Catatan Hidup Seorang Aku
Friday, July 29, 2005
Murah Rezeki
aku murah rezeki
br je sudah dgr tazkirah dr ustazah BAKIT pasal murah rezeki,
tup2 aku dihadiahkan buah TIN (buah kering dr Mekah tu) dr seorang kenalan. Kakak berpangkat emak mungkin ..
Syukur alhamdulillah..
aku nak bayar tp dia kata dia sedekah je.. dia halalkan.. Thanks.. semoga Kakak ni juga murah rezeki di atas kebaikan dia menghadiahkan aku buah ni.. Tp aku lupa nama dia.. argghh aku selalu bercakap tp aku tak tau nama dia .. mcmana ni???
Tips dr Ustazah tadi:
****Solat sunat zawal 4 rakaat sblm masuk waktu zuhur utk murah rezeki.
Kalau zuhur masuk 1.30, semayang ni waktu dia 1.25 pm.. kejap je waktu dia.. InsyaAllah****
2. Kiamat Makin Dekat. CD ni best. aku yg bukan kaki TV/CD pun suka tgk.. mmg best sbb ada sedih dan kelakar dlm satu.. KMD menyentuh emosi.. pandai pelakon utama dia (HERO baru) alamak tak tau nama daa bawa watak... 2 mlm berturut2 tgk .. tp mlm kedua, mata dah zzzz sblm cd habis...
Monday, July 25, 2005
sehari di hari cuti
Ke Tmn Agro Putrajaya- Nak makan buah - bayar 8rm (dewasa) bleh makan buah salak, pulasan, rambutan, durian, manggis, duku-makan sepuas-puasnya.(tahu dr newspaper)
2.30 pm bertolak dr rumah
3.30 pm sampai
3.45 pm masuk
sekali bleh masuk free je sbb tinggal buah durian n buah duku je,, yg lain dah kena balun kat org2 terawal.. heheh.. nasib lah kan.. sape suruh dtg lambat..
rupanya pak cik guard tu kata sambutan di luar dugaan .. patut la dah habis tiket...
sempat la makan 3-4 biji jugak buah durian..tp cik abe tak mo mkn dah sbb ramai sgt org, pastuh nak kena beratur (emm nasib badan lagi le cik abe tak suka beratur n tmpt ramai org)...
4.15 pm keluar dr "sarang"
round2 skit,
tgk pertunjukan fesyen.. tp tak leh tgk sbb nak tergelak kat model2 yg klakar. bg aku le. kalopun bukan bg org lain.. nak minum lai ci kang tp ada org tak nak plak..
4.30 pm. singgah alamanda
6.15 pm menuju masjid putrajaya -- sadis pemandangan kat situ, dah jd tmpt pelancongan. bukan dah jadi tmpt beribadat sgt.. budak2 motor rambut merah pon melepak relax2 je kat depan tu.. tak masuk yg berpelukan lagi.. itulah harga yg perlu dibayar kalau sesatu tmpt ibadah dah jadi tempat pelancongan.. teringat perkara yg sama berlaku pd MASJID BIRU di TURKI.
7.00 pm. keluar dr masjid. tak pasang plak ngaji ke apa ke macm masjid2 lain.. Org mmg penuh berkeliaran kawasan tu. Bertolak balik
7.30 pm. Singgah masjid hulu klang. Dah lama tak singgah sana.. Masjid yg best bacaan quran esp waktu solat terawikh..
8.30 pm. Isi perut la plak.. lapar.
9.30 pm. arrive home. Relax2, baca paper. Ya dah tidur awal . penat la tuh.
11.30 pm. zzzzzz
Wednesday, July 20, 2005
Kuasa Allah
+++++++++
Subject: Fw: apa ada di Kampung Kota Lama, Kuala Kangsar, Perak???
