Catatan Hidup Seorang Aku
Wednesday, June 29, 2005
LIFE LESS NESS
Our communication - Wireless
Our business - Cashless
Our telephone - Cordless
Our cooking - Fireless
Our youth - Jobless
Our religion - Creedless
Our food - Fatless
Our faith - Godless
Our labour - Effortless
Our conduct - Worthless
Our relation - Loveless
Our attitude - Careless
Our feelings - Heartless
Our politics - Shameless
Our education - Valueless
Our follies - Countless
Our arguments - Baseless
Our commitment - Aimless
Our life - Meaningless
Our bosses - Hopeless
Our salary - Very less !!!!!!!!!!!!
Tuesday, June 28, 2005
FWD emel- asrama penyayang
>
>Baru-baru ini kami telah menziarahi sebuah asrama perlindungan yang
>menempatkan 45 orang kanak-kanak yang kebanyakannya terdiri daripada
>anak-anak orang asli, anak yatim serta anak fakir miskin yang tercicir dari
>sekolah. Anak-anak orang asli ini telah di islamkan disini dan telah
>diselamatkan sebelum pihak lain mengambil mereka untuk di kristiankan atau
>sebagainya.
>
>Asrama Penyayang Nur Iman ini terletak di Kampung Bandar Dalam, Sentul,
>Kuala Lumpur dan di kelolakan oleh Ustazah Sarimah Ali. Kini Ustazah Sarimah
>menyewa rumah 3 pintu dengan belanja RM1,350 sebulan yang dijadikan 2 buah
>asrama, sebuah untuk laki-laki seramai 24 orang dan sebuah untuk perempuan
>yang seramai 21 orang manakala sebuah lagi dijadikan surau dan pejabat.
>Kesukaran mendapatkan dana menyebabkan anak-anak ini hidup dalam keadaan
>yang begitu dhaif, mereka hanya ada tempat tidur dan makan sahaja, tidak
>lebih daripada itu. Keadaan asrama yang begitu sempit, kurang selesa dan
>hanya berbekalkan katil sahaja menjadi tempat perlindungan mereka setiap
>hari.
>
>Di atas belas ihsan orang perseorangan, dibahagian tepi sebuah asrama
>tersebut telah dibina satu kawasan seperti garaj parking kereta yang
>dinamakan "dewan" menjadi tempat anak-anak ini makan dan belajar. Keadaan
>"dewan" yang begitu sempit berlantaikan simen berpasir kasar beratapkan
>zink dan tanpa dinding amat mengharukan dan langsung tidak sesuai untuk
>pembelajaran 45 orang kanak-kanak.
>
>Keadaan mereka sungguh menyedihkan kalau dibandingkan dengan asrama
>penyayang lain. Di dalam almari pakaian diperbuat daripada besi yang sudah
>roboh pintunya dan usang diletakan pakaian harian mereka yang nampak begitu
>lusuh sekali. Begitu juga dengan kasut sekolah yang begitu usang tersusun
>di luar asrama menjadikan kami begitu insaf.
>
>Menurut salah seorang pengelola yang ditemui iaitu Puan Noraini, mereka baru
>sahaja mendapat katil daripada Hamba Allah yang perihatin. Sebelum ini
>mereka semua tidur diatas simen berbekalkan tilam buruk aje.... Menurutnya
>lagi, anak-anak ini mungkin ada yang tak biasa tidur diatas katil, tiba-tiba
>hilang, bila dicari rupanya tidur dibawah katil, orang dah biasa
>susah..........
>
>Alhamdullillah, kami difahamkan setakat ini Ustazah dapat menyediakan
>makanan untuk mereka setiap hari walaupun berbekal hanya nasi dengan satu
>jenis lauk sahaja. Anak-anak ini tak kisah makan satu lauk sahaja kerana
>mereka dah biasa susah dan tak makan. Keadaan dapur yang kami lihat amat
>menyedihkan dan serba kekurangan. Menurut Puan Noraini setakat ini bekalan
>beras belum pernah putus tapi barang-barang lain seperti bawang, cili,
>minyak masak dan sebagainya kadang-kadang menjadi masalah bagi mereka.
>Segalanya bergantung kepada belas ihsan orang ramai.
