Catatan Hidup Seorang Aku

Wednesday, September 27, 2006

Awas perangkap Muslim Ladies

FWD MSG.
Betul atau tidak, berhati2lah..doakan anak2/adik2 dan kita sendiri.. dunia skrg makin kalut..makin ribut..
*****
Awas perangkap anak-anak perempuan Islam
http://www.tranungkite.net/v3/modules.php?name=News&file=article&sid=1145&mode=&order=0&thold=0
MUJAHID304 menulis "Pada hari Sabtu (22/07/2006) yang lalu, saya telah berkesempatan mengikuti satu sessi "Ceramah Keibubapaan" di sekolah menengah agama berasrama penuh dimana dua orang anak perempuan saya bersekolah. Penceramah jemputan yang pihak PIBG sekolah jemput adalah Dr. Rubiah Kulup Hamzah. Selain menjadi penceramah motivasi, Dr. Rubiah juga adalah pensyarah part-time di UM, UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakkan NGO Islam.Disini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan, iaitu isu "Murtad" dan "Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan"

PERANCANGAN
Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yang lain, pihak-pihak yang memusuhi Islam,
terutamanya pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam
sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya
menjadikan"Dunia Hiburan" dan "Dunia Sukan" sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai "Perangkap" yang digunakan oleh pihak kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua. Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.

MEMIKAT
Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim
galakan kepada para jejaka kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis
melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagi teknik memikat akan digunakan dan ia
bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua
adalah, sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja. Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, samada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga. Kemudian, mereka akan berlakun seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adakah "Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?", "Didalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak", "Saya tertarik dengan tingkah laku awak". "Saya ingin mengenali awak dan agama awak
dengan lebih dekat lagi" Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka kristian ini apabila sijejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.

PERANGKAP
Apabila sijejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan
persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu "gentleman" sekali. Mereka akan ke
perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain Pendek kata, sepanjang
persabatan mereka, cubaan "ringan-ringan" pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibubapa. Satelah kian lama
bersama serta mendapati sigadis telah mula ada perasaan cinta, sijejaka akan menunggu dengan sabarnya
ketika untuk memulakan "langkah sebenarnya" yang pertama. Apabila sigadis didapatinya mula terleka,
mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga sigadis
TerNODA. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.

DILEMA
Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua,tiga atau seterusnya. Sebab bagi sejejaka, perangkapnya hanya dikirabenar-benarmengena apabila sigadis didapati berbadan dua. Pada ketikaini, sijejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Sejejaka kononnya akan bertanggungjawap diatas perbuatan mereka seraya berkata "Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama" Seterusnya kata sijejaka "Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara. Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa. Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak diluar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya" Kata sijejaka lagi "Kalau kita berkahwin secara agama
saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan dihadapan paderi digereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary
(Mariam) yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita" Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita.Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana
mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.

MURTAD
Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis
melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa
disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama
(murtad) dipejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama
rancangan mereka. Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya mendapat 2 juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi
katanya lagi, untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan umat melayu Islam bagi menghalang usaha mereka, adalah sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasan mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan demi alasan diterima???hinggalah satu masa nanti saudara mara terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu mangsa. Adalah diharap, satelah perhimpunan di Masjid Wilayah, Ahad yang lalu (23/07/06), lebih 2 juta tanda tangan telah berjaya diterima. Dimanakah semangat kita? Kita belum lagi diperlukan untuk mengangkat senjata. Maka,marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling tenaga agar gejala ini tidak terus melanda agama dan negara.

DOA
"Doa adalah senjata para mukmin". Satelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar
anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di
Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana. Amin??Ya Rabbil
A'lamin.
posted by Mirip at 3:50 PM 0 comments

Wednesday, September 20, 2006

Warga KL

Kalau kau naik pengangkutan awam,lepas tu kau tertidur..jaga2, takut nanti tak de siapa pun yang nak tolong kejutkan kau dari tidur kau yg lena tu..

hari tu mmg malang sungguh bagi aku..udahlah paginya memang dari mula sampai last aku berhimpit, masa balik pun berhimpit jugak.. (ok tak kisah aku dah biasa susah naik tren, sbb aku tak nak drive).. bila kau dah letih sgt, dapat plak tempat duduk walaupun dah nak dekat kau duduk je lahkan.. itu aku lah tu.. duduk punya duduk, aku rasa mcm baru je aku duduk lepas tu aku rasa kosong je, gelap je.. apa lagik tidur la :) .. bila aku sedar balik..sbb lambatnya nak sampai...aku tgk Wangsa Maju. ... bila aku bukak mata sekali lagi.. hoh terkejut sbb stesen JELATEK.. alamak.. aku sebenarnya dah patah balik tren...