"Demi langit yang mengandungi hujan ... dan bumi yang mempunyai tumbuh tumbuhan ... sungguh (Al Quran) itu benar-benar pemisah di antara yang hak dan yang batil ... dan Al Quran itu bukanlah senda gurauan".Surah At Tariq 86: 11 - 13)
Subject: FW: Tulisan al-Quran hilang dari naskahnya........
salah satu tanda hari akhiratMalam tadi dalam rancangan Misteri Nusantara yang sempat saya rakam, antara paparannya adalah lenyapnya tulisan al-Quran dari naskahnya yang berlaku baru2 ini di sebuah kampung di Kuala Kangsar, Perak. Wartawan Misteri Nusantara Shahnun Hanif Suhaimi yang mendapat panggilan seorang lelaki di Kampung Kota Lama, Kuala Kangsar, Perak telah bergegas ke lokasi menemui pemilik al-Quran iaitu seorang guru agama yang merasa pelik dan hairan apabila mendapati 4 pages dalam naskah al-Qurannya yang dimiliki selama 40 tahun hilang tulisannya begitu sahaja, sedangkan dia menggunakannya hampir setiap harikhususnya ketika mengajar anak2 muridnya mengaji.
Berdasarkan hadis Sahih Bukhari dan Muslim, antara tanda2 Kiamat ialah apabila al-Quran diangkat ke langit.Penduduk kampung mengaitkan kejadian aneh ini dengan tanda2 Kiamat tetapi sejauh mana kebenarannya masih menjadi tanda tanya.
Hajah Khatijah seorang guru agama berusia 74 tahun telah menggunakannaskah al-Quran ini 40 tahun lamanya. Ia diterima sebagai barangan pusaka ibu saudaranya yang mewasiatkan agar selalu membacanya.Kejadian ini disedari ketika Hajah Khatijah membaca al-Quran selepassembahyang Isyak dan apabila sampai ke juzuk 13 dia mendapati tulisannya telah lenyap walaupun sebelum ini tulisan ini ada.Menurutnya yang telah khatam membaca naskah al-Quran ini lebih 40 kali tidak pernah melihat adanya helaian kosong atau misprint. Katanya jika ia disebabkan oleh tindak balas kimia, mengapa hanya 4 helai sahaja yang hilang dan tidak di muka surat lain. Naskah ini juga menurutnya disimpandengan baik tidak terkena air atau bahan kimia.Kehilangan ayat dalam naskah al-Quran ini membabitkan ayat dalam surah Ibrahim dan surah al-Hijr.Naskah al-Quran lama ini yang dicetak oleh Sulaiman Press di 85, Lebuh Acheh, Penang, tidak lagi dijual.
Wartawan Shahnun Hanif Suhaimi yang melihat lebih dekat naskah tersebut mendapati tiada kesan ianya dipadam atau kemungkinan helaiannya ditukar.Walau apa pun yang berlaku hanya Allah sahaja yang tahu dan Allah maha berkuasa ke atas segala sesuatu.
+++++++++
Assalamualaikum wrt wbt,
Ketika dalam perjalanan dari Kuala Trengganu ke Kuantan, sekitar Cherating Sabtu 4 Jun 2005 5:15 petang, anak-anak saya dibelakang menjerit warna hijau kat awan. Mulanya saya tak ambil kisah, tapi mereka semakin bersorak. Lalu saya berhentikan kenderaan dan melihat bermula dari satu garisan hijau, selepas itu menjadi satu bulatan yang warna warni (warna pelangi). SubhanAllah, begitu cantik warna-warna yang berlingkar disekitar awan. Walaupun ianya fenomena semulajadi, tetapi ianya menunjukkan betapa hebatnya ciptaan Allah, yang mewarnai langit hanya dengan sekumpulan awan dan pancaran matahari.
Dilampirkan ialah antara gambar yang diambil ( pandangan mata adalah lebih cantik dari foto ini)
Monday, July 18, 2005
KOmentar buku bagus banget
1. Not music sbnrnya dicipta oleh Org2 Islam.
DO RE MI FA SO LA SI - asalnya dr huruf2 Al Quran.
