian dan tarian. Jadi tidak ada masalah . Namun lumrah hidup, setelah kemasyhuran dikecapi, kita lebih merasakan kekosongan pada apa yang kita tidak ada atau tinggalkan. Aku jadi faham mengapa dia tetiba menjadikan budak-budak sebagai temannya. Ya, memang agak aneh bagi kebanyakan orang yang hidup normal. Yang punya masa kanak-kanak. Tapi bagi beliu yang tidak punya masa itu satu waktu dahulu, ketika inilah dia mahu menebus semula masa yang hilang.
4. Lumrah juga dalam manusia, dalam setiap kebaikan akan ada kejahatan. Akan ada pula yang akan mengambil kesempatan. Kaya dengan sekelip mata .
5. Di akhir hidupnya, mungkin dia telah berserabut, hidup dalam bebanan hutang yang banyak, dengan segala kesakitan. Namun di sebalik semua kisah negatif ini, sebenarnya terselit hikmah dalam dirinya. Ada juga rasa keinsafan pada pergantungan beragama. Dan akhirnya beliau memilih Islam. (Barat tidak akan menulis perihal ini memandangkan impak besar yang akan ditinggalkan oleh MJ buat peminat-peminatnya di seluruh duni).
6. Bagiku, walaupun aku sedih di atas pemergiannya. Aku merasakan ini adalah yang terbaik. Supaya dia tidak terus menderita menanggung kesakitannya yang pelbagai. Mungkin juga tekanan perasaannya apabila melihat wajah yang langsung tiada rupa ketika zaman kecil. Mudah-mudahan juga dia ditempatkan di kalangan orang beriman. Dosa-dosa lama terhapus. Dan dia menjadi orang baru dengan bertukarnya kepercayaan agamanya. Juga peminat-peminatnya mencari apa itu Islam. Agama baru Mikaeel.
Wednesday, June 17, 2009
9/10
usaha dan usaha, aku dapatlah 49.
aku yakin kalu kita target, kita akn dapat, tapi kena practice. Sebab practice makes perfect.
Tapi sbb aku ada keja, so aku stop dulu. nanti aku akan buat sampai aku achieve 50..
49 perkataan
Moral of the story:-
Buat dan buat.
Kalau dah salah, berterusan akan salah.
Kalau dah betul, memanjang betul.
Psikologi merah dan hijau.
Ada satu game dulu parking kereta, logik akal tak masuk kereta tu dalam lot parking. tapi aku cuba dan cuba dan cuba tak tau berapa lama, tapi lama la jugak,.. akhirnya kereta tu masuk parking... aikkk.. masuk jugak parkingnya,.. macam tak percaya plak sbb senang la plak...
Again moral of the story- practice makes perfect.
So dalam hidup pun macam tu. Apply apa yang dibuat. Latih tubi. At the end of the day, you will success... Asalkan ada determination...
Alhamdulillah.. aku cuti seminggu last week dari kerja-kerja ofis yang sakit kepala.. dan 4 hari bekerja bisnes sendiri aku itu itu, aku dapat 2500.. Alhamdulillah syukur nikmat... Allah yang berkuasa.
Wednesday, June 03, 2009
1(RV)
"Burung, kau cakap apa tu? Kau cakap dengan aku ke?"
Cut cutt cuttttt....
"Burung, burung, aku tak paham apa yang kau katakan. Tapi aku suka kalau aku pun jadi macam kau."
Cut cutt cuttttt... lalu pula sekumpulan burung lain. Berterbangan riang ria ketawa ribena melintasi tingkap kecil bilik kami ini.
"Seronok ya kau burung dapat pulang ke rumah. Mesti hari ni, kau dapat banyak rezeki. Kenyanglah anak-anak kau dalam sarang sana ya.Gemuklah nanti anak-anakmu."
Mataku melilau ke arah pokok-pokok dan hutan kecil di balik sana. Teringin pula rasa hatiku untuk satu hari nanti menjejak juga bukit kecil itu. Kalau bebudak ni nak ikut, ok juga tapi tak tau lah diorang ni macamana.Macam-macam perangai, macam-macam karakter, tak paham juga aku dengan perangai budak-budak ni.
"Haiii, kau je ke yang tak faham diorang, entah-entah diorang yang lagi tak faham kau.."
"Hihihih... suka hati kaulah labu.."
"Kenapa kau nak jadi burung?"
"Sebab aku boleh terbang."
"Itu aje ke?"
"Aa'h, itu je..."
"Kalau sebab tu aje pun, nanti-nanti bila kau dah kerja, kau pun boleh terbang,"
"Itu tak sama la ... itu kena naik flight. Aku tahu lah tu."
"Dah tu.... kalau manusia nak terbang kena naik flight la.."
"Hahahhahah.... aku nak ada sayap,.. macam burung tu... Kan senang tu, nak pergi mana-mana, tak payah susah-susah jalan kaki, atau tak payah lalu jalan yang sangat padat, sesak dengan kereta ni.."