apalagi terus bangun keluarlah kan sblm pintu tutup... lambat lagi la aku ambik buah hati aku hari ni.. dah lah hari hujan.. tp aku mcm bengang la jugak kat warga KL ni , ada ke tak de sorang pun kejutkan aku masa sampai kat PUTRA GOMBAK sedangkan tak pernah lagi sepanjang aku naik tren balik kerja tren tu kosong bila sampai kat stesyen tu...

bila patah balik naik tren, tak lama lepas tu dapat duduk. Adik depan aku tgh syok tidur lena.. (dia pun mcm aku) tak sedar apa.. bila sampai stesen last, aku tgk dia tak sedar lagi.. SAH. Tak nak dia rasa apa yg aku dah rasa, aku terus kejut dia.. dia pun ngan terkebil2, terkejut..aku senyum je..

Adik tu: Thanks kak, nasib baik akak kejut, kalau tak saya mmg tak sedar apa tadik
Aku : Tak pe, saya pun dah terkena tadik.
Adik tu +Aku : sama-sama senyum

Jadik...sbb aku bengang ngan warga KL, ngan putra, ngan org suka hati dia berhenti tgh jalan nak pick up org (tak leh ke tepi skit ke?).. esok tu terus aku drive sendiri sampai hari ni..

Haaa.. kan putra LRT dah rugi sbb aku, penumpang tetap dia dah tak nak naik tren lagik... hehehe.. Byebye Putra, byebye Abg jaga parking, byebye Abg jual nasik lemak..

KL- bandaraya tak terjangkau dalam fikiran aku yg suatu hari nanti aku akan kena berkhidmat kat sini, tinggal kat sini, bermastautin kat sini...tp hati aku still kat sana.... suka dgr kawan2 aku boleh balik sana.. tp diorang senang je sbb bujang lagik..

KL- kota kosmopolitan- macam-macam ada, kota rezeki, kota maksiat, kota ilmu....

my kids: umi sentiasa doa anak umi selamat dunia akhirat..walaupun hati umi mmg takut sgt kalau dgr mcm2 cerita kat sini..moga anak-anak umi tahu membezakan yg mana baik yg mana buruk ye..
posted by Mirip at 12:47 PM 0 comments

Tuesday, September 12, 2006

cont.MARIA

sambungan kisah MARIA
*****
Impian ini terlintas di benakku setelah mendengar penjelasan darinya tadi. Aku mengimpikan pemuda seperti ini. Dan aku amat mengimpikan agar sikap Henz sepertinya jua.

Sewaktu keretaku meluncur menghala ke jalan lain,jalan yang bakal kami bertiga berpisah, kami masih lagi rancak berbual. Sebelum ini aku memangbencikan orang-orang islam. Tapi pemuda ini amat berlainan. Sikapnya ramah sekali.tutur kata yang keluar dari bibirnya menyayatkan hati dan terkadang mengguris perasaanku. Aku amat tertarik...

Sebelum kami sampai ke destinasi masing-masing, sempat lagi aku lontarkan pertanyaan untuk mengujinya.

“Saya rasa awak penuntut universiti bukan? Pernahkah awak cuba untuk mendampingi gadis-gadis Jerman?”

“Oh ya! Mereka pernah cuba mendampingi saya tapi seorang pemuda yang bermaruah dan patuh pada ajaran agama. Saya sama sekali tidak akan bertolak ansur khususnya dalam hal-hal yang membabitkan kehormatan”

“Apa yang awak cakap ni? Kita sekarang hidup zaman mana? Sekarang ini manusia amat memerlukan teman ”

Dia kelihatan termenung. Beberapa detik kemudian menjawab.

“cuba cik maria renung sejenak. Lebih setengah juta kanak-kanak yang tidak mendapat kasih sayang serta didikan ibu bapa kerana berpunca daripada jenis hubungan muda mudi yang awak katakan tadilah. Saya rasa paling rasional kalau kalian memikirkan nasib malang yang bakal menimpa kanak-kanak hasil daripada hubungan tersebut sebagaimana kalian terfikir untuk memuaskan nafsu kebinatangan kalian itu”

Aku mula terasa bingung mendengar penjelasannya. Bodohkah pemuda in atau.. Ah! Anehnya, masih ada lagikah di kalangan orang-orang Islam yang lemah tapi bersuara lantang dan meyakinkan. Sebelum ini aku rasa cukup simpati bila mendengar ayah bercakap tentang keadaan mereka. Setelah sekain lama berbual, akhirnya kami sampai di pekarangan kuliah tempat dia belajar. Sebelum meninggalkan kami berdua dia mengucapkan terima kasih. Aku membalasnya dengan nada bergurau.