>
>Kami juga difahamkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah datang dan
>mengarahkan supaya Ustazah Sarimah mencari tempat yang lebih sesuai untuk
>anak-anak Asrama Penyayang ini, tetapi memandangkan dana yang terhad amat
>menyukarkan Ustazah untuk mencari tempat yang lebih selesa. Puan Noraini
>ada menyatakan sekiranya asrama ini di arahkan di tutup maka nasib anak-anak
>orang asli ini akan balik semula pada keadaan mereka yang bukan Islam serta
>anak-anak yatim dan fakir miskin akan hilang tempat berteduh dan tidak dapat
>terus pergi ke sekolah. Maka dalam keadan yang serba kekuranan ini Ustazah
>Sarimah meneruskan niat untuk mengendalikan asrama penyayang ini.
>
>Saudara-saudari boleh merujuk artikel berkenaan Asrama Penyayang Nur Iman
>ini yang dimuatkan dalam Majalah Anis bulan Jun 2005. Asrama ini memerlukan
>pelbagai bantuan dalam apa jua bentuk seperti bantuan kewangan, pakaian,
>pinggan mangkuk, almari, kerusi meja, kasut sekolah, kasut jalan, alat
>tulis, buku sekolah dan macam-macam lagi...........
>
>Untuk sebarang sumbangan boleh menghubungi terus Ustazah Sarimah 03-40222404
>/ 019-2519082 atau disalurkan ke akaun AM Finance no. 2272021000327.
>
>Sekian terima kasih.
Monday, June 27, 2005
lagi kematian
Lagi berita kematian, setiap yg hidup pasti mati, bertambahnya kelahiran anak2 generasi baru, yang lama makin tiada...
Friday, June 24, 2005
erti cinta
ayat abis..tak muat space sms. aku rasa sambungan dia “lah mak sayang ko anak2 mak”
SMS dari mak aku. 24/6/05@9:09:57 am.
Syukur aku datang dari keluarga yg penuh kasih sayang walaupun kami kurang benda lain. Walaupun di zaman awal remaja, menengah rendah aku selalu tak satu kepala ngan mak, tp skrg aku lebih faham kasih sayang seorang mak dan ayah selepas aku sendiri dah jadi mak orang. Tak dapat aku bayangkan kehidupan 8 org anak yatim selepas kematian ibu bapa baru2 ni..Skrg makin sayang plak kat mak ngan ayah.. hehehhehe
Yg bestnya mak aku nak post keropok lekor kat aku nanti… wahh bestnya + kuah yg mak aku buat sendiri..keropok lekor kat sini kurang best sbb banyak tepung… hihihih best best nak goreng nak makan panas2…
Family is my 1st priority. Kerja hanya sbg batu loncatan utk aku meneruskan kehidupan. (mcm tak bermotivasi lah plak aku ni)…hhohoh keja ngan org mcm nilah…kena banyakkan bersabar ye…banyakkan sabar lagik. Skit lagi skitt je lagiii
Wednesday, June 22, 2005
kakak
911
if u don't know, pls don't act as u know
Bila baca paper ari ni, mmg nampak sgt lah ko nak menyebelahi hiburan. Aku tak kata tak boleh nak berhibur, tp aku bengang seolah2 nampak sgt mcm rakyat Kelantan nak sgt konsert2.
Ko kena faham, dalam masyarakat mana2 pun. Ada 2 kelompok. 1. Kelompok yg tak sukakan hiburan. 2. Kelompok yg sukakan hiburan.
Kelompok yg sukakan hiburan ni, walau camana2 ko buat pun, mmg dia akan suka. Tp ko kena ingat satu. Kita kena ada ikhtiar utk mencegah. Kalo dah cegah, at least kurang lah masalah sosial. Itu dah cegah, kalau belum cegah tp dinaikkan lagi semangat sukakan hiburan, lagilah teruk.
Aku tahu penulis laporan tu mungkin seorang yg terlibat dgn dunia hiburan sbb tu dia tulis macam tu. Tp tak adil utk kata yg rakyat kelantan dahagakan hiburan. Yg datang tu berapa kerat je lah. Itu normal mana2 konsert, akan ada yg pergi. Tp utu tak menggambarkan keadaan sebenar masyarakat yg dahagakan atau nak sgt konsert2 diadakan. Bila ko tulis mcm tu, nampak sgt kedengkelan ilmu ko tu. Isk, iskk
Nape aku nak marah sgt kat dia ni????
