Catatan Hidup Seorang Aku

Friday, July 29, 2011

Pengalaman

Pengalaman banyak mengajar aku erti kehidupan.

1. Pengalaman terasa dipandang hina oleh kerana aku seorang 'saleswoman'

2. Pengalaman secara tiba-tiba orang itu tidak mengenali diri saya sedangkan sebelumnya dia memang kenal dengan saya. Sangat tidak masuk akal bukan? Apabila diingat2 kenapa ya dia jadi begitu? Oh ya baru saya teringat. Mungkin kerana dulu saya pernah menerangkan plan saya kepadanya. Dan dia kemudian dia tidak mahu. Bagi saya, tidak mengapa. Saya tidak terasa apa2 pun kalau orang tidak mahu. Itukan sudah adat. Tugas saya hanya menerangkan. Kalau semua orang yang saya terangkan itu mahu menjadi pelanggan saya, sudah tentu saya sudah kaya raya sekarang.Duit masuk ke dalam akaun berkepuk-kepuk. Tetapi saya tahu sangat-sangat tidak begitu kalau namanya dunia perniagaan. Saya sesungguhnya tidak kisah. Ya, kalau dia mahu menjadi pelanggan saya, saya berterima kasih. Tetapi kalau tidak. Tidak mengapa. Kalau hati sensitif, jangan terlibat dengan dunia perniagaan. Jadi sahaja seorang pekerja tetap yang menerima gaji bulanan. Kemudian saya terfikir lagi. Ohh ya, mungkin juga kerana saya ini dipandang hina kerana berjualan. Tidak layak lagi berkawan dengannya kerana dia sekarang orang penting. Dan lebih penting lagi suaminya bukan orang sebarangan. Orang penting di syarikat ini. Tapi tidak mengapalah. Saya anggap ini pelajaran hidup saya.

3. Satu lagi. Rupa-rupanya saya tahu yang ada suami yang ops... terlebih sudah..

4. Saya jumpa orang yang rumahnya BESAR, rumahnya BUNGALOW. Ketika dia ingin berjumpa saya kerana ingin menjadi pelanggan saya. Panjang kisahnya, selepas makan tengahari, ketika dia ingin naik ke pejabatnya yang besar, dia melambai tangannya ke arah saya. Saya pergi menghampirinya dan dia berbisik, "Akak tertinggal duit.." aku tak ingat ayat seterusnya. Namun aku pinjamkan dia nilai RM50. Aku tidak tipu apabila mengatakan dia orang kaya (berdasarkan rumah besar dimilikinya) ketika mengambil borang berkaitan. Namun aku masih tidak proses borangnya kerana dia sedang menunggu laporan hospital kerana umurnya >40 tahun. Kemudian selang beberapa ketika dia menelefonku, menceritakan sesuatu yang memang membuatkan aku terkejut... Yang aku rasakan tidak sepatutnya orang rumah besar, kereta besar, (dan tuan besar), melakukan itu. Selepas consult dengan mentor saya, mentor saya menasihati "LUPAKAN SAHAJA..." Kini saya tahu ada entahlah, ada macam2 orang dalam dunia ini. Dan yang tak logik itu kita akan pernah jumpa dalam dunia perniagaan.

5. Ada banyak lagii.. tapi cukuplah setakat ini sahaja perkongsian untuk kali ini.

Apapun, saya gembira dapat menolong client2 saya. Saya gembira kalau mereka menerima pampasan. Saya gembira kalau mereka menerima cek selepas keluar dari hospital. Itu yang lebih penting buat saya.
posted by Mirip at 4:36 PM 0 comments

YAKIN

Saya YAKIN.
InsyaAllah.
posted by Mirip at 4:30 PM 0 comments

Kaya VS Kayap

Berada dalam lingkungan kejayaan dan kegagalan di depan mata mengajar aku banyak perkara.
Kalau orang lain mungkin berada dalam hanya salah satu, aku kira diriku boleh belajar dari kedua-duanya.