DAL RO MIM FA SOD LAM SIN
Music digunakan oleh Al Farabi utk merawat peasakit dizaman khalifah dulu (tak ingat nama)
tak smpt nak tulis prev tp mmg bagus buku ni.. walaupun fiksyen tp diselitkan dgn Fakta2 menarik.
Mcm juga buku MARIA (kalo sesiapa sudah baca) kisah benar zaman Kamal Attaturk. Buku ni tak lepas di Malaysia. Di banned sbb dia menerangkan kekurangan hujah2 dlm Bible.. Fiksyen dlm bentuk fakta mmg jarang 2 penulis dapat tulis.. tp sbnrnya karya2 sebiginilah yg bermutu dan dpt meyedarkan org Ramai.(buku ni nipis je kulit kaler biru).. ntah lah tak tau apasal buku2 mcm ni yg kena banned, buku , mag xxx tak plak di banned dr pasaran..
Dulu aku ada kawan yg passkan buku MARIA ni pd aku. tp skrg dah lost ctct nagn dia.. aku tak kenal dia tp terus call n ckp nak pinjam buku MARIA ni , n dia pon dgn senang hati passkan kat aku dan siap pesan sebar2kanlah.. sbb kalau nak cari kat kedai kat Malaysia ni alamat tak jumpa lah.. buku ni biasanya student malaysia yg study kat Mesir yg beli..
aku rasa lepas ni aku kena masuk balik site lama aku dulu2 utk cari balik kengkawan lama dan share balik buku2 best..
Thursday, July 14, 2005
new books
1.cukup duit hati senang
2.tips mendidik anak pintar (tanpa gangguan syaitan)
2 good books to books lover.
Future:
1.Advancer Si Peniup Ney -Faisal Tehrani (lama dah tak beli fiksyen after KL Dimana SuamiKu)
Menunggu hari:
Things to buy
1.Car seater @ carrier(which one is better?)
2.Baby blanket (optional)
3.Drawer
Apa lagi ek..
Thursday, July 07, 2005
Tiada Ada, Ada Tiada
kebetulan isnin dah mmg mintak cuti ganti
Selasa -sambung cuti - sedara makin nazak
Rabu -EL lagi sedara meninggal.
melihat kematian didepan mata makin mengingatkan aku ttg kematian. Ye setiap yg hidup pasti mati..Umur arwah menjangkau 100 thn, dlm IC pun 95 thn. Umur sbnr mungkin lebih lagi..Allah berikan nikmat umur yg panjang kpd arwah...
dulu preg 8 bulan, ada sedara yg umurnya 70-80 meninggal,kali ni pun sama.
Yang tiada ada, yang ada tiada.
*****
Dialog minggu lepas.
Ya: Tok, tok buat apa tu?
Tok: Tok jahit baju Ya
Ya: Nak tgk
Ya:Oo0 baju Ya ni?
Ya: Tok nak tgk yg tu (pingat Che Teh)
Tok:Tak boleh
Ya: Sikittttt je (ngan muka ngan tgn)
(Berjaya dapat tgk pingat praktice gaya memujuk.)
Tok: Ya sayang Umi ke sayang Abah?
Ya: Sayang Tok
(lain yg ditanya lain yg dijawab)
Tok: Ya sayang Tok ke Tok Wan?
Ya: Sayang Tok, Sayang Tok Wan .
(pandai plak guna ayat ambik hati dedua orang...hhehehe)
***diceritakan semula oleh Tok Ya aka Mak
Friday, July 01, 2005
Sabar
Kalu rasa tensen lagik, pk pulak macamana rasa org yg keja tgh panas terik bawah cahaya mentari.
Kalu tensen lagik, pk apa jadik kalu tak de keja ni????
Sabar!!!