Aku bukan nak kata kelantan ni bagus sgt, sampai tak boleh org komplen/kata apa. Tp kalo benda2 bagus dikata tak bagus, mmglah aku tak suka. Kalau hiburan disekat tu dikatanya tak bagus, maknanya ko mmg sukalah org terlompat2, “terpegun” dgn aksi2 ko tu…
Cthlah; mcm jugak pakai tudung, tak de la semua org2 perempuan pakai tudung kat sana, mmg ada yg ikut trend pun, esp remaja2, tp sekurang-kurangnya board2 iklan di sana memaparkan kaum wanita dia bertudung. Itu peranan kerajaan nak mendidik masyarakat. Tp ada plak yg kata, merosakkan board2 iklan tu sbb ditutup dgn warna putih part rambut model. Org ni mmg macam2…tah le kan.
Tuesday, June 21, 2005
sedekah jariah
1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.
2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.
3. Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.
4. Bantu mendidik seorang anak.
5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.
6. Berkongsi CD Quran atau Do'a.
7. Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.
8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.
9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.
10. Hantarkan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat. Insyallah.
More careful
Please allocate some of your time to read this....... Be careful!
Dear friends,
I received a news about the recent tactic used to spike girls'
drink.
It is a cheap and widely used method. This method is used in Canny Ong
murder.
Rapist use this method.
Coca-cola+ ajinomoto/ monosodium glutomate= a
medicine which will cause drowsiness and excitement in the victim.
This mixture is poisonous if used too often on the victim. Please send this
to all your female friends and ask them to beware. DO NOT accept
coca-cola or any other drinks from stranger / even if it is your friend that you are
not very close with.
Regards,
Hishamuddin Alias ( ASP )
Jabatan Siasatan Jenayah Berat
IPK Kuala Lumpur
Monday, June 20, 2005
loghat kelate
====
to sesape yang nak belaja loghat kelantan atau yg
ade hajat nak kahwen dgn org kelantan..baik blajar
kalu x..pening ppalo..heehehe..:P
Ada cerita di sebuah sekolah rendah
di luar Kelate yg guru besarnya orang Kelate. Satu
hari budak-budak ternampak ular. Jadi kata
cikgu,"cepat-cepat lah katok". Budak-budak pun
heran dan jawab balik, "bukan katak cikgu, tapi
ular."
Hmmmm konpius... Katok =pukul, balun, hentam
Vocabulary :
Bokbong - spesis musang
Ttuyup - pepatung
Pok Kor - spesis mengkarung
Ike Kkhonge - ikan cencaru
Gelenyar,Gletah = mengenyam, getik
Absorber = saksoba
Supik Gelenyar - plastik bag (yang nipis tu.)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab "tuffah" = epal)
Gaduh, bbaloh = kelahi
Ggaduh = nak cepat (double `G' means sabdu)
Saka = gula (sekarang sudah jarang digunakan oleh generasi baru)
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok = buang
Ghohok = susah, payah
SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don't worry, be happy!!!
WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.
DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth enough)
Kelantan + English?? = "Kelantalish"
Contoh:
POZEK (deposit),
RIZAT (1.result 2. reserved),
NNEJA (manager),
ISTEK (estate),
SUWIH (switch),
MERKET (market), dll...
Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:
manis LLETING
masin PPEGHAK
pahit LLEPE
mase PPUGHIK
tawar EBER
putih SSUEH
hite LLEGE
biru KKETU
kuning NNEHE
kenye BBONYAH
comel LLOTE
gemuk DDEBOK
busuk BANGA
hapok KOHONG
Ada beberapa "bunga bahasa" dalam loghat
kelantan yang unik.. Antaranya:
YAK = lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!"
DEH? = memohon restu atau persetujuan...lebih kurang "OK?",
GAK = lebih kurang "habis tu.." atau "so.."
PAH? = lebih kurang "GAK"
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = "ya lah.." atau "yes"
DOCK? = lebih kurang "bu(kan)?", "betul tak?" atau "isn't it?"
Seperkara lagi, ada diantara perkataan dalam penggunaan biasa loghat Kelantan di anggap
TABOO dalam loghat yang lain, atau sekurang-kurangnya tak manis didengar pengertiannya di dalam loghat tempat lain...
