Catatan Hidup Seorang Aku

Thursday, March 29, 2007

Makna di sebalik April Fool

Makna di sebalik April Fool

“HARI pertama setiap April adalah hari yang perlu diingati berbanding baki 364 hari lagi,’’ kata penulis terkenal Amerika, Mark Twain.

Kesimpulan yang paling mudah daripada kenyataan Mark Twain tersebut tarikh 1 April setiap tahun itu ialah hari untuk usik-mengusik, bergurau-senda atau tipuan olok-olok. Tidak akan ada yang akan marah atau berkecil hati. lagi? klik sini
posted by Mirip at 3:37 PM 0 comments

Tuesday, March 27, 2007

geram aku geram

Dalam dunia pekerjaan ni, kekadang ada rasa tak puas hati, kecil hati, rasa dianaktirikan, rasa tidak dihargai, rasa dipergunakan, macam- macam rasa.
Samada aku seorang yang rasa macam ini atau semua orang rasa apa yang aku rasa, aku pun tak tahu dan aku pun tak mahu ambil peduli.
Agaknya nasib orang yang makan gaji memang macam ni. kerja for survival, apa yang masam, kelat terima sahajalah, yang manis tu simpan untuk kenangan.Simpan elok-elok untuk diceritakan kembali pada anak cucu. Tabahkan hati, benda kecil-kecil jangan terlalu diambil hati, buatlah macam biasa, tingkatkan kemahiran dan pengetahuan, ini gaya pujuk diri sendiri. Iyelah kalau tak kita sendiri yang pujuk, siapa lagi? takkan nak laung satu bangunan?

Sifat peribadi juga sebenarnya memainkan peranan penting dalam dunia pekerjaan. Ada orang yang mulutnya bising, ada orang yang tiada mulut, tak kisah lah mana satu tapi yang pentingnya kerja beres. OK. tapi ada orang tak macam tu.. nakkan semua orang jadi bising ke? habis tu kalau semua bising , siapa yang akan jadi pendengar? pelik bin ajaib, ada macam- macam dalam dunia.

Tak sabar rasanya... tunggu lagi 59 hari.
posted by Mirip at 10:10 AM 0 comments

Friday, March 23, 2007

langit dan bumi

Hentikan ‘pembaziran keterlaluan’ – Arshad Ayub - nak baca? klik sini.

Pengaruh 'background' membentuk pemikiran seseorang.
Bagi orang kaya,RM2.2 bilion yang dapat dijimatkan tiada apa-apa makna,
tapi bagi orang kurang kaya macam aku, RM2.2 billion boleh buat macam-macam.

Ironinya memang macam tu lah.
Bagi orang kaya nilai RM1000 tu tidak apa-apa kalau dihabiskan untuk beli barang-barang makeup(contoh sahaja ye), tapi bagi aku yang dibesarkan dalam pengaruh persekitaran sederhana, RM1000 dihabiskan untuk pembelian itu semata-mata adalah tidak masuk akal sama sekali, tapi bila baca dalam suratkhabar, ada artis tu atau artis ni berhabis ribuan ringgit untuk set jagaan wajah plus makeup, aku rasa macam betul ke ni atau saje-saje cakap kat wartawan? atau memang ada yang corak hidupnya begitu?(baca: aku tulis artis sbb artis je yang masuk paper hal macam ni, orang biasa mungkin tak masuk paper/majalah/ etc even they might spent more than this.)

macam tu jugalah sesetengah orang tidak kisah membelanjakan wangnya untuk ke pawagam, atau beli barang berjenama, sbb duitnya dah memang banyak, dan dia tak kisah pun.
Tapi bagi orang-orang yang hidupnya macam dalam bersamaMu tu yang nak hidup makan pakai pun terasa perit, aduhh nilai duit RM50 tu terlalu tinggi nilainya..
tak percaya, selalulah tengok bersamaMu.
Sebab tu aku menangis kalau tgk bersamaMu kalau tiba part yang betul-betul menyentuh hati, kemiskinan, keperitan, anak cacat. etc etc
posted by Mirip at 8:58 AM 0 comments

Tuesday, March 20, 2007

no title

Coping with technology is not easy, each and every seconds technology changed.
So what have you done in order to cope with that?
You have to be change also! :P

Writting is another skills that you people should learn.(me myself :) ). How to express, and how to convince in words is another thing.With some proof, statistic may be.
Some people can write longer but the contents there is not achieve what other people needs. I learn a lot today..yes, some people said she is weird, too complicated but for me, i learn a lot from her even i just met her once. Yeh, again, perception people different from one to another.

It seems i'm going addicted to OSHIN series nowadays. Feeling like Oshin is part of my life .:) i was searching the CD all over famous video stores, but still not found them , yet. But i will continue my searching... may be i will be just wasting my valuable money, just to buy this set of CD, emm but the value inside the story is much more than that.. especially for my kids, and my grandchildren... and not to forget, me too :)
posted by Mirip at 11:54 AM 0 comments

Monday, March 05, 2007

Kalau dahi tak mencecah sejadah

just a reminder for us again and again and again .....
Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara! Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia.... memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya.... setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

" Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!!
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak forward this buletin...may ALLAH SWT bless you. Saling berpesan2lah sesama kita........ .
__._,_.___

wassalam

+++
MELEWAT – LEWAT SOLAT FARDU

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita ni yea ....Jika berpuasa, amalan kita direct terus padaNya tapi jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya.

Kisahnya...Setiap kita ada malaikat yang hantar amalan sembahyang pada Ilahi dan untuk sampaikan amalan kita ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit di mana setiap penjaga tol, adalah kroni malaikat juga. Jika sembahyang di awal waktu tolnya "free", sekatan tol tiada, tiada "jem".

Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan untuk dinilaikan. Tetapi jika sembahyang di akhir waktu tolnya free juga, tapi sekatannya masyaAllah...Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan amalan kita.Merayu-rayu posmen malaikat kita minta diberi laluan, tetapi penjaga langit pertama tidak peduli. Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka... jatuh berderai… Dikutip semula oleh malaikat posmen kita, satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk ke lapisan langit kedua. Dilangit kedua, samalah juga, bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan.
Merayu lagi kawan kita, tak dipedulinya. Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi… Dikutip lagi satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan.

Dilangit ketiga, la... Kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat hantar amalan tersebut. Tiada kompromi. Terus dibaling amalan kita, jatuh berderai amalan kita. Tak ade nilai… Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi…Maka…Tak sampailah amalan kita kepada Allah, seolah-olah kita tak sembahyang juga.Maka… Bersedialah kita menerima pembalasannya. Tak di dunia di akhirat pulaHilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian bertimpa-timpa…Ish….. Tak berbaloikan kita buat amal tapi tak sampai. Dahlah tu, tak de nilai, Kena azab lagi nanti…
Yang tidur kat surau tapi solat zohor pukul 3 ptg tu kena – kenalah ambil berat hal ini.
”Ya Allah!!! Ampunkan kami kerana lalai!!!Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha PenyayangJadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktuGawatkan hati kami selagi kami tak segerakan solatBiarlah kami gawat di dunia agar kami tidak gawat lagi di hari akhirat kelak.Amin”.

Semoga Allah SWT memberi saya kekuatan untuk amal dan sampaikan, insyaAllah.
posted by Mirip at 3:22 PM 0 comments

Friday, March 02, 2007

tah le labu

last tulis- dah lama, just paste here
+++
Hari ni umi sedih, kecik hati bukan la besar sgt bendanya,
kecik aje,tp tetiba tersentuh plak hati umi
umi ni jenis yg tak kisah bab makanan kan
mana yg kena ngan selera umi, umi makan aje
yg sedap tu umi ulang balik makan
yg tak sedap tu umi tak makan dah le
tp bila org kata low class mkn sejenis spesis tu
tersentuh gak le umi even org2 tu tak bermaksud nak merendahkan org pun
tp sbb umi salah sorang yg boleh dikatakan makan spesis tu umi rasa sedih la

umi ingat masa umi kecik2 dulu kalo tok masakkan spesis ni n buat kuah pedas
mmg kitorang satu famili makan berselera aaa
mak umi ada cakap kalu org kaya tak makan ni..

skrg di usia 28 tahun ni, umi dah jumpa org2 yg tak makan dan anggap spesis tu low class.tapi takpelah umi pun tak salahkan diorang sbb background masing2 kan

minyak dan air kan tak leh campur,
sbb tu sekufu tu penting sgt dalam perkahwinan/persahabatan ?
abah ya lagi la favourite dia spesies tu...

org2 yg tak pernah susah tak akan pernah tahu erti penderitaan
org2 yg tak pernah sakit tak akan pernah tahu erti kesabaran

***
esok aku gi kursus sehari bersama tut tut tut... harap2 aku leh implementkan apa yg dia cakap/ajar nanti... wah best nih..
kakak esok join lawatan ke kilang coklat. kalu ikut hati umi tak berapa nak izinkan kakak join, tp memandangkan dia excited sgt nak pergi, and dia mendapat sokongan sepenuhnya dari abah dia, umi izinkanlah kakak pergi.. tp jgan nakal2 tau, jgn lari dari group dan kawan2... dgr cakap cikgu...moga2 kakak dapat pendedahan baru esok...
Adik umi terpaksa tinggalkan kat taska jugak esok sbb umi kena attend course tu....which is very important to umi.. maklumlah ada org tu , entahlah malas aaa umi nak bebel kat sini...

***
banyak sgt benda berlaku sejak 2 menjak ni. Umi pun tak tahu lagi how to handle, cumanya umi pohon diberi kekuatan menempuh liku2 hidup yg penuh cubaan dan dugaan ini... doakan umi success...
Umi selalu pk boleh ke anak2 umi cope dalam keadaan environment kota yg mcm nih, tak mcam hidup umi masa kecil2, tenang lagi mendamaikan... tak ada masalah, hidup riang walaupun kekadang tu umi tak leh masuk sgt ngan budak2 sebaya.... mungkin sbb umi lagi serasi kalau kawan dgn budak2 lagi berusia... sampai jadinya umi tak tau nak bual apa kalo dgn rakan sebaya.... mungkin jugak jadi anak sulung mempengaruhi umi jadi pk benda2 yg tak sepatutnya umi pk lagi... kekadang memberatkan fikiran umi sendiri... yg mana bebudak lain boleh dgn enjoynya happy2....tp tak apalah hidup ni kan mengajar kita... dan hidup kita ni pun sudah ditakdirkan dan dilorongkan... so proceed ajelah... jangan toleh lagi...

Kekadang apa yg dirancang tak menjadi, yg tak dirancang itulah yg terjadi... Seringkali kita fikirkan itulah yg terbaik utk kita, tp kita tak dapat pun..lantas frustration menyerang diri, tp sebenarnya itulah yg terbaik... banyak sekali dalam hidup ni umi tak dapat apa yg umi idamkan, tp banyak juga dalam hidup ni umi dapat apa yg umi tak pernah bayangkan sebelum ini.. sungguhh.. tak tercapai akalku...
Apapun life must go on....
kedukaan dan ketenangan silih berganti,
aku insan kerdil,
hanya kepasrahan aku serahkan...

hahahha aku dah start membebel....
posted by Mirip at 10:15 AM 0 comments