Beberapa perkara yang aku pelajari yang membezakan antara orang pertama dan orang kedua.
1. Corak pemikiran.
Sungguh berbeza

2. Keyakinan
Berbeza

Tadi perasaanku membuak2 untuk menulis di sini menceritakan perbezaan antara keduanya, tetapi kini biarlah aku simpan buat diri sendiri.
Cumanya aku akan mengambil kebaikan di antara keduanya. InsyaAllah.
posted by Mirip at 3:40 PM 0 comments

Wednesday, July 20, 2011

Takdir menentukan

Senangnya dalam hati.
1. Aku melompat2 semalam sebab bila tgk dalam pasu, "aiiii ini pokok apa?" sangatlah aku tidak kenal pokok itu, tetapi aku yakin mesti pokok hasil campakan aku.
Setelah dipanggil orang rumah, "mari, tolong tengok pokok apa ni?"
Dia sekali tengok sudah tahu " aahh ini pokok celagi."
"Hah pokok celagi?" sukanya aku dalam hati ni. Pokok celagi pun tumbuh dalam pasu tu? tapi sob sob sob.... sian pokok tu, kat mana aku nak tanam suapaya dia kekal berbuah. Dan aku boleh makan celagi muda itu.
"Nak tanam kat mana? Pokok tu sebesar alam." Dia menegaskan.

Dan itulah aku. Pokok mangga lagi 3 pokok nampak gaya tak tau nak letak mana. sedih sungguh tanahku hanya sekangkang kera.

Kupandang azamku di dinding. Dan aku nekad.

Rasanya lambat masa berjalan.
Aku ingin segera ke bulan itu.
Takdir menentukan dan kini aku semakin yakin yang di sini bukan jalanku.
Aku pasrah dan aku redha.
Walaupun aku menyintai KAU.
Namun apalah dayaku, insan yang lemah.

Aku insan yang lemah
Hanya mampu berserah
hahahhaha...
oohh tidakkkk aku tidak akan hanya menyerah. Tetapi sudah yakin yang Allah tunjukkan jalan ini walaupun aku berterima kasih sangat atas segala yang ku dapati di sini.
posted by Mirip at 10:26 AM 0 comments

Wednesday, July 06, 2011

test

Test.....technology
posted by Mirip at 12:01 PM 0 comments

Monday, July 04, 2011

Fekah Sakit Hati

Aku menulis ini sebagai tandamata aku ingin meninggalkan kesan juga pada titik perjuangan. Melihat propaganda yang keterlaluan kini di media massa arus perdana, tidak dapat tidak aku merasakan memang mereka sudah ketakutan. Melakukan apa sahaja. Dan bagi mereka yang dapat berfikir, tentu merasakan ada benarnya pepatah orang tua yang mengatakan : TAKUT KERANA SALAH. BERANI KERANA BENAR.

Kalaulah bukan kerana aku ini seorang perempuan yang mempunyai anak kecil, ingin rasanya aku turut serta dalam insiden yang aku rasa bakal mencatat sejarah. Sekurang-kurangnya aku terlibat sama. Dan kalau nanti 50 tahun akan datang, aku dapat melihat wajah muda dan cantik jelitaku ini antara yang terlibat. {walaupun hanya di kamera sendiri- aragh sangat perasankan aku ini- walhal aku ini sangatlah tidak fotogenik. Kerana itu aku tidak banyak bergambar dek kerana wajahku yang memang tidak mesra fotogenik ini)

Ok. Habis di sini. Cuma aku ingin katakan, apa yang berlaku di luar sana, memang ternyata menakutkan mereka di sini. Lalu propaganda yang dibuat sangat berlebih-lebihan. Bagi mereka yang boleh berfikir, fikirlah dengan mata hati.Kiranya kalau orang yang berada di atas pagar sekalipun, terasa ingin terjun dan memihak kepada yang diserang dek kerana dasar simpati. Bukankah kita ketika di zaman persekolahan dahulu begitu? Rasa ingin membela kawan-kawan yang selalu dibuli. Itu kurasakan satu fitrah yang sudah Allah titipkan dalam sanubari kita.

Oh ya, ku ingin juga nyatakan. Kenapa di akhirat nanti ada pembalasan. Kerana di dunia ini terlalu banyak keadilan tidak dapat tertegak. Kalau sekiranya Allah tidak mengadakan hari pembalasan, tentu sahaja orang-orang yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya di dunia ini terus tidak mendapat apa-apa. Inilah yang aku cari. Aku tidak merasakan aku sedang bekerja ketika aku menyiapkan hal itu. Aku suka melakukannya kerana aku mendapat ilmu yang lebih daripada semalam. Dan aku gembira kalau hasil buah tanganku yang sedikit itu dapat juga di terima oleh khalayak. Aminnn.....
posted by Mirip at 10:59 AM 0 comments