Yang popular digunakan antaranya:
CEBOCK : kita maksudkan 'cedok', selalunya untuk cecair, mencedok air. Banyak tempat sebelah pantai barat membawa maksud "basuh b***k" (istinja).
PPATAK : kita maksudkan 'paling bawah'. Mencarut bagi mereka...
JEBUR : kita maksudkan 'botol' (kurang popular sebenarnya, tapi org tua-tua masih guna perkataan ni...) Kalau silap dengar, lain maksudnya.
KOTER : kita maksudkan "kelapa tua yang kering tak berair" (ingat slogan CAWAT KOTE?) di kebanyakan tempat, ianya mencarut juga!!
TTINO : kita maksudkan 'perempuan' tapi bila sebut BETINA, ramai yang marah.(begitu juga JATE...)
AIR TUAK : kita minum di bulan puasa, buat berbuka!!! Bagi orang luar, TUAK adalah Haram (sama taraf dengan TODI & ARAK...)Yang fresh & manis tu dipanggil NIRA.
NNATE : kadangkala "simbol" kemesraan antarakawan...cuba direct translate jadi BINATANG... Boleh bergaduh nanti...
SUKU SAKAT : bagi kita,bermaksud "tidak kena mengena", bagi org KL, ia bermaksud "kaum kerabat" contradict betul!!!
Biasanya perkataan yang berakhir dengan
`an','am','ang' diganti dengan `e'. cth : Jangan=jange
Lengan=lenge
Geran=gere,
Pisang=pise
Malam=male BUT NEVER NEVER & NEVER apply this formula on words like pelam(mangga) & pelan.
Akhir sekali, peranan "SABDU" dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan boleh membezakan langit dengan bumi.
Sekadar contoh,
Tanpa 'sabdu' orang boleh patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya disebut MAKE KKETENG (eating at the canteen)!!!
Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) dengan TOK PPAKA (useless).
Atau keliru diantara KECEK(tipu) dengan KKECEK (bercakap)
so itula tutorial kite ttg bhs kelantan...i enjoy it very much..hope u too...
Friday, June 10, 2005
Pramugari koma di tanah suci
====
Subject: Fwd: FW: Pramugari koma di tanah suci..Mesti Baca
Untuk renungan bersama ......
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya
menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai
pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak
peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan
sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan
30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya
menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan
masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu
saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di
Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya
di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.
Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron
untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah
anak sulung dalam keluarga.
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan
haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas.
Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan
haji.Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami
menuju ke Madinah.
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di
Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan.
Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran
wanita terbabit.
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi
Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.
Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya
pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata
saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta
merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa
yang sedang berlaku.
"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat
tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.
Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya
ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. sementara
itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri.
Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya,
namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.
Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar dihospital berkenaan.Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.
Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil
keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??
Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?"
"Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.
Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji ini?"
"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada
sesuatu ke yang kakak alami semasa akit?" tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,
"Mazlan...Allah itu maha besar, maha agung, maha kaya. Semasa koma
tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas
segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"Betul mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak di tarik dengan bara api.
Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya.Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat drp bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka. buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main.
Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa.Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.iekah untuk mengerjakan ibada Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak.
Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.
Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja.tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar."Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api.Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.Baunya cukup busuk.
Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat
yg soleh.
Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. benarlah, Allah itu maha agung dan maha berkuasa. kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.
Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat...kakak taubat nasuha,"katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke bilik- nya semula selepas sembahyang subuh.
"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.
"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
"Tak boleh Mazlan. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan.Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat."
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10
orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakakini, bermakna
kakak mendapat 10 dosa."
"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni???Allah..."
"Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar.Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis.Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu
percaya bahawa "Oh...memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." itu dah terlambat.
REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN WAKTU KAYA SEBELUM
MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU
MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI
Wednesday, June 08, 2005
Prevention better than cure
HEADACHE? EAT FISH!
Eat plenty of fish -- fish oil helps prevent headaches.
So does ginger, which reduces inflammation and pain.
HAY FEVER? EAT YOGURT!
Eat lots of yogurt before pollen season.
Also-eat honey from your area (local region) daily.
TO PREVENT STROKE DRINK TEA!
Prevent buildup of fatty deposits on artery walls with regular doses of tea. (actually, tea suppresses my appetite and keeps the pounds from invading....Green tea is great for our immune system)!