“tak payahlah awak ucapkan terima kasih kerana tayar kereta saya yang pertama ini milik awak dan yang dua lagi milik dua orang adik awak, bererti saya telah menghantar awak dengan kereta awak sendiri. Jadi tak usahlah awak ucapkan terima kasih”

Dia terus meninggalkan kami sambil melemparkan sekuntum senyuman.

Petang itu, sewaktu aku baru sahaja pulang dari kuliah, emak memberitahuku yang ayah sedang sibuk membuat persiapan bagi persidangan tahunan yang akan diadakan dirumahku. Aku memang tidak berpuas hati dengan ayah lantas aku bertanya emak.

“tiap-tiap tahun ayah kata kawan-kawannya berkumpul disini. Apa yang mereka bincangkan dalam perhimpunan tu mak?”ingin benar aku mengetahuinya.

Emak seorang pengikut setia agama kristian mazhab Katholik. Dia terlalu membenci ayah kerana tidak terikat dengan mana-mana agama. Emak menjawab pertanyaanku dengan nada marah.

“Ayah kau dan kawan-kawannya ingin jadikan penduduk bumi sepertinya! Cuba kau tengok. Dia sudahpun hampir-hampir dapat menghapuskan peranan gereja. Kalau ayah kau tahu keadaan kita berdua cuba untuk menghalang usahanya pasti dibunuhnya kita nanti. Usahlah kau bermimpi lagi. Emak bimbang kau juga akan termakan dakyahnya nanti”

“apalah mak ni. Saya kan sudah dewasa dan tahun depan saya akan jadi seorang wartawan, pun begitu mak masih tidak percayakan saya?”

Emak memang begitu. Dia amat bimbang kalau-kalau aku menjadi seorang Atheis seperti ayah atau paling tidaknya berfikir sebagaimana ayah berfikir. Huh, cuba bayangkan betapa susahnya bagi seseorang yang dilahirkan dalam sebuah keluarga, ibu seorang yang berpegang teguh serta taat setia kepada agama manakala ayah pula seorang Atheis. Oh susah betul.

to be continued..
posted by Mirip at 3:28 PM 0 comments

lagi high 5:TAK Lalu

lagi gambar

Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting

banyak lagi tapi tak larat nak upload..ckp setakat ni sajelah.HATI2.
posted by Mirip at 3:04 PM 0 comments

High 5:Kotornya

Detail:click here
FWD MSG:
> > JANGAN MAKAN..
> > Kepada sesiapa yang pernah termakan roti high-5 diingatkan jangan
> > lagi beli atau makan roti tu lagi, abang saya seorang pemberita yang
> > mengikuti serbuan ke kilang roti tersebut. Serbuan dijalankan oleh
> > Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama
> > Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
> > (KPDN&HEP), Kementerian Kesihatan Malaysia, Imigresen, PDRM dan
> > Majlis Perbandaran Nilai (MPN) ke kilang roti high-5 setelah mereka
> > menerima banyak aduan dari orang ramai yg mengatakan kilang tersebut
> > menjalankan operasi dalam persekitaran yang kotor dan tidak sihat.
> > Apabila sebuan dibuat pada 06/08/06(rabu), mereka > > mendapati apa yang diadu adalah benar malah jauh lebih buruk dari
> > sangkaan mereka.. kilang terlalu kotor, berbau busuk, persekitaran
> > yang tidak sihat, macam mustahil jenama roti yang popular ni
> > kilangnya macam tu..
> > memang amat meloyakan tekak!! Macam manalah KWSP boleh invest jutaan
> > ringgit kat company tu, ambil duit rakyat pastu invest kat tempat
> > macam ni, mmg mengejutkan semua org..So sesiapa yang pernah makan
> > roti high-5 tu, paham2lah.. berikut adalah gambar2 yang diambil pada hari tersebut..
> >
> > TOLONG SEBARKAN KEPADA KENALAN DAN ORG RAMAI AGAR MEREKA TIDAK
> > TERBELI ATAU MAKAN ROTI NI LAGI?

Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
posted by Mirip at 2:38 PM 0 comments

Thursday, September 07, 2006

surat terbuka

Aku tak kenal Ina, aku tak pernah bersua muka, tp sejak aku tgk siaran langsung RTM 1 hari tu, aku rasa aku nak tulis benda ni kat Ina.(even aku pun tak sure dia baca ke tak..hehehhe)

Surat ringkas terbuka untuk Nordiana Mohd Naim

Assalamualaikum,

Saya tak kenal awak secara nyata , tapi sedikit sebanyak mengikuti perkembangan.Saya tak mahu tulis panjang dan sarat. Saya perempuan. Sebab itu sedikit sebanyak saya faham atau dapat rasa apa yg awak rasa. Kalaupun peminat Mawi mungkin akan kata saya ni mengada-ngada. Ayat pun saya akan tulis ayat mudah, ayat pasar, ayat kita borak2 je.

Orang tua pernah kata, pertemuan yang terlalu cepat tu atau dalam bahasa mudahnya, cepat kenal cepat mesra, cepat datang, maka cepat jugalah yang pergi..bila saya dengar ina kata pertemuan ina ngan Mawi kat restoran tu , ina terkejut sbb dia cepat mesra, saya dapat agak…heheh biasalah tu.. bahaya juga nih… biasanya kalau cepat sgt mesra tu alamat le… (cepat jugalah hati berpaling)

Memang betul tak semua juga kata-kata orang-orang tua ni relevan dgn masakini, tp dalam sesetengah kes, mmg boleh disimpan, diambil peringatan..supaya kita berjaga-jaga. Mana yg baik, ambil, tak baik takpelah nak buang pun..

Manusia memang boleh berubah. Bukan kata kat siapa-siapalah. Tapi itu hakikat kan. Mungkin kerana persekitaran baru, orang baru, atau apa-apa sajelah..mungkin juga peredaran usia.

Bila dgr lagi yang Ina kata susah nak lupakan cinta pertama..itu memanglah betul, tapi kan kita kena bangun.. saya dapat rasakan Ina mmg payah nak lalui saat ini. Tapi percayalah, dengan beredarnya masa, sibukkan diri, InsyaAllah semua akan ok balik.

Kalau saya jadi Ina, buat masa-masa ini, saya tidak akan jumpa sidia, bukan sebab berdendam, tapi utk memulihkan diri, bukan apa, ada beza antara ditinggalkan dan meninggalkan. Yang meninggal memang tak akan rasa apa-apa. Tapi yang ditinggal, kalau diikutkan hati dan perasaan, itu yang remuk redam tu..Jadi ayat mudahnya, oleh kerana ina yg ditinggalkan, adalah lebih baik tidak ada sebarang pertemuan buat sementara waktu antara ina dan sidia…kalau berjumpa, macam mana nak lupakan, macam mana nak mulakan hidup baru .. betul tak..selagi masih terkenang-kenang, hati pun sakit, sedih, muram..sedangkan perjalanan masih jauh.. dan hidup juga bukan semata-mata utk cinta..cinta boleh datang dan boleh pergi..itu kuasa Tuhan..(bukan saya menafikan kuasa cinta)..

Satu lagi, maaflah kalau ayat saya ni kasar skit, selagi seseorang tu bukan sah suami kita, penghormatan kita pada dia tak boleh mcm suami. Reserve skit..walaupun tunang sekalipun, orang kata tunang tu tanda pemilikan, tp selagi ijab dan kabul tidak menyusul, dia bukan suami. Dan kalau bukan suami, ina sendiri tahu tak boleh bersentuhan dan layanan pun ada batasannya kan. Dan tak boleh juga sepenuh jiwa raga dan perasaan diserahkan.. Reservekanlah untuk diri sendiri. Bukan apa , kalaulah terjadi apa-apa dipertengahan, kita pun tak rugi apa-apa..

Saya ni mcm pandai-pandai aje kan…tidaklah pandai bab-bab ni, tp rasa terpanggil mencoret serba sedikit.harap ina dapat baca.(tah le) Sbb saya ni kalau nak hantar kat paper ke emm rasa cam tak kuasalah plak..baiklah saya tulis kat blog saya..blog saya ni kan sessi luahan perasaan saya juga…

Saya suka ayat ni-mungkin boleh bagi pinjam kat ina..ehehhe
‘jauh memandang ke hadapan, jangan lupa teladan masa silam’

Apapun, Selamat maju jaya..
posted by Mirip at 12:09 PM 0 comments