"Kau ni, kuat sangatlah berangan Hany. Boleh tak kau cuba kurangkan tahap 'keberanganngan'kau tu. Biar jadi normal skit. Ni aku rasa kau macam orang tak normal je lepas dah jejak kaki kat sini."
"Salah ke kalau aku nak jadi burung?Aku pun nak senang juga. Aku dah tak larat macam ni."
"Dah tu, kaki kau yang ada tu, nak buat apa?"
"kibas-kibas je lah.. macam orang nak berenang tu..hahahhahah"
"Kau ni.. Aku kalau bercakap dengan kau, memang aku rasa nak marahhh aje."
"Kenapa pula?"
"Sebab kau ni abnormal. Kau ni kan suka termenung, kau suka cakap sorang-sorang, kau suka pandang keluar tingkap ni, kau suka pandang jalan kosong sana. Kau tak tahu ke apa jadi dalam rumah ni?"
"La... aku tak kacau orang pun. Jadi masalah ke pulak semua tu."
"Memang la kau tak kacau orang..."
Pintu terkuak. Gedegung gedegang tapak kaki menapak. Sesuatu di lemparkan. "Arggg penatttt...," terdengar satu suara.
Hany melihat dengan ekor mata. Tidak perlu berpaling, dia sudah tahu siapa yang sudah pulang dari kuliah.
"Kau ni, tak ada kerja lain la... Mengadap aje tingkap tu. Apa yang adanya?"
Burung- burung, bila aku nak ada sayap? Anak kau dah besar?
"Tadi aku ada discussion kat lib. Si Azlan kirim salam."
Aku kan kalau ada sayap, aku nak menjelajah seluruh alam ni. Aku nak pergi jauh-jauh. Bolehlah aku keluar dari bandar ni. Bolehlah aku buat apa yang aku hendak.
" Dia tanya aku tadi, kau buat apa hari minggu macam ni, tak nampak pun kau kat mana-mana."
Aku kat Andalus.
Debush... bantal kecil merah itu melayang tepat terkena bahunya.
"Aduhhh,, sakitlah weei..." Hany berpaling ke arah temannya itu. Siapa lagi, teman katil bawahnya.
"Itulah.. aku tengah cakap dengan kau ni."
"Iyelah, aku dengar la ni."
"Apa yang aku cakap? Cuba kau ulang balik?" Alamak, macamana nak buat ni. Apa yang si minah ni bebelkan tadi? "Kau cakap, kau cakap..."
"Ikut hati aku ni, nak cakap sekali je dengan kau ni. iskkkk, kau ni memang la...", Zaza mengomel.
Hany hanya sengih. Tak mahu menuang minyak ke atas api dalam dada Zaza. Tulah, siapa suruh tak bagi salam, main redah cakap je.. Kau cakap ngan aku ke tadi? Ke kau cakap dengan siapa, manalah aku nak tahu... nak aje Hany keluarkan kata-kata ini ke permukaan udara, namun tersangkut sahaja di kerongkongnya. Dia menelan sendiri.
"Ada budak kirim salam kat kau." Zaza bangun dari pembaringannya.
"Hah? Siapa?"
Zaza senyum-senyum kambing. Kambing pun tak senyum macam dia.
"Siapanya? Kau nak cakap ke tak nak cakap?"
"Kau nak tahu ke?" Zaza ni macam nak kena side kick aje nampaknya. Pandai dah dia sekarang main teka teki.
Zaza bangun berdiri. Menggeliat-geliat membetulkan urat-uratnya. Dia diam je. Mengatur kaki ke pintu bilik.
"Zaza..."
"Nak tahu juga rupanya kau ni, yang tadi aku membebel tu kau tengah buat apa?"
"Tak nak cakap tak apa, biar kan aje." Hany memandang semula deretan rumah-rumah di sana. Lagi mendamaikan dari dia bertekak mulut dengan Zaza.Reverse psikology pun best juga.
Zaza buka pintu bilik. "Azlan!" Dia cepat-cepat turun. Tidak mahu disoal siasat segala mala barangkali. Bagusnya dia, lari dari kenyataan hidup. OK.
"Azlan?Siapa dia?"
Apa dah jadi? Kepala Hany berputar-putar lagi.Bertambah lagi masalahnya. Sudahlah masalah dirinya tak selesai lagi, datang lagi masalah baru. Siapa pula mamat Azlan yang seorang ni? Dia kenal aku kah? Kenapa aku tak kenal dia? Tapi namanya biasa aku dengar. Kat mana dia jumpa aku? Atau aku jumpa dia?
Argggh.. abaikan. Masalah aku lebih berat dari ini semua lagi. Abaikan sahaja manusia misteri bernama Azlan ini.
Pejam mata dan gelap datang.