INSOMNIA (CAN'T SLEEP?) HONEY!
Use honey as a tranquilizer and sedative.
ASTHMA? EAT ONIONS!!!!
Eating onions helps ease constriction of bronchial tubes. (when I was young, my mother would make onion packs to place on our chest, helped the respiratory ailments and actually made us breathe better).
ARTHRITIS? EAT FISH, TOO!!
Salmon, tuna, mackerel and sardines actually prevent arthritis. (fish has omega oils, good for our immune system)
UPSET STOMACH? BANANAS - GINGER!!!!!
Bananas will settle an upset stomach.
Ginger will cure morning sickness and nausea.
BLADDER INFECTION? DRINK CRANBERRY JUICE!!!!
High-acid cranberry juice controls harmful bacteria.
BONE PROBLEMS? EAT PINEAPPLE!!!
Bone fractures and osteoporosis can be prevented by the manganese in pineapple.
PREMENSTRUAL SYNDROME? EAT CORNFLAKES!!!!
Women can ward off the effects of PMS with cornflakes, which help reduce depression, anxiety and fatigue.
MEMORY PROBLEMS? EAT OYSTERS!
Oysters help improve your mental functioning by supplying much-needed zinc.
COLDS? EAT GARLIC!
Clear up that stuffy head with garlic. (remember, garlic lowers cholesterol, too.)
COUGHING? USE RED PEPPERS!!
A substance similar to that found in the cough syrups is found in hot red pepper. Use red (cayenne) pepper with caution-it can irritate your tummy.
BREAST CANCER? EAT Wheat, bran and cabbage
Helps to maintain estrogen at healthy levels.
LUNG CANCER? EAT DARK GREEN AND ORANGE AND VEGGIES!!!
A good antidote is beta carotene, a form of Vitamin A found in dark green and orange vegetables.
ULCERS? EAT CABBAGE ALSO!!!
Cabbage contains chemicals that help heal both gastric and duodenal ulcers.
DIARRHEA? EAT APPLES!
Grate an apple with its skin, let it turn brown and eat it to cure this condition. (Bananas are good for this ailment)
CLOGGED ARTERIES? EAT AVOCADO!
Mono unsaturated fat in avocados lowers cholesterol.
HIGH BLOOD PRESSURE? EAT CELERY AND OLIVE OIL!!!
Olive oil has been shown to lower blood pressure.
Celery contains a chemical that lowers pressure too.
BLOOD SUGAR IMBALANCE? EAT BROCCOLI AND PEANUTS!!!
The chromium in broccoli and peanuts helps regulate insulin and blood sugar.
Kiwi: Tiny but mighty. This is a good source of potassium, magnesium, Vitamin E &fiber. It's Vitamin C content is twice that of an orange.
Apple: An apple a day keeps the doctor away? Although an apple has a low Vitamin C content, it has antioxidants &flavonoids which enhances the activity of Vitamin C thereby helping to lower the risks of colon cancer, heart attack & stroke.
Strawberry: Protective fruit. Strawberries have the highest total antioxidant power among major fruits &protects the body from cancer causing, blood vessels clogging free radicals. (Actually, any berry is good for you..they're high in anti-oxidants and they actually keep us young.........blueberries are the best and very versatile in the health field........they get rid of all the free-radicals that invade our bodies)
Orange: Sweetest medicine. Taking 2 - 4 oranges a day may help keep colds away, lower cholesterol, prevent & dissolve kidney stones as well as lessen the risk of colon cancer.
Watermelon: Coolest Thirst Quencher. Composed of 92% water, it is also packed with a giant dose of glutathione which helps boost our immune system. They are also a key source of lycopene - the cancer fighting oxidant. Other nutrients
found in watermelon are Vitamin C &Potassium. (watermelon also has natural substances [natural SPF sources] that keep our skin healthy, protecting our skin from those darn suv rays)
Guava &Papaya: Top awards for Vitamin C. They are the clear winners for their high Vitamin C content. Guava is also rich in fiber which helps prevent constipation.
Papaya is rich in carotene, this is good for your eyes. (also good for gas and indigestion)
Tomatoes are very good as a preventative measure for men, keeps those prostrate problems from invading their bodies.
Pesanan Ibu & How to use Alfatihah
=====
Subject: [melayucyber] Pesanan Ibu .
utk para suami, baca dan renungkan....
utk para isteri ambil iktibar ......
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Setiap kali menjelang ramadhan tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun. Diantara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika bulan puasa selepas bersahor sementara menunggu waktu solat subuh ibu akan memanggil kami semua (3 orang anak perempuannya - ibu mempunyai 4 orang anak perempuan seorang dah berumahtangga dan dua orang anak lelaki) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika itu saya masih lagi bersekolah menengah rendah dan ayah pula meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan.
Ibu : Apa yang nak ibu cakap nie....dengar baik-baik lebih-lebih lagi pada Ateh (anak no. 3) dan Acik (anak no.5). Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampung siapa pada hari raya pertama. Betul tak??????
Ateh & Acik : Betul....mestilah ghumah ibu dulu.........
Ibu : Dengar dulu....contohnya jika rumah kamu di Tanjong Malim, rumah ibu di Cheras dan rumah mentua kamu di Johor, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?
Ateh & Acik : Ghumah ibulah.....sebab dekat
Ibu : Tidak.......ibu tidak izinkan kamu balik ke sini.........baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu........ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun.
Ateh : Mengangguk.......(tanda faham ler tue...... dia nie banyak ikut perwatakan ibu....penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit, sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut....diantara kami adik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam islam seperti ibu juga).
Acik : Mana boleh macam tu tak aci lahhhhhh......kena gilir-gilirlah baru adil. (dia nie memang kaki bangkang pun.....outspoken skit kalau dia tak puas ati)
Ibu : Ingatlah......jika anak-anak perempuan ibu sayangkan ibu dan inginkan kebahagian ibu di akhirat nanti...taatlah pada suami dan mentua kamu........
Acik : Macam kaum h**** lak. Dah kawin tak boleh gi rumah emakbapak.
Ibu : Bukan macam tu......islam tu indah.......setiap anak-anak perempaun yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu..... dan seperkara lagi.....untuk menjaga suami tidak sesusah mananye... hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut islammmm......JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA. InsyaAllah dia tak akan kemana.....kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga. Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala.
Ditakdirkan Allah Ateh bernikah dengan abang ipar yang yatim piatu......jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak masih mempunyai ibubapa mentua . Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di Kedah).
Dengan takdir Allah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba di rumah ibu. Ibu terkejut tapi saya rasa.........terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar...
Ibu : Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?
Abang ipar : Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia nie memang malu sakan dgn ibu).
Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu?
Abang ipar : Tidak bu.......saya izinkan keluarga saya beraya di sini.
Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?
Abang ipar : Mereka tiada halangan. (dalam hati saya rasa terkilan..........apalah ibu nie....biarkan jerlah Acik nak beraya di sini)
Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu. (abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu....lama gak ibu bergayut dengan besannya). Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini. (sambil menitis airmata) Terima kasih kerana membawa anak dan cucu- cucu ibu ke sini.
Apabila habis bulan syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal di rumah. Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuan nya kearah islam tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka. Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulong tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang lain....(tak boleh cerita panjang.........dah masuk bab mengumpat lak.......).
Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya. Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga......masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah seorang menantu yang disenangi.
Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri......sempurnakah sudah aku sebagai seorang menantu? Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah?.........berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku dulu???????? Ya Allah.....berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai.....Aminnnnnn
Selamat menjalani ibadah puasa agar ibadah nie dapat menyihatkan iman dan fizikal kita.
Wassalam
====
From Dr. Fatma’s tafsir Al-Quran class today.
How to use the Surah Al Fatihah
1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the
time :
Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.
2. For terminal diseases:
Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and
take a bath with that water.
3. For the mentally ill:
Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person’s
head once in the morning and once at night, everyday
without fail.
4. When in extreme pain:
Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and
drink it. Then, read the Al-Fatihah while rubbing
the area that is in pain.
5. For babies who cry at night or at any time:
Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby’s head.
6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the
door
Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your
saliva from the “langit-langit” of your mouth and
rub it onto the injured area.
All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:
Believe that the Al-Fatihah is the best “penawar” for everything
Read it with full “khusyuk”
Tawakal to Allah
Use it with GOOD “niat” /intentions.
Untuk yg berhajat: (percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebagai nye)
Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknye waktu Maghrib.
duduk menghadap kiblat
lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita
Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib.
Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first “Allahuakbar” dilaungkan, terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yg MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.
Buat sebanayk 3 Jumaat berturut turut
Mintak lah yg baik gaik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh
Allah.
Wallahualam.
anak umi
Ya :Bukanlah, I love u, yu yu yuuuu..
isk budak ni, ada ke patut, umi ajar lain, dia ingat lain plak... hehehhe
Umi doakan adik selamat dunia akhirat,
ummmpphh, sayang anak umi
Masjidil Haram
[Fwd: Ini adalah hasil intipan dari IKONOSSatelite milik Space Imaging Inc, AS.]
Ini adalah hasil intipan dari IKONOS Satelite milik Space Imaging Inc, AS.
Masjidil Haram yang 'diintai' oleh AS pada 31 Oktober 1999 itu menampilkan
fenomena menakjubkan. Terlihat di gambar hanya bahagian Masjidil Haram saja
yang berkilau sementara bangunan di sekitarnya tampak lebih gelap. Subhanallah.
(NASA Astronomy Picture of The Day) Gambar ini berhasil diambil oleh
Satelit IKONOS milik Space Imaging Inc. sebuah perusahaan Amerika Syarikat.
Amerika Syarikat 'mengintai' kota Mekkah dan sekitarnya.
UNTUK TUJUAN APA YA????
Ternyata Kompleks Masjidil Haram tampak lebih bersinar dibanding bangunan-
bangunan lain di sekelilingnya. Adakah ini merupakan bukti dari janji Allah dalam
Surah Ar-Rahman 37 dan Al-Fushilat. Subhanallah.
Kita melihatnya kini apa yang telah diucapkan 1400 tahun lalu oleh Muhammad SAW, firman Allah dalam Al-Quran Surat Ar-Rahman 37: "Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi
MAWAR MERAH seperti(kilapan) minyak. Maka ni'mat Tuhan kamu yang manakah
yang kamu dustakan?" [QS. Ar-Rahman55:37-38]
Subhanallah, Maha Suci Tuhanku dan sungguh benar Muhammad adalah Rasul-Mu! Sungguh benarlah firman-MU:
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala
wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran
itu adalah benar.Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas
segala sesuatu?" [QS. Al-Fushshilat]
Thursday, June 02, 2005
buah hati pengarang jantung
Dialog tak nak bagi aku gi kerja
Ya : Ya tido, umi work, abah work
Ya1:Lambatnya umi balik.petang pun work jugak
Dialog tak kedekut duit
Umi : Ya kena simpan duit, nanti kang nak beli katil. tak de duit macamana nak beli katil kartun?
Ya : Ya ada duit
Umi: Mana ?
Ya : Dlm tabung
Umi:la mana cukup, duit Ya berapa je tu
Ya : Umi pinjam la duit Ya dulu, (sambil ambik duit 50sen pass kat aku)
Syukur aku ada buah hati ni..walaupun aku kurang benda lain kat atas dunia ni, takpelah.. janji aku ada anak penawar hati...
Aku doakan dia bahagia sentiasa didunia dan akhirat.
Betullah org kata, tak de nilainya anak bg ibu bapa. skrg aku pun faham macamana mak aku sayang aku..:))
ari tu baca paper.
seorang ayah nak jual anak dlm kandungan isteri kedua dia sbb buat nak belanja anak sulung isteri kedua yg sakit. Aku bukan nak komen dia kawin 2 ke, 3 ke, 4 ke.. tp yg aku pelik.
1. Sanggup jual anak
2. Sanggup berhentikan anak sulung dgn 1st wife yg baru drjh 6 semata2 utk tolong jaga emak dia yg sakit
(Maklumla isteri tua dah sakit, takkan nak jaga wife sakit plak kan, so jln senang kawin ajelah lagi satu..wife sakit tak pe, bg jelah anak jaga.. anak tak pi sekolah pun tak pe, sekali dapat anak baru, anak baru plak sakit, tu yg kena juallah anak dlm kandungan)
(tp dah tak jadi jual anak dia sbb kerajaan Negeri Melaka bg bantuan duit perubatan anak dia yg sakit) Kasih seorang suami dan ayah????...Tah le zaman sekarang.. kaum2 lelaki, apa komen anda?
wallahullam